Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

1.0 Pengenalan

Malaysia sering dikaitkan dengan kebijaksanaan dalam pengurusan keharmonian


kaum. Ini kerana rakyat Malaysia hidup secara aman harmoni meskipun masyarakat di
negara ini terdiri daripada lebih 70 kumpulan etnik dengan tiga kaum majoriti iaitu
Melayu, Cina dan India. Selain etnik melayu, cina dan India, terdapat etnik-etnik lain
seperti Orang Asli, Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian
ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini dapat hidup
bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak
selamat. Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Budaya
akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahan dan percampuran antara
entiti budaya yang berbeza ini akan menyebabkan berlakunya asimilisasi, akulturasi dan
akomodasi budaya. Untuk itu, budaya diamalkan dalam masayarakat memounyai ciri-ciri
perbezaan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan
perpaduan berasal daripada kata akar ‘padu’ , iaitu yang beerti bergantung, bersatu,
bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat dan boleh berunding
dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan dalam konteks wacana ini membawa maksud
rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersatu hati dalam pelbagai perkara.
Perpaduan juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik dalam sesebuah negara
bertepatan dengan slogan perpaduan dalam kepelbagaian serta mengiktiraf kewujudan
kepelbagaian (Shaharuddin Badaruddin, 2007).

Hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan
bersama, Kemajmukan memperlihatkan kepelbagaian berasaskan identiti setiap etnik.
Kepelbagaian menjurus kepada perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat
yang kemudiannya menjadi cabaran kepada pembinaan identiti kebangsaan dan
perpaduan nasional. Matlamat membina sebuah masyarakat yang berasaskan negara
bangsa perlu seiring dengan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik. Intergrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Manakala, perpaduan pula diertikan sebagai satu proses yang dapat
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air (Shamsul Amri, 2007). Jika digabungkan kedua-dua ini, intergrasi perpaduan
bermaksud dapat mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti
nasional.
2.0 Isu dan Cabaran
2.1 Ekonomi

Di Malaysia, dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi


yang lebih seimbang telah lama diberi penekanan. Penjajahan British ke atas Tanah
Melayu telah mewujudkan keadaan dualisme ekonomi yang sangat ketara dalam
pelbagai sudut. Walau bagaimanapun, negara pernah melalui konflik hubungan kaun
pada 1969, ia tidak menggambarkan ketegangan kaum secara merata di seluruh
negara. Usaha membina perpaduan melalui permuafakatan dan pemeliharaan
identiti etnik merupakan sebahagian daripada strategi acuan Malaysia kea rah
pembentukan negara bangsa. Dalam konteks ekonomi Malaysia, terdapat isu utama
yang wujud berkaitan dengan hubungan etnik yang telah muncul sejak sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan. Ketidakseimbangan ekonomi terus wujud apabila
Tanah Melayu berada di bawah jajahan British. Pendudukan Inggeris di Tanah
Melayu hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan dan
potensi ekonomi yang tinggi. Tindakan ini menyebabkan kawasan-kawasan yang
kurang potensi ekonominya, seperti di Pantai Timur telah ketinggalan ke belakang
dari segi pembangunan. Kemunduran ekonomi yang berlaku telah mewujudkan
pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut, terutama dari aspek
pekerjaan dan kemiskinan.

