Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Aras pengetahuan ini - labelkan, senaraikan, nyatkan ,manakah, apakah, bilakah,

siapakah dan bilakah.

aras kefahaman - terangkan, jelaskan, huraikan, tukarkan, dan mengapakah

aras aplikasi - selesaikan, binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan, Demonstrasikan,


susunkan,dan Gunakan

aras analisis - bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan,
Tafsirkan.

Ciri aras soalan sintesis - bina, hasilkan, susunkan, susun, kembangkan.

aras penilaian - bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll.

iri soalan aras pengetahuan ialah kemampuan untuk mengenali dan mengingat
peristilahan, definisi, fakta-fakta, , pola, urutan, metodologi, prinsip dasar,hukum, dan
sebagainya. Aras pengetahuan ini menguji kebolehan calon untuk mengingati fakta
yang telah dipelajari. Secara amnya melalui soalan aras pengetahuan, penggubal dapat
menilai sejauh mana pelajar menyimpan data dan fakta didalam stor ingatan jangka
panjangnya. Soalan aras ini boleh digunakan setiap kali selesai proses pengajaran bagi
menguji sejauh mana keberkesanan fakta yang disampaikan oleh guru semasa
pengajaran. Antara contoh permulaan soalan ialah labelkan, senaraikan, nyatkan
,manakah, apakah, bilakah, siapakah dan bilakah. Contohnya bilakah tarikh
kemerdekaan Negara Malaysia?. Aras pengetahuan boleh diuji secara lisan oleh guru
dan pelajar boleh menjawab soalan aras pengetahuan secara spontan tanpa
memerlukan kemahiran berfikir.

Ciri soalan aras kefahaman pula ialah memerlukan calaon memahami fakta dan
konsep. Aras ini memerlukan calon memahami setiap yang dipelajari sebelum
menjawab soalan aras ini. Aras ini ,menkehendakkan calaon menggunakan ilustarasi
dalam bahasa sendiri. Melalui aras kefahaman guru mudah mengenal pasti sama ada
pelajar memahami konsep pelajaran yang dipelajari. Contoh kate kerja bagi soalan ini
ialah terangkan, jelaskan, huraikan, tukarkan, dan mengapakah. Contoh terangkan
sebab mengapa berlakunya hakisan di tebing sungai?. Aras ini memerlukan pelajar
recite kembali apa yang dipelajari dan mengaitkan dengan keadaan yang sebenar.

Ciri soalan aras aplikasi ialah memerlukan calon menyelesaikan masalah‘non-routine’


atau masalah baru. Ciri soalan ini lebih kepada adalah ‘problem-solving’. Masalah
diselesaikan dengan cara calon sendiri dengan mengemukakan idea tersendiri
menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan
masalah yang mempunyai unsur persamaan. Aras ini memerlukan pelajar
menggunakan kemahiran berfikir dan cuba memahami masalah seterusnya
mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada pelajar, seterusnya pelajar cube
menyelesaikannya dengan pendapatnya tersendiri. Contoh kata kerja ialah selesaikan,
binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan, Demonstrasikan, susunkan,dan Gunakan .
contoh soalan yang boleh dibina ialah pada pendapat anda, sekiranya anda menjadi
raja Melaka, apakah yang bakal anda lakukan untuk memajukan kawasan perlabuhan
negeri Melaka?

Ciri soalan aras analisis memerlukan calaon memecah, mencerakindan mengupas


fakta untuk mengkaji unsur-unsur secara mendalam termasuklah membandingkan dan
membezakan fakta dan maklumat yan g diperolehi. Aras ini menguji kebolehan pelajar
mengenalpasti isi tersirat dan tersurat sesuatu fakta yang telahg dipelajarinya. Contoh
kata kerja bagi soalan ini ialah bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat
analisis, Cerakinkan, Tafsirkan. Contoh soalannya ialah berikan kesan kepada kepada
udara apabila kenderaan bermotor bertambah di dunia.

Ciri aras soalan sintesis ialah memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan
menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini
termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan.
Calon perlu mengapliksikan apa yang dipelajari bagi memperolehi hasil yang baru.
Contoh kate kerja bagi soalan ini ialah bina, hasilkan, susunkan, susun, kembangkan.
Contoh soalan, antara aktiviti berikut yang manakah yang menyebabkan hujan asid?.
Melalui soalan ini calon perlu mensintesiskan sesuatu fakta bagi memperolehi
maklumat baru.

Ciri soalan aras penilaian pula ialah menkehendakkan calon menilai sesuatu, membuat
pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.
Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian. Pelajar
boleh diberi soalan tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Pelajar akan menilai
sendiri kebaikan dan keburukannya melalui pengalaman sedia ada dan pengetahuan
yang diterimanya. Melalui soalan aras ini, ia mampu menggalakkan pelajar menilai dan
memproses data yang diterima.contoh kata kerja bagi soalan aras ini ialah bincangkan,
Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll. Contoh soalan ialah
bincangkan bagaimana cara kita mengurangkan masalah sampah yang semakin
bertambah di kawasan sekolah kita?

You might also like