Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN

Sarawak merupakan sebuah negeri di mana ianya di bawah pentadbiran Raja Putih iaitu

Keluarga Brooke. Pemerintahan keluarga Brooke terhadap Sarawak dilihat agak lama di mana

mereka telah mentadbir Sarawak selama 105 tahun bermulanya dari pemerintahan James Brooke,

Charles Brooke dan seterusnya Charles Vyner Brooke. Tempoh pemerintahan keluarga Brooke

dalam mentadbir Sarawak dilihat telah bermula pada tahun 1841 sehingga berakhirnya

pemerintahan mereka 105 berikutnya iaitu pada tahun 1946 apabila Charles Vyner Brooke

menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British.1 Apabilanya berlakunya satu peristiwa yang

menggemparkan Tanah Melayu bahkan Sarawak itu sendiri, sejarah Sarawak telah berubah

apabila berlakunya zaman pendudukan Jepun. Hal ini demikian kerana, Sarawak telah ditakluki

oleh Pihak Jepun dari Disember 1941 sehingga September 1945 dan apabila berakhirnya perang

dunia kedua, Sarawak telah diambil alih oleh pihak British. Perkara yang berlaku ini telah

menyebabkan perubahan taraf Sarawak dari sebuah negeri merdeka di bawah pentadbiran

Brooke menjadi sebuah tanah jajahan mahkota British.2 Hal ini juga telah menyebabkan

berakhirnya pemerintahan keluarga Brooke terhadap Sarawak kerana pemerintahan Raja Putih

terakhir ini telah memberikan Sarawak kepada British. Penyerahan Sarawak kepada British telah

menimbulkan perasaan anti penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Walaupun keputusan

penyerahan Sarawak kepada kerajaan British dilihat mendapat sambutan yang baik, namun

terdapat juga golongan yang menentang penyerahan Sarawak ini khususnya orang Melayu dan

orang Iban. Selain daripada peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dalam anti penyerahan

Sarawak, golongan wanita juga dilihat telah memainkan peranan mereka dalam menyokong dan

menggerakkan anti penyerahan Sarawak khususnya bermula pada tahun 1946. Gerakan anti
1
Ho Hui Ling, “Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British, 1946-1951”, Malaysia Dari Segi Sejarah, bil. 29
(2001), hlm. 43
2
Ibid.

1
penyerahan Sarawak telah diterajui oleh Kaum Ibu yang diketuai oleh Lily Eberwein dan Ajibah

Abol dalam usaha mereka menghidupkan anti penyerahan Sarawak kepada British.

Faktor Penyerahan Sarawak Kepada British

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut berkenaan penglibatan wanita dalam gerakan anti

penyerahan di Sarawak pada tahun 1946, harus juga dilihat sebab dan faktor yang membawa

kepada penyerahan Sarawak kepada pihak British. Selepas dari berlakunya pendudukan Jepun di

Sarawak dan pengunduran mereka dari negeri itu, Raja Charles Brooke telah kembali ke

Sarawak pada 15 April 1946 dan kedudukannya sebagai Raja Putih di negeri itu telah

dikembalikan semula kepadanya apabila British Military Administration (BMA) menyerahkan

semula kerajaan Sarawak kepadanya. Kepulangan Raja Sarawak juga sebenarnya telah

melahirkan perasaan gembira penduduk disana kerana mereka berharap sekembalinya Charles

Vyner Brooke, beliau dapat kembalikan keadaan Sarawak seperti sebelum perang.3

Peperangan yang telah meletus iaitu Perang Dunia Kedua telah membawa impak negatif

yang begitu memberi kesan kepada Sarawak. Kemusnahan-kemusnahan yang telah berlaku di

Sarawak sudah cukup untuk menyebabkan perbelanjaan yang begitu besar dalam membaik pulih

semula Sarawak pada ketika itu. Hal ini demikian kerana, keadaan ekonomi selepas berlakunya

Perang Dunia Kedua sungguh meruncing dan menyedihkan kerana berlakunya kemusnahan yang

begitu besar dan kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya, serta lapangan terbang harus

diperbaiki semula. Hal ini telah menyebabkan Sarawak mengalami kerugian yang dianggarkan

sebanyak $23,294,029.00 akibat daripada penaklukan Jepun.4 Akibat daripada kerugian yang

berlaku, Raja Charles Vyner Brooke, mendapati bahawa Sarawak terlalu miskin untuk

dibangunkan semula. Lantas beliau terfikir dan berpendapat bahawa Kerajaan British sahaja
3
Ibid.
4
Ibid.

