Kursus Baiti Jannati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TUGASAN 1: PENULISAN LAPORAN – 50%

KURSUS “BAITI JANNATI”

1.0 PENGENALAN
Kursus “Baiti Jannati” merupakan satu kursus yang diadakan kepada siswa guru yang
mengambil elektif Fiqh Kekeluargaan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas pada 17 Januari 2020. Dua penceramah yang berkredibiliti telah dijemput untuk
berkongsi pengisian mereka iaitu Ustaz Zaradi Sudin dari Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral dan Tuan Shafezan Rusli, seorang pendakwa Syarie dari Jabatan Pendakwaan
Syariah Selangor.

“Baiti Jannati” merupakan satu frasa dan ungkapan yang sering digunakan yang
membawa maksud “Rumahku, Syurgaku”. Ungkapan ini menerangkan bahawa rumah
adalah tempat yang membawa kebahagiaan buat setiap individu yang berkeluarga dan
tinggal di bawah satu bumbung. Hal ini selari dengan pengisian kursus “Baiti Jannati”
yang merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan perkahwinan dalam Islam.

Berdasarkan pengisian yang diberikan oleh kedua-dua penceramah di atas, penulisan


laporan ini akan menumpukan kepada konsep perkahwinan, hak dan tanggungjawab
suami dan isteri, prosedur perkahwinan dan analisa kes-kes yang tidak mengikut
prosedur mahkamah Syariah.

2.0 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

2.1 DEFINISI PERKAHWINAN


Pelbagai definisi tentang perkahwinan telah diberikan oleh para sarjana (ulama)
Islam. Salah satu pengertian yang luas mengenai perkahwinan yang
disampaikan oleh Prof. Madya Mat Saad (1993) membawa maksud satu ikatan
yang lahir di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di dalam sebuah
rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan
hidup mereka. Pengertian ini membuktikan bahawa perkahwinan menurut
perspektif islam merupakan suatu perkara yang mempunyai tujuan yang suci dan
agama sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin.
2.2 PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w.
yang merupakan pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang
berkahwin adalah mereka yang berjaya melaksanakan amanah yang diberikan
sebagai khalifah Allah. Sesungguhnya, individu yang berkahwin akan dapat
mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.

Perkahwinan juga merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi mengatasi


masalah sosial dalam masyarakat dan mewujudkan perpaduan di kalangan umat
islam dengan melahirkan generasi yang soleh. Perkara ini menunjukkan suatu
perkahwinan cukup penting dalam menjamin kesejahteraan agama dan masa
depan negara.

3.0 TANGGUNGJAWAB DAN HAK SUAMI DAN ISTERI

Sedia umum mengetahui bahawa setelah perkahwinan berlangsung, suami dan isteri
akan mempunyai hak dan tanggungjawab mereka yang tersendiri. Hak di sini membawa
maksud segala perkara yang harus diperolehi oleh seorang suami dan juga isteri
daripada pasangannya. Tanggungjawab pula bermaksud apa yang perlu diberikan atau
dilaksanakan (Mazlina, 2015).

3.1 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN HAK ISTERI

3.1.1 MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI


Berdasarkan pengisian yang diberikan oleh ustaz Zaradi Sudin, beliau
mengatakan bahawa salah satu tanggungjawab suami kepada isteri
yang amat penting adalah memberi nafkah zahir dan batin sama ada
isterinya berkemampuan atau sebaliknya. Oleh itu, perkara ini
merupakan hak yang perlu diterima oleh seorang isteri daripada
suaminya.

Kewajipan memberi nafkah ini dapat dibuktikan daripada surah al-


Nisa ayat 34 yang mengatakan lelaki sebagai seorang pemimpin dan
bertanggungjawab ke atas golongan wanita dan membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka kepada wanita.
Salah satu nafkah yang perlu diberikan ke atas isteri adalah nafkah
rumah. Suami bertanggungjawab untuk menyediakan rumah yang
selesa kepada isteri mengikut kemampuannya. Selain itu, suami juga
wajib menyediakan makan dan minum termasuklah menyediakan
wang perbelanjaan kepada isteri untuk membeli bahan basahan
dapur. Seterusnya, suami juga wajib menyediakan pakaian yang elok
dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan
menutup aurat. Selain itu, suami juga perlulah menyediakan duit untuk
menampung perubatan isteri. Suami dinasihatkan untuk menyediakan
tabung kecemasan kerana kita tidak boleh menjangka bila kita akan
jatuh sakit. Akhir sekali, suami perlu menyediakan pembantu kerana
suami perlu sedar bahawa isteri bukanlah orang gaji yang dikahwini
semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.

