Seni Dan Kanak-Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pengenalan

Menurut Prof Dr Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011:63), kreativiti berasal
daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala
daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan,(2002)
mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan dan mengembangkan sesuatu idea baru daan asli. Dalam konteks ini, ianya
merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kratif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatuyang tidak ada sebelumnya.

Kesimpulannya Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta


sesuatu yang unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat
dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai
kecerdasan kreatif, dan kecergasan kreatif. Justeru itu, sebagai seorang guru kita peru
merangsang minda murid ke arah melahirkan pembentukan individu yang kretaif
khasnya kepada kanak-kanak

Kanak- kanak dan seni

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta


berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni
visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanakkanak

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud


programpendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhikeperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang
dicetuskanmelalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang
diadunkandaripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri,
penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil
seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk
yang difikirkan paling efektif

Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak


ke arah aktif dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti seni
dan kraf, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi
dan kreativiti masing-masing. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada
pameran di galeri seni. Ia juga merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur
bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar
dapat membentuk insan secara menyeluruh.

Kepentingan seni pada kanak-kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang


mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak
terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta
Aspek Sosial dan Emosi.

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni
visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi

Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria


melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan


keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Keinginan Asas Kanak-kanak

I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dan
disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan)

II. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan)

III. Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi
peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)
Kanak-kanak dan seni lukis

Melukis sebagai Medium Komunikasi.

Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui
lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini
merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam
lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan
keamanan dan kedinginan.

Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang
lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti
melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses
pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan
semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-


kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya
intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal.

Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan


dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang
digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan
kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam


meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang
unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni
visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam.

KESIMPULAN

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta


berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster
(2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga
dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut


perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-
kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada
tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi,
sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.

Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai
aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta
kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya
merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
BIBLIOGRAFI

Mohd Azhar Abdul Hamid (2004). Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. Universiti
Teknologi Malaysia.

Donald Herberholz, Barbara Herberholz – 9 th ed (2002). Artworks For Elementary


Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Mc Graw Hill.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson
Longman.

Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanak-kanak
dan Remaja. Universiti Putra Malaysia.

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-kanak.html

http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf

http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/Viktor_Lowenfeld

http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak

You might also like