Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN ROKET AIR


(SEKOLAH RENDAH)
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2020

1 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

1.1 Pertandingan Roket Air ini merupakan satu aktiviti STEM yang memperkenalkan
teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan
memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai ilmu sains angkasa,
teori-teori dalam kejuruteraan fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains
dan teknologi.

1.2 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA bahagian iaitu:


1.2.1 Bahagian 1 – Sasaran (Target)
1.2.2 Bahagian 2 – Payung Terjun (Parachute)

1.3 Sasaran pertandingan ini ialah murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah rendah bantuan
kerajaan.

2.0 OBJEKTIF

Matlamat pertandingan ini adalah untuk:


2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

2.2 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains berunsurkan STEM.

2.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran STEM murid merangkumi kemahiran komunikasi,


kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah secara
berkumpulan.

2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berunsurkan Inovasi
Sains, Kejuruteraan dan Matematik.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga 6
sahaja) yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Sekolah bantuan
kerajaan negeri dan swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan
negeri (sahaja) atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah
tersebut.
3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
3.3 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta
dengan seorang guru pembimbing.
3.4 Penyertaan adalah secara berpasukan dari sekolah yang sama.

2 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Peserta dinasihatkan dan digalakkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Contohnya,
pakaian sukan yang melambangkan sekolah / daerah / negeri masing masing.

4.2 Peserta juga diwajibkan memakai topi kaledar keselamatan (safety helmet) semasa sesi
Pelancaran Roket (Sasaran) dan Roket (Payung Terjun) dijalankan.

4.3 Kaedah pertandingan:


Sesi 1: Pelancaran Roket – Sasaran dan soal jawab
Sesi 2: Pelancaran Roket – Payung Terjun

4.4 Masa:
4.4.1 Pembinaan model roket hanya dilakukan di sekolah masing-masing dan model roket
yang disiapkan perlu dilancarkan pada hari pertandingan sahaja.
4.4.2 Sesi Pelancaran Roket (Sasaran dan Payung Terjun) ** mengikut giliran undian
kumpulan yang bertanding.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA bahagian seperti berikut:


5.1.1 Bahagian 1 – Pelancaran Roket Sasaran (Target)
5.1.2 Bahagian 2 – Pelancaran Roket Payung Terjun (Parachute)
5.2 Johan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperolehi daripada bahagian-
bahagian seperti berikut:
5.2.1 Soal jawab (10%)
5.2.2 Pelancaran Roket Sasaran (50%)
5.2.3 Pelancaran Roket Payung Terjun (40%)

6.0 SESI SOAL JAWAB

6.1 Soal jawab akan diadakan semasa sesi menunggu giliran pada sesi 1 – Pelancaran Roket
Sasaran.

6.2 10 soalan telah disediakan kepada hakim dan hanya 5 soalan yang ditanya berdasarkan
perkara berikut:
6.2.1 Reka bentuk roket.
6.2.2 Bahagian-bahagian roket.
6.2.3 Konsep asas Sains dalam teknologi pelancaran roket.

6.3 Pemarkahan akan diberi berdasarkan kepada:


6.3.1 Keupayaan murid menjawab soalan hakim dengan baik.
6.3.2 Kefahaman murid terhadap konsep-konsep STEM yang diterapkan dalam pembinaan
roket.

3 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
7.0 PELANCARAN ROKET (SASARAN)

7.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada sasaran
yang ditetapkan oleh teknikal pertandingan.

7.2 Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan dalam jarak 60m, 70m atau 80m.
Sebelum acara dimulakan, murid akan mencabut undi jarak yang akan digunakan oleh
kesemua peserta. Walau bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak
menentukan jarak baru di antara 60m dan 80m. Cabutan undi dijalankan sebelum sesi 1:
Pelancaran Roket Sasaran dijalankan.

7.3 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu
menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.

7.4 Semua model roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 50 psi.

7.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. Tempoh
pemasangan (setup), persediaan dan pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit.