Begitu juga dengan tindakan penjajah British yang mengamalkan dasar ‘pecah
dan perintah’ menyebabkan asimilasi aktiviti ekonomi di kalangan penduduk negara
ini tidak berlaku dengan baik. Kaum Cina yang kebanyakannya tinggal di kawasan
bandar, terlibat dalam aktiviti perniagaan dan bekerjasama dengan pihak British
dalam aktiviti perlombongan. Kaum India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-
ladang getah. Manakala kaum peribumi, termasuk Melayu dibiarkan meneruskan
aktiviti ekonomi harian mereka, sama ada sebagai petani atau nelayan tradisional.
Keadaan ini mewujudkan dualisme ekonomi yang sangat ketara dan memerlukan
tindakan segera serta berterusan oleh pihak pemerintah. Sekiranya keadaan ini
digubal semula, ianya boleh menjadi penyumbang kepada proses kemajuan ekonomi
negara. Malaysia mementingkan pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama. Hal ini kerana kekayaan tidak seharusnya dikuasai oleh satu etnik sahaja,
manakala etnik yang lain tercicir. Kesan daripada kegagalan dalam agihan kekayaan
yang adil boleh menjejaskan kestabilan masyarakat yang akhirnya menghalang
usaha-usaha pembangunan negara kea rah mencapai taraf negara maju menjelang
2020.

Tindakan kerajaan dalam membasmi masalah ekonomi negara telah diwujudkan


iaitu ‘Dasar Ekonomi Baru’. Dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara
melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam
kalangan semua rakyat Malaysia. Hal ini bertujuan untuk membuat penyusunan
semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum dapat dibanteras secara sistematik. Kemiskinan ialah faktor utama yang boleh
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Faktor ini bukan
sahaja terdapat di luar bandar, malah di bandar juga. Keadaan ini boleh mengugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan mengikut kelompok etnik dengan
kemiskinan paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu pada
aktiviti pertanian tradisional. Kepentingan ‘Dasar Ekonomi Baru’ (DEB) ke arah
perpaduan kaum dari aspek ialah dapat memberi peluang kepada golongan
bumiputera khususnya orang Melayu dapat berkecimpung dalam arena perniagaan
mahupun keusahawanan. Ia juga sebagai penanda satu titik permulaan baru orang
Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian dan kegiatan
keusahawanan. Semua usaha ini dapat meluaskan peluang golongan miskin bergiat
dalam pelbagai bidang untuk menambah pendapatan semasa mereka untuk
menyara keluarga seterusnya membentuk semua masyarakat yang harmoni dan
pentingkan perpaduan.

Kemudian, ‘Dasar Pembangunan Nasional’ (DPN) dilancarkan oleh Perdana


Menteri Malaysia keempat pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17
Jun 1991. Kesinambungan daripada DEB, DPN berteraskan satu konsep
pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Matlamat DPN ialah melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif
dan melahirkan tenaga kerja berkualiti. Seterusnya DPN juga dilancarkan supaya
dapat mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan
membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju dalam semua aspek
pembangunan. Ini menjurus ke arah wawasan 2020 yang ingin direalisasikan dalam
mewujudkan sebuah negara yang berintegrasi. Dasar wawasan 2020 merupakan
satu usaha kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum dan membentuk bangsa
Malaysia yang disegani dunia pada masa hadapan. Dasar ini diumumkan oleh Dato’
Seri Dr Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia di
Kuala Lumpur. Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif dan dinamik
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2.2 Sosial

Perpaduan masyarakat juga diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan


kedamaian negara di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.
Sekiranya kepelbagaian menajdi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana
damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat
etnosentrik. Situasi ini pernah termaktub dalam sejarah negara apabila meletusnya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah menyebabkan hubungan etnik di
Malaysia berada dalam satu keadaan yang begitu tegang sehingga diisytiharkan
sebagai darurat. Suasana kucar-kacir, pertumpahan darah, keganasan dan kematian
amat membimbangkan terutamanya bagi mereka yang pernah melalui sendiri detik
tersebut (Abdul Rahman Ismail, 2007). Hubungan etnik berkait rapat dengan
keseluruhan struktur sosial masyarakat. Hal ini disebabkan hubungan etnik dapat
mencerminkan sifat sesuatu struktur sosial masyarakat, mencerminkan keadaan
sosial dan ikatan sosial keseluruhan dalam masyarakat. Menurut Zaid et.al (2006), ia
juga turut mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sebuah
komuniti, memahami isu prasangka dan diskriminasi dalam mempengaruhi dasar
sosial.