2
yang mampu menampung perbelanjaan dan membangunkan semula Sarawak. Sumber kewangan

British yang kukuh juga telah menjadi faktor kepada Charles Vyner berfikir sedemikian kerana

mereka mampu membangunkan Sarawak menjadi lebih moden. Hal ini telah menyebabkan

Charles Vyner Brooke telah bertindak menyerahkan Sarawak kepada British sehingga

menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Sarawak sehingga membawa

kepada anti penyerahan yang turut digerakkan oleh golongan wanita.

Selain itu, faktor yang membawa kepada penyerahan Sarawak kepada British juga adalah

disebabkan keadaan Charles Vyner Brooke itu sendiri. Hal ini demikian kerana pada ketika itu,

beliau sudah tua dan ketiadaan waris lelaki untuk mentadbir Sarawak apabila beliau melepaskan

kuasanya kelak.5 Keuzuran dirinya telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk

menyerahkan Sarawak kepada British. Penyerahan Sarawak ini juga sebenarnya telah didorong

atas sikapnya yang tidak mempercayai dan tidak yakin terhadap anak saudaranya iaitu Betram

Brooke dan adiknya sendiri iaitu Anthony Brooke dalam mentadbir Sarawak dengan baik jika

mereka mengambil alih Sarawak. Keadaan ekonomi yang membimbangkan telah menyebabkan

Charles Vyner mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Tambahan

pula, bantuan daripada pihak British tidak akan sampai jika Sarawak masih di bawah

pemerintahan Brooke dan desakan British terhadap kepentingan ekonomi yang ada di Sarawak

dengan memberi jaminan keselamatan pelaburan telah membawa kepada penyerahan ini dan

ianya telah membawa kepada perasaan anti penyerahan Sarawak dalam kalangan penduduk di

Sarawak.

WANITA DALAM ANTI PENYERAHAN SARAWAK

5
Hashim Fauzy Yaacob, Kedudukan Orang Melayu Sarawak Di Bawah Penjajahan British 1946-1963, Kuala
Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2013, hlm 41

3
Sebelum perang dunia kedua meletus, golongan wanita telah diberikan pendidikan di

mana terdapatnya sekolah Perempuan Melayu iaitu Sekolah Permaisuri. Pada ketika itu sekolah

dan sistem pendidikan hanya diberikan kepada golongan aristokrat khasnya golongan wanita

Melayu. Jenis-jenis pendidikan yang disediakan di sekolah itu dilihat untuk membangunkan

sifat-sifat feminin yang ada dalam diri mereka. Bagi sesiapa yang berjaya dalam pendidikan

mereka, golongan wanita ini akan meneruskan karier mereka sebagai seorang pendidik. Contoh

dapat dilihat apabila anak murid Lily Eberwein iaitu Ajibah Abol telah menjadi seorang pendidik

di sekolah yang sama.6

Ketika pendudukan Jepun, golongan-golongan wanita telah diberikan pendedahan dalam

melakukan kerjasama di dalam sesebuah persatuan. Persatuan yang telah ditubuhkan ini telah

diberikan tugas untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang diterapkan oleh Jepun seperti menyambut

hari lahir Maharaja Jepun dan wira-wira perang. Pihak Jepun juga sebenarnya telah memberikan

sumbangan kepada persatuan yang dikenali sebagai Kaum Ibu yang mewakili 4 ras etnik yang

diketuai oleh Lily Eberwein, Mary Ong, Barbara Bay, dan Cik Gopal. Tugas-tugas mereka dalam

