Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM

PERINGKAT DAERAH
TAHUN 2019

KATEGORI

1) Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2) Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
3) Bahasa Melayu Sekolah Menengah
4) Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang


menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia, termasuk sekolah berasrama penuh, kolej vokasional,
sekolah teknik dan sekolah agama kerajaan.

2. Pemilihan Tokoh NILAM WAJIB memenuhi kriteria berikut :

2.1 CALON SEKOLAH RENDAH :

Calon terdiri daripada murid TAHUN 6 yang telah mencapai pengiktirafan


sekurang-kurangnya 3 BINTANG iaitu minimum bahan bacaan 432
(BUKU + BUKAN BUKU) dan ke atas.

2.2 CALON SEKOLAH MENENGAH :

Calon terdiri daripada murid TINGKATAN 5 yang telah mencapai


pengiktirafan sekurang-kurangnya 3 BINTANG iaitu minimum bahan
bacaan 360 (BUKU + BUKAN BUKU) dan ke atas.

2.3 Komposisi minimum bahan bacaan bagi kategori Bahasa Melayu


adalah 60% iaitu 259 bahan bacaan (Sekolah Rendah) dan 216 bahan
bacaan (Sekolah Menengah).

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2019| 1


2.4 Komposisi minimum bahan bacaan bagi kategori Bahasa Inggeris
adalah 60% iaitu 259 bahan bacaan (Sekolah Rendah) dan 216 bahan
bacaan (Sekolah Menengah).

2.5 Murid aktif menjalankan AKTIVITI PENGAYAAN

2.6 Calon sekolah menengah dan sekolah rendah yang tidak memenuhi
kriteria 2.1 hingga 2.5 akan DIBATALKAN penyertaannya secara serta
merta (merujuk kepada buku rekod NILAM murid).

2.7 Calon telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca di peringkat


sekolah atau daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

2.8 Calon berkebolehan mengemukakan justifikasi kepada sesuatu


isu/masalah dan mampu mewajarkan cadangan penyelesaian
(Pemikiran Aras Tinggi).

2.9 Calon mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berkebolehan untuk


membimbing rakan lain.

3. Setiap calon perlu mengisi dengan lengkap dan menghantar borang-borang


berikut kepada pihak PKG Semporna mengikut masa yang telah ditetapkan:
3.1 Borang Pencalonan – NILAM 01
3.2 Borang Maklumat Peribadi – NILAM 02
3.3 Borang Kebenaran Penjaga – NILAM 03
3.4 Borang Folio Calon – NILAM 04 (satu salinan perlu diletakkan dalam
Folio Calon Tokoh NILAM)

4. BUKU REKOD BACAAN NILAM calon yang lengkap dan disahkan oleh Guru
Besar atau Pengetua perlu dibawa semasa pendaftaran hari penilaian. (calon
perlu mengambil semula selepas selesai program Pemilihan Tokoh NILAM
Peringkat Daerah 2019 – akan dimaklumkan oleh pihak PKG).

5. Semua calon WAJIB menyediakan satu naskhah Folio CALON TOKOH


NILAM PERINGKAT DAERAH TAHUN 2019 dengan butiran yang lengkap
seperti berikut:

5.1 Isi Kandungan


5.2 Profil peribadi/Resume
5.3 Borang Folio Calon – NILAM 04
5.4 Senarai pencapaian dan penglibatan calon dalam aktiviti kurikulum dan
ko-kurikulum
5.5 Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018/ujian terhampir*.
5.6 Salinan keputusan Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3) (sekolah
menengah sahaja).
5.7 Salinan sijil-sijil penyertaan/kemenangan tahap tertinggi (maksima 10
sijil).

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2019| 2


5.8 Gambar-gambar penglibatan calon dalam aktiviti/program/pertandingan
ko-kurikulum.
5.9 Sesalinan rekod kutipan data NILAM interim calon yang perlu disahkan
oleh Pengetua atau Guru Besar.