Isu pendidikan merupakan salah satu aspek sosial yang perlu diberikan perhatian
kerana ia merupakan satu perkara yang membimbangkan. Pendidikan merupakan
salah satu elemen penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang
berintergrasi. Hal ini adalah disebabkan oleh kewujudan sistem persekolahan
vernakular iaitu berdasarkan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Setakat ini,
hanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang mempunyai
pendidikan kaum atau vernakular. Vernakular bermaksud penggunaan Bahasa atau
dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat
(Kamus Dewan, 2007). Berdasarkan definisi tersebut, sekolah vernakular merupakan
sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa ibunda masing-masing sebagai Bahasa
pengantara. Penggunaan bahasa yang berbeza merupakan salah satu penyebab
berlakunya komunikasi yang tidak berkesan di dalam sesebuah masyarakat.
Pendidikan vernakular merupakan sekolah yang berorientasikan kaum dan sukatan
pelajaran yang di bawa masuk daripada negara masing-masing beserta dengan guru
yang berasal negara tersebut (Rosman & Kassim, 2009).
Rentetan daripada isu pendidikan ini, masih terdapat sekolah-sekolah seperti
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) di Malaysia. Penubuhan sekolah-sekolah ini yang menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa utama yang diguna di sekolah dan telah menjadi satu bentuk
intergrasi nasional yang sukar untuk dicapai. Hal tersebut merupakan cabaran
kepada pihak kerajaan kerana sistem persekolahan yang terpisah menyebabkan
integrasi dan persefahaman yang sukar untuk dipupuk dalam kalangan murid di
sekolah. Apabila sekolah ditubuhkan untuk kaum-kaum tertentu sahaja, maka
majoriti murid di sekolah tersebut merupakan kaum yang tertentu seperti sekolah
Cina sukar untuk bersefahaman dengan murid sekolah Tamil kerana masing-masing
diajar mengikut budaya masing-masing. Menurut Syakila Yacob (2006), penggunaan
bahasa ibunda masing-masing di sekolah yang berbeza telah menjadi penghalang
utama dan menyukarkan pengintegrasian kaum untuk membentuk identiti nasional.
Oleh yang demikian, cabaran ini haruslah diatasi dengan kadar yang cepat oleh
pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan pemupukan
integrasi nasional dalam diri setiap murid. Penghayatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan merupakan perkara yang penting bagi memastikan keamanan
dan kemakmuran terus berkekalan (Ezad Azraai et.al, 2005) Malahan pembinaan
negara bangsa telah digariskan sebagai Teras Pertama dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menjadi garis panduan dalam melaksanakan
program pendidikan masa kini di Malaysia (Yusfarina & Abdul Rashid, 2011)

2.3 Politik

Politik bermaksud ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan, ilmu


siasah dan ilmu kenegaraan. Dalam bahasa Arab, politik menggunakan istilah
siasah. Secara umumnya maksud politik islam adalah pengurusan atas segala
urusan seluruh umat Islam. Menurut Imam Hasan al-Banna, politik bukanlah sekadar
sebuah parti politik, tetapi keseluruhan aktiviti dakwah yang dilakukan untuk
mengurus nasib umat hingga mengnagkat mereka ke kedudukan sebagaimana yang
diperintahkan al- Quran di tengah-tengah manusia. Pada tahun 1943, pihak Jepun
telah datang ke Tanah Melayu. Mereka telah menjalankan dasar berbaik-baik
dengan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana pihak Jepun menganggap
masyarakat Melayu sebagai pemilik sah di Tanah Melayu dan mempunyai
kepentingan dari segi politik. Oleh kerana itu, terdapat orang Melayu yang di ambil
untuk bekerja oleh pihak Jepun dalm pentadbiran awam. Pihak Jepun juga telah
mengiktiraf gelaran sultan dan Agama Islam serta mengakui raja-raja Melayu
sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Pada 1 April 1946, Rancangan Malayan Union telah diperkenalkan yang