3.1.2 MEMIMPIN DAN MEMELIHARA ISTERI DENGAN NASIHAT DAN


PENGAJARAN
Telah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin dan
memelihara isteri dengan nasihat dan perkara ini merupakan hak isteri
untuk dinasihati. Suami hendaklah menegur kesilapan dan
memperbetulkan kesalahan isteri dengan kasih sayang dan belas
kasihan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Berilah


pengajaran yang baik kepada kaum wanita, kerana kaum wanita
dijadikan daripada tulang rusuk. Adapun tulang rusuk yang paling
bengkok ialah tulang rusuk yang paling atas, yang apabila engkau
luruskan ia akan patah dan apabila engkau biarkan ia tetap bengkok.
Oleh itu berilah pengajaran kepada kaum wanita dengan cara yang
baik.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

3.1.3 MEMBERI KEADILAN KEPADA ISTERI

Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Tanggungjawab ini digalas oleh seorang suami kepada isterinya
terutamanya kepada suami yang beristerikan lebih pada seorang
isteri. Isteri-isterinya mempunyai hak untuk dilayani secara adil.
Memberi keadilan kepada isteri merupakan satu perkara yang cukup
penting dalam sesebuah rumah tangga. Menurut Tuan Shafezan
dalam penyampaian beliau, berdasarkan enakmen undang-undang
seksyen 129, seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya
kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

3.2 TANGGUNGJAWAB ISTERI DAN HAK SUAMI


Berikut merupakan tangunggjawab-tanggungjawab isteri kepada suami dan hak-
hak suami yang perlu dipenuhi oleh seorang isteri.

3.2.1 TAAT PADA SUAMI DAN PATUH TERHADAP NASIHATNYA


Antara tanggungjawab terbesar seorang isteri adalah memberikan
ketaatan yang sepenuhnya kepada suami selagi mana ia
berlandaskan hukum syarak.

Segala nasihat yang diberikan oleh seorang suami dari mana-mana


aspek kehidupan sekalipun, haruslah ditaati oleh isteri. Perkara ini
merupakan hak seorang suami dalam hubungan perkahwinan.

3.2.2 MEMELIHARA MARUAH SUAMI DAN HARTANYA


Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang isteri agar memelihara
maruah, rahsia dan harta suami kerana suami merupakan ketua
rumahtangga. Isteri perlu memelihara maruah suami sama ada ketika
kehadirannya ataupun ketiadaanya. Terutamanya pada zaman
sekarang yang mana penggunaan media sosial sangat berleluasa.
Isteri perlu sentiasa memahami bahawa keaiban suami perlulah dijaga
sebaik mungkin. Elakkan daripada memapar apa-apa masalah rumah
tangga di media sosial.

3.2.3 MEMBANTU SUAMI DALAM MENGURUSKAN URUSAN-URUSAN


RUMAH TANGGA
seorang isteri perlu membantu suami dalam menguruskan
rumahtangga seperti memelihara anak-anak dan menjalankan urusan-
urusan di dalam rumah. Inilah hikmah Allah s.w.t. yang telah
ditetapkan dengan meletakkan setiap kumpulan ahli dalam
pekerjaannya. Setiap lelaki dan wanita dipertanggungjawabkan
dengan pekerjaan yang munasabah dan sesuai dengan kejadiannya

3.2.4 MEMINTA IZIN SUAMI DALAM PERKARA-PERKARA TERTENTU


Sunnah nabi pernah menekankan bahawa darjat suami itu lebih tinggi
dari isteri, oleh itu isteri patut taat kepada suami walaupun setinggi
mana kedudukan seorang isteri tersebut dalam kerjayanya. Oleh itu,
para isteri perlulah meminta izin terlebih dahulu dari suami dalam
perkara-perkara tertentu seperti untuk membenarkan seseorang yang
lain memasuki rumah, berpuasa sunat, keluar rumah, dan dalam lain-
lain perkara.