Kaum Ibu adalah untuk mengumpul dana dan barangan kitar semula untuk melakukan aktiviti

untuk tentera Jepun. Di samping itu, Kaum Ibu turut menggalakkan penanaman Ubi Kayu bagi

menggantikan beras yang mana ketika itu sangat berkurangan. Penglibatan mereka dalam

pertubuhan ini sebenarnya telah memberikan mereka keyakinan diri dan keberanian untuk

memupuk minat mereka dalam politik. Pengalaman-pengalaman yang mereka ada inilah telah

menjurus mereka melibatkan diri dalam anti penyerahan Sarawak pada tahun 1946.7

6
Welyne J. Jehon, “Lily Eberwein: Her Life and Involvement in the Anti-cession Movement in Sarawak,” dalam
Women in Southeast Asian Nationalist Movements, ed. Susan Blackburn dan Helen Ting, Singapura, Penerbit:
National University of Singapore, 2013, hlm. 183-184
7
Ibid.

4
Selain daripada golongan lelaki yang memainkan peranan dalam anti penyerahan

Sarawak, golongan wanita juga telah bergiat aktif dalam memperjuangkan anti penyerahan ini

disebabkan oleh pengalaman yang mereka ada semasa pendudukan Jepun. Tokoh-tokoh yang

memainkan peranan dalam anti penyerahan Sarawak cukup dikenali oleh orang Sarawak. Antara

yang begitu dikenali seperti Lily Eberwein atau dikenali sebagai Cikgu Lily, Datuk Ajibah Abol,

di mana kedua-dua tokoh ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam berkenaan penglibatan

mereka dalam anti penyerahan Sarawak pada tahun 1946. Selain mereka berdua, terdapat juga

nama-nama lain yang turut menyumbangkan tenaga mereka dalam memperjuangkan gerakan anti

penyerahan antaranya seperti Puan Syarifah, Hajah Sipah Tuanku Othman, Puan Duri Dull dan

Dayang Fauziah. Namun fokus perbincangan ini hanya akan ditumpukan kepada Lily Eberwein

dan Datuk Ajibah Abol sahaja. Walaupun fokus hanya diberikan kepada mereka berdua, tenaga-

tenaga golongan wanita yang lain tidak dilupakan kerana mereka semua turut bergiat aktif dalam

ahli Kesatuan Kaum Ibu dalam memperjuangkan gerakan anti penyerahan Sarawak.

KESATUAN KAUM IBU SARAWAK

Kesatuan Kaum Ibu MNU telah ditubuhkan pada 16hb Mac 1947 dan motif utama

penubuhan gerakan wanita ini bertujuan melakukan tentangan terhadap penyerahan Sarawak

5
kepada British. Kesatuan Kaum Ibu ini merupakan sayap kepada gerakan Malay National Union

(MNU) di mana mereka bertindak dalam membantu penentangan penyerahan Sarawak kepada

British. Penubuhan Kaum Ibu MNU ini telah mendapat sokongan yang amat padu dari golongan

Ibu-ibu dan keahliannya dikatakan melebihi 1000 orang. Kebanyakan mereka di dalam persatuan

Kaum Ibu MNU ini merupakan bekas tenaga pengajar dan penjawat awam yang telah meletak

jawatan bagi membantah pekeliling 9/46 yang diusulkan oleh British yang melarang mereka

untuk melakukan tunjuk perasaan dan terlibat dalam anti penyerahan Sarawak.8 Gerakan anti

penyerahan telah menentang sekeras-kerasnya pekeliling ini dan telah melakukan satu kempen di

Kuching dan Sibu untuk mendapatkan sebanyak mungkin tandatangan sebagai tanda protes

terhadap pekeliling tersebut dan pengerusi Kaum Ibu ketika ini merupakan Lily Eberwein dan

setiausahanya merupakan Ajibah Abol. Selain itu, gerakan anti penyerahan ini juga turut

dilakukan diseluruh kawasan Sarawak termasuklah kawasan pendalaman bagi mendapatkan

sokongan terhadap anti penyerahan Sarawak. Ekoran dari peletakan jawatan kerana membantah

pekeliling tersebut, kebanyakan mereka yang terlibat dalam anti penyerahan tidak mempunyai

sumber pendapatan dan tugas-tugas menyebarkan ideologi gerakan anti penyerahan ini telah

dilakukan oleh Kaum Ibu. Kesanggupan mereka dapat dilihat apabila mereka sanggup berkorban

dari segi kewangan malah menggadaikan emas mereka bagi menampung perbelanjaan bagi

menjayakan gerakan ini.

