Sarjana Sains Perancangan Bandar Dan Wilayah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SARJANA SAINS PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

 
 
 
RINGKASAN KURSUS-KURSUS
 
BENGKEL PERANCANGAN DAN PROJEK
 
RPS 307/308 - Studio Perancangan 3 & 4
 
Projek-projek di dalam bengkel perancangan ini menumpukan kepada asas penyediaan pelan-pelan
fizikal, susunatur dan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan, seperti yang telah ditentukan di bawah Akta
Perancang Bandar Desa, 1976. Projek-projek yang dijalankan secara individu dan usaha-usaha
berkumpulan itu akan cuba mempraktikkan dan membangunkan semula ide-ide perancangan asas, teori-
teori, kualitatif dan teknik-teknik lain yang telah dipelajari oleh pelajar-pelajar di dalam kursus-kursus
lain.
 
RPS 503/504 - Studio Perancangan 5 & 6
 
Projek Bengkel Perancangan akan memberi penekanan kepada kaedah dan metodologi, analisis dan juga
kepada perincian-perincian di dalam komponen-komponen perancangan. Projek akan berasaskan kepada
kajian sebenar yang dijalankan untuk agensi perancangan kerajaan dan berdasarkan kepada syarat
rujukan ("terms of reference") yang sebenarnya. Projek akan berasaskan melibatkan suatu usaha
kumpulan berpadu di samping agihan tugasan secara individu untuk setiap penuntut. Bengkel ini akan
melibatkan latihan secara keseluruhan, dari perumusan masalah, pengutipan data, analisis dan ramalan
hingga ke cadangan strategi dan pengaturcaraan rancangan perlaksanaan projek. Proses perancangan
dan persembahan keputusan akan mematuhi garispanduan amali perancangan ikhtisas di Malaysia.
 
 
TEORI/SEJARAH/EVOLUSI
 
RPK 231 - Prinsip-Prinsip Perancangan
 
Antara objektif kursus ini adalah:
 
Untuk memahami teori dan prinsip perancangan bandar dan wilayah
Untuk memahami sejarah, evolusi perkembangan bandar
Untuk memahami rangka perancangan dan perundangan perbandaran
Untuk memahami proses perancangan & kawalan perancangan
 
Konsep dan pendekatan perancangan yang meluas seperti Perancangan Mampan, Perancangan
Pengangkutan, Perancangan Sejagat dan juga Perancangan Timur dan Barat turut dibincangkan dalam
kuliah ini. Selain itu, proses perundangan dan proses pembangunan dan kawalan pembangunan juga
disentuh. Selain itu, proses penyediaan komponen-komponen penting perancangan bandar seperti
Penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan turut
sama menjadi sebahagian penting kuliah ini. Buku Teks: Badaruddin M, Rahmat Azam M, et. Al (2001)
Prinsip-Prinsip Perancangan (Edisi Awal), Prentice Hall. Kuala Lumpur.
 
RPK 531 - Teori dan Falsafah Perancangan
 
Kursus ini bertujuan mengenalkan falsafah perancangan perancangan dalam konteks pengolahan
perancangan dan merupakan sambungan kepada kursus 231 Prinsip-Prinsip Perancangan.  Kursus ini
memberi satu kajian perbandingan sistem-sistem perancangan di negara-negara maju dengan negara-
negara membangun.  Juga, tumpuan khas ditempatkan kepada evolusi terori-teori perancangan
tempatan.
 
RPK 532 - Perancangan Pembangunan
 
Meninjau teori-teori dan falsafah pembangunan dan kaitannya dengan perancangan.
 
Teori-teori seperti teori neo-klasikal dualisme (modern/tradisional, formal dan bukan formal),
pergantungan, sistem dunia moden, teori-teori perubahan sosial dan lain-lain akan dibincangkan dan
dihuraikan.
 
Debat yang berlaku di Barat dan di negara-negara membangun akan (juga negara NIC) dikupas dan
dihuraikan. Contoh-contoh perancangan pembangunan di desa dan bandar akan digunakan sebagai
kajian kes. Perbincangan akan dilakukan di peringkat Dunia, Negara, Wilayah dan Tempatan.
 
AMALAN & PENGURUSAN/PENTADBIRAN
 
RPK 558 - Perundangan dan Pentadbiran Perancangan
 
Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama meliputi prosidur-prosidur perancangan
dan amalannya bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar terhadap bagaimana amalan perancangan
disepadukan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan bagaimana perkhidmat an perancangan
disalurkan.
 
