Professional Documents
Culture Documents
Surat Mohon Sumbangan Wang
Surat Mohon Sumbangan Wang
Ruj.Kami : SKKth.04/12(12 )
Tarikh : 21 Ogos 2019
Kepada,
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN WANG BAGI TUJUAN MENYERTAI NATIONAL
ROBOTICS COMPETITION PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan robotik dari Sekolah Kebangsaan
Kerteh akan mewakili negeri Terengganu ke NATIONAL ROBOTICS COMPETITION
( NRC ) PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 di AIMST UNIVERSITY, BEDONG,
KEDAH. Peserta terdiri daripada 24 orang murid (9 peserta dan 15 orang pelapis
ahli Kelab robotik) dan 7 orang guru.
3. Maklumat perjalanan adalah seperti berikut :
Tarikh :19-23 SEPTEMBER 2019
Hari :KHAMIS-SELASA
Tempat :AIMST UNIVERSITY, BEDONG, KEDAH
4. Sehubungan dengan itu, kami memohon sumbangan wang bagi urusan
penyertaan tersebut. Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan amat dialu-alukan dan
didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian,terima kasih.
……………………………...............
( RAZTIIA BINTI ABDUL RAZAK )
Penyelaras Program
Sekolah Kebangsaan Kerteh