Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep mengajar sebagai satu profesion

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman
pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan.
Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan
(Lieberman,1956). Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.

Namum begitu, aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh
pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang,
meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi
dalam membuat keputusan.

(a) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar

Sebelum seseorang menjadi guru yang bertauliah, beliau perlu menerima latihan keguruan
dari segi pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran, pengetahuan kandungan
pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian pelajaran serta mempunyai sahsiah yang baik
hasil daripada latihan untuk membolehkannya melaksanakan pengajaran dengan berkesan.
Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai termasuk:

Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran.

Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah.
Pengetahuan mengenai kurikulum, iaitu sukatan pelajaran, buku teks, panduan
pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran.

Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge), iaitu


gabungan pengetahuan kandungan mata pelajaran dan pengetahuan tentang pedagogi
asas pengajaran bagi satu-satu mata pelajaran. Di samping itu juga, pengetahuan ini
membolehkan guru mengajarkan topik yang spesifik dengan tujuan menggalakkan
pemahaman konseptual pelajar. Pengetahuan ini dikatakan unik bagi profesion keguruan
dan merupakan satu kefahaman yang profesional (Lilia & Abdullah, 1999). Pengetahuan
mengenai pentadbiran sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai satu pasukan
dalam organisasi. Pengetahuan mengenai tujuan, nilai, falsafah dan sejarah pendidikan.

(b) Pengetahuan mengenai pelajar

Pengajaran yang efektif memerlukan guru mempunyai pengetahuan tentang perkembangan


kanak-kanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman
tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan
emosi dapat membantu guru memperkembang potensi pelajar ke peringkat optimum. Di
samping itu juga, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang cara pelajar belajar dan
keperluan pelajar agar guru dapat memberikan pendekatan pengajaran dan tugasan yang
sesuai serta cara memotivasikan pelajar setelah mengenai pasti kekuatan dan kelemahan
pelajar. Dalam proses menilai pelajar, guru harus berkebolehan menganalisis dan membuat
keputusan yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu menilai pemahaman pelajar, membuat
refleksi amalan pengajaran serta menambahbaik perancangan dan proses pengajaran.

Namum begitu, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya
dikatakan mempunyai profesionalisme yang tinggi. Dengan perkataan lain, guru itu melihat
perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu
profesion (Omar Hashim,1993).

Isu dan cabaran semasa

1. Cabaran kepelbagaian budaya


2. Cabaran teknologi maklumat dan komunikasi
3. Cabaran pendemokrasian pendidikan

You might also like