Algebra Matriks

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAHAGIAN B- PROJEK MINI

1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam setiap
peradaban manusia. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss menyatakan ‘Mathematics is the
Queen of Science’. Ia merangkumi bentuk, simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa
cabang seperti aritmetik, kalkulus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan algebra.
Perkataan algebra dinamakan sempena perkataan Bahasa Arab ‘al-jabr’ daripada tajuk buku ‘al-
Kitab al-muhtasar fi hisab al-gabr wa-I-muqabala’ yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang
Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan. Buku tersebut merupakan sebuah buku
yang ditulis oleh ahli matematik Muslim Parsi, Muhammad ibn Musa al-Kwarizmi pada tahun 820.
Perkataan ‘aljabr’ bermaksud ‘penyatuan semula’ ataupun yang membawa maksud ‘gabungan,
sambungan, atau pelengkap’.

Namun demikian, terdapat pelbagai pendapat dari ahli-ahli Matematik tentang algebra. Menurut
Usiskin (1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada lima aspek utama iaitu anu, rumus,
corak nombor, nilai tempat dan hubungan. Manakala, Vance (1988) pula berpendapat, algebra boleh
dikatakan sebagai pengembangan aritmetik. Walau bagaimanapun algebra juga mempunyai berbagai-
bagai cara untuk memanipulasi simbol dan ia juga merupakan satu cara berfikir. Selain itu, algebra ialah
cabang matematik yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan kuantiti. Algebra amnya
dibahagikan kepada dua iaitu algebra klasik dan algebra abstrak yang lebih dikenali sebagai algebra
moden. Algebra klasik telah dikembangkan selama 4000 tahun. Manakala algebra abstrak hanya muncul
kira-kira 200 tahun terakhir.

Di samping itu, algebra asas sering dijadikan sebahagian pendidikan sekolah menengah untuk
memberikan pengenalan kepada idea-idea asas algebra dengan mempelajari apa yang terjadi apabila
nombor-nombor dicampurkan atau didarabkan dan bagaimana membuat polinomial dan mencari punca
tersebut. Polinomial ialah ungkapan yang dibina menggunakan beberapa pemboleh ubah dan pemalar
dengan operasi-operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan pengeksponenan nombor bulat
sahaja. Rangkuman algebra adalah lebih luas berbanding algebra asas dan dibuat lebih umum. Berbanding
dengan hanya menggunakan nombor-nombor, seseorang boleh menggunakan unsur yang tidak diketahui
yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set. Penambahan dan pendaraban dilihatkan
sebagai operasi am dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan,
gelanggang dan medan. Seterusnya, terdapat beberapa cabang algebra dalam Matematik iaitu
‘elementary algebra’, ‘abstract algebra’, ‘linear algebra’ dan ‘universal algebra’. ‘Elementary algebra’
memperkenalkan konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini
dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi tambah. Ia
boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan.

Selain itu, algebra juga boleh dikatakan satu teknik yang menggunakan penyataan
Matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit, masa dan lain-lain. Setiap
penyataan matematik bagi menghubungkan dua kuantiti tersebut biasanya disertakan dengan
penggunaan simbol abjad seperti x, y atau z untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan
kuantiti yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan sahaja
melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari penyelesaian terhadap
masalah di dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, algebra banyak digunakan dalam kehidupan
seharian kita. Hal ini kerana pelbagai bidang tertentu seperti bidang ekonomi, kimia, fizik dan
forensik berkait rapat dengan algebra. Tambahan pula, algebra juga digunakan dalam
perbandingan harga, proses jual beli dan sebagainya. Mungkin antara kita yang tidak tahu dan
tidak sedar akan kewujudan ‘linear algebra’ dalam kehidupan kita. Oleh itu, melalui tugasan ini,
saya akan memfokuskan satu aplikasi aljabar matriks dalam kehidupan manusia.

Hakikatnya, algebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana pelbagai
bidang tertentu seperti bidang ekonomi, kimia, fizik dan forensik berkait rapat dengan algebra. Tambahan
pula, algebra juga digunakan dalam perbandingan harga, proses jual beli dan sebagainya. Mungkin antara
kita yang tidak tahu dan tidak sedar akan kewujudan ‘linear algebra’ dalam kehidupan kita. Oleh itu,
melalui tugasan ini, saya akan memfokuskan beberapa aplikasi linear algebra dalam kehidupan manusia.

