Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI

Jalan Badlishah,
08000 Sungai Petani,
Kedah

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
PROGRAM’S CODE & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL L2
NO. DAN TAJUK
UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012 - C02 SINGLE PHASE WIRING
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT
AND MATERIALS
NO. DAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
PENYATAAN 4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM
AKTIVITI KERJA / INSTALLATION
WORK ACTIVITIES 5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD
NO. AND (DB)(METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD/CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P (4/53)
Drp / of : 10

TAJUK/ TITLE : PENGENALAN KEPADA PENDAWAIAN PERMUKAAN

TUJUAN/PURPOSE: Memberi pendekatan mengenai pendawaian permukaan yang


merupakan pengetahuan asas bagi sistem pendawaian.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

PENERANGAN/ INFORMATION:

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai sistem


pendawaian yang sering digunakan di malaysia. Antaranya adalah pendawaian
permukaan.

1.0 Sistem Pendawaian

Takrif - Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik,


termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis
kabel dan juga aksesori–aksesori elektrik.

Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut


jenis-jenis perlindungan mekanikal , keadaan pemasangan dan jenis – jenis
penebat kabel yang digunakan.

Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan


kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.
Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah
semua keadaan.

1.1 Jenis Pendawaian

Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada


kesesuaian premis dan kehendak pengguna iaitu :-
a) Sistem pendawaian permukaan
b) Sistem pendawaian konduit
c) Sistem pendawaian tersembunyi
d) Sistem pendawaian sesalur
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

2.0 Pendawaian Permukaan

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di


gunakan dalam satu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding
atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan .

2.1 Ciri-Ciri Pemilihan

Berikut adalah beberapa ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian
permukaan

a) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal


b) Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu
c) Kos perbelanjaan murah
d) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit
e) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang
f) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
g) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

2.2 Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan

a) Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut


b) Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan
terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal .
c) Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman
adalah kabel bersalut pvk atau getah.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

2.3 Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan


menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :

a) Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang


menembusi dinding
b) Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi
satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkancengkaman
pencengkam.
c) Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan.
Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara
laluan kabel itu.
d) Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan
kerja-kerja tamatan.
e) Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas
siling.
f) Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

2.4 Kebaikan dan Keburukan pendawaian permukaan

Kebaikan Kelemahan
Tidak mempunyai perlindungan
Kemas
mekanikal
Kos murah Tidak tahan lama

Terdedah pada bahaya kimia, gigitan


Kerosakan mudah dikesan
serangga dan haiwan

Penambahan tidak melibatkan


Kurang nilai estatik
keseluruhan pendawaian
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

3.0 Cara melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan

Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat


pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian
permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat
pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk
melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;

a) Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan.


b) Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar
skematik.
c) Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar
skematik.
d) Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.
e) Membuat pengujian visual.
f) Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar
mati.
g) Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

3.1 Kaedah Pemasangan Kabel

a) Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong


oleh klip kepermukaan dinding atau siling .
b) Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan
daripada jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat
dibangunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah
papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau
siling
c) Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan
plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan
jumlah bilangan kabel yang perlu disokong
d) Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk
pada Jadual 1

Jadual 1 ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.


Jarak maksimum bagi klip
Garis Kabel getah tanpa perisai pvk
Kabel beperisai Kabel penebat
pusat atau plumbum - bersalut
mineral salut
Ke kuprum atau salut
seluruh Umum Dalam kawalan aluminium
an
Kabel Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak Mendatar Menegak
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400 600 800
9 - 15 300 400 350 450 900 1200
15 - 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 - 40 400 550 450 600
* Sebagai amalan baik, maksima 12 kabel boleh diklipkan bersama
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

3.2 Jenis Pendawaian Ringkas

Terdapat 6 jenis pendawaian ringkas iaitu :

a) Pendawaian Menegak
Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak ialah 100mm
hingga 120mm

b) Pendawaian Melintang
Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian melintang ialah 120mm
hingga 150mm.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

c) Pendawaian Bengkok 90°

d) Pendawaian Simpang 3.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

e) Pendawaian Simpang 4

f) Double Offset 135°


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(4/53)
Drp / of : 10

SOALAN/ QUESTION :

1. Senaraikan EMPAT (4) sistem pendawaian fasa tunggal.

i.
ii.
iii.
iv.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pendawaian permukaan?

3. Berikan TIGA (3) kelemahan pendawaian permukaan

i.
ii.
iii.

RUJUKAN/ REFERENCES :

1. MD NASIR BIN ABD MANAN(2010), Pendawaian elektrik di bangunan kediaman,


Edisi Pertama, IBS Buku Sdn. Bhd, ISBN 978-967-950-307-4.

2. ABD SAMAD HANIF(1997), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2

3. JABATAN KESELAMATAN ELEKTRIK SURUHANJAYA TENAGA (2008), Garis


Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman

You might also like