Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tugasan 2: (B) Penulisan Akademik

Terdapat banyak contoh tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan murid
dalam kelas. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku samada positif
atau negatif, yang boleh menjejaskan keberkesanan dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah, iaitu
tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah
positif merujuk kepada tingkah laku yang ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas.
Manakala tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku disruptif, distruktif dan
bergantung.

Isu berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang ingin saya
menganalisis ialah isu murid yang distruktif. Distruktif ialah perlakuan yang suka merosakkan
benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan
kenyataan dan sebagainya. Murid yang bersikap distruktif mudah marah dan tidak dapat
menguruskan emosi dengan sesuai. Dalam kata lain, mereka bersikap agresif dan tidak
mengawal emosi diri dengan baik.

Peranan guru dalam bilik darjah adalah berperanan sebagai pembimbing, penyelaras
atau fasilitator. Menurut Jere Brophy,pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan
guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan
persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran(p&p).

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid yang dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini dapat
berupaya untuk untuk meransang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Persekitaran
pembelajaran yang kondusif merangkumi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan
peraturan dan rutin bilik darjah

Persekitaran fizikal bilik darjah mempunyai aspek-aspek iaitu susunan dan reka bentuk
fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang
pada dinding, pencahayaan,pengudaraan dan perabot dan kebersihan. Susunan tempat
duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan lebih dekat kepada semua
pelajarnya. memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah yang
sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar dan juga
meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang dan mudah untuk
mendapatkan pelajar. Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya mengelak posisi muka
pelajar daripada menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu.
Penggunaan ruang perabot dan alatan perlulah disusun dengan teratur. Selain itu, sumber
bahan pembelajaran perlulah disediakan untuk memudahkan murid-murid untuk mendapat dan
menggunakannya. Susunan perabot dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan
sudut bacaan NILAM mampu mempengaruhi emosi pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas
memberikan perasaan senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran. Keadaan
persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi bising akan
mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru haruslah memastikan tingkap-tingakap dan kipas-
kipas dalam keadaan selamat dan sentiasa dibuka untuk memastikan perngudaraan dan
percahayaan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran. Sebuah bilik darjah juga
seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur mendorong pelajar untuk
berkelakuan buruk.

Ciri-ciri persekitaran psikososial yang baik merangkumi aspek-aspek tertentu iaitu


suasana mesra dan selesa, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, perasaan murid
diterima, sensitif dan peka kepada perbezaan individu, suasana yang meransang pembelajaran,
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea, menggalakkan
pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada semua murid. Guru
seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin bilik darjah.
Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang, bertimbang rasa,
lucu dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru berperwatakan seperti ini dan
hubungan mesra dapat dipupuk. Pelajar tidak akan tertekan dari segi emosi dan iklim bilik
darjah yang kondusif akan diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi melalui
peneguhan positif, memberi galakan, melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P seta
mewujudkan komunikasi dua hala.

Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di
dalam bilik darjah. Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai
moral murid-murid. Antara penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa
membentuk peraturan ialah ayat peraturan mesti ringkas dan jelas dan peraturan yang dibentuk
mesti bermakna dan dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah. Selain itu, hadkan bilangan
peraturan. Peraturan yang terlalu banyak akan mengelirukan murid-murid, peraturan yang
dibina seharusnya adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Elakkan daripada
menggunakan perkataan “jangan”. Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan sekolah
dan tidak bercanggah dengannya. Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah.
Penekanan terhadap rutin bilik darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan
bilik darjah yang kondusif. Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi
persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik darjah. Terdapat
enam jenis rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah iaitu rutin kelas, rutin pentadbiran,
rutin pergerakan pelajar, rutin pengurusan tugas, rutin pembelajaran dan rutin interaksi.

Model pengurusan disiplin yang saya pilih untuk menangani masalah tingkah laku yang
dibincangkan ialah Model Disiplin Asertif Canter. Model Disiplin Asertif Canter berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Menurut Canter, pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara
asertif iaitu beryakinan dan tegas. Guru perlulah memberi peneguhan yang sesuai untuk
tingkah laku yang diingini. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya, apabila
murid melanggar peraturan, guru akan memberi peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu
murid-murid sedaya upaya akan mngelak akibat dengan mematuhi peraturan. Guru yang asertif
perlu menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini dan membantu murid-murid
memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Canter juga
menyatakan bahawa pengiktirafan diberikan kepada murid-murid untuk mengalakkan tingkah
laku yang diingini, manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang
mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar degan selesa.

You might also like