2.0 APLIKASI PENGGUNAAN ALGEBRA MATRIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

2.1 Bidang Kimia

Kimia sering disebut sebagai “ilmu sesat” kerana menghubungkan pelbagai ilmu lain seperti
matematik, fizik, ilmu bahan, nanoteknologi, biologi, farmasi, perubatan, dan geologi. Sehubungan dengan
ini timbul pelbagai kesan yang sangat memanfaatkan konsep-konsep dari pelbagai disiplin ilmu
tersebut. Sebagai contoh,melibatkan penerapan prinsip-prinsip fizik terhadap bahan pada
peringkat atom dan molekul .
Kimia matematik atau mathematical chemistry pula adalah cabang ilmu kimia teori yang
memanfaatkan fungsi-fungsi matematik untuk mempelajari fenomena kimia. Terdapat pelbagai contoh
pengaplikasian persamaan linear dalam kimia. Antaranya ialah pengaplikasian persamaan linear ini
melalui penggunaannya dalam pengiraan gas, apabila menganalisis kadar tindak balas, apabila bertujuan
untuk mengimbangi sesuatu tindak balas dan apabila menggunakan Beer's Law calculations.
Aplikasi sistem linear algebra dalam kimia terutamanya dalam menyeimbangkan persamaan kimia
atau ‘balancing a chemical equation’. Persamaan ini saling berkaitan dengan Hukum Pemeliharaan Jisim
atau ‘Law of Conservation of Mass’. Hukum ini menyatakan jisim tidak dicipta atau dimusnahkan dalam
apa-apa tindak balas kimia. Oleh itu, keseimbangan persamaan memerlukan bilangan atom yang sama
pada kedua-dua sisi tindak balas kimia. Jisim semua bahan penyebab tindak balas atau ‘the reactants’
mesti sama jisim dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh tindak balas atau ‘the products’.

Contoh penggunaan dalam bidang kimia


Sebagai contoh, ini merupakan persamaan kimia :

C2H6 + O2 → CO2 + H2O.

Dengan menyeimbangkan tindak balas kimia di atas, secara tidak langsung, nilai x, y, z dan t juga turut
dicari. Hal ini bermaksud nombor atom setiap elemen di kedua-dua belah persamaan adalah sama.

xC2H6 + yO2 → zCO2 + tH2O.

Seterusnya, sistem linear seperti berikut :


Penyelesaian umum berdasarkan sistem di atas adalah seperti berikut :

Gantikan x = 2 dalam persamaan, kita akan


memperolehi nilai – nilai pembolehubah
iaitu y = 7, z = 4 dan t = 6. Oleh itu, persamaan seimbang atau ‘the balanced equation’ ialah :

2C2H6 + 7O2 → 4CO2 + 6H2O.

2.2 Kewangan

Secara tidak sedar, seseorang akan menggunakan atau mengaitkan konsep linear algebra
dalam merancang kewangan seharian. Sebagai contoh, linear algebra banyak diaplikasikan
semasa proses meminjam duit dan membuka akaun untuk membayar sesuatu faedah.
Fenomena ini sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses membeli kereta atau
rumah. Mereka akan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta atau rumah terlebih dahulu.
Kemudian, mereka akan membayar hutang tersebut secara ansuran bulanan berdasarkan
perjanjian yang telah dibuat di antara pembeli dan penjual. Sebagai contoh, formula ini boleh
digunakan dalam merancang kewangan seseorang bagi membayar ansuran bulanan kereta
tersebut :

B = P x (J / (1 – (1+J)^-N) )

B = bayaran ansuran bulanan


P = jumlah pinjaman
I = kadar faedah tahunan (bermula 1 hingga 100)
L = tempoh pinjaman dalam kiraan tahun
J = kadar faedah bulanan = I / (12 * 100)
N= tempoh pinjaman dalam kiraan bulan = L * 12

Contoh penggunaan dalam kewangan

Contoh: Abu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 (P) bagi kereta terpakai dengan kadar
faedah 3.5% (I) setahun. Abu akan membayar kesemua hutangnya dalam tempoh 9 tahun (L).
Berapakah bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh Abu setiap bulan?
B = P x (J / (1 – (1+J)^-N) )
B = 100000 x (0.002917 / (1 – 1.002917^-108) )
B = 100000 x (0.002917 / (1 – 0.730097) )
B = 100000 x (0.002917 / 0.269903)
B = 100000 x 0.010808
B = 1080.80

Oleh itu, Abu perlu membayar bayaran bulanan bagi keretanya sebanyak RM 1080.80.

