Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) Negara Kanada

Menurut Rita Cheminais (2004), pendidikan inklusif adalah pendidikan yang


diberikan kepada murid-murid dengna keperluan pendidikan khas yang belajar di dalam
kelas bersama dengan murid-murid normal dan diajar oleh guru biasa. Konsep Program
Pendidikan Inklusif mengikut negara Kanada pula, menurut Inclusive Education Canada
(2017), IEC adalah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebangsaan
yang komited kepada pendidikan berkualiti untuk semua pelajar di sekolah dan bilik darjah
inklusif di negara Kanada. Menurut Adam W. McCrimmon (27 Ogos, 2014), bagi
memastikan PPI di Kanada berjalan dengan lancar, pihak kerajaan telah menghantar
beberapa orang guru yang baharu sahaja graduasi ke latihan-latihan khusus berkaitan
dengan kawalan kelas inklusif.

2.0 Matlamat Dan Dasar Program Pendidikan Inklusif (PPI) Negara Kanada

Kanada merupakan sebuah negara yang besar dan matlamat serta dasar PPI
negara tersebut bagi setiap negeri dan wilayah adalah agak berbeza. Hal ini demikian
kerana setiap wilayah mempunyai populasi yang berlainan dengan keperluan yang
berlainan. Ini bermaksud cara penerapan PPI ini juga berbeza bagi setiap wilayah dan
negeri di negara tersebut.

Menurut (2017), antara dasar dan matlamat PPI negara tersebut adalah semua
orang kurang upaya yang melibatkan intelektual akan dicampur sepenuhnya di dalam satu
bilik darjah bersama-sama rakan sebaya normal yang lain di dalam arus pendidikan biasa.
Hal ini supaya mereka juga mendapat sokongan moral ketika awal kanak-kanak lagi
hinggalah mereka dewasa. Selain itu, matlamat dan dasar PPI negara Kanada juga ialah
mendapat sokongan awam yang luas bagi pendidikan inklusif supaya kanak-kanak kurang
upaya juga berhak mendapat pendidikan yang berkualiti seperti murid biasa yang lain.
Menurut Canadian Association for Community Living (2017), sistem pendidikan inklusif telah
menunjukkan para pelajar untuk bekerjasama, bertolak ansur dan memberi sokongan antara
satu sama lain tidak kira tahap keupayaan pelajar.

Di samping itu, matlamat serta dasar pendidikan inklusif Kanada ialah meningkatkan
kemahiran prososial murid-murid kurang upaya. Menurut Sherri Brown (2018), pendidikan
inklusif di Kanada yang berkualiti mampu untuk meningkatkan kemahiran prososial murid-
murid kurang upaya. Contohnya dari segi memberikan perhatian, sifat empati, kematangan
serta kerjasama.
3.0 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Berkepentingan dalam Memastikan Faktor
Kritikal Kejayaan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Negara Kanada
dalam Subjek Sains.

3.1 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

Menurut Inclusive Education Canada (2017), organisasi ini dilancarkan sebagai


organisasi yang berasingan iaitu badan bukan kerajaan (NGO). Badan ini ditubuhkan bagi
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar di sekolah inklusif di sekitar
Kanada. Organisasi amat penting kerana ia memainkan peranan dari segi menyediakan
maklumat mengenai dasar dan prinsip IEC, amalan kelas inklusif, strategi untuk membantu
dan menyokong murid istimewa di dalam kelas inklusif, membantu guru dalam mengawal
kelas inklusif, isu-isu bagi ibu bapa yang berkait dengan pendidikan inklusif serta
menyediakan latihan untuk guru untuk pedagogi bagi pendidikan inklusif.

3.2 Pelaksanaan PPI di Negara dalam Subjek Sains

Menurut Canadian Research Centre on Inclusive Education (2017), pendidikan


inklusif di kanada memberikan peluang kepada semua murid iaitu sama ada murid yang
biasa ataupun murid kurang upaya untuk menyertai aktiviti-aktiviti dijalankan oleh guru di
dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti bereksperimen, aktiviti kooperatif
atau kumpulan serta aktiviti yang melibatkan digital ataupun ICT.

Di samping itu, menurut Government of Northwest Territories (2016), faktor kritikal


kejayaan PPI adalah dengan penglibatan pihak luar seperti Perkhidmatan Kesihatan dan
Sosial (Health & Social Services). Penglibatan pihak luar ini amat penting kerana ini
membantu guru dari segi perkongsian maklumat tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas
serta cara-cara untuk memahami perangai atau tabiat murid-murid istimewa ini.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, pendidikan inklusif amat diperlukan bagi memberikan keadilan serta


kesaksamaan kepada murid-murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif di Kanada
dijalankan dengan amat baik dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh
mengambil Kanada sebagai contoh yang baik untuk mengikuti cara negara tersebut
melaksanakan pendidikan inklusif.
RUJUKAN

Adam W. McCrimmon. (27 Ogos, 2014). Pendidikan Inklusif di Kanada : Dalam


menyediakan guru,.Campur tangan di sekolah dan klinik. 4, artikel 1. Diperoleh
daripada https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/1053451214546402.

Government of Northwest Territories. (2016). Guidelines for inclusive schooling. Yellowknife:


Government of Northwest Territories.

Inclusive Education Canada. (2017). Inclusive Education. We are inclusive education


Canada. Diperoleh daripada https://inclusiveeducation.ca/.

Canadian Association for Community Living. (2017). CACL leads the way in building an
inclusive Canada for with and intellectual disability.Diperoleh daripada
https://cacl.ca/campaign/inclusive-education/.

Canadian Research Centre on Inclusive Education. (2017). Memahami pendidikan inklusif.


Diperoleh daripada https://www.inclusiveeducationresearch.ca/about/inclusion.html.

Rita Cheminais. (2004). How to create the inclusive classroom. Workingham: Fulton
Publisher.

Sherri Brown. (2018). Inclusive education in Canada: steps taken and the long road ahead,
by Dr. Sherri Brown. Diperoleh daripada
https://worldsofeducation.org/en/woe_homepage/woe_detail/16078/inclusive-
education-in-canada-steps-taken-and-the-long-road-ahead-by-dr-sherri-brown.
LAMPIRAN

You might also like