Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN STRUKTUR : 4

a. Kebaikan menggunakan pentaksiran berasaskan prestasi :

Terdapat pelbagai kebaikan yang diperolehi melalui pelaksanaan Pentaksiran


Berasaskan Prestasi di sekolah kerana pentaksiran ini bersifat holistik, iaitu menilai
aspek kognitif, afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain
itu, pentaksiran ini juga dapat mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Selain itu, kelebihan pentaksiran berasaskan prestasi ialah murid-murid dinilai


secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Tambahan lagi, melalui pentaksiran berasaskan prestasi, pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid
itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,
penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara
dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

b. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu guru novis:

Peringkat pertama untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang diceburi


ialah peringkat novis. Novis merupakan individu yang menceburi sesuatu bidang
tanpa sebarang pengalaman atau kemahiran dalam bidang tersebut. Ini bermaksud,
guru novis masih belum memiliki kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
mengendalikan pengajaran di dalam sesebuah kelas secara berkesan. Namun
begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh guru yang
berpengalaman bagi membantu guru novis ini.

Langkah pertama yang perlu diambil oleh Cikgu Yee ialah mempelbagaikan
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat
pelbagai pedagogi terkini yang boleh dilaksanakan antaranya ialah Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL), Flipped Classroom, Blended Learning, Inquiry-based
Learning dan Problem Based Learning. Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah yang
mampu mewujudkan pembelajaran abad ke-21 memandangkan proses PdPc
memberikan fokus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Guru juga akan
berperanan sebagai pembimbing bagi membantu murid menyelesaikan masalah-
masalah melalui pemikiran kritikal sehingga murid berjaya mencipta sesuatu yang
baharu atas daya kreativiti masing-masing. Tambahan lagi, melalui pelaksanaan
pelbagai teknik pegajaran dapat membantu murid menggunakan kemahiran dan
pengetahuan serta mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat dan isi pelajaran
rentasan kurikulum untuk menyelesaikan masalah seterusnya pencapaian dan
prestasi murid dapat ditaksir menggunakan pentaksiran berasaskan prestasi.
Selain itu juga, sebagai seorang guru novis juga perlu sentiasa berusaha
menyediakan dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar semasa proses
PdPc berlangsung. Bahan bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk
membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan
bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu pelajar
meningkatkan daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai bahan yang boleh dijadikan
sebagai bahan bantu mengajar, bukan sahaja buku teks, gambar-gambar atau
papan hitam malah terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai dengan
perkembangan semasa. Namun begitu, penyediaan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran juga perlu mengambil kira pelbagai latar belakang dan sosiobudaya
murid. Sumber dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran sebaik-baiknya
mampu mengaitkan pengalaman sedia ada murid dengan pengalaman baharu yang
hendak dibina.

You might also like