3.2.5 TINGGAL BERSAMA SUAMI DI TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN


Setelah perkahwinan berlangusung, para isteri wajib tinggal bersama
suami dalam rumah yang telah disediakan. Isteri tidak boleh keluar
dari rumah suaminya atau enggan tinggal bersama suaminya
melainkan dengan izin suaminya. Wanita yang keluar rumah tanpa
izin suaminya boleh mengundang fitnah dan ia turut merosakkan nilai-
nilai kekeluargaan seperti mendatangkan syak wasangka pada suami
tertutamanya pada zaman ini yang mana maklumat palsu cepat dan
luas tersebar.

4.0 PROSEDUR PERKAHWINAN

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, perkara penting yang bakal pengantin


wajib tahu mestilah mengenai prosedur perkahwinan terutamanya di negeri masing-
masing. Contoh yang dikemukakan oleh Ustaz Zaradi adalah perkahwinan di negeri
Selangor.

Perkara pertama dalam prosedur perkahwinan adalah, bakal pengantin lelaki dan
pengantin wanita haruslah menghadiri kursus pra-perkahwinan terlebih dahulu. Kursus
ini wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan
rumahtangga dengan pasangan masing-masing. Tujuan utama kursus ini adalah untuk
mendedahkan bakal pengantin kepada kehidupan sebenar pasangan sebelum dan
selepas perkahwinan. Selain itu, kursus kahwin ini juga mengandungi hukum-hakam
perkahwinan, soal hubungan pasangan dan keluarga, proses dan prosedur perkahwinan
serta kisah-kisah benar rumahtangga yang boleh dijadikan sempadan atau teladan.

Seterusnya, pasangan yang ingin berkahwin hendaklah melakukan ujian HIV di mana-
mana klinik atau hospital kerajaan dalam tempoh 6 bulan sebelum perkahwinan
berlangsung. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui
status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah
dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi
mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Langkah ketiga dalam prosedur perkahwinan adalah pesangan perlu melengkapkan


borang perkahwinan secara online iaitu pada laman sesawang JAIS dalam tempoh 3
bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan. Bagi lelaki, mereka hendaklah mengisi borang
2A, manakala bagi wanita adalah borang 2C dan 2D iaitu borang persetujuan wali dan
wakalah wali. Borang 2B pula perlu diisi oleh kedua-dua pemohon sekiranya alamat di
dalam IC tidak sama dengan alamat pemohon.

Sejurus itu, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar


perkahwinan untuk kariah masjid berdekatan. Seterusnya, pemohon akan membawa
semua borang yang lengkap diisi; 2A, 2B, 2C, 2D bersama dokumen-dokumen yang
diperlukan ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.
Setelah itu, pemohon akan menerima borang 3C – kebenaran berkahwin dalam negeri
Selangor (perempuan) bagi pemohon yang berkahwin dalam Selangor atau borang 3D
bagi pemohon yang berkahwin luar negeri Selangor.

Setelah semua prosedur lengkap diselesaikan, Ijab dan Kabul berlangsung menandakan
percantuman hubungan di antara lelaki dan wanita dengan perkahwinan. Akhir sekali,
pasangan ini akan mendapatkan surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam
Daerah. Surat ini adalah satu dokumen yang cukup penting bagi individu yang telah
berkahwin. Dokumen ini merupakan dokumen rasmi yang mengatakan pasangan
tersebut merupakan pasangan suami dan isteri.

5.0 PERKAHWINAN YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDUR

Perkahwinan mengikut prosedur menjadi keutamaan dan kemestian agar perkahwinan


itu direkodkan dalam bentuk dokumen supaya pentadbiran negara lebih sistematik dan
teratur (Zahiruddin, 2015). Di negara kita, setiap perkahwinan yang diupacarakan
haruslah mengikut peruntukan-peruntukan di bawah akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Penceraian) UUKI 1976. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang
penyelewengan berkaitan dengan perkahwinan daripada berlaku dalam negara kita.

