Assignment SJH 1064 Penulisan Akademik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1

Pengenalan

Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941 dan menyerah kalah pada Ogos
1945. Penaklukan Jepun adalah menggunakan laluan Thailand dan serangan Jepun ke atas
Tanah Melayu dilakukan melalui tiga penjuru iaitu dari utara melalui Jitra iaitu Jalan Keroh-Grik
dan melalui Pantai Timur 1. Sewaktu perang dunia kedua kerjasama tentera British dengan
PKM wujud untuk menentang Jepun di Tanah Melayu walaupun pergerakan PKM pernah
dianggap sebagai ancaman kepada British namun tindakan penentangan Jepun mendorong
PKM untuk bekerjasama dengan British dari segi bantuan ketenteraan. Ini telah menunjukkan
strategi yang selari dasar komunis antarabangsa. Hasil kerjasama ini membolehkan PKM
menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA ingin menguasai dan
menegakkan kekuasaan di pekan dan bandar dan pelbagai kekacauan dan kezaliman telah
dibuat oleh mereka di Tanah Melayu.

1
Jepun mendarat di Singora dan Patani di Thailand serta Kota Bahru di Kelantan.
2

Kandungan

British telah menghantar tenteranya ke Tanah Melayu (TM) tanpa syarat dan
pentadbiran tentera British iaitu BMA telah dimulakan bagi menggantikan pemerintahan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pentadbiran ini bermula pada 1 September 1945 dan
tamat pada 31 Mac 1946.2 BMA ditubuhkan untuk memulihkan keamanan dan berperanan
mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap British. 3 Sebelum zaman pemerintahan
Jepun, tentera PKM bersetuju untuk membubarkan rejimen masing-masing dan BMA akan
memberi hadiah RM350 kepada setiap orang gerila tanpa mengira pangkat dan juga akan diberi
pertolongan mencari kerja. BMA juga ingin membentuk Mahkamah Jenayah bagi
membicarakan kes-kes jenayah dan memulihkan semula TM supaya sebuah kerajaan awam
dapat diwujudkan iaitu penggantungan fungsi semua tribunal dan mahkamah di Tanah Melayu
melainkan Mahkamah Tentera.4 BMA menerima arahan langsung dari Pemerintah Tertinggi
Bersekutu. Perkhidmatan seperti Hal-Ehwal Awam disediakan untuk menguruskan kebajikan
orang awam.5 Proses pemulihan terhadap Perlembagaan era sebelum perang yang menurut
British akan dilaksanakan demi kecekapan pentadbiran dan keselamatan negara.6 Tempoh
pentadbiran BMA adalah sangat kekecohan kerana terdapat tiga perempat pengawai kanan
BMA adalah tiada pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan kebanyakan tentera
British dan India terlibat dengan rasuah dan pasar gelap. Southeast Asia Command membuat
keputusan untuk memperkuatkan Force 136 untuk mengawal keadaan TM dan sehingga
September 1945 AJUF terlibat.

2
Mohd.Isa Othman. Pengalaman Kedah dan Perlis: Zaman Penjajahan British. Cheras: Utusan Publications and
Distributors Sdn.Bhd, 2001.
3
Zulhilmi Paidi dan Rohani AB Ghani, “Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan Pengajaran Untuk Generasi Masa
kini Dalam Konteks Ketahanan Nasional” , Jurnal of Political Managements and Policies in Malaysia (2010) : 13-33,
http://repo.uum.edu.my/3166/1/S2.pdf
4
Mohd Rizal Yaakod dan Shamrahayu A.Aziz. Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri
Bangsa Malaysia Merdeka. Wangsa Maju: Intitut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad, 2014
5
PeKhabar. Permulaaan Pentadbiran Tentera British Di Tanah Melayu: Sept,2015. https://pekhabar.com/h-i-d-s-
permulaaan-pentadbiran-tentera-british-di-tanah-melayu/
6
CAB 129/1.C (45) 133. Policy In Regard To Malaya And Borneo. Memorandum Kabinet oleh G.H.Hall, 29 Ogos
1945.
3

