Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Perbezaan paling ketara antara pendekatan induktif

dan deduktif
Dalam revolusi sains yang banyak mewujudkan pelbagai kaedah memperoleh pengetahuan melalui

pemerhatian dan eksperimen. Berdasarkan pendekatan yang induktif dan deduktif, terdapat perbezaan yang

ketara dapat dilihat melalui konsep dan cara. Pendekatan induktif membangun teori-teori yang sedia ada

untuk membuat hipotesis. Manakala pendekatan deduktif menguji dan memperbaiki teori-teori yang palsu.

Penyelidikan induktif terutamanya memberi tumpuan kepada membina teori-teori baru, sedangkan

penyelidikan deduktif memberi tumpuan kepada mengesahkan teori. Kedua-dua kaedah pendekatan saling

mempunyai perbezaan dan melengkapi dalam revolusi sains. Induktif proses mengumpul dan mentafsir

maklumat-maklumat kemudian hasil maklumat akan dibuat kesimpulan yang menggunakan kaedah kualitatif.

Deduktif pula merupakan pendekatan yang mengajar benda-benda kompleks untuk murid lebih memahami

dengan lebih mendalam. Selain itu, deduktif menggunakan kaedah kuantitatif yang berfungsi lebih umum

dan spesifik kerana pendekatan ini menolak teori palsu. Pendekatan induktif memperkembangkan ilmu

pengetahuan dan membangun teori-teori baru yang memerlukan kajian kes sebagai bukti yang menjadikan

teori sahih. Kesimpulannya, pendekatan ini begitu penting kepada kajian eksperimen dan pemerhatian

sebagai proses penyelidikan yang spesifik dan teratur bagi mengelakkan kekeliruan dalam mencari

penyelesaian masalah.

You might also like