Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kertas Cadangan Projek Inovasi

1.0 TAJUK

Penggunaan “Butai Go!” untuk Meningkatkan Pemikiran Logik Murid-murid Prasekolah

2.0 PENGENALAN

Menurut National Association for the Education of Young Children (NAEYC) (2011),
pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai program berkualiti tinggi yang
dibuat untuk kanak-kanak dari lahir hingga usia lapan tahun. Di Malaysia, pendidikan
awal kanak-kanak melibatkan dua program utama, iaitu program taska dan program
tadika atau prasekolah.

Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program


pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun (Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), 2017). Pendidikan prasekolah bermatlamat
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah.

Antara objektif pendidikan prasekolah ialah melahirkan murid-murid prasekolah


yang mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Antara
kemahiran kognitif yang diperlukan bagi seseorang murid prasekolah untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah ialah pemikiran logik. Menurut Aminuddin (2015), pemikiran
logik memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pemikiran dan
kemahiran menyelesaikan masalah kritikal.

Pemikiran logik merupakan sesuatu proses di mana seseorang individu berfkir


untuk mencari jawapan kepada apa sahaja masalah atau persoalan yang timbul dengan
menggunakan otak yang memerlukan penaakulan (Shahrin, 2012). Pemikiran logik juga
merupakan sesuatu proses seseorang individu menyelesaikan masalah berdasarkan
maklumat yang sedia ada dengan memproses, membuat kesimpulan dan membuat
keputusan berdasarkan bukti yang nyata.
Pada usia peringkat prasekolah, perkembangan pemikiran murid-murid adalah
pesat dan menyebabkan murid-murid mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap
persekitaran mereka. Perkembangan pemikiran logik membantu murid-murid
prasekolah dalam membuat penaakulan untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu
perkara berlaku (Hazwan, 2014). Menurut Alison (2016), pemikiran logik ialah
seseorang membuat pemerhatian dan menganalisis sesuatu fenomena, reaksi serta
maklum balas dan seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian tersebut.
Pemikiran logik juga merupakan proses mencari maklumat, pengetahuan, data dan
fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara (Naim, 2012). Oleh itu, pemikiran logik
adalah penting dan perlu dikembangkan di dalam diri murid-murid prasekolah supaya
mereka dapat mencari jawapan terhadap sesuatu yang berlaku di persekitaran mereka
berdasarkan fakta dan bukti yang nyata.

3.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah untuk :

i) Meningkatkan kemahiran murid-murid prasekolah menerangkan sebab dan


akibat mengenai sesuatu yang berlaku melalui penggunaan “Butai Go!”.

4.0 RASIONAL

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemikiran logik murid-
murid prasekolah. Pemikiran logik penting bagi seseorang murid prasekolah

Hal ini kerana pemikiran logik dipercayai dapat membantu murid-murid untuk mencari
sesuatu kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dan seterusnya membantu
mereka untuk membuat sesuatu keputusan yang betul bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.

Hal ini kerana pemikiran logik dipercayai dapat membantu murid-murid untuk mencari
sesuatu kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dan seterusnya membantu
mereka untuk membuat sesuatu keputusan yang betul bagi menyelesaikan sesuatu
masalah. Kebolehan menaakul membolehkan seseorang murid prasekolah berfikir
secara logik mengenai sebab dan akibat terhadap sesuatu yang telah berlaku. Antara
objektif pendidikan prasekolah ialah melahirkan murid-murid prasekolah yang
mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Antara
kemahiran kognitif yang diperlukan bagi seseorang murid prasekolah untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah ialah pemikiran logik. Menurut Aminuddin (2015), pemikiran
logik memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pemikiran dan
kemahiran menyelesaikan masalah kritikal.

(Shahrin, 2012). Pemikiran logik juga merupakan sesuatu proses seseorang individu
menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang sedia ada dengan memproses,
membuat kesimpulan dan membuat keputusan berdasarkan bukti yang nyata.