LILY EBERWEIN

Lily Eberwein Abdullah atau lebih dikenali sebagai cikgu Lily telah dilahirkan pada

tahun 1900 dan beliau merupakan anak kepada John Eberwein dan Maznah bte. Ali bin Alang.

8
Ibid. hlm. 187

6
Mereka telah menetap di Singapura bersama-sama Lily dan seorang lagi anak mereka iaitu

Edward. Lily Eberwein telah menerima pendidikan awalnya di St. Mary’s Mission School di

Kuching, Sarawak sehingga beliau berumur lapan tahun. Kemudiannya, Lily telah melanjutkan

pelajarannya di Raffles Girls School di Singapura. Namun, selepas kematian ayahnya iaitu John

Eberwein, keluarganya telah pulang ke Kuching, Sarawak dan kehidupan mereka telah berubah

sepenuhnya. Lily Eberwein telah menggunakan nama Abdullah di dalam namanya dan terpaksa

menjalani kehidupan sebagai muslim melayu.9

Lily Eberwein telah memeluk Islam pada tahun 1913 ketika beliau berusia 13 tahun.

Namun, keputusannya untuk memeluk Islam mengambil masa yang lama sebelum beliau

mengambil keputusan untuk memeluk Islam kerana beliau ingin mempelajari selok-belok

mengenai agama Islam sebelum beliau menerima Islam. Menurut Hafsah, kawan Lily Eberwein

di Singapura telah menghantar surat khabar dan buku berkenaan Islam bagi membantunya

mengenal Islam dengan lebih mendalam sehingga membuatkan ramai penduduk kampung

menghantar anak mereka belajar Al-quran dengan Lily Eberwein kerana ilmu yang dimilikinya.

Pada tahun 1927, Lily Eberwein merupakan wanita Melayu pertama yang bekerja di

sektor kerajaan apabila Mr. Tate, pengarah syarikat telefon tempatan telah mengambil beliau

bekerja sebagai operator telefon. Namun, Lily Eberwein telah meletakkan jawatannya apabila

kerajaan Brooke telah melantiknya menjadi pengetua Sekolah Perempuan Melayu Permaisuri

apabila ianya dibuka pada tahun 1930. Namun, beliau turut meletakkan jawatan sebagai pengetua

Sekolah Permaisuri apabila beliau menentang keras Pekeliling 9/46.

Seperti yang disebutkan di atas, Lily telah mengorak langkahnya dalam arena politik

apabila beliau menjadi pengerusi Kaum Ibu MNU yang telah ditubuhkan pada 16 March 1947.

9
Ibid. hlm. 185

7
Beliau dilihat telah mendapat sokongan penuh dari keluarga dan suaminya. Seterusnya,

disebabkan bantahan pekeliling 9/46 ini, terdapat seramai 400 orang kakitangan awam telah

diberikan notis berhenti kerja kerana melanggar larangan tersebut kerana menyertai dan berjuang

dalam anti penyerahan Sarawak. Kebanyakan mereka merupakan guru sekolah dan pada hari

tersebut juga seramai 56 guru pelatih dari Sarawak Malay Teachers Training College telah

meninggalkan pengajian mereka kerana protes terhadap pekeliling tersebut. 10 Malah, suami Lily

Eberwein turut meletakkan jawatannya sebagai Koperal kerana bantahan yang dilakukan. Dalam

hal ini, peletakan jawatan Lily sebagai guru besar Sekolah Permaisuri merupakan keputusannya

sendiri tanpa dipengaruhi oleh suaminya. Menurut Reece, bagi mereka yang meletakkan jawatan

ianya merupakan keputusan mereka sendiri dan merupakan satu tindakan dalam memberikan

komitmen dalam politik.11

Ketika berlakunya anti penyerahan Sarawak, sekolah-sekolah banyak ditutup kerana

peletakan jawatan yang berlaku disebabkan tunjuk perasaan dan protes bagi menyokong anti

penyerahan. Disini juga Lily Eberwein banyak memainkan peranannya apabila Lily Eberwein

telah menubuhkan sekolah agama untuk lelaki dan wanita yang dikenali sebagai sekolah rakyat

di bangunan Masjid Bintagor Haji Taha.

