Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGENALAN

Dalam ukuran panjang, masalah yang sering dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran
topik Sukatan adalah penukaran unit kilometre (km) kepada meter (m), meter (m) kepada
sentimeter (cm) dan sentimeter (cm) kepada millimetre (mm). Tinjauan awal menunjukkan
bahawa murid sememangnya mempunyai masalah dalam penukaran unit ukuran panjang
kerana mereka tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula. Kebanyakan
miskonsepsi ini sering berlaku dalam ukuran panjang kerana dalam ukuran panjang terdapat 4
unit yang berlainan formula, iaitu mililiter, sentimeter, meter dan kilometer. Segelintir murid telah
menghadapi masalah dalam memahami konsep penukaran unit samaada dari unit kecil ke unit
besar dan sebaliknya atau penukaran unit yang melibatkan perpuluhan. Terdapat juga murid
yang mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dan
kerana kurang mahir untuk memindahkan titik perpuluhan ke kiri atau ke kanan selepas proses
pengiraan untuk memperoleh jawapan yang tepat.

You might also like