Menurut Alison (2016), pemikiran logik ialah seseorang membuat pemerhatian dan
menganalisis sesuatu fenomena, reaksi serta maklum balas dan seterusnya membuat
kesimpulan berdasarkan pemerhatian tersebut. Pemikiran logik juga merupakan proses
mencari maklumat, pengetahuan, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara
(Naim, 2012). Oleh itu, pemikiran logik adalah penting dan perlu dikembangkan di
dalam diri murid-murid prasekolah supaya mereka dapat mencari jawapan terhadap
sesuatu yang berlaku di persekitaran mereka berdasarkan fakta dan bukti yang nyata.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN

23 Februari 2020 – 26 Mac 2020

6.0 TEMPOH MASA

1 bulan

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid prasekolah SJK (C) Chong Hwa Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor.

8.0 PERNYATAAN MASALAH

Melalui pemerhatian dan perbincangan dengan guru prasekolah, pengkaji mendapati


bahawa murid-murid prasekolah kurang mahir dalam pemikiran logik. Hal ini
menyebabkan mereka lemah dalam mata pelajaran yang melibatkan pemikiran logik
seperti mata pelajaran matematik dan sains. Bukan itu sahaja, pemikiran logik yang
lemah juga menyebabkan murid-murid prasekolah tidak mampu untuk mengemukakan
alasan yang munasabah mengenai sesuatu pilihan yang telah dibuat

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

MINGGU /
BIL AKTIVITI
TARIKH
 Menjalankan pemerhatian
 Perbincangan dengan guru prasekolah
M1  Mengenal pasti pernyataan masalah
1
(23/2 – 27/2)  Mengenal pasti peserta kajian
 Mengenal pasti projek untuk menyelesaikan masalah
 Menyediakan kertas cadangan projek inovasi
2 M2  Pembangunan projek inovasi
(1/3 - 5/3)  Uji kaji bahan projek (test-run)
 Tinjauan sebelum tindakan
 Penambahbaikan bahan projek
 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
M3  Pelaksanaan projek inovasi
3
(8/3 – 12/3)  Penambahbaikan bahan projek
 Tinjauan Selepas Tindakan
M4  Penilaian projek inovasi
4
(22/3 – 26/3)  Penulisan laporan projek inovasi

10.0 ANGGARAN KOS

KUANTITI HARGA
JUMLAH
BIL ITEM YANG SEUNIT
(RM)
DIPERLUKAN (RM)
1. Kertas lukisan 1 10.00 10.00
2. Pen marker 1 kotak 10.00 10.00
3. Papan kayu (kitar semula) 1 - -
4. Kertas kotak besar (kitar semula) 1 - -

JUMLAH KESELURUHAN 20.00

11.0 KESIMPULAN

12.0 RUJUKAN
Alison, D. (2016, Jun 16). Definisi, Kemahiran, dan Contoh Pemikiran Logik. Retrieved
from Chalized: https://ms.chalized.com/definisi-kemahiran-dan-contoh-pemikiran-
logik/

Aminuddin, M. (2015, Mac 20). Meneroka pemikiran logik melalui penggunaan aplikasi
mudah alih. Retrieved from Universiti Putra Malaysia:
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50991/

Hazwan, J. (2014, Disember 12). Pemikiran Manusia. Retrieved from Ilmu Tentang
Pemikiran: http://ilmufalsafah.blogspot.com/2014/12/pemikiran-manusia.html

NAEYC. (2011, July). About NAEYC. Retrieved from NAEYC:


http://www.naeyc.org/content/about-naeyc

Naim, P. T. (2012, Disember 31). Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan
pemikiran saintifik. Retrieved from SlideShare:
https://www.slideshare.net/naemarbain/bab-2-pemikiran-kritis-penyelesaian-
masalah-dan-pemikiran-saintifik

Shahrin, I. (2012, Mac 16). Pemikiran Logik. Retrieved from Pen Mover:
http://shahrinismail303.blogspot.com/2012/03/pemikiran-logik.html

You might also like