Bahagian kedua kursus ini meliputi perundangan yang berkaitan dengan perancangan bandar dan
wilayah. Ia juga akan mengkaji peranan lembaga rayuan, peraturan yang berhubung dengan
perancangan dan kawalan pemajuan, serta penguatkuasaan perancangan.
 
Bahagian ketiga pula menghuraikan tentang pengurusan berhubung dengan perancangan bandar dan
wilayah. Peranan dan tanggungjawab jururancang profesional dalam sektor kerajaan dan swasta serta
fungsi Pertubuhan Perancang Malaysia akan juga dikaji.
 
 
TEKNIK & KAEDAH
 
RPK 233 - Kaedah Analisis Perancangan
 
Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penggunaan teknik dan model kuantitatif dan
kualitatif untuk membuat analisis, unjuran dan penilaian dalam perancangan fizikal dan sosio-ekonomi
bandar dan wilayah. Teknik dan model kuantitatif termasuk kaedah persampelan dan kajian soal selidik,
unjuran penduduk dan pekerjaan, model guna tanah, model peruncitan dan membeli belah, model
perumahan, model pengangkutan dan lalulintas. Teknik kualitatif meliputi analisis rekabentuk bandar dan
lanskap. Kaedah penilaian pelan termasuk analisis kos faedah, planning balance sheet, matriks
pencapaian matlamat, penilaian impak alam sekitar dan komuniti.
 
 
 
RPK 533 - Kaedah dan Teknik Penyelidikan
 
Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar proses dan unsur-unsur penyelidikan
saintifik: Kaedah pengutipan dan analisis data serta penyediaan laporan penyelidikan. Proses
Penyelidikan: Ciri-ciri penyelidikan saintifik dan langkah-langkah dalam penyelidikan.
 
Unsur-unsur penyelidikan: peranan konsep, hipotesis dan teori. Peringkat pengukuran: nominal, ordinal,
sela dan nisbah. Pengutipan Data: Sumber data; primer dan sekunder. Penyelidikan perpustakaan.
Kaedah kutipan data: banci, tinjauan dan laputan. Persampelan: bentuk dan prosedur. Kerja luar:
perancangan, temubual dan masalah.
 
Analisis Data: Teknik statistik deskriptif. Teknik statistik inferens: parametrik dan bukan parametrik.
Penggunaan komputer; SAS, SPSSX dan lain-lain.
 
Penyediaan Laporan: Tujuan, bentuk dan kumpulan sasar.
 
 
RPG 537 - Penggunaan Komputer untuk Perancangan
 
100% Kerja Kursus
 
The objective of this course is to provide both theoretical knowledge and practical skills to future town
planners to inculcate a culture of using information and telecommunications technology (ICT) in the day-
to-day duties or functions of the professional town planner.
Hence, this will be conducted through a combination of lectures on key issues in the use of ICT to realise
online planning in the immediate and distant future as well as hands on experience for development of
applications systems or use of information for planning studies (including data capture, analysis and
reporting).
Lectures will be conducted to introduce the issues and software tools for five areas of IT, namely : (a)
database management systems, (b) GIS, (c) CAD, (d) spreadsheet modeling, and (e) Online Planning.
Students will be required to write one term paper and undertake 3 separate projects. The term paper
covering issues related to implementation and adoption of ICT for planning will be presented to the class
in the form of seminars. Each project will involve anyone of the following categories of software, namely,
database management system, GIS, CAD, multimedia presentation, 3D animation, spreadsheet modeling,
interactive website or any other software suitable for planning applications. Students may choose from
any of the appropriate software depending on field of specialisation or interest. The skills to be acquired
should include application development as well as usage for analysis or modeling and documentation
related to town planning. Students already familiar with certain software or technology should carry out
projects which will enhance their knowledge and skills. For instance, webpage decision and
wordprocessing are already basic skills expected of all students but they can still develop projects which
may enhance accessibility to information through the web, easier searching, interactivity or animation
within reports.
 
