Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Bacaan Tahiyat Awal Dan Akhir

Solat Fardhu kita tidak akan sempurna tanpa membaca tahiyat. Hal ini demikian kerana,
membaca tahiyat termasuk salah satu dalam rukun solat. Jadi perkongsian saya kali ini ialah
bacaan tahiyat awal dan akhir. Mungkin ramai dah tahu, tapi yang tahu perlu ambil peduli juga
bagi memantapkan bacaan dan tajwid yang betul dalam tahiyat awal dan akhir.

Bacaan Tahiyat Awal:

Maksudnya :
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi
dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada
kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah
berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir:

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi
dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada
kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah
berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga
Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau
berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

You might also like