Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KENEGARAAN MALAYSIA

SDN 1033

TEMA: KULINARI

TAJUK: KAJIAN MENGENAI MAKANAN


TRADISIONAL KAUM INDIA (THOSAI) DI
CHANGLOON KEDAH.

KUMPULAN 16
Pengenalan

Thosai adalah makanan yang berasal dari Tamil Nadu,India dan merupakan makanan yang
terkenal di Malaysia. Thosai ini ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat
dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama. Thosai juga merupakan hidangan
tradisi dan makanan ruji bagi kaum India dan menjadi hidangan pilihan bagi kaum-kaum lain.
Lazimnya, tosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah. Kuah ini
adalah sebagai perasa sampingan iaitu sebagai contoh kuah dhal, kari ayam atau kari ikan
serta cutni. Cutni ialah sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang
dikisar serta perencah rempah dan cili. Thosai juga dikenali sebagai makanan yang rendah
kolesterol sekiranya ketika proses tosai ini dimasak ia tidak melekat pada kuali yang
digunakan yang boleh menghindarkan lemak 0%. Purata nilai kalori bagi sekeping “tosai
kosong” adalah 155 kalori bagi satu hidangan dan makanan ini sangat sesuaj bagi masyarakat
yang mengamalkan pemakanan yang sihat atau diet.
Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini terdapat masalah yang telah berbangkit iaitu mewujudkan perpaduan kaum
di Malaysia dengan menggunakan makanan. Isu ini dilihat sinonim dengan negara Malaysia
yang diberi jolokan syurga makanan. Pengkaji juga telah menetapkan tiga objektif dalam
kajian ini iaitu untuk mengetahui latar belakang tentang thosai, untuk mengenalpasti bahan-
bahan yang digunkan dalam pembuatan thosai dan yang terakhir ialah untuk mengkaji
bahawa thosai ini dapat menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu pengkaji
melihat bahawa thosai boleh menjadi factor penolak untuk menyatupadukan rakyat Malaysia
secara menyeluruh. Pengkaji amat berharap bahawa dengan kajian yang dibuat ini dapat
membuka mata ramai pihak untuk menjadikan makanan khususnya thosai sebagai wadah
perpaduan kaum.
Objektif kajian:-

i) Untuk mengetahui latar belakang mengenai tosai


ii) Untuk mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan tosai
iii) Untuk mengkaji bahawa tosai ini dapat menyatupadukan pelbagai kaum di
Malaysia
Kajian Literatur

Pengenalan
Dalam membincangkan berkaitan makanan tradisional kaum India (thosai),
kebanyakan kajian-kajian yang lepas adalah mengenai ‘makanan seimbang, manakala, bagi
kajian literatur yang menyentuh menai makanan tradisional kaun India (thosai) sukar
diperolehi. Bagi kajian ini makanan tradisional kaum India (thosai) akan hanya berpandukan
kepada maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian literatur yang terdahulu
dan informasi-informasi sekunder yang diperoleh seperti pengalaman penulis sendiri.
Rujukan melalui kajian-kajian iterator adalah dari kajian-kajian tempatan.

Berdasarkan kajian awal yang dilakukan, sebenarnya, mengkaji makanan sebagai


sebahagian daripada cara untuk memahami sesuatu budayadan sejarah dalam masyarakat
sudah lama untuk dilakukan. Ia dibuktikan melalui kajian yang terdahulu yang dapat dikesan
telah dilakukan oleh seorang antropologi Audrey Richards (1889-) pada awal abad ke-20.
Keadaan ini membuktikan bahawa makanan memainkan peranan yan penting dalam
kehidupan dan masyarakat.

Kajian-kajian Lepas

Menurut Vimala Elzhumalai, thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di
sesetengah negara di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya,
thosai dihidangkan untuk sarapan Bersama dengan aneka jenis kuah; sebagai contoh kuah
dhal, kari ayam dan ikan serta ‘chutney’ iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada
campuran kelapa yang dikisar serta rempah-rempah dan cili. Thosai adalah sejenis serabi
yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya, diperbuat daripada beras dan lentil hitam
(urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa.
Thosai adalah makanan yang juga terkenal di negara-negara lain seperti Sri Lanka,
Singapura, Myanmar dan juga negara kita sendiri. Asal usul sering dikaitkan sebagai sebuah
resepi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan
baru yang supaya nasi tersebut tidak terbazir. Thosai juga boleh disediakan dengan ramuan
yang berbeza mengikut cita rasa masing-masing. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis
thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas
dan sebagainya.

Tosai adalah salah satu makanan tradisional etnik India. Menurut kajian yang
dilakukan oleh Muhammasd Roslan, tosai berasal dari Tamil Nadu, India. Tosai adalah
makanan yang rendah kolestrol dan sekiranya untuk masak menggunakan kuali tak melekat
(non-stickable pan) boleh menghidarkan lemak kosong peratus. Purata nilai kalori sekeping
‘tosai kosong’ adalah 155 kalori bagi satu hidangan. Orang yang gemari pemakanan sihat
atau diet, tosai adalah makanan yang sesuai. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menyediakan tosai adalah ‘ulundhu’ (kacang tosai), beras, biji halba, garam dan nasi sejuk.

Kesimpulan

Kajian berkaitan makanan tradisional sesuatu kaum adalah amat penting, terutamanya
dalam negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
Perbincangan mengenainya telah dibicarakan melalui kajian-kajian tempatan yang lepas. Ini
menunjukkan thosai merupakan salah satu makanan tradisional kaum India dan juga telah
mula dimakan oleh pelbagai kaum.

Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa kajian seumpama ini terutama yang


membincangkan makanan tradisional masih kurang dikaji di Malaysia. Berdasarkan hasil
kajian-kajian literatur yang terdahulu, dapat dirumuskan bahawa thosai adalah makanan
kaum India dan pada masa yang sama ia juga merupakan makanan yang sihat. Pada bab
seterusnya akan menghuraikan metadologi kajian iaitu kaedah yang digunakkan dalam
sepanjang membuat kajian ini.
KAEDAH KAJIAN

Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, kaedah kajian amat diperlukan bagi mendapat
maklumat atau dapatan kajian. Dengan data yang diperolehi kajian akan mudah
dijalankan.

a) Kajian Perpustakaan
Semasa menjalankan kajian, penyelidik telah menggunakan sumber-sumber
daripada bahan-bahan bercetak serta bahan-bahan elektronik seperti buku-buku
rujukan dan juga sumber-sumber daripada internet.
Bagi tujuan ini, penyelidik telak mendapatkan sumber-sumber bercetak seperti
buku-buku rujukan dan kajian-kajian lepas di beberapa buah perpustakaan seperti
Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia.

b) Temu bual
Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah
yang boleh dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Hal ini kerana,
penyelidik dapat memperoleh informasi dan maklumat yang terus dan tepat daripada
responden antaranya ialah tentang latar belakang pembuatan tosai, kaedah atau bahan
yang diguanakan dalam pembuatan tosai di Changlun , Kedah.

You might also like