 
WILAYAH, BANDAR & DESA
 
RPK 534 - Perancangan Pembangunan Bandar
 
Kursus ini akan menumpukan perhatian kepada isu-isu asas prinsip-prinsip dan dasar-dasar utama dalam
merancang pembangunan bandar. Peranan sektor awam dan sektor swasta dalam proses pembangunan
bandar dan perhubungan di antara mereka; beberapa jenis alat yang boleh digunakan untuk mengawal
dan memperangsangkan pembangunan (contoh: pelan zon, dasar pencukaian dan bayaran
pembangunan insentif ekonomi, pengambilan-balik tanah dsb.). Perancangan pembangunan bandar
secara keseluruhan melalui pelan pembangunan pelan struktur dan pelan-pelan tempatan. Perancangan
kegiatan-kegiatan fungsi-fungsi dan kawasan-kawasan utama di dalam bandar pembangunan dan
pembangunan semula pusat bandar, untuk berbagai golongan pendapatan perancangan kawasan
perindustrian dan perhubungannya dengan tempat kediaman pekerja: perancangan kegiatan belibelah
penghiburan, riadah dsb. Perhubungan dan saling-tindak antara kegiatan-kegiatan dan kawasan yang
berlainan dan peranan sistem rangkaian pengangkutan untuk menyelaraskan mereka. Strategi
perkembangan bandar secara keseluruhan pemusatan, penaburan, pembangunan bandar setelit dsb.
 
RPK 535 - Perancangan Wilayah dan Desa
 
Evolusi konsep-konsep pembangunan wilayah dan pola-pola penempatan desa. Kemajuan teori dan
sejarah perancangan wilayah. Masalah-masalah masakini dalam perancangan wilayah dan desa. Asas
ekonomi bagi penempatan wilayah dan ciri komuniti desa. Teori-teori hiraki penempatan. Eksploitasi
sumber-sumber desa berhubung dengan pasaran dan kemudahan pengangkutan. Konsep perhubungan
antara wilayah bagi perseimbangan pembangunan nasional.
Tinjauan dasar dan strategi pembangunan wilayah dan negara. Kajian kemungkinan wilayah serta
penilaian dan penyelarasan pelan wilayah serta dasar-dasar bagi mengawal pengurusan dan
pembangunan desa.
 
Peranan penguasa-penguasa wilayah dan tempatan. Rangka kerja untuk perlaksanaan agensi, program
dan kewangan. Koordinasi dasar-dasar dan pentadbiran di pelbagai peringkat jabatan-jabatan kerajaan
dan agensi awam.
 
 
MATAPELAJARAN PENGKHUSUSAN (WAJIB)
 
REG 261 - Perkhidmatan Bangunan
 
Meliputi aspek-aspek utama seperti berikut:
 
Rekaan Pendawaian Elektrk – Pendawaian elektrik dan rekaan pembahagian untuk rumah-rumah, bangunan; bangunan
perniagaan dan perindustrian. Infrastruktur tenaga untuk bangunan-bangunan tersebut termasuk sistem pembahagian E.H.T. dan L.T.
Pendawaian TNB dan undang-undang pembahagian.
 
Pendingin Hawa – Pendingin hawa untuk kegunaan rumah-rumah dan perindustrian termasuk tingkap, loji pusat, zon dan sistem air
sejuk.
 
Lif – Lif dan eskalator untuk bangunan-bangunan tinggi. Amalan praktis jentera untuk lif barang-barang dan penumpang-penumpang.
Pencegahan kebakaran untuk lif dan escalator.
 
Pencahayaan – Rekaan bagi bangunan-bangunan rumah dan industri. Syor-syor daripada pertubuhan kejuruteraan pencahayaan
mengenai pemasaran cahaya. Pelbagai jenis pencahayaan dan sifat-sifatnya.
 
Pencegah Kebakaran – Kecemasan kebakaran dan sistem mencegah kebakaran bagi semua kelas.
 
Bekalan Air – Sistem terus dan tidak terus. Bekalan air untuk bangunan tinggi: kaedah tanpa pam dan berpam (pengawalan paras air
dan pengawalan tekanan). Konsep dan fungsi silinder pneumatik. Sistem bekalan air sejuk dan air panas. Rekabentuk saiz paip. Injap dan
bahan paip.
 
Sanitasi – Sistem satu paip pengudaraan penuh, sistem dua paip dan sistem satu lorong. Konsep lorong dan lurah kecil terperangkap.
Pengiraaan cerun dan saiz dengan Formula Chezy. Rekabentuk paip sanitasi.
 
