Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

3.

0 PERATURAN

3.1 Kaedah Perlaksanaan Kejohanan

Sistem Tangga akan digunakan sebagai format rasmi perlawanan bagi kesemua
pertandingan antara pemain di sepanjang Kejohanan ini berlangsung, iaitu meliputi
sistem satu tangga, dua tangga, dan tiga tangga. Bagi memastikan format ini
diaplikasikan dengan baik dan lancar di sepanjang kejohanan, maka beberapa
peraturan penting akan diambil oleh pihak jawatankuasa penganjur terlebih dahulu.

3.1.1 Pendaftaran Pemain

Bagi kejohanan kali ini, seramai 38 orang pemain telah mendaftarkan diri mereka.
Kesemua pemain dipecahkan kepada 3 kategori utama, iaitu pemain dalam kategori
18 tahun ldan ke bawah lelaki iaitu seramai 16 orang, dan pemain dalam kategori 15
tahun dan ke bawah lelaki seramai 16 orang, dan pemain kategori 18 tahun dan ke
bawah wanita seramai 6 orang. Nama-nama pemain mengikut kepada kategori
mereka masing-masing di senaraikan di dalam Jadual di bawah:-

Kategori 18 tahun & ke Kategori 15 tahun & ke Kategori 18 tahun & ke


bawah (L) bawah (L) bawah (P)
Nama Pemain:- Nama Pemain:- Nama Pemain:
1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3. 3.
4. 4. 4.
5. 5. 5.
6. 6. 6.
7. 7.
8. 8.
9. 9.
10. 10.
11. 11.
12. 12.
13. 13.
14. 14.
15. 15.
16. 16.

1
3.1.2 Justifikasi Penetapan Urutan Pemain

Sebelum pusingan pertama dimulakan, para pelajar akan disusun mengikut urutan
tertentu bagi memudahkan urusan penentuan perlawanan. Terdapat 3 cara bentuk
penyusunan yang lazim dilakukan iaitu berdasarkan kepada:-
1. Kekuatan (kedudukan mata terkini pemain)
2. Gelaran atau Pangkat Pencapaian Catur (Mengikut Sistem FIDE - International
Chess Federation)
3. Disusun mengikut abjad nama

Pada pertandingan catur pada tahun ini, Persatuan Kelab Catur Sekolah telah
mengambil keputusan berdasarkan kepada hasil perbincangan daripada Mesyuarat
Pengurusan Kelab Catur Bil.1/2019, dengan ini memutuskan untuk memilih kaedah
penyusunan pemain adalah berdasarkan kepada Kekuatan (Kedudukan Mata Terkini)
para pelajar. Pemilihan kaedah ini dibuat memandangkan telah adanya rekod
pungutan mata terkumpul yang diperolehi bagi kesetiap pemain yang berdaftar
untuk pertandingan kali ini. Rekod ini diperolehi daripada pertandingan mingguan
yang mereka sertai secara WAJIB 3 bulan sebelum pertandingan catur ini dibuat.
Rekod pungutan mata adalah secara terkumpul selama 12 minggu berturut-turut.

Kategori 18 tahun & Kategori 15 tahun & Kategori 18 tahun & ke


ke bawah ke bawah bawah (P)
Pungutan Mata Terkumpul Pungutan Mata Terkumpul Pungutan Mata Terkumpul
Pemain:- Pemain:- Pemain:
1. A1 1. B1 1. C1
2. A2 2. B2 2. C2
3. A3 3. B3 3. C3
4. A4 4. B4 4. C4
5. A5 5. B5 5. C5
6. A6 6. B6 6. C6
7. A7 7. B7
8. A8 8. B8
9. A9 9. B9
10. A10 10. B10
11. A11 11. B11
12. A12 12. B12
13. A13 13. B13
14. A14 14. B14
15. A15 15. B15
16. A16 16. B16

2
3.2 Peraturan Asas Kejohanan

Berikut adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan di sepanjang kejohanan ini


berlangsung berdasarkan kepada format pertandingan yang telah dipilih.

