Minit Panitia Bahasa Tamil 2018 Ke 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA TAMIL

KALI 1 / 2018
SJK[T] LADANG KATUMBA

TARIKH : 22.1.2018 [Isnin]


MASA : 1.30 tgh
TEMPAT : Bilik Perpustakaan SJK(T) Ladang Katumba

KEHADIRAN: 1. En.Selledorai Retnam [ Guru Besar]


2. En.Nyanapragasam Anthony [ Guru Penolong Pentadbiran]
3. Pn.Kalyani Ellumalai [ Guru Penolong Hem]
4. Pn.Thinamalar Ramasamy [ Guru Penolong Kokurikulum]
5. En.Kumar Varathan [ Ketua Panitia Bahasa Tamil]
6. En.Yoganathan a/l Maniam
7. Pn.Kalaimalar Subramaniam
8. Pn.Tamilnasy Munindy
9. En.David Anthony
10. En.Haananthrao

Tidak Hadir : Tiada

1.0 Ucapan S/U Panitia BT

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia Bahasa tamil kali pertama tahun
2018. Beliau berharap agar semua ahli memberi sumbangan ke arah peningkatan kualiti pendidikan
di sekolah kita.
1.2 En.Kumar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama dalam
menjayakan program panitia 2017.
1.3 Beliau menjemput Tuan Guru Besar untuk memberikan ucapan beliau.

(Tindakan: semua guru)


2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat pertama
tahun 2018.
2.2 Guru-guru perlu menggunakan buku rekod fail untuk tahun ini.
 Cara menulis buku rekod perlu lebih teliti.
 Bahan-bahan dalam buku rekod perlu sama seperti yang dibincang dalam mesyuarat.
 Format rancangan pelajaran harian perlu ikut format yang diberi oleh pentadbiran.
 Semua bahan yang berkaitan dengan rekod pengajaran perlu disimpan dalam fail.
 Tidak mengulangi kesalahan dalam buku rekod yang telah ditegur.
2.3 Program Intervensi 5 Langkah.
 Pill untuk murid upsr yang lemah bagi mengatasi masalah pembelajaran.
2.4 Penyediaan kertas soalan perlu ikut JSU.
 Aras soalan mudah, sederhana, tinggi.
 Soalan KBAT
 Perbincangan soalan peperiksaan dalam panitia.
 Ikut format baru.
2.5 PnP Dalam kelas.
 Guru hanya pembimbing sahaja.
 Aktiviti murid perlu diperbanyakkan.
 Galakkan murid membuat aktiviti dan bercakap.
 Guru perlu kurang bercakap dan hanya menjadi pembimbing.
 Sudut subjek di semua kelas perlu sentiasa update.

2.6 PPPM gelombang kedua iaitu:


 Melaksanakan kssr bagi mengukuhkan PdP standard dunia.
 Memacu Inovasi ICT
 Tingkatkan bimbingan dan sokongan guru dalam PdP.
 Tingkatkan Proficiency Keguruan.
2.7 Beliau menyentuh mengenai penggunaan Frog Vle. Harapan beliau ialah guru dan murid harus
menggunakan bilik ict pada tahap yang maksimum untuk meningkatkan tahap kecekapan murid
dalam ict dan turut meningkatkan penggunaan Frog Vle di kalangan guru.
2.8 Program-program yang dirancang dalam mesyuarat panitia perlu dilaksanakan seperti yang
dirancang untuk meningkatkan pencapaian murid.
2.9 Pendidikan abad ke 21 perlu diberi perhatian. Semua guru perlu sentiasa mengubahsuai kelas, alat
bantu mengajar dari masa ke masa.
2.10 Pemikiran aras tinggi turut menjadi bahan hebahan dalam mesyuarat kali ini. Menurut beliau,
para guru harus terapkan soalan-soalan aras tinggi dan pemiliran aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.11 Beberapa isu berkaitan KSSR dibincangkan iaitu:
 Dskp tahun 1-6 perlu ada pada semua guru pada hari pertama sekolah.
 Pppm perlu print dan simpan.
 Borang perekodan pbs 1-6 wajib diisi 3 kali setahun.
 Pelaksanaan pbs dalam kelas.
 Penyediaan Rancangan Tahunan, Rancangan Harian, Kontrak Latihan.
2.12 Menghantar buku rekod pada hari pertama sekolah dan pastikan semua maklumat dalam buku
rekod siap diisi sebelum disemak oleh guru besar.
2.13 KSSR Semakan
 Perlu sediakan RPT, Dokumen Standard, RPH dengan betul.
 Kelas bermula pada hari pertama persekolahan.
 3 minggu transisi untuk kelas tahun 1. (ikut jadual transisi)
 PnP bermula selepas tamat minggu transisi.
2.14 Pencapaian murid dan Postmortem harus diberi perhatian yang wajar. Oleh itu beliau meminta
guru yang mengajar tahun 6 membuat analisis dan post mortem sebaik setiap ujian tamat.
2.15 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha untuk
meningkatkan prestasi murid.
(Tindakan: semua guru mata pelajaran)

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat lalu

3.1 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat 4/2017

3.2 Minit Mesyuarat lalu telah dicadang oleh En. Hanand dan disokong oleh Pn.Kalaimalar
untuk diterima dan disahkan.
(Tindakan: semua guru)
4.0 Perkara Berbangkit :

4.1 Keputusan UPSR 2017

 Pemahaman 75%
 Penulisan 75%
4.2 Murid-murid yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini perlu diberi perhatian. Tov (tahun
lepas) dan Etr telah ditetapkan dan perancangan telah dibincang dalam mesyuarat ini. Lampiran
headcount telah disediakan.

