Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SCE3133

1. Apakah masalah yang paling ingin anda selesaikan dalam PdP sains?

Masalah PdP sains di sekolah rendah adalah murid kurang berminat dengan
mata pelajaran ini. Di peringkat sekolah rendah murid-murid dinilai
perkembangan akademik mereka melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Keputusan peperiksaan keseluruhan menentukan tahap prestasi
sekolah. Kebanyakkan guru guru sains di sekolah rendah akan berusaha
untuk memastikan murid-murid mereka lulus cemerlang dalam setiap subjek.
Ini bermakna para guru akan mengajar secara tradisi dengan menggunakan
penerangan dan papan tulis.
Oleh itu Pengajaran dan Pembelajaran masih lagi berorentasikan
peperiksaan. Keputusan peperiksaan masih lagi digunakan sebagai penunjuk
prestasi sekolah.

2. Mengapa ia merupakan masalah dan apa puncanya?

Ianya merupakan satu masalah, apabila guru hanya menumpukan perhatian


bagi menjaga prestasi sekolah. Murid-murid akan dilatih tubi dengan pelbagai
jenis soalan bagi membimbing mereka menjawab soalan yang sebenar.
Oleh itu murid kurang di dedahkan dengan kemahiran proses sains,
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulative. Murid-murid langsung tidak
berpeluang untuk menguasai kemahiran tersebut. Kemahiran-kemahiran ini
penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid. Bagi meningkatkan
perkembangan mental dan fizikal mereka.

Apabila guru hanya menumpukan terhadap peperiksaan sahaja maka proses


pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan , penerangan dan
hukum sains sahaja tanpa mempelbagaikan keadah pengajaran. Ini
menyebabkan murid-murid kurang minat untuk mempelajari sains kerana
focus dan objektif utama guru adalah bagi meluluskan mereka di dalam
peperiksaan. .
SCE3133
3. Bagaimana anda boleh berubah untuk mengatasinya. Apakah tindakan
anda?

Guru harus memainkan peranan yang sangat penting bagi mengembalikan


minat murid terhadap sains. Bagi mengembalikan minat murid terhadap sains
strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran harusalah di pelbagaikan.
Pembelajaran secara konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains akan membantu murid-murid membina analogy.

Manakala pembelajaran konstekstual merupakan kaedah pembelajaran


yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian murid,
masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hand-on” dan “minds on”

Pembelajaran masteri pula harus dilaksanakan kerana murid mempunyai


kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran ini juga dipecahkan
kepada unit yang lebih kecil supaya ianya mudah untuk dikuasai.

Oleh itu kita perlu berusaha mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti
pembelajaran supaya murid menjadi dan bertambah berminat dengan
subjek sains. Setiap topic pengajaran dan pembelajaran mempunyai strategi
pengajaran dan aktiviti pembembelajaran yang tersendiri. Tumpuan dan
perhatian mereka akan memudahkan kita (guru) melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif PdP akan tercapai.

Guru perlu mengubah PdP berorentasaikan peperiksaan kepada PdP


berpusatkan murid. Guru boleh menggunakan aktiviti pembelajaran
berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan umumnya dikaitkan dengan
strategi pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan
pembelajaran aktif yang berupaya untuk megubah situasi pembelajaran yang
pasif kepada aktif. Ni akan dapat menarik minat murid untuk belajar sains.
SCE3133
Disamping itu teknik penyoalan juga sangat penting, pembelajaran sains
secara berkesan memerlukan kita menggunakan kaedah penyoalan kognitif
aras tinggi agar dapat mencungkil jawapan murid ke arah penyelesaian
saintifik.
Diperingkat sekolah rendah. Murid-murid mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi. Oleh itu kita perlu mahir memanipulasikan soalan yang ditanya agar
dapat menarik minat murid untuk mempelajari sains sebagai subjek yang
paling menarik untuk dipelajari.

Disediakan oleh :
Mastafa bin Shamsudin
Unit Sains 1 Semester 7
PPG Ambilan Jun 2011

You might also like