Laporan Pbs

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya, Syazwani Izzati binti Saiful Bahari telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan selama 5 hari bermula 16
Februari 2020 sehingga 20 Mac 2020 untuk memenuhi keperluan kursus Murid dan
Pemebelajaran (EDUP 3033) bagi semester 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Opsyen Sejarah. Pelaksanaan PBS yang diwajibkan kepada semua pelajar IPG adalah
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman dan
pendedahan yang pelbagai sebagai persediaan untuk menjalani praktikum.

Bagi memenuhi keperluan tugasan, kami diminta untuk menghuraikan perbezaan gaya
pembelajaran yang wujud antara pelajar yang cemerlang dan lemah pencapaian akademik
berdasarkan model Honey dan Mumford. Untuk itu, kami menggunakan soal selidik Honey dan
Mumford sebagai instrumen yang digunakan untuk menentukan jenis gaya pembelajaran
pelajar tersebut. Saya telah memilih dua orang pelajar daripada tahun 6 berdasarkan
pencapaian akademik mereka yang berbeza untuk menjawab sebanyak 80 soalan dalam soal
selidik Honey dan Mumford. hasil keputusan soal selidik berkenaan menunjukkan bahawa
pelajar A mengamalkan gaya pembelajaran teoris manakala pelajar B mengamalkan gaya
pembelajaran aktivis.

Honey dan Mumford (1983), membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan
iaitu aktivis, teoris, pragmatis dan reflektif. Bagi pelajar A yang menunjukkan gaya pembelajaran
aktivis, beliau dilihat sebagai individu yang suka mencuba sesuatu yang baharu dan mereka
memiliki minat dan kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti yang mencabar memandangkan
mereka mahukan pengalaman baharu. Selain itu, golongan aktivis juga merupakan seorang
yang membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan tidak menitik beratkan kesan sesuatu
tindakan yang dibuat. mereka juga mampu berdikari dalam membuat sesuatu perkara di
samping memiliki ciri ekstrovert iaitu, peramah dan suka bersosial.

Pelajar B yang menunjukkan gaya pembelajaran teoris dilihat sebagai seorang yang
sentiasa berfikiran rasional dan logikal. golongan teoris mudah teransang dengan teori, model
dan sistem pemikiran yang praktikal dan menerima unsur logik. Memandangkan mereka
gemarkan pemiikirann secara fakta dan logik, golongan teoris kebanyakannya kurang kreatif.
Hal ini kerana sikap mereka yang suka membuat hipotesis berdasarkan kajian terhadap
sesuatu fenomena telah menghalang proses kreativiti untuk berlaku. Secara keseluruhannya,
golongan teoris menggunankan teori untuk membina sesuatu kesimpulan berdasarkan bukti,
analisis dan kenyataan yang logik.

Pelajar A yang menunjukkan ciri pembelajaran aktivis mempunyai pencapaian akademik


yang lemah akibat penglibatan yang terlalu banyak dengan aktiviti-aktiviti luar yang
menyebabkannya kekurangan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu, terdapat juga
kemungkinan bahawa beliau cepat merasa bosan dengan perkara rutin seperti belajar yang
memerlukan komitmen dan keseungguhan yang tinggi. Pelajar B pula mencapai keputusan
akademik yang lebih baik kerana ciri semula jadinya yang gemarkan fakta dan pemikiran logik.
Oleh itu, golongan teoris lazimnya mempunyai pencapaian akademik yang baik kerana
semangat inkuiri yang tinggi mendorongnya untuk sentiasa mengkaji dan meneroka ilmu
pengetahuan yang baharu.

Kesimpulannya, setiap individu memiliki gaya pembelajaran yang tersendiri bergantung


kepada pelbagai faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran antaranya, personaliti, peranan
ibu bapa, guru, rakan sebaya dan persekitaran. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan kepada setiap murid
tanpa membezakan tahap kemampuan mereka. Mendekati murid dan memhami corak gaya
pembelajaran mereka dapat membantu guru untuk merancang dan menyesuaikan strategi
pengajaran dengan gaya pembelajaran murid tersebut.
Lampiran
Senarai Rujukan

Noriati, A. R., Boon, P. Y., & Sharifah F. S. A. (2017). Murid dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Laura E. Berk. (2006). Child Development. Boston: Pearson Education.

You might also like