Laporan PBS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN PBS DI SK BUKIT PAYONG

Saya telah menjalani Pengalaman berasaskan sekolah ini di Sekolah Kebangsaan


Bukit Payong,Marang selama seminggu bermula daripada 16 Februari 2020 hingga 20
Februari 2020.Di sekolah ini,saya menjalani PBS bersama tiga rakan saya.Berdasarkan
PBS ini,banyak perkara yang telah dipelajari terutamanya tentang hal ehwal sekolah
daripada pelbagai aspek.Tidak dinafikan Program ini memberi peluang kepada saya
untuk berinteraksi dengan warga sekolah dari perspektif guru pelatih.Melalui Interaksi
serta pemerhatian yang dilakukan terhadap sekolah ini,saya lebih memahami tugas dan
peranan sebenar seorang guru di sekolah terhadap murid dan hal berkaitan dengan
sekolah.

Pada hari pertama,saya telah berpeluang berbincang tentang kesesuaian pdp


mengikut tahap kognitif pelajar bersama Ustazah Salma binti Wadu sebelum melihat
sesi pengajaran dan pembelajaran beliau di kelas tahun 2 Ibn Sina.Saya dapat melihat
sendiri bagaimana beliau mengendalikan kelas dan dalam pada masa yang sama saya
ingin mengumpulkan maklumat berkaitan tugasan menggunakan kaedah
pemerhatian.Didapati murid kelas tersebut agak rendah dari segi
pencapaian.Justeru,Ustazah Salma mengambil keputusan untuk masih mengajar tulisan
jawi dengan dua suku kata walaupun murid di tahun 2 sepatutnya telah mempelajari
perkataan dengan tiga suku kata.Tambahan pula,didapati salah seorang murid daripada
kelas itu bermasalah pembelajaran iaitu autisme.Menurut beliau lagi,murid tersebut
sepatutnya dipindahkan ke aliran khas dan tidak sesuai berada di aliran perdana.

Seterusnya,saya bersama tiga rakan mencari maklumat berkenaan sekolah ini dan
hasilnya kami dapat mengetahui pencapaian kokurikulum sekolah ini sangat
memberangsangkan.Saya berkesempatan menemu bual Cikgu Fatimah binti Mohamad
yang sangat berpengalaman dalam bidang perguruan.Menurut beliau,dalam memastikan
pencapaian kokurikulum yang cemerlang,guru mestilah berani mencuba sesuatu yang
baru yang belum pernah dilakukan orang lain.Buktinya,beliau mengambil inisiatif
menyertai pertandingan kompang selawat dan Nasyid walaupun sebelumya sekolah ini
tidak menyertainya.Hasilnya,pertandingan itu memenangi Johan di peringkat
negeri.Yang paling membanggakan,sekolah ini mengharumkan nama negeri
Terengganu dengan meraih Johan dalam pertandingan surau Imarah.Seterusnya,beliau
amat mementingkan dokumentasi dan menyasarkan instrument dan target markah
tertinggi ketika menyertai pertandingan.
Mentor saya di sepanjang Pbs ini turut menasihati kami sebagai seorang pendidik
pada masa depan agar tidak semata-mata mengajar tanpa mengambil kira perasaan
pelajar yang bosan dengan isi mata pelajaran dimana pdp nya statik dan tiada unsur
pergerakan atau aktiviti yang menarik perhatian.Hal ini terbukti ketika saya membuat
pemerhatian berdasarkan startegi pdp nya menggunakan Alat Bantu Mengajar yang
menarik dimana pelajar dapat bermain sambil belajar.Namun,bahan bantu mengajar
bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran.Ia harus
dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan murid-murid
yang terlibat (Siti Nurimah Yunus,n.d)

Setelah itu, saya dan rakan ditugaskan menjadi guru ganti dan kami turut
menyelitkan unsur yang menarik perhatian mereka iaitu menceritakan pengalaman
seram mereka,Aktiviti ini membuka ruang untuk mereka merehatkan minda setelah
fokus membuat soalan Matematik.Akhirnya sebelum pulang,saya bersama rakan-rakan
mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah kerana membenarkan saya untuk
menjalankan PBS di sekolah ini.Namun,sedikit mendukacitakan kerana saya tidak
berpeluang bertemu dengan Guru besar dan penolong kanan 1 kerana kesibukan
mereka.Walaubagaimanapun,pengalaman PBS kali ini sangat bermakna

Antara masalah dihadapi ialah murid terlalu sukar dikawal sehinggakan walaupun
ketika saya berada di hadapan kelas,mereka terutamanya pelajar lelaki seakan tidak
mempedulikan kami sebagai guru pelatih.Hal ini mungkin disebabkan cara pendekatan
kami yang terlalu mesra sehinggakan tiada rasa takut dan hormat dalam diri mereka.Jika
saya sedikit bertegas,mungkin mereka akan dapat dikawal.Padahal menurut Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009), menjadi guru yang baik adalah
kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses Pdp
dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu,saya dan tiga rakan lagi tidak dapat
bergaul dengan guru secara lebih dekat kerana kami tidak ditempatkan di bilik guru
malahan ditempatkan di perpustakaan kerana bilik guru yang padat.Sepatutnya,saya
perlu kerap mengunjungi bilik guru dan berkomunikasi dengan mereka untuk menimba
ilmu tentang dunia pendidikan.

Aktiviti Pra pembelajaran yang boleh dipraktikkan sebagai kesediaan belajar serta
memotivasikan murid dalam bilik darjah adalah aktiviti kongsi dan bina
bersama.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru dan murid menerusi aktiviti
ini.Antaranya seperti menyelesaikan masalah bersama ,berkongsi idea bagi mencapai
objektif bersama,mengukuhkan idea murid.Melalui aktiviti ini,guru bertindak sebagai
pemangkin semangat dalam aktiviti yang dilakukan oleh murid.Hal ini dapat memberi
semangat kepada pelajar untuk belajar kerana adanya sokongan daripada guru
sekaligus menghilangkan rasa bosan.Dengan melakukan aktiviti bersama juga,murid
akan bersikap lebih terbuka dan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap guru
tersebut.Perasaan malu juga akan hilang seterusnya mereka akan berani bertanyakan
soalan jika kurang memahami sesuatu topik.Ini kerana murid akan merasakan bahawa
mereka lebih dekat dengan guru.Aktiviti bina bersama juga sekaligus memupuk rasa
yakin pada diri,mewujudkan kemesraan,memberi keseronokkan serta meningkatkan
proses sosialisasi murid.Justeru,dapat disimpulkan bahawa aktiviti pra pembelajaran
sangat membantu murid-murid dalam persediaan mengahadapi proses Pdp dalam bilik
darjah.

Sekian,terima kasih

Dilaporkan oleh,

______________

(ATHIRAH SUFIAH BINTI ABDUL RASID)


Guru Pelatih PISMP Semester 2,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
RUJUKAN

Mohd Hasani Dali,Mohd Johdi Salleh. (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
McGraw Hill.
Yunus, S. N. (n.d.). academia. Retrieved from Bahan Bantu Mengajar:
https://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR
LAMPIRAN

You might also like