Malaya’s Political Climate IV (10-30 November 1945) oleh Kolonel V.W.W.S. Purcell dari
Singapura 3 Dis 1945)

Pada tahun 1945, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British mengutarakan
Malayan Union (MU) diwujudkan di persidangan Parlimen dan Sir Edward Gent dilantik sebagai
gabenor dan Sir Harold Mac Michael bertanggungjawab mengutip semua tandatangan sultan-
sultan. Malayan Union diistiharkan pelaksanaannya pada tahun 1946 sebaik sahaja BMA
dibubarkan. Satu White paper juga dikenali sebagai MU cmd 6724 disiarkan dalam warta
kerajaan dan membentangkan tentang dasar-dasar yang terkandung dalam MU.7

Berdasarkan Undang- undang Kerakyatan MU 1946 ia


meletakkan semua peribumi atau pendatang akan diiktiraf
sebagai warga MU.8 British pernah menerima memorandum tentang cadangan isu kerakyatan
terbuka kepada sesiapa yang lahir dan menetap di TM dari dua orang Melayu iaitu Tengku
Mahmud Mahyideen dan Mohd Suffian Hashim. 9 Rancangan dan pembentukan Malayan Union

7
PeKhabar. (2018, 1 22). Dipetik daripada White Paper Malayan Union Diterbitkan:
https://pekhabar.com/h-i-d-s-white-paper-malayan-union-diterbitkan/

8
Nor Azlah Sham Bt Rambely dan Mohamed Ali Haniffa. Pembentukan Kerakyatan Malayan Union 1946:
Reaksi, Isu Dan Tuntutan Bangsa Melayu. Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2017. (p. Conference Kuis
Edu).
9
C.M. Turnbull, 1974 dan Albert Lau, 1991 pernah mencadangkan dan ia direkodkan dalam prosiding.
4

mendapat tentangan yang hebat dari orang Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan yang selama ini
mendokong dasar British dengan setia turut menentang malah ada yang menjadi penggerak
utama terutamanya dalam kumpulan pendidikan. 10Cadangan Malayan Union ke atas TM
mencetus kepada pembentukan organisasi politik dan nasionalisme orang-orang Melayu kerana
orang-orang Melayu merasakan tidak adil dan kedaulatan Raja-raja dihapuskan serta hak
keistimewaan orang Melayu tercabar. Orang Melayu mula bimbang akan kehilangan tanah air
dan mendorong kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipimpin oleh
Dato’ Onn Jaafar dan juga mempunyai slogan seperti ‘ hidup Melayu’ dalam kalangan orang
Melayu yang merupakan pertama sekali dalam sejarah.11

Pada 1 Februari 1948 Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu
(PTM) yang memberikan kedaulatan dalaman kepada Sultan-sultan, kedudukan istimewa orang
Melayu dipelihara dan syarat-syarat bagi orang bukan Melayu diperketatkan untuk mendapat
kewarganegaraan Tanah Melayu.12 Sidang Pleno telah mengubalkan Perjanjian Persekutuan
pada tahun 1946 dan Blue Book dihasilkan setebal 100 muka surat. Perjanjian PTM adalah
ditandatangani di King House yang dianggotai oleh wakil kerajaan Inggeris, DYMM Raja-raja
Melayu dan wakil-wakil UMNO. Kerajaan PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang
mempunyai kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja PTM
dan Majlis Mesyuarat Undangan PTM. Syarat-syarat kerakyatan di bawah PTM diperketatkan
lagi melalui kuatkuasa undang-undang, naturalisasi. Walaupun PTM mendapat penentangann
hebat dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang membentuk Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) dan bergabung dengan kepentingan bukan Melayu di bawah Majlis Tindakan
Bersama Se-Tanah Melayu, tetapi pihak British yang pro-UMNO dan Raja-raja masih
meneruskannya.