2.3 Kriptografi
Kriptografi juga merupakan salah satu contoh aplikasi linear algebra dalam bidang Matematik. Ia
merupakan satu kajian tentang penyulitan iaitu ‘encryption’ dan penyahsulitan iaitu ‘decryption’ mesej.
Mesej tanpa penyulitan dipanggil ‘plaintext’, manakala mesej yang tersulit dipanggil ‘chiphertext’.
Algoritma untuk proses penyulitan dan penyahsulitan dipanggil ‘chipher’. Salah satu jenis ‘chipher’ yang
melibatkan aplikasi linear algebra ialah ‘Hill Chipher’. Selain itu, kriptografi ini amat penting dan digunakan
untuk keselamatan maklumat sulit para pengguna seperti akaun email, kad kredit dan kad pengenalan
daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, kriptografi ini juga telah digunakan dalam bidang ketenteraan dari segi
komunikasi dan isyarat terutamanya dalam dua Perang Dunia pada awal abad ke-20. Kod ‘cipher’
atau kod rahsia ini menjadi talian hayat kepada dua pihak yang bertelagah untuk menyampaikan
sesuatu maklumat tanpa dapat dikesan oleh musuh. Sama ada dari pihak Jepun, Jerman, Britain
mahupun Amerika Syarikat. Masing-masing mempunyai ahli cipher atau ahli pemecah kod rahsia
yang terlatih. Mereka ini bertanggungjawab untuk memecahkan kod yang telah dipintas dan pada
masa yang sama mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh mereka. Sehingga ke
hari, kod-kod rahsia ini digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia.
Mossad, CIA, MI6 dan sebagainya, mereka berkomunikasi dengan cara unik yang mana hanya
mereka sahaja yang mengetahuinya. Kecanggihan kod sulit pada hari ini walaubagaimanapun
gagal memecahkan beberapa kod dan tulisan seperti Phaistos Disk, Linear A, Kryptos dan
Voynich Manuscript. Sebagai contoh:

‘Plain text’ : Time is running out..

Mesej ini akan ditukarkan kepada mesej baru dengan menggunakan Mod 29. Selepas
menggunakan Mod 29, mesej yang baru akan terpapar seperti di bawah:

Jadual Mod 29
‘Chipher text’ : N , , . C O J J . , H , X I C V H V E O T

Bagi menyahkan chipher text, jadual ‘Multiplicative Inverse Mod 29’ diperlukan.
Kini, kebanyakan kerajaan menggunakan kaedah pengekodan atau dikenali sebagai ‘coding’ dan
‘encoding’. Jenis kod yang sangat sukar untuk dipecahkan terdiri daripada matriks yang besar bagi
mengekod mesej. Penerima mesej mengekod mesej tersebut dengan menggunakan matriks songsang.
Matriks pertama dikenali sebagai matriks ‘encoding’ manakala songsangan tersebut dikenali sebagai
matriks ‘decoding’.
Sebagai contoh, mesej tersebut adalah :

PREPARE TO NEGOTIATE

Dan matriks ‘encoding’ ialah :

Setiap huruf abjad mewakili satu


nombor. Misalnya, setiap huruf dikaitkan
dengan kedudukannya dalam susunan abjad iaitu A adalah 1, B adalah 2 dan seterusnya. Namun
demikian, dalam abjad hanya terdapat 26 huruf. Oleh itu, nombor 27 mewakili jarak atau ‘space’ antara
setiap perkataan. Maka, mesej yang telah dikod tersebut adalah :

Memandangkan matriks bersaiz 3 atau ‘3 by 3 matrix’ digunakan, mesej di atas dipecahkan


mengikut turutan bertiga-tiga dengan 1 vektor.

