Kertas Kerja Kem Mbca 2011

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


TAHUN 2011
SMK BUKIT JANA

PENDAHULUAN

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Bagi
merealisasikan Keberhahasilan Utama Nasional (National Key Results Area) ketiga iaitu
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, Kementerian Pelajaran
telah mencadangkan supaya diadakan Kem Membaca 1 Malaysia.

OBJEKTIF

 Mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan PMR.


 Menggerakkan program/ aktiviti galakan membaca.
 Memupuk minat membaca secara berterusan.
 Menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan bahan bacaan

TEMPAT
Dewan
SMK BUKIT JANA, Kamunting Perak.

TARIKH DAN MASA


Tarikh : 31 hb Oktober 2010 hingga 4 hb November 2011
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang

STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

CADANGAN AKTIVITI
Rujuk Lampiran 2

1
ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
Semua pelajar Tingkatan 3

PENUTUP

Jawatankuasa Program amat mengharapkan program ini dapat diluluskan serta


dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
golongan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan program yang dirancang berjalan dengan lancar berserta
hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

SALIZA BT SAIRIN
Guru Perpustakaan dan Media
SMK BUKIT JANA

Disahkan oleh,

Pengetua
SMK BUKIT JANA

2
Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : EN AHMAD SUKRI B MOKRI


(Pengetua SMK BUKIT JANA)

NAIB PENGERUSI 1 : EN. AB RAHMAN B IBRAHIM


(PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2 : EN. ROSLAN B HASSAN


(PENOLONG KANAN HEM)

PENYELARAS AKTIVITI : PN. SALIZA BT SAIRIN


PN. WASYIRAH BT ABD HALIM

BENDAHARI : CIK MAZLIYANA BT MIHAT

AJK AKTIVITI

Pertandingan Fail Tegak : 1) PN. SALIZA BT SAIRIN


2) EN. MUSTAFA B BAKAR
3) EN. AHMAD MUNIR B TAEH
4) PN. IDA ROSNITA BT MD. JAAFAR

Pertandingan Bina Ulat Buku : 1) CIK MUMTAZ BEGAM BT MOHAMED MAIDIN


2) PN. LIM KWEE GEOK
3) CIK CHEE CHEOW FONG
4) EN. KAMARUL AZIZI B FAISAL

Pertandingan Sketsa Buku : 1) PN. HASLINA BT MOHD ROSE


2) PN. NOR ZALINA BT ZALAZILAH
3) PN. SHUFAIDAH BT TAJUDIN
4) EN. MOHD HASHARIZAL B HASHIM
5) PN. WAN NAIDAH BT WAN ABD. KADIR

Info Hunt : 1) PN. WASYIRAH BT ABD HALIM


2) CIK NURUL HAFILAH BT ABDUL LATIB
3) CIK NOR AZRINA BT KHORI
4) EN. MUHAMMAD HAFNI SHAKIR
5) EN. DAUD B DARUS
6) EN. MOHD ARIF B HJ. ARIFFIN

3
Lampiran 2

CADANGAN AKTIVITI & PERINCIAN

1) Pertandingan Fail Tegak


- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Pelajar diminta menyediakan fail tegak mengikut kreativiti sendiri.
- Hasil kerja akan dinilai dan dipamerkan
- Hadiah diberikan kepada pemenang.

2) Pertandingan Sketsa Buku


- Pelajar secara berkumpulan mempersembahkan sketsa berdasarkan cerita daripada
buku yang dipilih sendiri.
- Buku yang dipilih mempunyai tema seperti patriotik/alam sekitar/
perjuangan/budaya berbilang bangsa @ kaum.
- Kumpulan yang membuat persembahan terbaik akan diberikan hadiah.

3) Info Hunt
- Guru menyediakan soalan dan jawapan boleh didapati sekitar sekolah.
- Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan atau individu
- Hadiah disediakan kepada pemenang.

4) Pertandingan Bina Ulat Buku


- Pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan membina ulat buku. Ulasan tentang
buku yang dibaca ditulis di dalam borang khas.
- Borang tersebut ditampal atas kertas yang digubah menjadi seekor ulat.
- Hasil kerja pelajar dinilai berdasarkan kreativiti dan bentuk ulasan yang ditulis.
- Hadiah disediakan kepada pemenang.

4
CADANGAN TARIKH & MASA AKTIVITI

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN


31/10/2011 7.30 - Pelajar berkumpul di dewan
8.00 - Majlis Pelancaran Kem Membaca 1
Malaysia
9.00 - Taklimat aktiviti
10.00 - Rehat
10.30 - Pertandingan Fail Tegak

1/11/2011 7.30 - Pelajar berkumpul di dewan


8.00 - Pertandingan Ulat Buku
10.00 - Rehat
10.30 - Pertandingan Ulat Buku

2/11/2011 7.30 - Pelajar berkumpul di dewan


8.00 - Info Hunt
10.00 - Rehat
10.30 - Info Hunt

3/11/2011 7.30 - Pelajar berkumpul di dewan


8.00 - Sketsa Buku
10.00 - Rehat
10.30 - Sketsa Buku

4/11/2011 7.30 - Pelajar berkumpul di dewan


8.00 - Majlis Penutup dan Penyampaian
Hadiah

5
Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI KOS

1. Pertandingan Fail Tegak RM 45.00

2. Pertandingan Ulat Buku RM 45.00

3. Info Hunt RM 45.00

4. Sketsa Buku RM 45.00

JUMLAH RM 180.00

HADIAH PESERTA = RM 180.00


BAHAN BANTU = RM 70.00
___________
JUMLAH SEBENAR = RM 250.00
___________

Diluluskan Oleh :

…………………………………………..

You might also like