Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN NILAM 2020

AGENDA AKTIVITI CATATAN

Kata alu-aluan Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera


Yang berusaha Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik, GB SKTU1
Yang dihormati En Kamairuzaman Bin Razak, GPK Pentadbiran SKTU1
Pn Hjh Arnizam Binti Abd Rahman GPK HEM
En Azlin Sham Bin Abd Azis GPK Koko
Pn Saadiah Binti Khairani GPK Pend Khas
Barisan guru-guru, pembantu pengurusan murid serta anak didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita sama-
sama berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Pelancaran ProgramNILAM bagi tahun 2020.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
**Bacaan doa
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB Hadirin dan hadirat sekalian,


Program NILAM merupakan salah satu usaha yang dapat menyemai tabiat membaca di kalangan
murid-murid. Program NILAM merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti yang menjurus ke
arah galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid-murid.

Seterusnya dijemput Puan Wan Noor Malinja binti Wan Chik, GB SKTU1 untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Pelancaran Program NILAM bagi tahun 2020. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
**Ucapan dan Perasmian (Sign Banner)

Waqaf Buku Hadirin dan hadirat sekalian,


Sempena pelancaran program NILAM, pihak Pusat Sumber Sekolah telah mengambil inisiatif dengan
memperkenalkan satu program baharu iaitu Program JOM WAQAF BUKU. Dijemput puan GB dan
barisan pentadbir untuk mewaqafkan buku.
**Wakaf Buku
Terima kasih diucapkan kepada PN Gb serta barisan pentadbir atas kesudian mewaqafkan buku
kepada Pusat Sumber sekolah.
Guru-guru dan murid-murid amat dialu-alukan untuk menwaqafkan bahan bacaan kepada Pusat
Sumber Sekolah.

Penyampaian hadiah Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peminjam buku terbanyak pada bulan
Januari. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik
dengan diiringi oleh En Kamairuzaman Bin Razak tampil ke pentas untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dijemput Aufa Afiqah binti Rafiqi dari tahun 4 Dedikasi
Bagi tahun 5, dijemput Umairah Zaraffi binti Mohd Hasri dari tahun 5 Cemerlang

Seterusnya, buat julung-julung kalinya Pusat Sumber Sekolah berbesar hati untuk memberi satu
anugerah khas kepada murid yang menunjukkan ketekunan dan kesungguhan untuk meneroka
pelbagai ilmu melalui amalan membaca.
Beliau merupakan pengunjung setia Pusat Sumber Sekolah dan merupakan murid yang pertama
meminjam buku di Pusat Sumber pada tahun ini.Beliau telah meminjam sebanyak 6 buah buku dalam
tempoh 6 minggu sessi persekolahan. Bahan bacaan yang menjadi kegemarannya ialah buku
ensiklopedia. Tubuhnya kecil tetapi berjiwa besar. Orangnya biasa tetapi mindanya luar biasa.
Dijemput Muhammad Sallehuddin al Ayyubi Bin Mohd Najib Dari kelas 6 Cemerlang untuk menerima
Anugerah Permata Ilmu.
Semoga dengan anugerah ini dapat memberi motivasi kepada Salehuddin untuk belajar dengan lebih
tekun dan menjadi inspirasi kepada semua murid untuk menjadikan membaca sebagai satu amalan
yang sangat besar faedah dan manfaatnya.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn GB atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Persembahan Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis akan diteruskan dengan persembahan daripada pengawas pusat sumber. Dipersilakan.
**Persembahan
Terima kasih diucapkan kepada pengawas pusat sumber atas persembahan itu tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,


Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Pelancaran program NILAM bagi tahun
2020. Diharap murid-murid dan guru-guru dapat memberi kerjasama dan komitemen yang padu
untuk menjayakan Program NILAM dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu dan berinformasi
melalui amalan membaca.
Sekian, terima kasih.

You might also like