Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari
berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. Acara stade adalah antara
acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga
merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 ( 192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Terdapat pelbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingkan antaranya ialah 4 x
100 meter, 4 x 200 meter, 4 x 400 meter, 4 x 800 meter, 4 x 1500 meter dan lari berganti-
ganti jarak jauh. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama
ada di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa hanya 4 x 100 meter, 4 x
200 meter dan 4 x 400 meter yang didedahkan atau dipertandingkan. Ketiga-tiga acara ini
disertai oleh peserta lelaki dan perempuan.
Pada prinsipnya, seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama, sama ada dalam
acara 4 x 100 meter, 4 x 200 meter atau 4 x 400 meter. Sungguhpun begitu, dalam larian
sebenar terdapat jarak larian di kalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran
baton yakni ada pelari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada
yang lain. Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga
penamat menerusi empat orang peserta secepat mungkin. Perkara penting yang menjadi
factor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara
pelari di dalam pasukan.
Untuk acara 4 x 100 meter, pelari berlari dalam lorong-lorong di atas balapan bulat
berukuran 400 meter. Balapan tersebut mempunyai 8 lorong. Pelari pertama akan
memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang di atur secara beranjak. Dia
berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton. Prosedur ini dilakukan daripada pelari
kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri
perlumbaan tersebut.

1
2.0 ALATAN YANG DIGUNAKAN

 Blok Permulaan

Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan
digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut
keselesaan atlit.

a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan


b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
c) Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.
 Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton berbentuk
tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau
apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan
tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang
beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika
dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan baton kepada
rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20 meter).
 Alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan kasut
lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.

3.0 ZON PENUKARAN BATON

Untuk semua acara lari bergant-ganti, penukaran baton mesti dilakukan di dalam zon
penukaran baton yang panjangnya 20 meter. Untuk acara 4 x 100 meter, satu zon pecutan
sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahuluizon penukaran baton. Zon ini digunakan
untuk pelari memulakan larian apabila pembawa batn menghampiri titik tanda. Titik tanda
pada amnya adalah 5 – 7 meter dari garis mula zon pecutan. Penukaran pada amnya
berlaku pada jarak 12 – 16 meter dalam zon penukaran. Rujuk gambar rajah di bawah:

2
4.0 TEKNIK MEMBERI DAN MENERIMA BATON DENGAN BETUL

4.1 TEKNIK MEMBERI BATON


Untuk memastikan pemberian baton yang cekap dan tepat, pembawa baton itu harus
mengekalkan kepantasan larian semasa hendak memberi baton supaya penerima baton
yang sudah berada pada tahap larian yang baik tidak kelihatan tertunggu-tunggu pembawa
baton di mana hal ini akan merugikan masa. Pembawa baton juga harus memberi isyarat
kepada penerima apabila memasuki zon penukaran baton dan mengatakan ‘up’ dan
sebagainya supaya penerima baton bersiap sedia untuk menerima baton. Pembawa baton
harus menghulurkan baton dengan tangan yang lurus kepada penerima supaya penerima
dapat menerima baton dengan sempurna. Di sini, pembawa baton mesti memainkan
peranan dengan melihat tangan penerima sama ada bersedia untuk menerima baton atau
tidak. Pembawa baton harus meletakkan bahagian hujung baton ke dalam tangan
penerima supaya baton dapat diberikan kepada penerima baton yang seterusnya dengan
baik dan sempurna.

4.2 TEKNIK MENERIMA BATON


Penerima baton pula harus menyediakan tandaan sebelum larian dimulakan. Penerima
baton harus berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia dengan sentiasa
memandang pelari yang membawa baton. Sebaik sahaja melihat pembawa baton sudah
mencecah bahagian tandaan penerima baton sudah harus memulakan larian dengan
pantas dan menunggu isyarat daripada pembawa baton. Sebaik sahaja menerima isyarat
daripada pembawa baton, penerima haruslah menghulurkan tangan yang lurus ke
belakang atau ke sisi dan menerima baton itu di bahagian pangkal supaya mudah untuk
diserahkan pula kepada penerima berikutnya. Harus diingatkan supaya penukaran baton
tidak dilakukan selepas atau sebelum zon penukaran baton kerana hal ini boleh
membatalkan larian. Dan sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke trek semasa melakukan
pertukara, pembawa baton tadi dikehendaki untuk mengambil semula baton itu dan
memberikan kepada penerima.

5.0 GAYA MEMBERI DAN MENERIMA BATON


Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang diutamakan iaitu gaya
selang-seli tanpa pandang dan selang-seli cara pandang.