7.6 Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan dinilai dan markah akan ditentukan
berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).

7.7 Pembantu hakim akan memberikan isyarat bendera merah sekiranya peserta masih belum
bersedia.

7.8 Bendera putih akan dikibarkan setelah semua persiapan pelancaran selesai.

7.9 Hakim akan memberi isyarat pelepasan dan peserta perlu melepaskan roket ke arah
sasaran.

7.10 Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap GAGAL. Walaubagaimanapun,
tempat jatuhan akan ditanda. Sekiranya terdapat kurang daripada 5 pasukan yang memasuki
zon sasaran, maka jarak jatuhan roket yang paling hampir dengan sasaran (di luar zon
sasaran) akan diambil bagi melengkapkan lima pasukan terbaik kategori sasaran.

7.11 Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah johan
keseluruhan.

7.12 Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan
tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).

7.13 Setiap peserta wajib memakai topi kaledar keselamatan (safety helmet) semasa
pelancaran roket dijalankan.

7.14 Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.

4 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
8.0 PELANCARAN ROKET (PAYUNG TERJUN)

8.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun
dan catatan masa roket di udara akan diambil.

8.2 Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air (payload).
Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air.

8.3 Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan bumi. Setiap
pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.

8.4 Semua model roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 50 psi.

8.5 Peserta diberikan masa maksima selama 5 minit untuk persediaan sebelum
melancarkan roket. Walaubagaimanapun, sekirannya berlaku masalah teknikal, hakim
boleh memberikan masa tambahan (antara 15 minit – 20 minit).

8.6 Hakim akan bersedia sekiranya peserta telah selesai membuat persiapan.

8.7 Hakim akan memberi isyarat supaya roket dilepaskan dan masa akan diambil.

8.8 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.

8.9 Masa akan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya:
8.9.1 jatuh ke permukaan tanah; atau
8.9.2 tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
8.9.3 hilang daripada pandangan para hakim; atau
8.9.4 berada di udara melebihi 15 minit.

8.10 Sebanyak dua catatan masa oleh dua orang hakim akan diambil bagi setiap
pelancaran dan kaedah purata bagi dua masa yang paling hampir antara satu dengan yang lain
akan digunakan bagi mendapatkan masa pasukan berkenaan.

8.11 Setiap peserta wajib memakai topi kaledar keselamatan (safety helmet) semasa
pelancaran roket dijalankan.

5 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
9.0 SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

9.1 Setiap daerah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja.

9.2 Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang murid (Tahun 4 hingga Tahun 6 dan berusia
10 hingga 12 tahun sebelum 31 Disember pada tahun semasa) dan diiringi oleh seorang (1)
guru pembimbing.

10.0 SPESIFIKASI MODEL ROKET AIR

10.1 Setiap model roket air yang telah siap dibina di sekolah masing-masing sahaja akan
dilancarkan pada pada hari pertandingan. Setiap komponen utama model roket air perlu
dibina dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter yang dibawa
sendiri.

Contoh Model Roket Payung Terjun

10.2 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara
sahaja.

10.3 Semua roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh
pihak penganjur.

10.4 Setiap pasukan dinasihatkan membina sebanyak sekurang-kurangnya 2 model roket air
(1 sasaran dan 1 payung terjun)

6 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
10.5 Walaubagaimanapun, setiap pasukan dinasihatkan membina sekurang-kurangnya:-
2 roket sasaran dan 2 roket payung terjun.

10.6 Setiap pasukan digalakkan untuk membawa pemegang roket (rocket stand) sendiri.
Pihak urusetia dan hakim tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan kepada
roket semasa menunggu giliran disebabkan kegagalan peserta membawa pemegang roket
sendiri.

11.0 PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN

11.1 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
tanpa notis awal.

11.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.

11.3 Cara pengiraan markah adalah seperti berikut:

• Sasaran
Markah diberikan berdasarkan jarak terdekat jatuhan roket berdasarkan jadual di bawah.