Penting bagi
menambah ruang pada
akhir mesej untuk
melengkapkan vektor akhir. Mengekod mesej dengan mendarabkan setiap vektor di atas oleh matriks
pengekodan. Ini boleh dilakukan dengan menulis di atas vector sebagai vektor lajur matriks dan
melaksanakan pendaraban matriks bahawa matriks dengan matriks pengekodan seperti berikut:

dan akan
menghasilkan matriks
Hasilnya, setiap lajur dalam matriks adalah mesej pengekodan atau ‘encode message’. Mesej ini
seterusnya dipindahkan ke dalam bentuk linear

Untuk
penyahkodan mesej
atau ‘decode message’, penerima menulis mesej tersebut ke dalam satu urutan bertiga-tiga dengan 1
matriks lajur dan mengulangi teknik yang menggunakan songsangan matriks pengekodan. Songsangan
bagi pengekodan matriks iaitu penyahkodan matriks, ialah:

Bagi penyahkodan mesej tersebut,


laksanakan pendaraban matriks.

dan akan
memperolehi matriks ini.

Lajur dalam matriks di atas


dipindahkan ke dalam bentuk
linear akan memberitahu mesej asal tersebut adalah seperti berikut :

2.4 Permainan Petak Ajaib / Magic Square Games

Petak Ajaib atau ‘magic square’ ialah terdiri daripada segi empat sama yang berpetak-
petak di mana turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor-nombor
tersebut mengikut baris, lajur dan pepenjurunya adalah sama (Mok Soon Sang, 1997). Selain itu,
ia juga merupakan sebuah permainan yang bertujuan untuk memecahkan masalah yang
berhubungan dengan penjumlahan bilangan nombor bulat. Misalnya, diberikan bilangan nombor
bulat seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Letakkan semua bilangan nombor bulat tersebut pada kotak-
kotak di bawah ini sehingga jumlah keseluruhan daripada 3 bilangan nombor bulat tersebut
mengikut baris, lajur dan pepenjurunya menghasilkan nilai yang sama.

4 9 2 15

3 5 7 15

8 1 6 15
15
15

15
15 15 15

Permainan inilah yang disebut Magic Square. Untuk menyelesaikan masalah tersebut,
lakukan beberapa langkah berikut.

Langkah 1: Tentukan jumlah bagi semua bilangan nombor yang diisi dalam kotak. Hal ini kerana
kesemua bilangan nombor seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 perlu dijumlahkan.

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = 45

Selain dengan menggunakan cara penjumlahan di atas, jumlah dari bilangan-bilangan


tersebut dapat dilakukan sebagai berikut:

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = ((1 + 9) × 9)/2 = 45

Cara kedua ini dapat diperoleh dengan menjumlahkan bilangan terkecil dengan bilangan
terbesar, kemudian mendarabkan dengan jumlah kesemua nombor dan seterusnya dibahagi dengan
2. Sehingga diperoleh jumlah dari semua bilangan yang akan mengisi kotak adalah 45.

Langkah 2: Tentukan jumlah 3 bilangan dari baris, lajur, dan pepenjuru dalam segi empat ajaib.
Perhatikan gambar berikut.
Oleh sebab hasil
jumlah dalam setiap baris
dalam segi empat di atas
menghasilkan nilai yang
sama,
maka a + b + c = d + e +
f = g + h + i. Jumlah
semua bilangan nombor
yang akan mengisi kotak
adalah 45 dan dalam segi
empat sama tersebut terdiri daripada 3 baris, maka hasil jumlah semua bilangan nombor dalam
setiap baris adalah 45/3 = 15. Demikian juga dengan jumlah bilangan nombor yang akan mengisi
lajur dan pepenjuru adalah 15.

Langkah 3: Tentukan semua kemungkinan penjumlahan 3 bilangan nombor yang terdiri daripada
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, atau 9 sehingga jumlahnya menghasilkan nilai 15. Berikut ini semua
kemungkinannya.

1+5+9
1+6+8
2+4+9
2+5+8
2+6+7
3+4+8
3+5+7
4+5+6

Terdapat 8 kemungkinan dari penjumlahan 3 bilangan nombor bulat 1 hingga 9 yang


menghasilkan 15. Kemungkinan-kemungkinan ini nantinya diletakkan dalam segi empat ajaib.
Langkah 4: Letakkan semua kemungkinan pada langkah 3 dalam baris, lajur, dan pepenjuru segi
empat. Pada langkah 3, perhatikan bahawa:

1 muncul 2 kali,
2 muncul 3 kali,
3 muncul 2 kali,
4 muncul 3 kali,
5 muncul 4 kali,
6 muncul 3 kali,
7 muncul 2 kali,
8 muncul 3 kali,
9 muncul 2 kali.