RPK 343 - Aspek Sosial Dalam Perancangan
 
Kursus seminar graduan ini membayangkan isu-isu sosial berkaitan dengan pembangunan amnya dan
perumahan, bangunan dan perancangan khususnya. Perbincangan am akan tertumpu terhadap konsep-
konsep seperti: sosiologi, perubahan sosial dan perancangan sosial; pembangunan sosial dan fizikal,
perhubungan di antara kedua-duanya isu-isu sosial dan soalan-soalan berkaitan dengan perumahan dan
perancangan komuniti; aspek sosial dalam struktur bandar; pengukuran kos sosial dan faedah; penunjuk-
penunjuk sosial sumbangannya dari segi perubahan sosial dan kegunaannya dalam perumahan dan
perancangan. Penuntut-penuntut kursus ini perlu memilih beberapa topik dalam konteks Malaysia untuk
kertas seminar, persembahan dan perbincangan di dalam kelas.
 
RPK 351 - Ekonomi Bandar dan Wilayah
 
Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar proses ekonomi yang membentuk pola
guna tanah di peringkat bandar dan wilayah.
 
Konsep Ekonomi Asas: Penawaran, permintaan dan pengeluaran. Analisis Lokasi: Ekonomi perkelompokan, teori lokasi dan teori
petempatan pusat. Analisis Pertumbuhan Wilayah. Teori asas eskport dan pengganda wilayah dan kutub pertumbuhan.
 
Analisis Rangka Wilayah: Analisis syif-syer dan analisis input-output. Ketidakseimbangan Wilayah: Urbanisasi dan pembangunan
bandar. Ketidakseimbang wilayah.
 
Pola Guna Tanah Dan Pembangunan Bandar: Pasaran harta tanah, perumahan dan pengangguran serta kemiskinan di
bandar.
 
RPK 536 - Perancangan Pengangkutan
 
Proses perancangan pengangkutan, pendekatan, tujuan/objektif, inventori, ramalan kegunaan tanah dan
pergerakan dan lain-lain. Organisasi dan perkembangan undang-undang pengangkutan di Malaysia.
Operasi dan kawalan sistem pengangkutan kesan dan akibat alam sekitar dan polisi-polisi bersabit
dengan lalulintas.
 
Kajian asalan dan tempat tuju, skim pengurusan lalulintas, kawalan lalulintas, tempat meletak kerete,
skim penahanan dan sistem mengasingkan antara penjalan kaki dengan pengangkutan persendirian,
konsep berjalan kaki. Pengangkutan awam: Sumbangannya, tempatnya dalam perancangan bandar,
sistem pengangkutan awaam moden, pengangkutan awam dan struktur bandar.
 
PENYELIDIKAN
 
RUL 573 - Projek Penyelidikan Atas Dayausaha Pelajar (Thesis Perancangan)
 
Kursus ini dijalankan di atas dayausaha pelajar itu sendiri. Kursus ini juga dianggap sebagai penyelidikan
tesis perancangan. Ia memberi peluang kepada pelajar bekerja dengan lebih rapat lagi dengan sebarang
pensyarah yang mempunyai minat yang sama. Tiap-tiap pelajar dan penasihatnya akan bersetuju kepada
(1) topik penyelidikan yang berkenaan (2) bahan-bahan rujukan yang berkaitan dan berkenaan dengan
topik tadi (3) satu tesis akhir berasaskan daripada kerja-kerja pelajar berkaitan dengan topik kajian tadi.
Tiap-tiap kerja pelajar akan dinilai secara individu oleh satu jawatankuasa penilaian yang terdiri dari
pensyarah-pensyarah pada akhir kursus ini dijalankan.
 
MATAPELAJARAN ELEKTIF
 
RPK 321 - Landskap
 
Kursus ini berkisar di keliling manusia dan alam sekitarnya dengan tumpuan khusus kepada rekabentuk
alam sekitar luaran. Ia dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan perhubungan
manusia alam sekitar serta masalah berkaitan. Ia kemudiannya memberi penerangan sejarah tentang
cubaan manusia untuk mengubah alam sekitar - terutamanya landskap - untuk disesuaikan dengan
keperluan estetika dan fungsi (fizikal dan rohaniah). Dua bahagian berikutnya menumpukan perhatian
kepada pendekatan dan teknik dalam perancangan dan rekabentuk lanskap. Dalam perancangan lanskap
(peringkat Wilayah) masalah pengkelasan, taksiran dan penilaian lanskap dikenalkan. Pendekatan dalam
perancangan landskap dari pendekatan ekologi Ian McHarg hingga pendekatan perangkaan yang terbaru
dan sofistikated. Contoh-contoh perancangan lanskap gunaan diterangkan dengan fokus ke arah
pemuliharaan dan rekreasi. Dalam rekabentuk lanskap, teori-teori dan prinsip-prinsip rekabentuk
disepadukan sekali dengan parameter alam sekitar dan sosial. Pemilihan bahan-bahan lanskap, prinsip
rekabentuk penanaman dan perancangan tapak juga disentuh.
 
