Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SET 1 (BAHAGIAN A)

SOALAN 4 (5 markah)
a) “ Majlis Perbandaran Batang Berjuntai (MPBB) merobohkan beberapa buah rumah
setinggan berhampiran dengan bandar Batang Berjuntai untuk membina sebuah
kompleks yang menjadi tempat tumpuan penduduk negeri Selangor untuk membeli
belah”.
Nyatakan jenis tindakan beretika yang menyokong penyataan di atas dan berikan
alasan anda. (2 markah)

JAWAPAN :

● Utilitarian (1m)

Pendekatan ini menyatakan bahawa akibat dari sesuatu tindakan yang


diambil dapat memberi faedah atau manfaat terbaik kepada bilangan orang
yang lebih ramai.
● Alasannya kerana tindakan untuk merobohkan beberapa buah rumah
setinggan berhampiran dengan bandar Batang Berjuntai adalah bagi
pembinaan sebuah kompleks yang menjadi tempat tumpuan penduduk negeri
Selangor untuk membeli belah (1m)

b) Nyatakan TIGA jenis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) (3 markah)

JAWAPAN :
i. Proaktif
ii. Defensif
iii. Pemudahcaraan

SET 1 (BAHAGIAN B)
SOALAN 4
Jelaskan dua faktor pengurusan etika dalam perniagaan. (5 markah)

JAWAPAN :

Dua faktor pengurusan etika dalam perniagaan ialah melalui pendidikan nilai murni
dan sistem perundangan @ sistem aduan awam @ pemecah rahsia.

i. Pendidikan nilai murni

Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermula secara formal atau tidak
formal. Ini bermakna individu yang mempunyai nilai-nilai murni akan
mengamalkan nilai ini dalam perlakuan mereka dan menunjukkan personaliti
yang baik.
Sebagai contoh, kakitangan yang mempunyai personaliti yang baik akan
mempengaruhi etikanya dalam mengambil tindakan yang betul dalam
menyelesaikan masalah perniagaan.
ii. Sistem perundangan

Sistem perundangan merujuk kepada undang-undang yang telah termaktub di


dalam perlembagaan Negara. Sebagi contoh Akta Mencegah Rasuah 1997,
mentakrifkan jenis-jenis kesalahan dan hukumannya khusus kepada perbuatan
jenayah perdagangan.
Sebagai contoh, akta yang diwujudkan akan mengelakkan kakitangan daripada
mengamalkan salahlaku dalam perniagaan.
iii. Sistem aduan awam

Sistem aduan awam diwujudkan bertujuan menyediakan satu bentuk saluran


maklumat kepada agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun, sykt dan
lain-lain. Kategori aduan awam yang boleh dibuat seperti penyalahgunaan
kuasa, salah laku anggota, kegagalan mengikut prosedur dll.

Sebagai contoh, pelanggan boleh membuat aduan kepada syarikat melalui peti
aduan atau aplikasi mudah alih ‘My Aduan’ sekiranya produk yang dibeli
mempunyai masalah atau tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

iv. Pemecah rahsia

Pemecah rahsia diwujudkan bagi menyediakan saluran dan sokongan kepada


anggota organisasi yang ingin mendedahkan sebarang amalan tidak beretika
yang wujud. Program khas akan disediakan oleh syarikat untuk membolehkan
maklumat tentang salah laku/melanggar peraturan dideahkan tanpa memberi
implikasi negatif kepada pemecah rahsia.
Sebagai contoh, kakitangan boleh menyalurkan maklumat mengenai salahlaku
kakitangan lain dalam syarikatnya kepada pihak atasan.
SET 2 (BAHAGIAN A)

SOALAN 4 (5 markah)
a) Senaraikan TIGA faktor pengurusan etika dalam perniagaan.
(3 markah)

JAWAPAN :

i. pendidikan nilai murni


ii. sistem perundangan
iii. sistem aduan awam
iv. pemecah rahsia.

b) Nyatakan DUA hak moral dalam etika perniagaan. (2 markah)

JAWAPAN :
i. Hak untuk mendapat keselamatan
ii. Hak untuk mendapat maklumat
iii. Hak untuk membuat pilihan
iv. Hak untuk menyuarakan pendapat
v. Hak keperibadian individu
SET 2 (BAHAGIAN B)

SOALAN 4
a) Awe Bohku Craft Sdn Bhd (ABC) merupakan pengeluar pakaian berasaskan batik
yang terkenal di Terengganu dan keluarannya mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan. Ini terbukti melalui pembukaan kilangnya di Kuala Terengganu dan
beberapa butik batik di negeri Pahang dan Kelantan.
Terangkan bagaimana pendidikan dapat membantu Sykt Awe Bohku Craft Sdn Bhd
(ABC) mengurus etika di syarikatnya. (2 markah)

JAWAPAN :

Pendidikan dapat membantu Sykt Awe Bohku Craft Sdn Bhd (ABC) mengurus etika
di syarikatnya iaitu melalui pendidikan nilai murni.
Nilai- nilai murni perlu diamalkan dikalangan staf bagi setiap organisasi Sykt ABC
dengan menunjukkan personaliti yang baik. Staf yang mempunyai personaliti yang
baik akan mempengaruhi etikanya dalam mengambil tindakan dan keputusan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya, Sykt Awe Bohku Craft Sdn Bhd (ABC) menjemput pakar motivasi untuk
menyampaikan ceramah motivasi mengenai budaya dan amalan nilai-nilai murni
dalam pekerjaan.

b) Dato’ Hang Isaac seorang Pengarah Urusan sebuah bank berminat untuk
menjalankan tanggungjawab sosial yang dapat memberi manfaat kepada
masyarakat dan organisasinya. Nyatakan tiga jenis tanggungjawab sosial yang
dapat dilakukan oleh Dato’ Hang Isaac. (3 markah)

JAWAPAN :

i. Tanggungjawab terhadap pengguna


ii. Tanggungjawab terhadap Pekerja
iii. Tanggungjawab terhadap komuniti
iv. Tanggungjawab terhadap pelabur
v. Tanggungjawab terhadap kerajaan
vi. Tanggungjawab terhadap pembiaya
vii. Tanggungjawab terhadap pembekal
viii. Tanggungjawab terhadap pesiang
ix. Tanggungjawab terhadap pihak pengurusan

You might also like