Sepanjang zaman pentadbiran Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Malayu beliau telah meneruskan sistem pendaftaran penduduk iaitu kad pengenalan
(KP) bermula pada tahun 1948. Setiap kanak-kanak ynag berumur 12 ke atas dikehendaki

10
Mohd Isa Othman. Pengalaman kedah dan Perlis: Zaman Penjajahan British. Cheras: Utusan
Publications dan Distributors Sdn.Bhd, 2001.
11
Rosliha Bt Muhammad. “Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu : Rujukan Khas Kepada
Kuasa Penjajah British”. Universiti Of Malaya , (2000). 42-62.
12
Oong Hak Ching. “Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua”.
Jebat 24, (1996) : 85-100.
5

mendaftarkan diri tanpa mengira jantina dan akan dibekalkan kad pengenalan dengan cop ibu
jari dan foto masing-masing. Butir-butir seperti nama pemilik,bangsa,bahasa,tempat
lahir,pekerjaan serta tempat tinggal akan diambil oleh pihak kerajaan supaya pergerakan
penduduk dapat dikawal oleh kerajaan.13 Sementara itu, kebebasan pergerakan komunis akan
disekat kerana mereka sukar melepasi pemeriksaan jalan,kenderaan dan orang yang diadakan
sepanjang masa oleh pasukan keselamatan. Oleh kerana banyak berlakunya kecurian KP dan
kerajaan membuat peraturan baru bagi menggantikan kad pengenalan yang hilang.

Peraturan Baru bagi sistem Pendaftaran KP

Sumber dari : http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22924/062_078.PDF

Tempoh berakhirnya sistem KP adalah pada 28 Februari 1949 kecuali Terengganu dan
Pahang. Kelewatan ini bukan disebabkan gangguan komunis malah kesukaran perjalanan dari
satu tempat ke satu tempat.14

13
Ho Hui Ling. “Sir Henry Gurney Dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951” . Sejarah Malaysia, (2011) : 134-157.
14
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. “Komunlkasi Dan Komunisme Di Persekutuan Tanah Melayu, 1948-
1960: Kempen Memenangi Hati Dan Pemikiran Penduduk”. Sejarah Malaysia, (2010) : 62-78.
6

Selain itu, Rancangan Briggs dilancarkan pada pertengahan tahun 1950 dan ia
merupakan tindakan oleh kerajaan British untuk menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan
kepada PKM. Rancangan Briggs merupakan sati skim penempatan semula setinggan-
setinggan Cina yang berjumlah kira-kira 5000,000 orang ke satu kawasan yang dibantu dan
dikawal oleh kerajaan. Penempatan baru ini dikenali sebagai kampung baru. Pemindahan
penduduk kepada penduduk yang terdedah kepada bahaya dan ancaman komunis ke satu-satu
kawasan yang tertentu dan dikumpulkan di satu penempatan semula yang dilingkungi oleh
kawat berduri di bawah perlindungan pos-pos polis supaya mereka tidak diugut oleh ‘Ming
Yuen’ untuk memberi maklumat.

Rakyat turut digalakkan memainkan peranan mengawal keselamatan kampung dan


kawasan ladang-ladang sebagai satu badan bawah pasukan polis yang ditubuhkan secara
khidmat sambilan dan dianggotai oleh sukarelawan lingkungan umur 18 hingga 55 tahun.
Latihan kepolisian diberikan supaya dapat menentang gerila PKM. Bagi kawasan kampung
lama yang mempunyai jumlah keluarga kurang daripada 30 buah rumah,pasukan Home Guard
ditugas mengawal khususnya waktu malam. Sebaliknya di Kampung Baru pula keanggotaan
pasukan adalah sepenuh masa. Mereka juga dikehendaki membantu pasukan keselamatan
membuat sekatan jalan raya dan pemeriksaan kad pengenalan penduduk serta menjalankan
operasi penapisan di tempat-tempat awam.15Pasukan Home Guard juga perlu memastikan
pihak komunis tidak mendapat bekalan makanan dan bantuan.

Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan dan Sir Henry Gurney mengambil langkah
bagi menawan hati orang cina dengan mengalih pandangan mereka ke arah politik tempatan
daripada pergerakan komunis. Presiden pertamanya ialah Tan Cheng Lock dan objektif utama
adalah menyatukan orang-orang cina serta memelihara hubungan kaum bekerjasama dengan
bangsa-bangsa lain. Penubuhan MCA mewujudkan peluang bagi British mendapatkan
kerjasama daripada komuniti kaum cina untuk menamatkan darurat. MCA telah membantu
kerajaan dari segi kewangan iaitu pada tahun 1954 wang sejumlah $1266,205 telah
disumbangkan oleh MCA kepada rancangan penempatan semula. Pada pertengahan tahun

15
Mohd Razali Bin Ya'cob @Jusoh. “Pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu Semasa Darurat,
1948-1960” . Persatuan Sejarah, . (2017) : 35-54.
7

MCA mendapat keuntungan sejumlah $2.5 juta dari keuntungan jualan loteri. 16Ini menunjukkan
bahawa MCA bersedia berjuang bersama-sama kerajaan dalam memerangi komunis.

Langkah yang seterusnya ialah Sir Henry Gurney menawarkan tawaran penyerahan diri
melalui satu pengumuman siaran radio dan penyebaran beribu-ribu risalah yang ditulis dalam
Bahasa Melayu,Cina dan India. Tawaran itu menjelaskan bahawa orang yang bersekutu
dengan penjahat kena menanggung kesalahan membawa senjata malah menyerah diri dengan
sukarela tidak akan didakwa atas tindakan yang akan membawa kepada hukuman bunuh.17
Hukuman dapat dipertimbangkan menurut keadaan masing-masing.

Selain itu, atas kematian Sir Henry Gurney yang ditembak mati oleh PKM, Leftenan
Jeneral Sir Gerald menjadi pengganti dan memperkenalkan konsep kawasan putih dan hitam
yang merupakan impak kepada sentuhan perang psikologi beliau menentang komunis bagi
mendapat kepercayaan rakyat. Kawasan putih mewakil kawasan yang bebas daripada
keganasan komunis iaitu kawasan di mana PKM dikalahkan dan penduduk tidak lagi dikenakan
perintah berkurung malah kawasan hitam melambang datu medan operasi pasukan
keselamatan dan dikawal ketat. Templer ingin rakyat bekerjasama dengan kerajaan dengan
memberi perasaan tertekan kepada rakyat yang dikurung di kawasan hitam. 18 Bandar Melaka
merupakan bandar pertama yang diistiharkan sebagai kawasan putih(buku Zulhilmi
Paidi,Rohani AB Ghani,Mohamad Idris Saleh et.al,2011)Oleh sebab kawasan-kawasan yang
diistiharkan kawasan putih mengalakkan penduduk setempat berusaha membersihkan kawasan
mereka daripada pengaruh komunis.

Jeneral Gerald Templer memperkenalkan taktik ‘Perang Saraf’ dan taktik ini berjaya
membarakan rasa kebencian orang ramai terhadap komunis. Demi memenangi hati dan

16
Ho Hui Ling. “Sir Henry Gurney Dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951” . Sejarah Malaysia, (2011) : 134-157.
17
Ho Hui Ling. “Sir Henry Gurney Dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951” . Sejarah Malaysia, (2011) : 134-157.