RPK 222 - Pemuliharaan
 
Kursus ini memperkenalkan konsep, isu dan suasana yang berkaitan dengan alam sekitar kepada pelajar.
Pendedahan ini dikaitkan dengan usaha-usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan dan permasalahan
serta potensi-potensi yang berkaitan.
 
Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian:
 
1. Falsafah dan sejarah pemuliharaan.
2. Perbincangan tentang sumber terpilih iaitu tanah, air, flora dan fauna.
3. Perbincangan tentang hubungan riadah dan pelancongan dengan pemuliharaan dan persekitaran
bebas kereta.
4. Perbincangan tentang pemuliharaan di dalam dua zon ekologi iaitu zon pantai dan zon bandar.
 
Liputan skop kursus dan pembahagian topik-topik ini di harapkan dapat menarik minat pelajar-pelajar
untuk memahami alam sekitar dan konsep pemuliharaan.
 
 
RPk 332 - Rekabentuk Bandar
 
Kursus ini merujuk kepada rekabentuk sekumpulan bangunan-bangunan dan termasuk juga pengurusan
polisi-polisi pembangunan untuk fizikal alam sekitar bandar. Terdapat separuh daripada aspek-aspek di
dalam kajian Rekabentuk Bandar ini bertindih dengan sebahagian daripada aspek-aspek Seni Bina, tetapi
ia lebih menumpukan kepada masalah-masalah tiga dimensi pada sekil peringkat tempat iaitu
kedudukannya adalah di antara seni bina dan perancangan bandar.
 
Kursus ini akan mendedahkan unsur-unsur rekabentuk bandar; rekabentuk bandar dan perihal
perancangan fizikal; sumbangan sejarah terhadap rekabentuk bandar; rekabentuk banar dalam konteks
bandar-bandar baru dan perlaksanaan rekabentuk bandar.
 

RPk 334 - Perancangan Lalulintas


 
Kuliah ini, antara lain membincangkan:
 
konsep perjalanan termasuk perjalanan berteraskan kediaman, bukan berteraskan kediaman,
perjalanan terus dan lencong.
Tujuan perjalanan.
Isu-isu lalulintas.
Kajian dan bancian lalulintas.
Jenis dan tujuan bancian lalulintas.
Bancian kegunaan tanah.
Bancian letak kereta.
Bancian isipadu lalulintas dan bancian pejalan kaki.
Bancian pengangkutan awam, bancian kemalangan jalanraya.
Hierarki jalan dan persimpangan.
 
Ia turut membincangkan strategi penyelesaian masalah lalulintas termasuk sistem pengurusan lalulintas
iaitu lintasan, tanda arah, kawalan berkomputer, lampu isyarat, letak kereta, laluan bas, sistem pejalan
kaki dan lain-lain, selain dari undang-undang lalulintas dan kegunaan tanah.
 
 
REG 336 - Rekabentuk Jalan dan Lebuhraya
 
Sejarah perkembangan teknik-teknik pembinaan lebuhraya. Jenis-jenis lalulintas, aliran dan kapasiti.
Rekabentuk geometri lebuhraya dengan merujuk kepada piawaian-piawaian JKR dan LLM. Rekabentuk
persimpangan berisyarat dan tanpa-isyarat termasuk lampu isyarat, bulatan dan lain-lain. Lorong pecutan
dan awapecutan. Pencahayaan jalan, tanda-tanda lalulintas dan tanda-tanda jalan. Bahan-bahan
lebuhraya - bitumen, konkrit dan tanah. Sifat-sifat dan ujikaji tanah yang berkaitan dengan rekabentuk
lebuhraya. Kaedah-kaedah rekabentuk turapan-turapan fleksibel dan tegar. Pembinaan lebuhraya.
 