KEDUDUKAN MARKAH
1 50
2 45
3 42
4 39
5 36
6 34
7 32
8 30
9 28
10 26
11 24
12 22
13 20
14 18
15 dan seterusnya 16
Seterusnya Berkurang 1 markah
30 dan seterusnya 1 markah sahaja

7 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
• Payung Terjun
Markah diberikan berdasarkan masa jatuhan roket berdasarkan jadual di bawah.

KEDUDUKAN MARKAH
1 40
2 36
3 33
4 30
5 28
6 26
7 24
8 22
9 20
10 18
11 16
12 15
Seterusnya Berkurang 1 markah
25 dan seterusnya 1 markah sahaja

11.4 Pasukan dianggap gagal sekiranya roket pecah kepada 2 bahagian atau lebih sewaktu
pelancaran bagi kedua-dua kategori.

12.0 KATEGORI PEMENANG

12.1 Pemenang diberikan untuk tempat pertama hingga ketiga, berdasarkan Kategori:
12.1.1 Sasaran terbaik: Tempat Pertama hingga Tempat Ketiga
12.1.2 Payung terjun masa terbaik: Tempat Pertama hingga Tempat Ketiga
12.1.3 Keseluruhan terbaik: Tempat Pertama hingga Tempat Ketiga

13.0 BILANGAN PEGAWAI TEKNIKAL DAN HAKIM


13.1 Kategori Sasaran

Zon Pegawai Teknikal Hakim


Pelancaran 1 orang 2 orang
Pendaratan 1 orang 3 orang
Jumlah 2 orang 5 orang

13.2 Kategori Payung Terjun

Zon Pegawai Teknikal Hakim


Pelancaran 1 orang 2 orang
Penjaga Masa 1 orang 3 orang
Jumlah 2 orang 5 orang

 Bilangan Pegawai Teknikal dan Hakim bergantung kepada keperluan dan kesesuaian
pertandingan.
 Pegawai Teknikal dan Hakim boleh bertugas untuk kedua-dua kategori pertandingan.

8 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
14.0 PANDUAN PENGELOLAAN

14.1 Persiapan tempat: padang


14.2 Keperluan khusus: pelancar roket, bendera merah & putih, pita ukur dan stop watch

15.0 SENARAI KEPERLUAN BAHAN DAN PERALATAN

15.1 Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan elemen utama pembinaan
sebuah model roket air.

15.2 Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan
oleh pihak penganjur sahaja.

15.3 Senarai bahan dan peralatan yang dibenarkan dalam Pembinaan Roket Air di sekolah
masing-masing (bergantung kepada keperluan pasukan) seperti jadual di bawah. Model roket
air yang disiapkan perlu dibawa dan dilancarkan oleh setiap pasukan yang bertanding pada
hari pertandingan.

Bil Peralatan dan Bahan


1. Kertas putih
2. PVC sheet
3. Clear binding cover (A4)
4. Straw board / Corrugated board (A4)
5. Beg plastik sampah
6. Benang
7. Alat Penimbang
8. Botol Plastik Minuman Berkarbonat 1.5 liter
9. Plastisin
10. Pensil / pen
11. Marker pen
12. Pembaris
13. Gunting
14. Pen-knife (NT Cutter)
15. Celulose tape
16. Binding tape
17. Masking tape
18. Double-sided tape
19. Gelang getah
20. One hole punch
21. Reinforcement ring
22. Cutting matt
23. Bedak

16.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

9 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
17.0 PERJALANAN PERTANDINGAN

Pendaftaran 1. Pendaftaran peserta oleh guru pembimbing.


2. Tanggungjawab guru untuk memastikan
pendaftaran peserta berjalan lancar.
3. Taklimat ringkas diberikan kepada semua
peserta tentang perjalanan pertandingan.
4. Peserta mencabut undi giliran untuk
pelancaran roket sasaran dan payung terjun.