Bilangan-bilangan yang muncul 2 kali nantinya akan diletakkan pada kotak tengah dari
sisi menegak atau mendatar segi empat ajaib, kerana pada kotak ini dilalui oleh 1 baris dan 1 lajur.

Bilangan-
bilangan yang muncul 3
kali nantinya akan
diletakkan pada kotak
bahagian pepenjuru dari
segi empat ajaib tersebut
kerana kotak ini dilalui
oleh 1 baris, 1 lajur dan 1
pepenjuru.

Sedangkan
bilangan yang muncul 4
kali nantinya akan
diletakkan pada kotak
yang terletak tepat di tengah-tengah segi empat ajaib kerana dalam kotak ini dilalui oleh 1 baris, 1
lajur dan 2 pepenjuru.

Bagi
menghasilkan nilai
jumlah dalam setiap
baris, lajur dan pepenjuru
yang sama, bilangan-
bilangan 1, 2, 3, 4, 5, 6,
7, 8, dan 9 dapat disusun
dalam segi empat ajaib
seperti berikut.
3.0 APLIKASI PENGGUNAAN PERSAMAAN LINEAR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

3.1 Bidang Fizik

3.11 Pengenalan
Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita.
Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria
manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang,
pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari
dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik. Fizik merupakan kajian
tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang
amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.
Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih
telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana
tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian
dilaksanakan. Antaranya ialah kegunaan sistem persamaan linear untuk menetukan halaju, jarak
dan masa. Hal ini adalah melalui pembentukkan persamaan y=mx+b yang digunakan dan dapat
mengesan pergerakan. Melalui persamaan ini, pemalar b dapat ditakrifkan sebagai kedudukan
permulaan dan m menerangkan halaju bagi persamaan tersebut.
3.12 Contoh penyelesaian aplikasi yang melibatkan fizik (jarak, kadar, dan masa.)
Contoh 1
Julia dan Khairiyah memulakan kayuhan basikal pada titik yang sama dan meneruskan kayuhan
basikalnya pada arah yang bertentangan. Julia mengayuh basikal 2 km/j laju daripada Khairiyah.
Selepas 2 jam, Julia dan Khairiyah sudah mengayuh basikal sejauh 44 km. Berapakah jarak Julia
dan Khairiyah mengayuh basikal?

Penyelesaian:
Langkah 1:
1. Baca penyelesaian masalah dengan teliti dan keluarkan isi penting dan maklumat yang perlu. Lukis
gambar jika perlu.
2y start 2x

44 km

Langkah 2:

1. Untuk menjawab penyelesaian ini, kita mestilah mengetahui kelajuan Julia dan Khairiyah.
2. Tentukan anu untuk mewakili kuantiti yang tidak diketahui.
x = kelajuan kayuhan Julia
y = kelajuan kayuhan Khairiyah

Langkah 3:

1. Buat jadual untuk menyusun segala maklumat yang sudah dikumpulkan.


2. Ingat semula rumus yang dipelajari iaitu d= rt
3. Isikan maklumat ke dalam jadual yang dibuat. Pastikan pada ruangan masa diisi dengan 2 kerana
mereka telah mengayuh basikal selama 2 jam.
Berikutan d=rt, jarak Julia = x.2 atau 2x dan jarak Khairiyah = y.2 atau 2y. Masukkan maklumat ini
ke dalam jadual dan label di gambar.

Jarak (d) Kadar (r) Masa (t)

Julia 2x x 2

Khairiyah 2y Y 2

4. Untuk mendapatkan satu persamaan, rujuk gambarajah yang dilukis dan buat satu persamaan
diantara Julia dan Khairiyah selepas 2 jam. Persamaan tersebut boleh ditulis,

Jarak kayuhan + jarak kayuhan = jarak kayuhan antara mereka


Julia Khairiyah

2x + 2y = 44
Maka, persamaan pertama yang diperolehi ialah 2x+2y=44
5. Seterusnya, untuk mendapatkan persamaan kedua, gunakan maklumat yang menyatakan bahawa
Julia mengayuh basikal 2 km/j lebih laju daripada Khairiyah.
Kadar kayuhan adalah 2km/j lebih laju daripada kadar kayuhan Khairiyah Julia

x = 2+ y

Maka persamaan kedua ialah x = 2+y


Error: Reference source not found sistem persamaan linear adalah 2x + 2y = 44
x=2+y