* Folio Calon Pemilihan Tokoh NILAM perlu disediakan sama ada dalam bentuk
TAPE BINDING atau RING FILE dan diserahkan kepada pihak urus setia /
PKG pada hari pendaftaran.

TATACARA PENILAIAN

1. Penilaian pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tahun 2019 terbahagi


kepada 3 kriteria iaitu:

a) Penulisan - 20%
b) Lisan Individu - 60%
c) Lisan Berkumpulan - 20%

2. Skema pemarkahan adalah seperti berikut:

2.1 PENULISAN
a) Pembangunan isi kandungan dan pengolahan - 7 markah
b) Bahasa - 7 markah
c) Organisasi - 6 markah
*kiraan markah secara purata

2.2 LISAN INDIVIDU


a) Isi kandungan dan pengolahan - 20 markah
b) Bahasa - 15 markah
c) Penyampaian/Keupayaan berkomunikasi - 15 markah
d) Ketokohan/Perwatakan - 10 markah

2.3 LISAN BERKUMPULAN


a) Isi kandungan dan pengolahan - 5 markah
b) Bahasa - 5 markah
c) Penyampaian - 5 markah
d) Interaksi dan kesepakatan dalam - 5 markah
komunikasi berkumpulan

PENILAIAN PENULISAN

1. Soalan penulisan berkisarkan kepada tema semasa yang akan diberikan


sebelum sesi penilaian berlangsung.

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2019| 3


2. Calon perlu menulis TIGA karangan di mana SATU (1) tajuk adalah daripada
tema yang diberi, SATU (1) tajuk penulisan kreatif dan SATU (1) tajuk lagi
akan diberi secara spontan semasa sesi penulisan.

3. Masa yang diperuntukkan adalah selama 120 minit (2 jam).

4. Jumlah perkataan bagi setiap karangan adalah TIDAK MELEBIHI 100


PATAH PERKATAAN BAGI SEKOLAH RENDAH dan TIDAK MELEBIHI 150
PATAH PERKATAAN BAGI SEKOLAH MENENGAH.

5. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penulisan amat digalakkan


untuk memperoleh markah yang baik.

PENILAIAN LISAN INDIVIDU

1. Soalan penilaian lisan individu berdasarkan kepada tema semasa yang akan
diberikan sebelum sesi penilaian berlangsung.

2. Calon akan diberikan SATU (1) tajuk/soalan. Masa 2 minit diberi untuk calon
menjana idea sebelum mula sesi penyampaian idea.

3. Calon perlu menyampaikan idea dan pendapat bertepatan dengan tajuk


soalan.

4. Sesi soal jawab oleh hakim/juri setelah calon selesai memberi pendapat/idea.

5. Masa diperuntukkan adalah antara 15 - 20 minit. (mengikut keperluan juri)

PENILAIAN LISAN BERKUMPULAN

1. Soalan penilaian lisan berkumpulan berdasarkan kepada tema semasa yang


akan diberikan sebelum sesi penilaian berlangsung.

2. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang calon dari kategori yang
sama.

3. Setiap kumpulan akan diberikan SATU (1) tajuk/soalan. Masa 2 minit diberi
untuk calon menjana idea sebelum sesi perbincangan bermula.

4. Lisan berkumpulan dijalankan dalam bentuk perbincangan bersama ahli


kumpulan dan sesi soal jawab oleh hakim/juri.

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2019| 4


5. Masa diperuntukkan adalah antara 15 - 20 minit. (mengikut keperluan juri)

NOTA:

1. Keputusan penilaian hakim/juri adalah MUKTAMAD.

2. Sekiranya terdapat markah seri antara calon dari kategori yang sama untuk
menentukan kedudukan, maka beberapa faktor lain akan diambil kira dalam
penilaian, antaranya adalah perkara berikut;
i. Sesi saringan khas.
ii. Folio Calon Tokoh NILAM.
iii. Personaliti yang baik, penampilan, kepimpinan, sikap bekerjasama dan
ketepatan waktu sepanjang sesi penilaian dan program.

3. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama-sama calon semasa sesi


penilaian.

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2019| 5

You might also like