Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.

0 KAEDAH KAJIAN

3.1 TEMUBUAL

Kaedah kajian yang digunakan dalam mendalami isu-isu warga tua di Rumah Seri Kenangan
Cheng, Melaka ialah dengan menggunakan kaedah temu bual dimana ia merupakan satu kaedah
yang penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Hal ini kerana, pelajar dapat memperoleh
informasi dan maklumat terus daripada responden kajian. Dalam penyelidikan ini, kaedah temu bual
menjadi antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan
maklumat daripada responden kajian seperti warden dan penghuni Rumah Seri Kenangan. Temubual
yang dijalankan adalah berkenaan latar belakang penghuni, isu-isu semasa dan masalah yang
berkaitan dengan warga tua, bagaimana boleh berada di Rumah Seri Kenangan, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di Rumah Seri Kenangan, keperluan dan dana yang diperoleh daripada pihak luar. Rumah
Seri Kenangan dipilih sebagai kajian kerana ianya berdekatan dan mudah untuk dilawati.

Sebelum pelajar bertemu dengan responden kajian, iaitu yang terdiri daripada penghuni-
penghuni dan warden Rumah Seri Kenangan, pelajar terlebih dahulu menyediakan soalan-soalan
yang akan digunakan semasa sesi temu bual. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang ingin
diajukan dapat dijawab oleh responden kajian semasa sesi temu bual ini. Selain itu, maklumat-
maklumat yang diinginkan oleh pelajar dapat diperolehi melalui soalan-soalan yang disediakan oleh
pelajar dalam sesi temu bual ini. Seterusnya maklumat-maklumat ini dijadikan data untuk
dimasukkan ke dalam kajian ini.

Antara soalan-soalan yang akan ditanya kepada penghuni ialah; bagaimana perasaan setelah
berada di Rumah Seri Kenangan, bagaimana kehidupan penghuni setelah diterima masuk, adakah
mana-mana ahli keluarga datang menziarahi, adakah anak-anak tahu penghuni berada di sini dan
dimanakah mereka sekarang, bagaimana dengan kehidupan di sini dari segi hubungan dengan
warden dan penghuni lain, adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan disini dapat mengeratkan
hubungan antara penghuni dan akhir sekali apakah nasihat yang dapat diberikan kepada anak muda
zaman kini apabila mereka tua kelak. Manakala untuk warden, soalan-soalan yang dapat diajukan
kepada mereka ialah; apakah aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan di Rumah Seri Kenangan, adakah
senang untuk mengurus perihal dan keperluan penghuni, diamanakah sumber dana didapati, dan
masalah-masalah yang sering berlaku dalam kalangan penghuni. Justeru, dengan adanya kajian ini
secara tidak langsung dapat mempereratkan hubungan antara pelajar dan penghuni di Rumah Seri
Kenangan.

You might also like