18
“Darurat Pertama Di Malaysia,1948-1960” http://studentsrepo.um.edu.my/1388/4/BAB_1.pdf
8

perasaan rakyat di Tanah Melayu Templer menyediakan asas bagi Tanah Melayu ke arah
berkerajaan sendiri untuk meningkatkan keyakinan rakyat dengan membuktikan sistem
demokrasi adalah lebih baik daripada komunisme. Selain itu,beliau ingin memberi tekanan
kepada PKM dan mempengaruhi ahli-ahli PKM meninggalkan perjuangan mereka. 19Templer
telah membuat pengistiharan kepada pihak antarabangsa melalui majalah Time Magazine
keluaran 15 Disember 1952 bahawa ‘Jungle has been neutralised’ bagi membayangkan beliau
20
bakal menjalankan gerakan pembersihan terhadap gerakan komunis. Beliau juga
menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai yang menjadi pemberian maklumat
berkenaan komunis kepada kerajaan dan menjanjikaan komunis ynag menyerah diri kepada
pihak berkuasa akan diberi layanan adil.21 Seluruh jentera pentadbiran digunakan dan Jabatan
Penerangan sebagai penyampai maklumat kepada rakyat dengan mencetak dan menyebarkan
risalah-risalah dengan meluas.

Kesimpulan

Tanah melayu melalui suatu proses evolusi dalam pembinaan negara bangsa.
Pemimpin Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia sejak sebelum
kemerdekaannya telah merintis jalan perpaduan pelbagai kaum melalui Kontrak Sosial.
Permuafakatan tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan kekal hingga kini.Ini menjelaskan bahawa perpaduan kaum merupakan
19
Zulhilmi Bin Paidi dan Rohani Hj Ab Ghani. “Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan Pengajaran Untuk
Generasi Masakini Dalam Konteks Ketahanan Nasional”. Political Managements and Policies in Malaysia,
(2010) : 13-33.
20
Rohaini Hj.AB Ghani. Negara Bangsa Malaysia Asas dan Cabaran. Sintok : UUM Press. 2016.
21
Ho Hui Ling. “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960: Satu Analisis”.
Persatuan Sejarah Malaysia, (2010) : 79-96.
9

asas pembinaan sebuah negara dan kemajumukan dan kepelbagaian bangsa dan budaya
negara kita adalah keistimewaan yang ada pada negara kita. Walaupun bakal akan
menghadapi pelbagai cabaran namun asalkan kita satu rakyat Malaysia bersatu-padu masalah
tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah.
10

Bibliografi

Abdullah Zakaria Bin Ghazali. (2010). Komunlkasi Dan Komunisme Di Persekutuan Tanah
Melayu, 1948-1960: Kempen Memenangi Hati Dan Pemikiran Penduduk. Sejarah
Malaysia, 62-78.

Ahmad Zaki Mohd Johari. (2017). Kerjasama PKM-British Di Tanah Melayu. Universiti Of
Malaya, 90-124.

Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus. (2017). Malayan Union dan Persekutuan 1948.
Universiti Of Malaya, 1-23.

Hasfiza. (2013, 8 23). Arkib Goverment. Didapatkan dari daripada Sidang Pleno Terakhir
Mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu :
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=8363

Ho Hui Ling. (2011). Sir Henry Gurney Dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di
Tanah Melayu, 1948-1951 . Sejarah Malaysia, 134-157.

Ho Hui Ling. (2010). Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960:
Satu Analisis . Persatuan Sejarah Malaysia , 79-96.

Ho Hui Ling. (2009). Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu,1941-1945: Penentangan


Orang Cina Melalui Malayan People's Anti Japanese Army (Mpaja) . Persatuan Sejarah
Malaysia, 109-125.

Ismail Bin Said. (2012). Sejarah Malaysia Moden 1945-1969. Pusat Bandar Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

MD Azman Bin Abdullah. (2002). Kesan Pendudukan Dan Pentadbiran Jepun. Universiti
Malaya, 113-152.

