Sejarah Prasekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH PRASEKOLAH

Sk Taman Cempaka
Prasekolah telah diwujudkan pada tahun 2002 dan mula beroperasi
tahun berikutnya iaitu tahun 2003. Guru pertama yang berkhidmat di
prasekolah SKTC ialah Pn. Maziah Binti Sidek. Seramai 25 orang murid
ditempatkan di dalam kelas prasekolah tersebut. Pada tahun 2005 Pn.
Maziah telah berpindah dan digantikan dengan Pn. Aminah Binti Wahid
Pada akhir tahun 2006, Pn. Aminah Binti Wahid telah berpindah dan
digantikan dengan Pn. Faridah Binti Mustapha dibantu oleh
PPM(Pembantu Pengurusan Murid) iaitu Pn. Rohaya Binti Long. Pada
akhir tahun 2007 Pn. Faridah telah bertukar dan digantikan oleh En.
Hafizul Bin Mohamed, ini julung kalinya prasekolah SKTC menerima
kehadiran guru prasekolah seorang lelaki. Pada Tahun 2009 Prasekolah
SKTC telah menerima seorang lagi guru Prasekolah lelaki iaitu En.
Ezihan Bin Zainal dan seorang lagi PPM iaitu Pn. Rohani Binti Mohd
Salleh. Ini kerana permintaan kanak-kanak untuk masuk ke prasekolah
telah melebihi had kapasita.

Pada tahun 2010, KPM telah meluluskan satu kuota bangunan


prasekolah yang dibina bersebelahan kantin dan menambah bilangan
murid menjadi 50 orang. Pada tahun 2011 murid prasekolah yang
mendaftar masuk seramai 41 orang. Sementara bangunan baru belum
boleh beroperasi sepenuhnya pihak pentadbiran telah membuat
keputusan dimana waktu P&P prasekolah SKTC akan dijadikan dua sesi
iaitu 7.30 pagi – 11.30 pagi dan sesi kedua dari jam 12.00 tgh – 4.30
petang. Pada Oktober 2011 bangunan prasekolah telah mula beroperasi
sepenuhnya. Oleh itu, waktu P&P kembali satu sesi iaitu dari jam 7.30
pagi – 11.30 pagi. Pada akhir tahun 2011, En. Hafizul telah berpindah
dan digantikan oleh Pn. Linda Binti Ibrahem. Pada tahun 2012 pentadbir
SKTC telah menyelaraskan bangunan prasekolah yang wujud sejak
tahun 2003 diserahkan kepada En. Ezihan Bin Zainal dan dibantu oleh
Pn. Rohaya Binti Long. Bangunan Prasekolah yang baru pula diserahkan
kepada Pn. Linda Binti Ibrahem dan dibantu oleh Pn. Rohani Binti
Mohd Salleh.

Pada Tahun 2015, Pn.Linda Binti Ibrahem telah berpindah ke SK


Duyong, Melaka dan telah digantikan oleh Puan Nurul Husna Binti
Mohamad Nordin dari SK Bawang Tian, Matu, Sarawak. Pihak
pentadbir telah mengarahkan Pn. Nurul Husna Binti Mohamad Nordin
bergabung tenaga bersama PPM Pn. Rohaya Binti Long kerana En.
Ezihan Bin Zainal dilantik menjadi Penyelaras Prasekolah bergabung
tenaga bersama PPM Pn. Rohani Binti Mohd Salleh. Pada 2016,
En.Ezihan Bin Zainal telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Hem di SK
Taman Universiti 3 dan tempat beliau telah digantikan oleh Pn. Aziza
Nurul Suhaidatina Aishah Binti Abdul Aziz dari SK Buang Sayang,
Kinabatangan, Sabah.
# Terdapat 25 orang murid di dalam sebuah kelas.
Bermula pada tahun 2003 hingga tahun 2010 hanya satu
kelas prasekolah sahaja di SK Taman Cempaka, namun
pada tahun 2011, bilangan kelas telah bertambah di
bawah program NKRA. Ini bermakna jumlah kapasiti
murid telah berkembang kepada 50 orang di sekolah SK
Taman Cempaka, JB.#

You might also like