Di dalam memoir Anthony Brooke, beliau mengakui bahawa betapa pentingnya peranan

wanita dalam anti penyerahan Sarawak. Hal ini demikian kerana tindakan yang dilakukan oleh

Lily dilihat mendapat sokongan para ibu tidak mengira umur dan sokongannya dilihat meluas

sehingga seluruh kawasan Sarawak. Tambahan pula, MNU telah menghantar wakil untuk

berjumpa dengan Brooke di Singapura pada Februari 1947 bagi menyatakan bantahan mereka

terhadap penyerahan Sarawak kepada British dan ketika itu juga Kaum Ibu telah menyuarakan
10
Ibid. hlm. 188
11
Ibid.

8
petisyen dan demostrasi. Lily Eberwein turut dihantar ke Singapura pada tahun 1947 bagi

menunggu ketibaan Kathleen Brooke (Isteri Anthony Brooke) sebelum pulang ke Sarawak untuk

melihat kawasan Sarawak bagi mewakili suaminya yang dilarang oleh British untuk memasuki

Sarawak. Kathleen turut terlibat bersama-sama Lily Eberwien dalam anti penyerahan Sarawak.

Mereka bersama-sama melakukan kempen anti penyerahan Sarawak sama ada dengan berjalan

kaki ataupun dengan menggunakan bot. Selain itu, Lily dan Kathleen turut melawat kawasan

rumah panjang untuk menerangkan kepada ketua mereka dan mendapatkan cap jari sebagai tanda

sokongan mengenai anti penyerahan ini. Dalam meraih dana Kaum Ibu, mereka turut menjual

gambar Anthony Brooke dan bendera Sarawak di kampung-kampung bagi membiayai kempen

mereka. Kempen yang dilakukan dilihat berjaya memperoleh sokongan 52 orang penghulu Iban

termasuklah Ketua Temenggong Koh dan Penghulu Jugah.12 Menurut Hafsah Harun, semasa anti

penyerahan Sarawak berlangsung, ibunya terpaksa mengorbankan masa dengan anak-anaknya

kerana komitmen yang diberikan dalam mempertahankan Sarawak dari jatuh ke tangan British

dari menjadi Tanah Jajahan Mahkota. Walaupun beliau terlibat dengan perjuangan politik,

namun beliau tidak pernah menjadi ahli pertubuhan politik dan beliau telah meninggal dunia

pada tahun 1980.

DATUK AJIBAH ABOL

Datuk Ajibah Abol merupakan setiausaha kepada Lily sewaktu mereka bersama-sama

berganding bahu dalam penentangan anti penyerahan Sarawak di dalam pergerakan Kaum Ibu.

Beliau telah dilahirkan di Kuching pada 24 September 1925. Datuk Ajibah Abol telah mendapat

pendidikan awalnya di Sekolah Permaisuri di Kuching, Sarawak dan seterusnya beliau telah

12
Sanib Said, Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search For Unity and Political Ascendancy, Sarawak,
Penerbit: Kuching, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak, 2010, hlm. 49-50

9
menjadi pendidik di sekolah yang sama di mana beliau menimba ilmu. Malah Datuk Ajibah Abol

merupakan pengasas kepada “Kindergarten” pertama di Sarawak.13

Selain itu, beliau merupakan seseorang yang begitu aktif ketika gerakan anti penyerahan

Sarawak. Beliau telah membuka peluang kepada wanita-wanita Melayu untuk bersama-sama

berganding bahu dalam berkempen dan melakukan anti penyerahan ini demi kemerdekaan

Sarawak kerana mereka tidak mahu Sarawak jatuh ke tangan koloni British. Datuk Ajibah Abol

telah mengumpulkan seberapa ramai golongan wanita Melayu untuk membentuk gerakan wanita

MNU. Seterusnya, beliau telah menjadi setiausaha sayap wanita tersebut dan antara tahun 1947

sehingga 1976, beliau menjadi naib presiden dan presiden.