menggabungkan kesemua negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran
British. Rancangan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan masyarakat Cina dan India
kerana memudahkan kaum bukan Melayu menjadi rakyat Malayan Union
berdasarkan prinsip jus soli iaitu hak kerakyatan. Rancangan untuk menubuhkan
Malayan Union telah mendapat kekangan hebat dari masyarakat Melayu sendiri. Hal
ini disebabkan oleh hak keistimewaan dan kedudukan politik orang Melayu pada
ketika akan tergugat disebabkan hak kewarganegaraan yang longgar. Selain itu,
kuasa raja-raja Melayu akan terjejas. UMNO pula telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946
untuk menyatupadukan masyarakat Melayu yang pada ketika itu membantah
terhadap rancangan penubuhan Malayan Union. Hal ini telah menyebabkan Malayan
Union telah dibubarkan oleh pihak British. Seterusnya pada Februari 1948, British
telah membubarkan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pertikaian
terhadap hak kewarganegaraan telah berlanjutan dan tiada pnyelesaian walaupun
telah pertukaran kepada Peersekutuan Tanah Melayu. Masyarakat Cina
menganggap hak kewarganegaraan sebagai halangan kepada masyarakat bukan
Melayu untuk mendapat taraf tersebut kerana salah satu syarat kelayakan ialah
penguasaan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun masyarakat Melayu tempatan
bersetuju dengan syarat tersebut kerana dengan cara ini kuasa-kuasa raja Melayu
dapat dikembalikan.

Suasana politik di Malaysia sering diwarnai dengan pelbagai scenario dan isu
yang berbeza-beza dari semasa ke semasa. Menurut Professor Madya (2014),
dalam semangat perpaduan ini, ada juga terbit perasaan tidak senang hati dalam
kalangan kita. Lebih-lebih lagi dalam aspek politik yang sedikit sebanyak mencabar
perpaduan dan semangat setia kawan di kalangan kaum.cabaran yang dihadapi
dalam aspek politik adalah parti perkauman. Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh
parti politik masing-masing. Setiap parti ini bertujuan untuk menyuarakan, menjaga
serta memperjuangkan kepentingan dan hak kaum masing-masing. Apabila parti
ditubuhkan berdasarkan kaum, sudah semestinya untuk menerima pemimpin dari
kaum lain adalah sesuatu yang sukar untuk diterima. Usaha untuk menyatukan parti
politik yang berasaskan kaum ini telahpun dilakukan sejak dari sebelum merdeka
sehingga kini. Tunku Abdul Rahman Putra telah berusaha untuk menggabungkan
dan menyatukan parti UMNO dan parti-parti lain di bawah satu parti yang sama iaitu
Parti Perikatan yang mana sudah bertukar nama kepada Barisan Nasional.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, perbezaan dari segi politik, ekonomi dan sosial menyebabkan lahirnya
etnik budaya yang ketara dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kemerdekaan yang
dikecapi secara tidak langsung tekah melahirkan sebuah negara yang bebas daripada
penjajahan dan rakyat yang perlu mempunyai satu identiti kebangsaan. Pembentukan
sebuah negara merdeka perlu seiring dengan pembentukan negara bangsa tersebut agar
menepati konsep negara bangsa yang diidamkan. Kehidupan yang aman, bersatu padu dan
berpegang kepada kepelbagaian tradisi sosiobudaya menunjukkan bahawa impian
pembentukan negara bangsa tidak menghadkan ras, suku kaum, agama ataupun
kepercayaan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010). Menurut Mok Soon Sang
(2009), membina negara bangsa ialah untuk melahirkan warganegara yang berciri global
dan patriotic. Pembentukan negara bangsa juga pernah disuarakan oleh Perdana Menteri
terkini, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha mengejar sasaran negara maju pada tahun
2020. Jadi semua rakyat perlu ketepikan ego dan bersama-sama manaiktarafkan kualiti
perpaduan di Malaysia sehingga ke generasi akan datang.

You might also like