Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KALI KEEMPAT 2019

TARIKH : 25 September 2019

MASA : 2:30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN : Guru Pemulihan,Semua guru BM,Mt dan BI tahun 1,2 dan 3

Turut Hadir Bersama: En.Mohd.Faiz Mahayudin( Wakil PPD Jerantut )

Agenda
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke 3
3. Perkara Berbangkit
4. Dialog Prestasi PBD BM,MT dan BI bagi Tahun 1,2 dan 3
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

1.0 Aluan pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Fatihah. Beliau
memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membuat Dialog Prestasi
PBD peringkat sekolah bagi matapelajaran BM,BI dan MT .
1.2 Beliau berharap mesyuarat kali keempat ini berjalan lancar dan laporan setiap
jawatankuasa dapat dibentangkan dengan jayanya.
1.3 Mesyuarat kali keempat ini dihadiri semua guru matematik ,Bahasa Melayu ,Bahasa
Inggeris Tahap 1 dan guru pemulihan.
Makluman : semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat kali ketiga


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli
mesyuarat untuk membuat semakan mengemukakan cadangan minit mesyuarat
tersebut diterima dan disahkan.
Cadangan oleh: Puan Norfiza Nordin
Disahkan oleh : En. Mohd Jazimin Awang

2.2 Minit mesyuarat yang ke 3 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.


Makluman : semua guru
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Dialog Prestasi PBD


4.1 Laporan Dari Guru Pemulihan Puan Fatin ( Rujuk Lampiran).
4.1.1 Seramai 31 orang pelajar tahun 1 tidak menguasai konstruk 1-K4 .Murid
ini kebanyakkan tidak boleh mengeja 2 sukukata. Pada 17 September
akan diadakan Program Serlah Baca Fasa 3.
4.1.2 Seramai 5 orang murid Tahun 2 tidak menguasai k5-k12 dan terdapat 3
orang murid berkeperluan khas iaitu Shauqi,Murshidi dan Hazim. Antara
Program yang akan dijalan untuk pemulihan tahun 2 adalah Interaktif
pemulihan,Permainan dam ular.
4.1.3 Terdapat 18 oarang murid tahun 3 tidak menguasai K5-K12 manakala
seorang murid tidak menguasai K1dan K2 iaitu Nurul Aina Shafinas.

4.2 Laporan Matematik oleh Puan S.Shahrulkhariyana ( Rujuk Lampiran)


4.2.1 Antara Program intevensi yang akan dijalankan oleh panitia matematik
bagi mengatasi masalah murid yang menguasai band 1-3 ialah
mengadakan program congak, program bijak sifir dan latih tubi berfokus
serta pemulihan.

4.3 Laporan B.Inggeris Oleh Puan Wan Suhaila ( Rujuk Lampiran )


4.3.1 Punca menyebabkan pelajar menguasai tahap 1-3 kerana kurang
mengusai Bahasa Inggeris,pelajar tidak mengenal huruf fonix dan pelajar
tidak mengusai kemahiran membaca.
4.3.2 Cadangan untuk mengatasinya ialah latih tubi menyebut,mengeja dan
membaca.

4.4 Laporan Bahasa Melayu oleh Puan Rosyati ( Rujuk Lampiran )


4.4.1 Masalah yang dihadapi pelajar ialah tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
4.4.2 Cadangan mengatasi mengadakan Program Bacaan.Latih tubi mengeja
dan pemulihan.
Tindakan : Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 GPK1 meminta setiap panitia mengadakan program untuk mengatasi masalah
pengusaan pelajar .Untuk permulaanya program yang akan dijalankan untuk tahap
1 ialah B.Melayu (tahun 1),Matematik ( Tahun 2) dan Bahasa Inggeris (tahun 3)
.Setiap Panitia dikehendaki merancang 1 program untuk tahun yang ditetapkan.

6.0 Ucapan Penangguhan


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:00 petang

Disediakan oleh Di semak oleh

.................................. .............................................

(PN.ZAINUN IBRAHIM) ( EN.MOHD NADJMUDEEN MUSTAPHA)

S/U PBS SK TEMIN GPK PENTADBIRAN SK TEMIN

You might also like