Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT GURU PENYAYANG

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2020


Tarikh : 30.01.2020
Masa : 2.00 – 3.00 ptg
Tempat : Bilik Guru

Hadir
1. Guru Besar - Pengerusi
(En.PANDIAN A/L PADAIVITTAN)

2. Guru Kanan Pentadbiran / Ketua Panitia Sejarah


(Pn.MOGANA SUNTHARI A/P SUBRAMANIAM)

3. Guru Kanan Hal Ehwal Murid


(Pn.VICTORYA A/P FRANCIS)

4. Guru Kanan Kokurikulum / Guru Sejarah Tahun 6


(En.GOBIKRISHNAN A/L THIAGARAJAN

5. Guru Akademik
(Pn.Kumari Raji A/P Muniandy)

6. Guru Akademik
(PN KANMANI A/P )

7. Guru Akademik
(Pn.RENUKA A/P SIVARAMAN )

8. Guru Akademik
(CIK JESSICA A/P DAVID)

9. Guru Akademik
(Pn.THENKANEE A/P LOGANATHAN)

10.Guru Akademik
(Cik.ARVENAA A/P SUBRAMANIAM )

1.0 Bacaan doa

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.

2.0 Ucapan Penyelaras Guru Penyayang


2.1 Penyelaras guru penyayang mengalu-alukan kedatangan
guru-guru ke mesyuarat pertama ini.

2.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


guru kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri
mesyuarat ini.

2.4 Beliau juga menerangkan objektif Guru penyayang yang


harus diamalkan oleh semua guru.

2.4.1 Menjiwai amalan guru penyayang adalah budaya


setiap orang guru.
2.4.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah.
2.4.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada
sekolah
2.4.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti
dan masyarakat kepada sekolah.
2.4.5 Menitik beratkan penggunaan 7S iaitu senyum, salam,
sapa, sopan, sayang, syukur dan selamat.

2.5 Beliau menerangkan bahawa guru penyayang membawa


maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi , mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna guru penyayang mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

2.6 Guru penyayang menjiwai murid kerana mereka merupakan


aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing
dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

2.7 Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat


professional guru dalam perhubungan mereka dengan
murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat setiap
masa.
Makluman kepada semua guru

3.0 Ucapan Pengerusi

3.1 Guru besar mengalu-alukan kedatangan semua guru.

3.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik


semua guru yang menjalankan aktiviti sepanjang
tahun2018 .
3.3 Beliau juga memberitahu berdasarkan pada pemantauan
beliau dan juga Guru Kanan Hem semua guru telah
menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang
dengan bertanggungjawab dan lancar tanpa sebarang
masalah.

3.4 Beliau juga amat berpuas hati dengan program mentor-


mentee yang di jalankan sepanjang tahun kerana beliau
dapat melihat perubahan ketara pada setiap murid setelah
program mentor menter di jalankan disekolah. Setiap murid
dibimbing oleh mentor masing-masing secara peribadi.

3.5 Beliau juga berasa gembira dan berterima kasih sempena


sambutan kelahiran murid setiap bulan. Beliau berterima
kasih kepada guru-guru yang menyumbang kek setiap
bulan kepada murid

Makluman kepada semua guru

4.0 Penubuhan AJK Program Guru Penyayang 2020

4.1 Jawatankuasa Perlaksanaan Guru Penyayang 2020

( dilampirkan 1)

5.0 Aktiviti Tahunan

5.1 Pengerusi telah membentangkan Rancangan Tahunan


Perlaksanaan Guru Penyayang (2020)

( dilampirkan 2)

6.0 Hal-hal lain

6.1 Guru kanan HEM Pn.Victorya menerangkan


tentang pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah
berterusan serta merupakan budaya guru berterusan.
Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka
pendek dan jangkapanjang sebagaimana yang telah
pun dirancang.

6.2 Guru Kanan Pentadbiran, Pn.S.Moganasunthari meminta


guru-guru memberi kerjasama dalam pelaksanaa
Program Guru penyayang.
6.3 Guru-guru diminta menjalankan tanggungjawab
masing-masing untuk mencapai objektif program ini.

Makluman kepada semua guru

7.0 Ucapan penangguhan

7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua guru atas kerjasam yang diberi dan mensyuarat
ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Makluman kepada semua guru

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ………………………………
(PN.S.Renuka)
PENYELARAS

Disah oleh,

…………………………….

You might also like