Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERMAINAN TRADISIONAL

 FALSAFAH

 Menurut Sofian, jika diperhatikan falsafah yang diajarkan pada


jenis mainan tradisional, intinya mengajarkan generasi muda
khusus anak-anak bagaimana bergaul dalam komunitas yang
lebih besar dan lingkungan sosial menimal seumur dengannya.
Selain Gasing, misal permainan Sepak ragai yang mengutamakan
kerjasama pasukan dan menjaga kekompakan. Di samping itu,
unsur olahraganya tinggi.

 PENGAMATAN
 Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

 Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke


individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang sedemikian.
 Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba,
pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.
Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh
peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan
keramaian dan pesta.

 Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung,


penduduk berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian
atau sekadar memberi semangat.

 Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi


social di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian.
Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat.

 Permainan rakyat ini boleh dibahagikan kepada permainan orang


dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. Permainan untuk
orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing,
menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan
lain-lain. Manakala permainan untuk kanak-kanak pula
termasuklah main telaga buruk, guli, main-main kapal terbang,
cina buta, ketup atau sembunyi=sembunyi dan lain-lain.
 TUJUAN ATAU FUNGSI
 Bertujuan sebagai alat hiburan dan keseronokan
 Berperanan dalam aktiviti social untuk menyerikan majlis-
majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.
 Untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.
 Mewujudkan interaksi sosial atau komunikasi di antara
orang-orang kampung.
 Mengeratkan tali persaudaraan atau hubungan silaturrahim
sesama manusia.
 Memupuk perpaduan dan semangat berpasukan.

You might also like