5. Hakim akan memanggil wakil peserta untuk


Sesi 1: Pelancaran Roket
mencabut undi bagi jarak sasaran roket.
Sasaran + Soal Jawab
6. Hakim memanggil peserta mengikut giliran.
7. Sesi soal jawab akan diadakan sebelum
pelancaran roket sasaran.
8. Pelancaran roket sasaran dijalankan.
9. Jarak roket sasaran peserta dicatat dan
direkodkan oleh hakim.

10. Hakim memanggil peserta mengikut giliran.


Sesi 2: Pelancaran Roket
11. Pelancaran roket payung terjun dijalankan.
Payung Terjun
12. Masa pendaratan roket payung terjun peserta
dicatat dan direkodkan oleh hakim.

13. Runner akan menghantar borang markah


Pengiraan Markah kepada urusetia setap kali selesai sesi dan
markah akan dikira.
14. Markah akan direkod ke dalam komputer
dan dicetak untuk simpanan.

15. Keputusan akhir diserahkan kepada


Keputusan
pengelola karnival.

18.0 TUGAS DAN PERANAN

Bil Jawatan Bidang Tugas


1. Pegawai Teknikal - bertindak sebagai urusetia pertandingan.
- menjadi tempat rujukan sekiranya berlaku sebarang
masalah berhubung pertandingan.
- Menyelaraskan keputusan pertandingan.
2. Hakim - bertugas mengambil markah semasa soal jawab.
- mencatat jarak sasaran.
- menyelaras cabutan undian jarak roket sasaran.
- merekod masa untuk roket payung terjun.
3. Pembantu Hakim - Memberi isyarat sedia semasa pelancaran roket sasaran.
- Mengambil jarak menggunakan pita ukur.

10 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
PANDUAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH

1. PERSEDIAAN TEMPAT PERTANDINGAN

1.1 Lokasi: PADANG ( saiz minima 100 m x 60 m )


60 meter

100 meter
1.2 Keperluan Pihak Urusetia

Bil Perkara Kuantiti / Jumlah


1. Meja Urusetia 2
2. Kerusi Urusetia 4
3. Payung Besar ( payung pasar malam ) 2
4. Bendera kecil merah & putih 1 set
5. Pelancar roket 2
6. Pita pengukur 2
7. Borang penyertaan Ikut jumlah pasukan
8. PA system portable ( padang ) / hayler 1
9. PA system urusetia ( khemah urusetia ) 1
10. Plug point dan wayar penyambung 2
11. Kanopi Jika perlu
12. Kalkulator 2
13. Tiang bendera sasaran 1
14. Spray cat putih ( penanda kawasan perimeter sasaran ) 2
15. Laptop / Komputer 1
16. Pencetak 1
17. Kertas A4 1 rim
18. Stapler 2
19. Dawai kokot 2 kotak
20. Paip air 1
21. Peti pertolongan cemas 2

 Jadual di atas adalah cadangan penyediaan peralatan dan bahan yang diperlukan.
 Ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian pertandingan.

11 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
1.3 Keperluan Pihak Hakim

Bil Perkara Kuantiti / Jumlah


1. Clip file 4
2. Alat tulis Ikut keperluan
3. Jam randik / Stopwatch 4
4. Borang Penghakiman Ikut jumlah pasukan
5. Topi kebun Ikut kesesuaian
6. Wisel 4
7. Safety helmet untuk peserta 4
8. Baju hujan (sekiranya hujan) Ikut jumlah peserta
9. Kasut boot untuk hakim (sekiranya hujan) Ikut kesesuaian
10. Walkie Talkie 2

 Jadual di atas adalah cadangan penyediaan peralatan dan bahan yang diperlukan.
 Ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian pertandingan.

*Cadangan pelan tapak pengurusan pertandingan

12 Kertas Konsep Pertandingan Roket Air Sekolah Rendah │Karnival STEM Challenge KPM
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN ROKET AIR ( SEKOLAH RENDAH )
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

DAERAH

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO. TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING JANTINA BANGSA NO. MYKAD NO. TELEFON

BANGSA
BIL NAMA PESERTA JANTINA NO. MYKAD
M C I L

1.

2.