Pada 1 April 1947, Ajibah Abol dan 337 penjawat awam yang lain telah meletakkan

jawatan sebagai tanda protes terhadap pekeliling dan anti penyerahan Sarawak. Peletakan

jawatan ini memperlihatkan banyak sekolah-sekolah kerajaan ditutup. Atas sebab ini, Datuk

Ajibah Abol dan rakan-rakanya menubuhkan sekolah Melayu persendirian. Beliau turut

membenarkan rumahnya dijadikan tadika dan kekal menjadi pendidik sehinggalah akhirn ya

beliau bergiat aktif dalam bidang politik secara sepenuh masa.

Pada penghujung tahun 1961, Datuk Ajibah telah menyertai dan memimpin orang

Melayu di Kuching dan Sibu dan telah membentuk Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).

BARJASA merupakan sebuah pertubuhan politik yang terdapat di Sarawak dan Datuk Ajibah

Abol merupakan ketua bagi gerakan wanita pertubuhan parti tersebut. Kemudiannya, BARJASA

telah bergabung dengan PANAS dan membentuk Parti Bumiputera pada lewat 1966.14

Kemudiannya beliau dilantik menjadi Naib Pengerusi parti tersebut dan menjadi timbalan

13
Persastuan Kesusasteraan Sarawak, Our Sarawak, Kuching Sarawak, Penerbit: Summer Times Publishing, 1983,
hlm. 58
14
Ibid. hlm 61

10
Pengerusi sayap wanita. Apabila Parti Pesaka dan Parti Bumiputera bergabung membentuk Parti

Pesaka BumiPutera Bersatu, beliau telah dilantik menjadi pemimpin untuk bahagian wanita.

Datuk Ajibah Abol telah bergiat aktif dalam parlimen dan seterusnya menjadi menteri dalam

negeri dan Menteri kebajikan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1976.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, gerakan anti penyerahan Sarawak telah meninggalkan kesan yang

mendalam khususnya kepada rakyat Sarawak. Namun gerakan anti penyerahan Sarawak ini

dilihat gagal kerana peristiwa pembunuhan Duncan Stewart telah mematahkan gerakan ini dan

British telah mengambil alih Sarawak. Walaupun gerakan ini menemui kegagalan, semangat

yang ditunjukan telah melahirkan ramai golongan wanita yang telah bergiat aktif dalam arena

politik. Lily Eberwein juga dilihat telah mengubah perhatiannya kepada bidang pendidikan

semula selepas anti penyerahan telah gagal dan beliau telah menubuhkan Sekolah Bahasa Satok

di mana beliau menyedari bahawa pendidikan amat penting terutamanya dalam bidang

11
pendidikan Bahasa Inggeris dan bagi Datuk Ajibah Abol pula, bekiau kekal bergiat aktif dalam

arena politik sehingga akhir hayatnya.

BIBILIOGRAFI

Hashim Fauzy Yaacob, Kedudukan Orang Melayu Sarawak Di Bawah Penjajahan British 1946-1963,

Kuala Lumpur, Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2013

Ho Hui Ling, “Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British, 1946-1951”, Malaysia Dari Segi Sejarah,

bil. 29, 2001 Pp. 43-73

Persastuan Kesusasteraan Sarawak, Our Sarawak, Kuching Sarawak, Penerbit: Summer Times

Publishing, 1983

Sanib Said, Malay Politics in Sarawak 1946-1966: The Search For Unity and Political Ascendancy,

Sarawak, Penerbit: Kuching, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak, 2010

12
Welyne J. Jehon, “Lily Eberwein: Her Life and Involvement in the Anti-cession Movement in Sarawak,”

dalam Women in Southeast Asian Nationalist Movements, ed. Susan Blackburn dan Helen Ting,

Singapura, Penerbit: National University of Singapore, 2013

13

You might also like