Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

(PPDa)

SJK(T) LADANG SUNGAI BARU,MELAKA

KERTAS KERJA

PROGRAM
ANTI DADAH

2020

1.0 PENGENALAN

1
1.0 PENGENALAN
Sambutan Program Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan

Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek

pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis

negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat

serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat

lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan

sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan

masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah” .Tema pada tahun ini ialah ‘Kemakmuran Dan

Kesejahteraan Bersama’.

2
2. 0 MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran awal kepada pelajar di sekolah ini berkaitan dengan
bahaya penyalahgunaan dadah.
2.2 Bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah serta jauhi
rokok dalam kalangan pelajar melalui aktiviti seni, perkongsian maklumat dan
mesej tentang dadah.

3. 0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
3.1 Memberi kesedaran awal kepada pelajar tentang bahaya penagihan dadah.
3.2 Membantu pelajar, guru dan kakitangan mengenalpasti cara menghindarkan diri
daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
3.3 Mencungkil bakat serta potensi pelajar melalui aktiviti yang lebih berfaedah.
3.4 Melahirkan masyarakat sekolah yang bebas daripada dadah.

4. 0 KUMPULAN SASAR
4.1 Murid-murid SJK(T) Ladang Sungai Baru
4.2 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6
4.3 Semua guru dan kakitangan Sekolah

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


25 Februari 2020

3
6. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn.S.Manimegalai

Naib Pengerusi 1 : Cik.G.Sivakhami

Naib Pengerusi 2 : En.S.Mutu Naayagan

Naib Pengerusi 3 : En.G.Kishan Raj

Penyelaras : Pn.G.Vimala Nair

Setiausaha : En.G.Kishan Raj

  JAWATANKUASA PELAKSANAAN
 
PENGACARA MAJLIS : Pn.D.Gayathri

BUKU PROGRAM : Cik.G.Sivakhami

PA SISTEM : En.S.Muthu Naayagan

DISIPLIN DAN KAWALAN PELAJAR : Pn.S.Parima devi , Pn.P.Tanalethcmy

DOKUMENTASI : Pn.E.Vinothiny

JURUGAMBAR : Pn.Suriati

PERSIAPAN TEMPAT : En.N.Puspa Nathan, En.G.Kishan Raj

BANNER : Pn.G.Vimala Nair

4
7.0 PENGISIAN PROGRAM
6.2 Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)
6.3 Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
6.4 Kuiz PPDa

8.0 TENTATIF PROGRAM ANTI DADAH

TARIKH AKTIVITI CATATAN

25/2/2020  Guru dan Murid Mengambil Tempat Perhimpunan Rasmi


Selasa Sekolah
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Melaka
 krar Rukun Negari
 Bacaan Doa
 Ucapan Guru Bertugas
 Perasmian
 Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Agensi
Antidadah Kebangsaan
 Majlis bersurai

26/02/2020  Pertandingan dijalankan di dalam kelas masing-masing. Guru Pendidikan Seni,


Rabu - Pertandingan melukis poster Guru Pendidikan
- Pertandingan mewarna Kesihatan
- Kuiz

 Pertandingan melukis poster untuk murid Tahap 2 akan dijalankan di kelas masing-masing pada
waktu Pendidikan Seni.
 Pertandingan mewarna untuk murid Tahap 1 akan dijalankan di kelas masing-masing pada waktu
Pendidikan Seni.
 Kuiz antidadah akan dijalankan kepada semua murid pada waktu Pendidikan Kesihatan di kelas
masing-masing.

5
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara / Kuantiti Jumlah


01. Pertandingan Melukis Poster
Tempat Pertama – RM 5.00 X 3 orang murid RM 15.00
Tempat Kedua - RM 4.00 X 3 orang murid RM 12.00
Tempat Ketiga - RM 3.00 X 3 orang murid RM 9.00
Jumlah RM 36.00
02. Pertandingan Mewarna
Tempat Pertama – RM 5.00 X 4 orang murid RM 20.00
Tempat Kedua – RM 4.00 X 4 orang murid RM 16.00
Tempat Ketiga – RM 3.00 X 4 orang murid RM 12.00
Jumlah RM 48.00
03. Kuiz PPDa
RM2.00 x 12 orang murid RM 24.00
Jumlah RM 24.00
04. Banner Antidadah RM 100.00
Jumlah RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN 1+2+3+4 RM 208.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


 Bimbingan dan Kaunseling

11. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti
ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak

6
demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni
ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh,
......................................................................
(PN.G.VIMALA NAIR A/P GURUVAIRAPAN)
Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
Sjk(T) Ladang Sungai Baru

Disahkan oleh,

......................................................................
(PN.S.MANIMEGALAI A/P SUBERAMANIAN)
Guru Besar
Sjk(T) Ladang Sungai Baru

You might also like