Berdasarkan Tuan Shafezan Rusli sebagai pendakwa syarie, telah banyak kes-kes
jenayah yang melibatkan perkahwinan berlaku di Malaysia tanpa mengira had umur,
kaum, pangkat dan status kehidupan. Melalui pengalaman beliau, terdapat banyak
faktor-faktor yang mendorong pasangan-pasangan ini untuk bertindak melanggar
undang-undang perkahwinan negara. Antaranya adalah pasangan-pasangan ini
menganggap prosedur perkahwinan di negara kita terlalu rigid, jadi mereka mengambil
jalan yang mudah untuk berkahwin. Selain itu juga, Tuan Shafezan juga menggariskan
faktor berlakunya jenayah ini juga adalah kerana faktor suami berpoligami tanpa
pengetahuan isteri. Menyokong perkara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
juga mengatakan kira-kira 70 peratus pernikahan menggunakan khidmat sindiket atau
nikah ekspres tidak sah Syariah.

Secara umumnya, perkahwinan tidak mengikut prosedur boleh diklasifikasikan kepada


dua kategori. Kategori yang pertama ialah perkahwinan tanpa kebenaran Pendaftar di
mana kesalahan ini dilakukan oleh pasangan yang hendak berkahwin (bujang) tanpa
merujuk kepada pendaftar yang mempunyai hak bagi negeri masing-masing. Bagi
kategori yang kedua pula, perkahwinan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Perkara
ini meliputi 62 kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan poligami, perkahwinan
bawah umur, perkahwinan janda berhias dan perkahwinan yang menggunakan Wali
Raja atau Wali Hakim. Kedua-dua kategori ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
kebenaran untuk berkahwin daripada pihak-pihak yang tertentu.

5.1 ANALISA KES 1

Berdasarkan akhbar Berita Harian 24 April 2019, Seorang kakitangan kerajaan di


Marang dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah,
atas dua kesalahan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran (Zatul, 2019).
Tertuduh yang berusia 47 tahun itu turut berdepan hukuman penjara tujuh bulan
jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh lelaki yang sudah mempunyai isteri berusia 45


tahun didakwa berpoligami apabila berkahwin dengan pasangannya di sebuah
masjid di Thailand pada 10 September 2018 tanpa mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada hakim syarie atau pendaftar. Bagi kesalahan ini,
mengikut Seksyen 126 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Terengganu)
2017 kerana poligami tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh dijatuhi hukuman
denda RM1,500 atau empat bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan
denda berkenaan. Selain itu, tertuduh dan pasangannya berusia 34 tahun turut
didakwa berkahwin di alamat dan tarikh sama tanpa mendapat kebenaran
pendaftar dan berlaku di luar mukim wanita itu bermastautin iaitu di Marang. Bagi
kesalahan itu, mereka dijatuhi hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan
sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan kerana berkahwin tanpa
kebenaran.

Analisa daripada kes ini, tertuduh telah melanggar 2 kesalahan iaitu berkaitan
kebenaran dan permastautinan. Bagi kesalahan untuk mendapatkan kebenaran,
Seksyen 40 yang menyatakan bahawa semua bentuk pernikahan yang
dilangsungkan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah adalah menjadi satu kesalahan
dan boleh dikategorikan sebagai pernikahan tidak mengikut prosedur. Kes di
atas merupakan satu daripada beratus kes kahwin tanpa kebenaran. Secara
umumnya, kebanyakan yang melakukan kesalahan ini wujud kerana beberapa
sebab seperti wali enggan memberikan persetujuan, poligami, mengelakkan diri
daripada pensabitan khalwat dan mengandung anak luar nikah (Haliza, Nabilah,
Intan & Hasnizam, 2013). Oleh itu, penalti yang dibuat bertujuan untuk mengatasi
masalah perkahwinan tidak mengikut prosedur yang semakin berleluasa seperti
contoh kes di atas.

Bagi kesalahan permastautinan pula, wanita dalam kes di atas tidak dinikahkan
di kawasan kariah masjid tempat perempuan itu bermastautin. Perkahwinan yang
dinikahkan di luar kariah permastautin pihak perempuan hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar, Hakim Syarie ataupun pihak
berkuasa di negeri tempat perempuan itu bermastautin iaitu di Marang.
Melihat kepada kesalahan-kesalahan ini, pasangan ini berhak untuk dijatuhkan
hukuman sebagaimana yang ditetapkan.