Langkah 4:
1. Selesaikan sistem tersebut.
2. Gunakan kaedah penggantian.
Gantikan nilai x di
2(2 + y) + 2y = 44 dalam persamaan
dengan 2 +y
4 + 2y + 2y = 44
4y + 4 = 44
y = 10
3. Gantikan nilai y ke dalam persamaan x = 2+y
x = 2+10
x = 12
4. Maka, nilai x dan y ialah (12,10)

Langkah 5:
1. Semak semula.
Julia mengayuh basikalnya pada kadar 12 km/j dan Khairiyah mengayuh basikalnya pada
kadar 10 km/j. Julia adalah lebih laju 2km/j daripada Khairiyah dan mereka telah mengayuh
basikal selama 2 jam. Maka jarak antara mereka:
2. Gantikan nilai-nilai yang dinyatakan ke dalam persamaan 2x + 2y = 44
2(12) + 2(10) = 24+20 = 44
Maka, jawapan yang diperolehi adalah tepat.

3.2 Bidang kejuruteraan (rangkaian elektrik)

3.21 Pengenalan
Aplikasi yang paling banyak digunakan dalam matematik adalah kepada kehidupan seharian
manusia. Antara aplikasi yang penting dalam kehidupan seharian ialah pengaplikasian persamaan linear ke
dalam rangkaian atau aliran. Pengaplikasian ini adalah merujuk kepada aliran suatu rangkaian litar elektrik
mahupun rangkaian yang lain. Hasil daripada persamaan linear ini telah memberikan aliran semasa ke
dalam sesebuah litar elektrik. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa pengaplikasian sistem persamaan linear
ini terhadapa aliran sanagat penting dan mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian. Hal ini juga
membuktikan bahawa penggunaan sistem persamaan linear sangat meluas dan menyeluruh dalam
kehidupan seharian.
Banyak perkara yang timbul melibatkan masalah yang berkaitan dengan litar elektrik dan
rangkaian tersebut. Maka, dengan menggunakan persamaan linear telah memudahkan masalah aliran
tersebut. Persamaan linear yang digunakan juga akan memudahkan aliran tersebut dengan
menyelesaikannya dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sangat berkesan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa sistem persamaan linear sangat penting dalam kehidupan seharian.

3.22 Contoh penggunaan persamaan linear dalam kejuruteraan (rangkaian elektrik-litar elektrik)

Contoh 1
Cari nilai arus I1, I2, dan I3 di dalam litar yang ditunjukkan seperti gambar rajah di bawah.
Penyelesaian:
Langkah 1:
1. Baca penyelesaian masalah dengan teliti dan keluarkan isi penting dan maklumat yang perlu.
2. Difahamkan bahawa arah aliran arus I1, I2, dan I3 adalah dipilih secara arbitrari.
3. Arus yang ditunjukkan secara negatif merupakan arus yang mengalir secara bertentangan.

Langkah 2:
1. Untuk menyelesaikan masalah ini, Kirchhhoff’s current law digunakan.
2. Gunakan Kirchhhoff’s current law kepada titik A dan B
I1= I2 + I3 (Point A)
I3 + I2 = I1 (Point B)
3. Permudahkan kedua-dua persamaan tersebut menjadi kepada persamaan linear yang sama.
I1 – I2 – I3 = 0
4. Untuk menentukan nilai ketiga-tiga arus tersebut, dua persamaan masih diperlukan.

Langkah 3:
1. Dapatkan ketiga-tiga persamaan linear.
2. Gunakan Kirchhhoff’s current law dan Ohm’s law untuk loop 1 akan menghasilkan persamaan:
7I1 + 3I3 = 30
3. Gunakan Kirchhhoff’s current law dan Ohm’s law untuk loop 2 akan menghasilkan persamaan:
11I2 = 3I3 +50

Langkah 4
1. Gabungkan kesemua persamaan.
i. I1 – I2 – I3 = 0
ii. 7I1 + 3I3 = 30
iii. 11I2 - 3I3 =50
2. Penyelesaian dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah penghapusan Gauss- Jordan.
1 -1 -1 0 1 -1 -1 0
7 0 3 30 -7b1 + b2 0 7 10 30 Error: Reference
source not found
0 11 -3 50 0 11 -3 50