3
5.1 GAYA SELANG-SELI TANPA PANDANG
Gaya selang-seli tanpa pandang biasanya dilakukan oleh kuatert pelari 4 x 100
meter. Pelari pertama dan pelari ketiga akan membawa baton menggunakan tangan
kiri manakala pelari kedua dan pelari keempat akan menerima baton dengan tangan
kanan. Semasa penerimaan baton, pelari tdak akan menoleh ke belakang untuk
menrima baton. Sebagai contoh, pelari kedua akan mula berlari apabila pelari
pertama sampai di tandaan. Apabila pelari pertama mula memasuki zon
penerimaan baton, pelari pertama perlu memberikan isyarat supaya pelari kedua
menghulurkan tangan untuk menerima baton. Pada masa yang tepat, baton itu akan
diletakkan ke dalam tangan penerima. Terdapat dua cara menghantar baton iaitu
pergerakkan ke bawah dan pergerakkan ke atas.

5.2 GAYA SELANG-SELI CARA PANDANG


Gaya ini diberi nama gaya selang-seli cara pandang kerana pelari yang
menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton
kepadanya. Pembawa baton akan meletakkan baton ke dalam tangan penerima.
Biasanya pemberian itu dilakukan dengan pergerakkan ke bawah.

6.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT LARI BERGANTI-GANTI


Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan
jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi (scratch). Setiap zon sambut
hendaklah sepanjang 20 meter dengan garisan pembahagi (scratch) di tengah-tengahnya.
Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya yang menghala garisan permulaan, dari
arah peserta datang. Acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter hendaklah dijalankan dalam
lorong sepenuhnya. Pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu, boleh
memulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluar daripada zon sambutnya.
Tanda pengenalan (Check Marks). Sekiranya keseluruhan atau sebahagian lari berganti
ganti itu dijalankan mengikut lorong. Seseorang peserta boleh membuat tanda pengenalan
sendiri dengan menggunakan pita pelekat. Maksimum 5sm x 40sm, bewarna terang yang
tidak boleh sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di balapan. Bagi balapan bitumen

4
atau rumput, pelari boleh membuat tanda dengan menggariskan balapan. Dalam apa jua
keadaan tia ada tanda lain boleh dibuat.
Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada
kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih
daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah di antara 12sm
dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang
dilihat ketika dibawa berlari.
Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik
oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip
baton tadi asalkan tindakan initidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya.
Asalkan peraturan ini diguna pakai dan tindakan tadi tidak mengganggu atlet lain, terlepas
baton tidak mengakibatkan pembatalan.
Dalam semua lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut.
Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai
apabila baton telah benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang menerima tadi.
Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak bahan di tangan
mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik. Dalam kawasan zon sambut,
hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki
dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan
mengakibatkan pembatalan.
Sebelum atau setelah menyerahkan baton, peserta hendaklah berada di dalam zon atau
lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang
peserta-peserta lain. Peraturan 163.3 dan 4 tidak akan bersabit atlet-atlet ini. Sekiranya
seseorang peserta itu secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar
dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonya, tindakan beliau ini boleh
mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan. Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan
menyebabkan pembatalan.
Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan perlumbaan, hanya dua orang
atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusinagn
berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet-atlet yang telah didaftarkan sejak
dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu pasukan tidak
mengikuti peraturan ini, ia akan dibatalkan.
Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan secara rasmi tidak
melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan pertandingan.

5
Pertukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan ianya hendaklah
disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola). Pasukan
berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa panggilan terakhir untuk
saringan pasukan yang bertanding itu. Apabila seseorang atlet itu telah digantikan oleh
peserta simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut
peraturan ini, pasukan itu akan dibatalkan.

7.0 GAMBAR FOTO MENERIMA DAN MEMBERI BATON

Gambar memberi baton

Gambar menerima baton

6
8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lari berganti-ganti adalah
acara balapan yang memerlukan kerjasama dalam pasukan di samping program latihan
yang sistematik untuk membentuk pasukan yang mantap. Teknik yang digunakan adalah
penting bagi mendapatkan sebuah pasukan yang mantap di mana aspek biomekanik dapat
diaplikasikan sepenuhnya. Manakala teknik larian, hantaran baton dan kedudukan pelari
dalam sesuatu pertandingan perlu ditekankan bagi menentukan kejayaan sesebuah
pasukan. Peserta harus mengelak dari melakukan kesilapan dalam pertandingan kerana
ianya akan mempengaruhi keputusan pertandingan. Latihan adalah amat penting terutama
dalam teknik penukaran baton kerana di sinilah penentu kejayaan sesebuah pasukan itu.
Persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap penting.

You might also like