5.2 ANALISA KES 2


Satu kes jenayah telah dilakukan oleh Kholed bin Dinyati iaitu tertuduh terlibat
dengan kesalahan menyediakan doktrin palsu. Kes ini berlaku di Alor Gajah,
Melaka. Tertuduh telah bertindak membuat perakuan palsu untuk mendapatkan
suatu perakuan sijil nikah dengan menggunakan kad pengenalan orang lain.
Tertuduh telah menipu bakal isteri, ibu bapa mertua, imam, serta doktor untuk
mendapatkan sijil nikah dan pengesahan bebas daripada HIV. Oleh itu, tertuduh
telah disabitkan di bawah seksyen 38 Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka
2002 dan telah mengaku bersalah. Tertuduh dikenakan denda maksimum iaitu
RM 2000 dan jika tidak dibayar, 6 bulan penjara.

Analisa daripada kes ini, oleh kerana UUKI memerlukan pasangan untuk
mendapatkan kebenaran sama ada dari pendaftar ataupun Hakim Syarie untuk
kes-kes seperti perkahwinan di bawah umur, perkahwinan perempuan janda,
perempuan yang tidak mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak dan juga
poligami, ada pihak dengan sengaja membuat keterangan atau akuan palsu
untuk mendapatkan kebenaran seperti tertuduh, Kholed bin Dinyati.

Oleh yang demikian peruntukan mengenai akuan atau penyataan palsu untuk
mendapatkan perkahwinan di dalam Seksyen 38 Akta Undang-Undang Keluarga
Islam 1984 ini dibuat untuk mengawal pentadbiran UUKI di Malaysia supaya
lebih prosedural dan sistematik. Hal ini kerana, penipuan akan berlaku demi
mendapatkan kebenaran perkahwinan.

6.0 KESIMPULAN
Secara ringkasnya, mulakanlah suatu perkahwinan itu dengan cara dan prosedur
dengan betul dan jagalah perkahwinan kita sebaik mungkin kerana sesungguhnya
perkahwinan merupakan suatu perkara yang cukup indah bagi seorang lelaki dan
wanita.

Kursus yang disediakan ini cukup memberi manfaat kepada siswa guru khususnya
sebagai seorang muslim yang wajib mengambil tahu menganai perkara-perkara ini.
Dengan berlakunya kursus ini, konsep perkahwinan dalam islam, tanggungjawab dan
hak suami isteri, prosedur perkahwinan, dan jenayah yang melibatkan perkahwinan
dapat difahami dengan lebih mendalam.

Semoga kurus “Baiti Jannati” akan terus dikekalkan pada masa akan datang agar
manfaatnya dapat dikongsi bersama.
7.0 RUJUKAN

Haliza A.Shukor, Nabilah Yusof, Intan Nadia Ghulam Khan dan Hasnizam Hashi, “Kahwin Lari: Satu
Cadangan Keperluan Hukuman Alternatif,” (Proceeding of the Global Conference on
Business, Economics and Social Sciences, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM), 2013), 218-222.

Ibrahim Lembut, “Kesalahan-Kesalahan Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam


Negeri-Negeri Di Malaysia” 278.

Kholed bin Dinyati lwn. Ketua Pendakwa Syarie Melaka (2009) 29 JH 2.

Mat Saad Abd. Rahman, Prof. Madya, Dr. (Oktober 1993), Undang-undang Keluarga Islam, Aturan
Perkahwinan, Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa, Shah Alam: HIZBI SDN. BHD.,
hal. 17

Mazlina, I. (20 Oktober, 2015). Ikim. Retrieved from Hak dan Tanggungjawab:
https://ikimfm.my/hak-dan-tanggungjawab/

Zahiruddin, F. (2015). Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. 4. Retrieved from Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian
di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
http://studentsrepo.um.edu.my/5021/1/MOHD_ZAHIRUDDIN_FAHMI.pdf

Zatul, Z. (24 April, 2019). Berita Harian. Retrieved from Didenda kerana kahwin dan poligami tanpa
kebenaran mahkamah: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/556721/didenda-
kerana-kahwin-dan-poligami-tanpa-kebenaran-mahkamah

You might also like