Tugasan Projek Kursus LMCW2022 SEM 1 20192020-20190910091759

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TUGASAN PROJEK KURSUS LMCW2022 PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA

SEMESTER 1 SESI 2019-2020

Berikut adalah garis panduan umum pelaksanaan tugasan projek bagi kursus ini. Perincian dan
pemilihan tajuk perlu merujuk pensyarah set anda sendiri:

1. Pembentukan Kumpulan Projek


i. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 5 orang ahli sahaja.
ii. Pembentukan kumpulan perlu merujuk Pensyarah set anda.

2. Projek Berkumpulan
i. Setiap kumpulan perlu memilih data yang bersesuaian dengan bidang pengajian
anda (Anda perlu merujuk Pensyarah anda bagi mengetahui perkara ini secara
terperinci).
ii. Perlu menggunakan data sekunder.
iii. Perlu ada 2 atau 3 objektif yang jelas tujuan data ingin dianalisis.
iv. Tajuk mestilah dibincangkan/dimaklumkan kepada pensyarah.
v. Setiap kumpulan WAJIB menjalankan analisis deskriptif berangka dan bergraf
yang bersesuaian dengan data (Rujuk Modul 5: Analisis Data).
Walaubagaimanapun, pelajar bebas menggunakan kaedah-kaedah analisis
lanjutan yang difikirkan bersesuaian.
vi. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian/pakej bagi menganalisis data.
vii. Akhir sekali setiap kumpulan perlu menghasilkan poster berdasarkan analisis
data yang telah dihasilkan dari projek ini.

3. Format Kertas Kerja Projek


i. Tajuk Projek Analitik Data
ii. Pengenalan dan Latar Belakang sumber data
- Memberi gambaran secara umum berkenaan data yang dipilih dari segi jenis
dan sumber data.

iii. Objektif Kajian


- Perkara-perkara yang hendak dicapai di dalam Analisis data.

iv. Metodologi Analisis Data:


Berikut adalah beberapa garis panduan dalam menjalankan analisis data.

v. Perlu menggunakan analisis desktriptif berangka dan bergraf.


vi. Bebas menggunakan kaedah-kaedah analisis lanjutan yang difikir sesuai dalam
menganalisis data.
vii. Perlu menggunakan perisian seperti Microsoft Excel dalam
menganalisis data.
viii. Rumusan/Penutup
ix. Rujukan
x. Carta Gant dan Jejak Perbatuan
xi. Senarai Tugas dan Perincian bagi setiap ahli kumpulan berdasarkan apa yang
terkandung dalam Carta Gant.

4. Laporan Akhir Bertulis Projek Berkumpulan


i. Setiap kumpulan hanya perlu menyediakan SATU laporan sahaja.
ii. Panjang Laporan Akhir Projek adalah sekurang-kurangnya 10 muka surat.
iii. Format Laporan Akhir:
a. Tajuk Projek Analitik Data
b. Pengenalan dan Latar Belakang sumber data
c. Objektif Kajian
d. Metodologi Analisis Data:
e. Hasil Analisis Data
f. Rumusan/Penutup
g. Rujukan
h. Penilaian keterlibatan ahli kumpulan

iv. Format laporan perlu menggunakan Gaya UKM


v. Laporan akhir boleh dihantar melalui Facebook Messenger/iFolio (berdasarkan
ketetapan yang telah dibuat oleh pensyarah anda).

5. Penghasilan Poster Projek 30%


6. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan poster berbentuk infografik.
7. Poster tersebut mestilah berdasarkan hasil dari projek analitik data.
8. Mestilah dihasilkan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan dalam projek
Analitik Data
9. Perlu menggunakan perisian infografik

6. Pembentangan Projek Berkumpulan


i. Setiap kumpulan perlu menghasilkan Klip Video Pembentangan Projek.
ii. Waktu pembentangan projek adalah pada minggu ke 13 dan 14.
iii. Klip Video Pembentangan Projek adalah berdasarkan Poster Infografik yang
telah dihasilkan.
iv. Berikut adalah Garis Panduan dalam penghasilkan Klip Video tersebut:
i. Panjang Klip Video Pembentangan Projek adalah 5 minit.
ii. 3 minit yang pertama adalah khusus untuk Pembentangan Poster Projek.
iii. Perkara yang perlu ada dalam 3 minit Pertama adalah seperti berikut:
✓ Pengenalan bagi Setiap Ahli Kumpulan yang meliputi imej, nama dan
nombor matrik bagi tujuan pemarkahan
✓ Maklumat berkenaan Data yang meliputi Sumber dan Jenis Data
✓ Pembentangan Poster yang berdasarkan Objektif dalam Projek
Analisis Data.
iv. 2 minit terakhir adalah khusus untuk "di sebalik tabir" iaitu dari awal
pembentukan kumpulan sehinggalah penghasilan Klip Video
Pembentangan Projek. Ia merupakan suatu bentuk pembuktian bagi
penglibatan semua ahli kumpulan dalam semua aktiviti berkumpulan
(Sila pastikan semua imej ahli kumpulan ada dalam setiap aktiviti untuk
tujuan pemarkahan Penglibatan Dalam Kumpulan).
v. Klip Video Pembentangan Projek perlu dimuatnaik dalam “YouTube”
dan kemudian dikongsikan pautan dalam Group FB kursus ini dan dalam
Group FB Messenger kumpulan anda pada atau sebelum minggu ke 14.

You might also like