Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH- SEKOLAH


(GO DAN NGO)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019

1. PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan BERUNIFORM di


sekolah-sekolah MENENGAH kerajaan dan bantuan kerajaan yang
berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan
atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri / daerah jika
dipilih menjadi pemenang.

2. Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sekolah untuk setiap


kategori.
a. Kategori lelaki
b. Kategori perempuan

3. Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh


dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan
beberapa buah sekolah tetapi hendaklah dari unit pakaian seragam yang
sama. Sekiranya berlaku perlanggaran status peserta, penyertaan pasukan
tersebut dibatalkan.

4. Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, zon, negeri dan


kebangsaan.

5. Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran


yang di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat
kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan
memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada murid yang
sedang menuntut di sekolah berkenaan.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak
kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang
ketua platun dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang
dianggotai oleh murid lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran
lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran
yang disahkan (Pengetua) untuk tujuan penyemakan status. Surat
kebenaran penjaga pelajar juga perlu disertakan bersama. Kegagalan
memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

1
3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi
pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat
ketua-ketua kontinjen.Kegagalan mematuhi perkara di atas akan
menyebabkan penyertaan pasukan tersebut dibatalkan.

3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai
semasa pertandingan kawad dijalankan.

3.4 Aksesori yang dinilai bagi pasukan agensi kerajaan (GO) ialah sarung
tangan putih, mafla dan jambul manakala pasukan agensi bukan kerajaan
(NGO) ialah sarung tangan putih .

3.5 Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu


sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran
hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.

3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi
hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya
semasa pemeriksaan pakaian.

3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti
sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian
asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).

4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna.
Sementara kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E
dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna
(selain daripada hijau ).

4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih
atau kuning.

4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

2
5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.


Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan
berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari padang kawad. Selepas 15 minit persembahan tidak
dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “BUKA BARISAN”
sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2
bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan


didahului oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a. Pada minit ke 13
b. Tamat masa

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a. Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad yang telah


ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA


a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk
ketua platun ketika bertanding.

b. Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan


pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan
anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah
akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang
kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan
pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad


sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum
pasukan masuk membuat persembahan.

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a. Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian


sebelum masuk / giliran pertandingan dijalankan.
(15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad)

3
6.4 KAWAD ASAS

a. Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3


barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-
tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang
lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b. Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke


hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c. Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

d. Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang


depan)

e. Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua


Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka
barisan.
(Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 .......
siap untuk diuji, tuan)

f. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada


pergerakan berikut :
i. Ke kanan lurus……….. Pandang depan.
ii. Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
iii. Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iv. Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
v. Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g. Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

h. Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang


depan)

i. Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

j. Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa


membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar
Pertandingan (2).

k. Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi


kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah
dalam satu minit)

l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan


pertama dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing”
diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan
perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para
hakim.

4
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

n. Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak


ke kiri; kiri pusing” diberikan.

o. Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah


platun berada antara kon C dan kon D

p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri
diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah
sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukar langkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

q. Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap (


11 angkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah,
cepat……….jalan).

r. Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

5
3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5
markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat


persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan


pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon
akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti
hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali
isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi terakhir, iaitu
formasi keempat.
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang
tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih
sebagai ketua platun terbaik.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi
yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan
platun menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar
sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi.
Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
g. Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut
prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung
atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama
sekali.

Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut:


i. Keluar kawasan
ii. Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan,
kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )

6
6.7 PENALTI

Penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan satu-satu pasukan.


Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Semasa Kawad Asas

Bil JenisKesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Pergerakan cepat jalan bukan 128 – 135 seminit 5 sekali
2 Anggota jatuh (pitam/pengsan) 5 3 kali
3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
4 Kelengkapan/Aksesori terlucut / tidak di 1 5 kali
tempatnya
5 Keluar Kawasan Kawad 5 5 kali
6 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
7 Melanggar kon 5 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali
9 Anggota kurang 5 5 kali

Semasa Kawad Formasi

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Gerakan bukan kawad melebihi 5 gerakan 3 5 kali
2 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 5 5 kali
3 Ketua platun memberikan arahan 5 5 kali
4 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali
5 Menggunakan peralatan tambahan 5 5 kali
6 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
8 Perlakuan / aksi kurang sopan 3 5 kali
9 Hormat bukan pada tempatnya 5 5 kali
10 Ketua platun tidak memberi hormat 5 sekali
11 Membelakangkan ketua hakim 5 sekali
12 Bahasa melapor keluar 5 sekali

Ketua Platun

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Ketua Platun Bergerak Bersama Pasukan 15 sekali
2 Memberi Hukuman Kawat Di Luar Kawasan 10 sekali
Yang Ditetapkan
3 Terkeluar Dari Pertandingan (Pengsan / Pitam ) 10 sekali
4 Melapor Di Luar Kawasan Kawad 5 2 kali
5 Pakaian Asas Terlucut / Tidak Di Tempatnya 3 5 kali
6 Aksesori Terlucut / Tidak Di Tempatnya 1 5 kali

7
pergerakan
7 Tidak Mengikut Urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman Yang DItetapkan 5 5 kali

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan


berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya
dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

6.7 PENGHAKIMAN

a) Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan


yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Seramai sepuluh orang
hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut;
i. Tiga orang hakim ketua platun
ii. Dua orang hakim pakaian.
iii. Lima orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
iv. Seorang Penyelaras Litar/Teknikal Litar(bukan hakim)
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan
mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras
pemarkahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi
hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi
menggantikannya.

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan ) bagi
setiap pasukan tidak diambilkira.

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran


iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan
NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh
terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau
gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran.

d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang


bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama,
markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah
Ketua Platun akan diambil kira.

a. Keputusan hakim adalah muktamad.

b. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad formasi 30%
iv. Ketua Platun 10%

8
JumlahKeseluruhan 100%

c. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim
boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai
penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan
markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih
sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak
bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK
LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.

d. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan


pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.

Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik
(Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun).

6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :


i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Kebangsaan.

You might also like