RPK323 – Perancangan dan Pembangunan Pelancongan
 
Kursus ini memberi pengenalan dan kefahaman asas tentang aspek-aspek penting perancangan dan
pembangunan pelancongan, meliputi perkara-perkara berikut:
 
konsep-konsep asas, pendekatan, model, objektif dan metodologi perancangan pelancongan.
Penekanan akan diberikan terhadap analisa sumber, pembangunan produk dan prinsip;
komponen-komponen penting dalam pembangunan pelancongan—dengan pendekatan tapak dan juga
wilayah.
Tumpuan terhadap industri-industri sokongan seperti pengangkutan, perkhidmatan dan penginapan.
Pembangunan konsep pelancongan alternatif dan mampan—seperti ekopelancongan, pelancongan
warisan, pelancongan alam, pelancongan kampung dan sebagainya;
Perbincangan terhadap tren terbaru aliran dan produk-produk pelancongan.
Kefahaman mengenai perkara-perkara ini akan disokong dengan contoh-contoh dan kajian-kajian kes
yang diambil dari negara ini dan juga negara-negara luar.
 
RPK 343 - Kajian Perumahan
 
Kajian secara keseluruhan berkenaan masalah-masalah dan isu-isu perumahan di negara-negara
membangun pada amnya, dan pada khususnya perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.
Kajian akan meliputi segala kesan sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan perumahan. Analisa stok
dan pasaran perumahan, mengandungi penyiasatan kos perumahan dan perhubungannya dengan
pendapatan keluarga. Kaedah-kaedah untuk menilaikan kualiti perumahan akan diberikan tumpuan.
Pentadbiran dan pengelolaan perumahan: masalah dan isu juga akan dikaji. Dasar peruntukan
kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan sosial dalam rancangan perumahan awam akan ditekankan
dalam kursus ini.
 
 
 
LATIHAN AMALI
 
Calon-calon juga dikehendaki menjalani latihan amali untuk tempoh sepuluh minggu semasa cuti panjang
di agensi-agensi yang diluluskan oleh Pusat Pengajian.
 
Semasa latihan amali ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada skop-skop berikut:
 
1. Peraturan pejabat
 
Struktur pentadbiran dan pengurusan (negeri, bandar, wilayah) peranan dan tugas jabatan/pegawai-
pegawai, sistem fail dan aliran maklumat, perhubungan.
 
2. Proses perancangan dan peraturan
 
Metodologi dalam melaksanakan projek perancangan. Kaedah/Cara penyediaan, penilaian dan
penyampaian untuk pihak-pihak tertentu dalam satu-satu projek perancangan. Peranan perancangan
dalam proses rancangan ini.
 
3. Analisis data dan pengajian khas
 
Mengurus, menilai, menganalisa dan menyampaikan maklumat, dalam menyediakan pelan, menilai pelan
dan merencanakan pelan-pelan pilihan.
 
4. Kawalan Pembangunan
 
Aspek-aspek peraturan dan syarat untuk meluluskan penukaran perancangan. Peranan dan tugas tiap-
tiap pihak dalam mengawal pembangunan perancangan. Kaedah penyediaan rancangan pembangunan
oleh pelbagai pihak.
 
PENGIKTIRAFAN IKHTISAS
 
i. Ijazah Sarjana Sains Perancangan ini diiktirafkan sebagai kelulusan ikhtisas oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam.
 
ii. Pertubuhan Perancangan Malaysia juga mengiktirafkan sebagai Ijazah Ikhtisas yang layak untuk
mendapatkan keahlian tersebut.
 
BANTUAN KEWANGAN
 
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan tidak menyediakan kemudahan bantuan
kewangan kepada calon-calon yang mengikuti rancangan ini.
 
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan peruntukan kewangan semasa mengikuti Rancangan
Ijazah Tinggi, calon-calon bolehlah berhubung dengan Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia.
 
Calon-calon yang ingin mengikuti rancangan ini, boleh juga memohon bantuan kewangan sama ada
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Swasta atau Pertubuhan-Pertubuhan
Sukarela.
Kandungan Buku Panduan ini adalah tepat semasa dikeluarkan. Segala perubahan dibuat dari masa ke
semasa dan pihak Universiti mempunyai kuasa menambah, membaiki atau menarik balik kursus-kursus
yang ditawarkan di mana perlu. Segala perubahan tersebut akan dicetak di dalam keluaran akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You might also like