(Tindakan: guru bt tahun 6)

5.0 Perancangan Tahunan

SJKT LADANG KATUMBA


PERANCANGAN PANITIA BAHASA TAMIL
TAHUN 2017

Bil Aktiviti Penetapan tarikh Catatan

1. Minggu bahasa Tamil

2. Kelas Tambahan berfokus UPSR BT Jan-Ogos Sudah bermula

3. Motivasi untuk murid-murid BT

4. Teknik menjawab UPSR peringkat


sekolah
Sepanjang tahun Setiap kelas
5. Marumalarchi Vaasipu Pembelajaran dalam Simpan rekod
kelas

6. Kelas masa cuti (intensif) Cuti penggal / raya

7. Headcount Matapelajaran BT untuk Jan - Nov


semua kelas

Kelas yang berminat


8. Pungut markah dan menang Tahun 2 melaksanakan
program

Sepanjang tahun
9. Penggunaan akhbar Thaimoli dalam Guru matapelajaran
m/pelajaran

10. Program menyalin karangan Guru matapelajaran Tahun 3-6

11. Mutamil Vila Guru MP T1-T6

(Tindakan: guru mata pelajaran)


5.1 Minggu panitia bahasa tamil

 Minggu panitia bahasa tamil akan dilaksanakan pada tahun ini.


 Minggu panitia wajib dilaksanakan di semua sekolah.
 Program minggu panitia telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.

Program minggu Bahasa Tamil yang akan dilaksanakan ialah:

Bil Program Panitia Bahasa Tamil Murid

1. Pelancaran minggu Bahasa Tamil di perhimpunan semua

2. Tentatif program seperti dalam Broacher Semua murid


( lampiran) ikut
kumpulan

(Tindakan: semua guru mata pelajaran )

5.3 Pelan taktikal dan operasi seperti dalam lampiran yang telah diedarkan dalam mesyuarat panitia.

6.0 KSSR/ PBS

Guru Besar meminta kepada semua guru supaya menyediakan semua dokumen berkaitan kssr dan pbs
kerana pemantauan akan dilaksanakan mulai januari. Kedua-dua softcopy dan hardcopy perlu disediakan.
1 copy perlu disimpan dalam panitia. Oleh itu ketua panitia meminta supaya semua guru menyerahkan
1 salinan RPT, DSK untuk disimpan dalam fail.
(Tindakan: semua guru)

7.0 Pengurusan Fail Panitia

Fail 1: Mesyuarat Panitia


Fail 2: Surat Menyurat
Fail 3: Maklumat guru panitia
Fail 4: Dokumen Panitia
Fail 5: Bank soalan
Fail 6: Post-mortem peperiksaan
Fail 7: Pengurusan Headcount
Fail 8: Penilaian berasaskan sekolah (pbs)
(Tindakan: semua guru)
8.0 Hal-hal lain.

8.1 Aspirasi Sistem Pendidikan

8.3.1 Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

 Akses
 Kualiti
 Ekuiti
 Perpaduan
 Kecekapan

8.2 Enam aspirasi murid

 Pengetahuan
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran memimpin
 Kemahiran dwibahasa
 Etika dan kerohanian
 Identiti nasional

9.0 Buku Latihan Murid

Pengerusi Panitia Bahasa Tamil, En kumar telah mengingatkan guru-guru tentang penggunaan buku-buku
latihan dan aktiviti secara optima dan berkesan. Buku-buku latihan haruslah mengikut tajuk yang telah
ditetapkan iaitu karangan, Ilakanam, Ilakiyam, struktur, tulisan dan ejaan, kosa kata dan karangan ikut
kesesuaian murid dan kelas.

[ Tindakan : Semua guru mp]


9.1 Kekerapan latihan ejaan

Untuk tahap satu ejaan haruslah diberi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk tahap dua, rencana mestilah
diberi seminggu sekali. (Budi bicara guru)
[ Tindakan :Semua guru BT]
9.2 Penggunaan buku teks

Ketua Panitia menegaskan bahawa buku teks adalah wajib digunakan. Semua buku latihan SPBT perlu
dihabiskan. Jika terdapat murid yang sangat lemah dan tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
didalam kelas maka tolong wujudkan buku latihan sendiri untuk murid tersebut supaya boleh memberi latihan
ikut kemampuan mereka.
[ Tindakan :Semua guru BT]
10. Hal-hal lain

10.1 Penggunaan ABM / Media

Pengerusi Panitia telah menyentuh tentang penggunaan ICT dalam P&P Bahasa Tamil. Guru-guru yang
menghadapi masalah dalam ICT boleh dapatkan bantuan daripada Cikgu ICT. Diminta guru-guru yang
mengajar semua kelas menggunakan kemudahan ICT dan ABM ini sebaik yang boleh.

[ Tindakan :Semua guru BT]

10.2 Program Peningkatan UPSR

Program bagi murid UPSR akan dibincangkan dalam mesyuarat UPSR nanti. Tahun ini penetapan target untuk
Bahasa Tamil Kefahaman dan Penulisan ialah 100%.
11. Penutup

Pemantauan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, ketua panitia dan guru besar meminta supaya
para guru bersedia dengan fail dibawah seliaan mereka. Ketua panitia merakamkan terima kasih kepada semua
guru yang hadir dan mesyuarat tamat pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

…………………. ……………………………
KUMAR VARATHAN, SELLEDORAI RETNAM,
SJKT LADANG KATUMBA, SJKT LADANG KATUMBA,
09300 KUALA KETIL 09300 KUALA KETIL

You might also like