Mohamad Ali Bin Haniffa. (2017). Konflik Kaum Selepas Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu:
Kajian Awal Berasaskan Sumber Lisan. Peradaban, 16-37.

Mohd Isa Othman. (2001). Pengalaman kedah dan Perlis: Zaman Penjajahan British. Cheras:
Utusan Publications dan Distributors Sdn.Bhd.
Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A.Aziz. (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan
Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Wangsa Maju: Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
11

Mohd Razali Bin Ya'cob @Jusoh. (2017). Pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu
Semasa Darurat, 1948-1960. Persatuan Sejarah, 35-54.

Nor Azlah Sham Bt Rambely dan Mohamed Ali Haniffa. (2017). Pembentukan Kerakyatan
Malayan Union 1946: Reaksi, Isu Dan Tuntutan Bangsa Melayu. (p. Conference Kuis
Edu). Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Oong Hak Ching. (1996). Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa Perang
Dunia Kedua. Jebat 24, 85-100.

PeKhabar. (2018, 1 22). Didapatkan dari White Paper Malayan Union Diterbitkan:
https://pekhabar.com/h-i-d-s-white-paper-malayan-union-diterbitkan/

PeKhabar. (2015, 9 12). Didapatkan dari Permulaaan Pentadbiran Tentera British Di Tanah
Melayu: https://pekhabar.com/h-i-d-s-permulaaan-pentadbiran-tentera-british-di-tanah-
melayu/

PeKhabar. (2016, 4 1). Didapatkan dari Penubuhan Malayan Union: https://pekhabar.com/h-i-d-


s-penubuhan-malayan-union/

PeKhabar. (2018, 2 1). Didapatkan dari Persekutuan Tanah Melayu Ditubuhkan:


https://pekhabar.com/h-i-d-s-persekutuan-tanah-melayu-ditubuhkan/

Ramlah Hamzah. (1973). Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasinya.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 57-70.

Rahamat Bin Abu Kassim. (2008). Darurat di Tanah Melayu, 1948-1960: Universiti Sains
Malaysia, 1-24.

Rohaini Hj.AB Ghani. (2016). Negara Bangsa Malaysia Asas dan Cabaran. Sintok : UUM Press.

Rosliha Bt Muhammad. (2000). Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu : Rujukan Khas
Kepada Kuasa Penjajah British. Universiti Of Malaya , 42-62.

Zulhilmi Paidi, Rohani Ab Ghani, Mohamad Idris Saleh dan et al. (2011). Malaysia Pembinaan
Negara Dan Bangsa. Petaling Jaya: Pearson.

Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab Ghani. (2003). Kenegaraan Malaysia : Isu-isu dalam Pembinaan
Negara. Bentong: PTS Publications dan Distributor Sdn.Bhd.
12

Zulhilmi Bin Paidi dan Rohani Hj Ab Ghani. (2010). Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan
Pengajaran Untuk Generasi Masakini Dalam Konteks Ketahanan Nasional. Political
Managements and Policies in Malaysia, 13-33.
13

Lampiran

Report on a Mission to Malaya by Sir Harold A. MacMichael, G.C.M.G., D.S.O


(October, 1945-January, 1946)
14

King House kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara

Sumber dari : loco.com.my

Demostrasi Pembubaran Malayan Union


15

Tawaran Penyerahan Diri Beramai-Ramai Kepada Pengganas-Pengganas Komunis

Permulaan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu


Sumber dari : Pekhabar
16

Dalam ucapan rasmian Dato’ Onn Jaafar di UMNO, beliau menjelaskan :

Ini juga
membuktikan beliau berusaha mengajak orang-orang Melayu supaya bersatu menentang
Malayan Union demi memelihara tanah air dan memartabatkan bangsa.

Malayan Union cmd 6724


17

Templer’s progess plan

The Straits Times,20 Nov 1952,Page 1


18

Templer’s progess plan

The Straits Times,20 Nov 1952,Page 1

You might also like