Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Caly - Ketibaan Yang Berbahagia, Puan Mariamah binti Kuntum, Mantan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih.

- Hadirin yang dikasihi sekalian, marilah kita bersama-sama

menyanyikan 3 buah lagu iaitu

1. Negaraku

2. Sabah Tanah Airku dan

3. Sayangi Malaysiaku

*Hadirin diminta untuk berdiri

Aina - Terima kasih atas nyanyian lagu itu sebentar tadi. Hadirin

dipersilakan duduk.

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,

salam 1 Malaysia.

- Yang Berbahagia, Pn Mariamah bt Kuntum Mantan Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih, Yang Berusaha Puan Norliha

binti Bayong Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sabir bin Mapeala

Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Saadiah binti Saka Penolong Kanan

* HEM, Encik M. Nasir bin Rasake/ Jefry Naib Pengerusi PIBG,

guru-guru, rakan-rakan guru praktikum dan murid-murid yang

dikasihi sekalian.

Caly Hati-hati membuka peti,

Peti pusaka zaman berzaman;

61 tahun janji ditepati,

Malaysia merdeka penuh keamanan.

Setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi

kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutupan

Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian dan keamanan.


Aina - Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadil Ustaz

Faizi untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Anugerah dikecap si anak watan,

Mengangkat senjata bidalan suara;

Menadah tangan memohon keberkatan,

Mendapat restu hidup sejahtera.

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas

bacaan doa sebentar tadi.

-Sebelum itu marilah kita menyaksikan persembahan dari pemenang

pertandingan sajak iaitu, adik Nur Aliah binti Mazlan.

Dipersilakan,..

Caly - Terimakasih diucapkan kepada adik Nur Aliah Binti Mazlan di atas

persembahan itu sebentar tadi.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,

Musuh datang habis dibasmi;

Tuan sudah diberi kuasa,

Sudilah kira, pohon merasmi.

-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berbahagia Puan

Mariamah Binti Kuntum, Mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Jambatan Putih untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Dipersilakan.

Aina - Kalungan apresiasi buat Yang Berbahagia Mantan Guru Besar atas

ucapan yang dititipkan sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang,

Berkicau kenari sambil berterbangan;

Insan cemerlang negara terbilang,

Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

-Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Pakaian Kemerdekaan oleh

murid-murid prasekolah dan Tahap 1.

* - memperkenalkan barisan hakim bagi pertandingan ini,

1.

2.

3.

Dimulakan dengan peserta pertama,…………

Peserta kedua, ketiga,..dll

Caly -Itulah dia peragaan pakaian kemerdekaan yang cukup kreatif sebentar

tadi.

Hadirin sekalian,

-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan

Bulan Kemerdekaan. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian

hadiah.

-Oleh itu majlis mempersilakan Puan Mariamah Binti Kuntum Mantan Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih diiringi oleh Puan Saadiah

Binti Saka untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Bagi pertandingan :

1. mewarna bagi (murid prasekolah/tahun 1/ 2/3)

- saguhati 1

- saguhati 2

- ketiga

- naib johan

- johan dimenangi oleh,

2. melukis poster bagi (tahun 4/5/6)

- saguhati 1

- saguhati 2

- ketiga

- naib johan

- johan dimenangi oleh,

3. kuiz jejak merdeka bagi (unit beruniform)

- saguhati 1

- saguhati 2

- ketiga

- naib johan

- johan

4. sajak bagi (tahun 4/5/6)

- saguhati 1

- saguhati 2

- ketiga

- naib johan

- johan
5. koir bagi (tahap 2)

- saguhati 1

- saguhati 2

- ketiga

- kedua

- pertama

Aina - Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Puan Mariamah

Binti Kuntum bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomen kemerdekaan gabungan

kelas 4A,5A dan 5B yang bertajuk ‘Pentomen Kemerdekaan’

Caly - Begitulah persembahan pentomen yang cukup menarik. Untuk

pengetahuan, kumpulan pentomen ini adalah di bawah bimbingan Puan

Darmawati Sinaming.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,

Bersama kita menyambut merdeka;

Bersatu berazam penuh semangat,

Mari pertahankan kemerdekaan kita.

- Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi

pertandingan

1. Pakaian Beragam Merdeka bagi murid prasekolah dan tahap 1

2. sudut kemerdekaan tahap 1 dan tahap 2

3. hadiah penghargaan atas persembahan pentomen.

4. Hadiah pengguna terbanyak Frog VLE

- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Mariamah

Binti Kuntum diiringi oleh Puan Norliha Binti Bayong untuk menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.


Bagi pertandingan :

1. Pakaian kemerdekaan bagi murid (prasekolah,/tahap 1)

- Saguhati 1

- Saguhati 2

- Ketiga

- Kedua

- Pertama

* 2. sudut kemerdekaan bagi murid (tahap 1/tahap 2)

- Saguhati 1

- Saguhati 2

- Ketiga

- Kedua

- Pertama

* 3. hadiah penghargaan atas persembahan pentomen.

4. Hadiah pengguna terbanyak Frog VLE

Aina -Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis

mengambil kesempatan di penghujung waktu ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan

kelancaran Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Dijemput yang berbahagia Puan Marimah Bt. Kuntum diiringi oleh En Sabir

Bin Mapeala untuk menjamu selera.

*Dan seterusnya saya serahkan majlis ini kepada Puan Junaidah yang

menerajui acara seterusnnya.

You might also like