I. Bilangan pusingan permainan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada


para pemain sebelum kejohanan dimulakan.
II. Dua pemain tidak akan bertanding semasa mereka lebih daripada sekali pada
pusingan pertama dan kedua.
III. Pada pusingan pertama pemain akan menentang pemain yang berada satu
tangga di atas mereka sahaja. Kesemua pemain pada pusingan pertama akan
bermain pada pusingan kedua.

Bil Pusingan 1 Pusingan 1 Pusingan 1 Mata


(Tangga 1) (Tangga 2&3) (Tangga 1)
1 A2/A1 B2/B1 C2/C1
2 A4/A3 B4/B3 C4/C3
3 A6/A5 B6/B5 C6/C5
4 A8/A7 B8/B7
5 A10/A9 B10/B9
6 A12/A11 B12/B11
7 A14/A13 B14/B13
8 A16/A15 B16/B15

Bil Pusingan 2 Pusingan 2 Pusingan 2 Mata


(Tangga 2&3) (Tangga 2&3) (Tangga 2&3)
1 A16/A14 B16/B14 C6/C4
2 A13/A11 B13/B11 C5/C2
3 A10/A8 B10/B8 C3/1
4 A7/A5 B7/B5
5 A4/A2 B4/B2
6 A15/A12 B15/B12
7 A9/A6 B9/B6
8 A3/A1 B3/B1
IV. TIADA PENYINGKIRAN pemain yang akan dilakukan pada pusingan pertama
dan kedua.

V. Pemain pada pusingan kedua WAJIB bermain menggunakan warna catur yang
BERBEZA dengan warna catur pada pusingan pertama.

3
VI. Tiada pemain akan bermain tiga warna yang sama secara berurutan.
Pengeculian diberikan pada pusingan ketiga kejohanan, ATAU sekiranya dalam
keadaan di mana seseoran pemain itu telahpun menggunakan kedua-dua
warna , pemain tersebut akan diberikan warna catur yang berbeza dengan
warna catur yang dipermainkan pada perlawanan sebelumnya.

VII. Pemarkahan akan diberikan selepas tamat pusingan pertama dan kedua. Bagi
Kategori Lelaki Bawah 18 dan 15 tahun, DUA PESERTA TERATAS dalam setiap
kategori akan layak ke pusingan ketiga bagi penentuan Johan dan Naib Johan.
EMPAT PESERTA TERATAS bagi Kategori Wanita Bawah 18 tahun akan
bertarung semasa mereka pada pusingan ketiga bagi penentuan Johan dan Naib
Johan.

VIII. Jumlah pemain untuk kategori lelaki dan wanita adalah genap. Maka telah
diputuskan oleh pihak penganjur bahawa tiada “ Bye” yang akan diberikan
melainkan ada perubahan yan akan dimaklumkan kelak.

3.3 Masa dan Kawalan Masa Pertandingan

Pihak penganjur telah menentapkan bahawa masa permainan adalah 25 minit untuk
setiap pemain. Jumlah jam maksima yang dibenarkan adalah 50 minit. Kawalan
masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur.

3.4 Etika Pemakaian

Pemain WAJIB menggunakan pakaian seragam sekolah, dan para pegawai dan guru
WAJIB berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. (Selipar dan seluar jeans tidak
dibenarkan).

4
3.5 Kelewatan

Pemain yang datang selepas 5 minit permainan dimulakan dikira kalah. Pemain
pasukan lawan diberi mata 1 (satu).

3.6 Perkara-Perkara Lain

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

3.7 Penarikan Diri

Jikalau seorang pemain tarik diri atau tidak menghadirkan diri selama 10 minit awal
pertandingan, pihak lawan akan mendapat satu mata kemenangan percuma iaitu 1
markah.

You might also like