1 -1 -1 0 b2 + b1 1 0 3/7 30/7
0 1 10/7 30/7 0 1 10/7 30/7 Error:
Reference source not found b3
0 11 -3 50 -11b2 + b3 0 0 -131/7 20/7

1 0 3/7 30/7 -3/7b3 + b1 1 0 0 570/131


0 1 10/7 30/7 -10/7b3 + b2 0 1 0 590/131
0 0 1 -20/131 0 0 1 -20/131

3. Maka, persamaan linear ini telah memberikan jawapan kepada arus yang dikehendaki.
i. I1 = Error: Reference source not found A
ii. I2 = Error: Reference source not found A
iii. I3 = Error: Reference source not found A

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, algebra atau ‘al-jabr’ merupakan nadi kepada perkara-perkara yang
melibatkan Matematik di sekeliling manusia. Hal ini kerana algebra matriks sangat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan seharian seseorang. Aplikasi algebra matriks kini banyak
digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kimia, kriptografi, kewangan dan
tidak lupa juga dalam permainan petak segi empat sama ajaib. Justeru, algebra matriks memang
diperlukan bagi melancarkan sistem-sistem tertentu atau memudahkan lagi pekerjaan
seseorang.

RUJUKAN

Ahmad Isik & Yasin Soylu. (2008). Teaching Linear Algebra Conceptual and Procedural
Learning in Linear Transformation. Diakses pada 26 Mac 2013 daripada
http://hkier.fed.cuhk.edu.hk/journal/wp-content/uploads/2010/06/erj_v23n2_203-226.pdf

Akash Gupta. (2009). Applications of Matrices to Business and Economics. Diakses


pada 25 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/19613606/Applications-of-
Matrices-to-Business-and-Economics#download

Anton, H. and Rorres, C. (2005). Elementary Linear Algebra Applications Version, 9th
edn. John Wiley: New Jersey.

Faris. (2012). Aplikasi Linear Algebra Dalam Kehidupan Manusia. Diakses pada 17 Mac
2013 daripada http://www.scribd.com/doc/87084336/Essay-Giler

Matemagik.com. (2010). Apa Itu Matematik. Diakses pada 25 Ogos 2013 daripada
http://www.matemagik.com/2010/11/apa-itu-matematik/

Mohammed Al-Kalbani. Real-World Application of Linear Algebra. Diakses pada 26 Ogos


2013 daripada http://www.dit.ie/media/physics/documents/alkalbani.pdf
Murray Eisenberg. (1999). Hill Ciphers and Modular Linear Algebra. Diakses pada 2
April 2013 daripada http://www.apprendre-en-ligne.net/crypto/hill/Hillciph.pdf

Normi Rosidar Abdul Hadi. (2008). Bilakah Matematik Bermula. Diakses pada 25
Februari 2013 daripada http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2008/47-
Sejarah/57-bilakah-matematik-bermula

Nurul Fadzeeen Mohd Apandi. (2012). Pesona Algebra. Diakses pada 8 Mac 2013
daripada http://www.scribd.com/doc/87657484/koay

Sami Prehn. (2009). Flow From Traffic to Pipes An Application of Linear Algebra.
Diakses pada 26 Ogos 2013 daripada
http://www.facstaff.bucknell.edu/ap030/Math345LAApplications/Flow.html

Scribd. (2011). Application of Linear Algebra. Diakses pada 15 Mac 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra

Scribd. (2011). Allpication of Linear Algebra. Diakses pada 24 Mac 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra

Scribd.(2012). Sejarah Algebra. Diakses pada 3 Mac 2013 daripada


http://www.scribd.com/doc/73321992/Sejarah-Algebra

Scribd. (2012). Apa Itu Aljebra. Diakses pada 5 Mac 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/88383028/Apa-Itu-Algebra

Strang, G. (2009). Introduction to Linear Algebra, 4th edn. Wellesley-Cambridge Press:


Wellesley

Tiada Nama Pengarang.(2006). Linear Algebra in Physics. Diakses pada 30 Mac 2013
daripada http://www.math.uni-
bielefeld.de/~hemion/Linear_Algebra_in_Physics/LinearAlg.Physics.pdf

Uzair Nawfal. (2012). Kod-Kod Sulit yang Gagal Dipecahkan. Diakses pada 29 Mac
2013 daripada http://takusahrisau.wordpress.com/2012/12/23/kod-kod-sulit-yang-gagal-
dipecahkan/

You might also like