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

Pengesahan: Cop Rasmi:

………………………………………………………. Tarikh:
( )
BORANG MAKLUM BALAS PERTANDINGAN

NAMA PERTANDINGAN PERTANDINGAN ROKET AIR ( SEKOLAH RENDAH )


KATEGORI PEGAWAI TEKNIKAL / HAKIM / GURU* *Sila pilih salah satu
UMUR
JANTINA

KEKUATAN PERTANDINGAN

KELEMAHAN
PERTANDINGAN

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

*Silakan serahkan borang ini kepada pihak Urusetia Pengelola. Maklum balas amat
dihargai. Terima kasih.
BORANG PEMARKAHAN SOAL JAWAB
PERTANDINGAN ROKET AIR ( SEKOLAH RENDAH ) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

NO. PASUKAN
DAERAH

MARKAH
Peserta menjawab dengan Peserta boleh menjawab JUMLAH
Bil Perkara
kurang keyakinan dengan baik dan memberi MARKAH
beberapa contoh
1. Ceritakan tentang rekabentuk roket ini? * 1 2
2. Kenapa roket ini perlu menggunakan air? 1 2
3. Bagaimana roket air boleh terbang? 1 2
4. Adakah roket akan terbang tanpa menggunakan air? 1 2
5. Apakah isipadu air yang terbaik untuk roket ini terbang dan 1 2
mengapa?
6. Kenapa roket yang penuh dengan air gagal untuk terbang? 1 2
7. Kenapa arah air keluar bertentangan dengan arah pergerakan 1 2
roket?
8. Adakah berat roket mempengaruhi jarak sasaran roket? 1 2
9. Adakah bentuk roket mempengaruhi jarak sasaran roket? 1 2
10. Bagaimana untuk mendapatkan jarak sasaran roket yang 1 2
optimum?
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (POINTS A)

*Soalan wajib kepada peserta


**Hakim perlu memilih 5 soalan daripada 10 pilihan di atas
BORANG SENARAI PASUKAN
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

BIL NAMA PASUKAN / DAERAH NO. GILIRAN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.
BORANG PEMARKAHAN ROKET SASARAN
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

NO. NAMA PASUKAN SASARAN KEPUTUSAN


GILIRAN / DAERAH PERCUBAAN 1 PERCUBAAN 2 JARAK RANK TARGET
JARAK (M) JARAK (M) TERBAIK (M) POINTS (B)
1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

NAMA HAKIM
TANDA TANGAN
BORANG PEMARKAHAN ROKET PAYUNG TERJUN
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

NO. NAMA PASUKAN MASA PENDARATAN KEPUTUSAN


GILIRAN / DAERAH PERCUBAAN 1 PERCUBAAN 2 MASA RANK POINTS
MASA (s) MASA (s) TERBAIK (s) (C)
1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

NAMA HAKIM
TANDA TANGAN
BORANG PEMARKAHAN KESELURUHAN
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

SOAL
JAWAB SASARAN (50%) PAYUNG TERJUN (40%)
TOTAL
NO. (10%) FINAL
NAMA PASUKAN / DAERAH POINTS
GILIRAN JARAK TARGET MASA RANK
POINTS POINTS (A+B+C)
TERBAIK POINTS RANK TERBAIK RANK
(A) (C)
(M) (B) (s)
1

10

NAMA HAKIM NAMA PEGAWAI TEKNIKAL


TANDA TANGAN TANDA TANGAN
BORANG PEMARKAHAN KESELURUHAN
PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2020

SOAL
JAWAB SASARAN (50%) PAYUNG TERJUN (40%)
TOTAL
NO. (10%) FINAL
NAMA PASUKAN / DAERAH POINTS
GILIRAN JARAK TARGET MASA RANK
POINTS POINTS (A+B+C)
TERBAIK POINTS RANK TERBAIK RANK
(A) (C)
(M) (B) (s)
11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

NAMA HAKIM NAMA PEGAWAI TEKNIKAL


TANDA TANGAN TANDA TANGAN

You might also like