Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2

2.0 Perbandingan Perayaan Di Malaysia 2

2.1 Tamadun Melayu 2


2.1.1 Hari Raya Puasa 3
2.1.2 Hari Raya Qurban 3

2.2 Tamadun India 4


2.2.1 Deepavali 5
2.2.2 Thaipusam 6

2.3 Tamadun Cina 7


2.3.1 Tahun Baru Cina 7
2.3.2 Perayaan Kuih Bulan 8

3.0 Kesimpulan 9

Rujukan 10
2

1.0 PENGENALAN

Sepertimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang


mempunyai masyarakat majmuk daripada segi kaum, agama, bahasa dan budaya.
Kepelbagaian yang wujud ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana
rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dengan aman dan
harmoni dibawah satu bumbung pemerintahan. Dengan kewujudan kaum serta
agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan, sosio
budaya, ekonomi, pendidikan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini.
Perayan-perayaan yang disambut di Malaysia mewujudkan interksi antara kaum dan
penjalinan hubungan erat antara pelbagai kaum.

2.0 PERBANDINGAN PERAYAAN DI MALAYSIA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum, (Shafiee Ahmad, 2008). Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh
sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa
penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk
mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2.1 Tamadun Melayu

Kedua-dua perayaan yang dikaji ini merupakan perayaan yang disambut bukan
sahaja oleh masyarakat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hal ini
bersandarkan hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W:

Daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah,


sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah
SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa
bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik
daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.”

(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat melihat bahawa Hari Raya Puasa dan Hari
Raya Qurban disambut secara besar-besaran terutamanya di negara yang
majoritinya beragama Islam termasuklah di Malaysia.
3

2.1.1 Hari Raya Puasa

Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga
dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini dinamakan
sebagai Hari Raya Aidilfiti atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan
betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di
sepanjang bulan Ramadhan. Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya
mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya (Musyarawahah, 1995).
Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa
sebulan pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun
Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja
yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai
dengan niat pada malamnya.Puasa dapat melatih jiwa manusia supaya sabar dan
tabah. Ia juga mengingatkan kita tentang penderitaan umat yang sedang kelaparan
dan kehausan serta mengajar umat Islam tentang kesukaran hidup dan menjadikan
mereka manusia yang bersimpati terhadap orang lain. Zakat fitrah pula diwajibkan ke
atas semua umat Islam.Zakat fitrah wajib dikeluarkan hanya sekali setahun untuk
setiap individu dalam bulan Ramadhan dan saat terbaiknya adalah sebelum solat
hari raya Aidilfiri.
Di Malaysia, tarikh Hari Raya Puasa ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atas nasihat Majlis Raja-raja Melayu, iaitu
dengan melihat terbitnya anak bulan (1 Syawal). Kemudian, ketetapan tarikh ini
diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu melalui radio,
televisyen dan alat-alat sebaran am yang lain. Biasanya, tarikh melihat anak bulan itu
ialah pada 29 Ramadhan; di sebelah petang sewaktu matahari hampir terbenam.
Tempat-tempat untuk melihat anak bulan dan orang-orang yang ditugaskan untuk
melaksanakannya ditentukan oleh kerajaan atau Majlis Agama Islam. Jika anak
bulan kelihatan pada petang itu atau tidak kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar
Majlis Raja-raja Melayu akan menetapkan tarikh dan mengisytiharkan tarikh Hari
Raya Puasa.

2.1.2 Hari Raya Qurban

Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah.
Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda
kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun
Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang
4

menunaikan fardu haji di Mekah, Arab Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya
Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban
dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula
disedekahkan kepada orang-orang miskin. Menurut Abdullah, (2016), amalan ini
sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi
Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu
dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula
dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut
redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu.Tetapi, di saat
penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail
dengan seekor kibas.

2.2 Tamadun India

Sebelum kita melihat perayaan orang India, terlebih dahulu kita perlu mengetahui
konsep dan latar belakang asal-usul kedatangan orang India ke Malaysia yang
menyebabkan wujudnya perayaan-perayaan tersebut. Pada zaman penjajahan
British di Malaysia, sistem tanaman seperti tebu, kopi dan getah telah diperkenalkan
di Tanah Melayu. Pengusahaan pertanian ladang ini memerlukan tenaga pekerja
yang ramai. Tambahan pula, penduduk tempatan iaitu orang Melayu terlibat dalam
pertanian sara diri dan tidak berminat untuk bekerja dengan penjajah British. Ekoran
daripada faktor tersebut, pihak British terpaksa mencari tenaga buruh di tanah-tanah
jajahan mereka yang lain. Dalam kes ini, tanah jajahan India menjadi pilihan utama
kerana buruh-buruh India mudah diperoleh dan murah. Mereka datang ke Tanah
Melayu menerusi sistem kontrak dan sistem kangani. Ini telah menyaksikan
penghijrahan orang India yang cukup besar sekali, (Aziz, 1987).
Terdapat lebih kurang 85 peratus orang India yang berhijrah ialah daripada
keturunan Tamil. Selainnya adalah orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India
Utara. Lebih kurang 80 peratus orang India yang berpindah ke Tanah Melayu adalah
beragama Hindu. Dari segi taraf ekonomi, mereka boleh dikategorikan sebagai
golongan bawahan. Bersama-sama mereka agama dan budaya yang diwarisi turun-
temurun dibawa ke Malaysia. Sebagai contohnya perayaan Deepavali dan
Thaipusam.
5

2.2.1 Deepavali

Menurut Bakar, Baharuddin dan Ahmad, (2009), perayaan Deepavali merupakan


perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan
Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala
kejahilan serta kejahatan dan mmenguatkan serta memelihara nilai-nilai murni.
Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali
segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk
dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan
serta memberi cahaya baru kepada manusia.
Deepavali dikenali sebagai Naraka-Chaturdasi-Snanam dalam bahasa Sanskrit
yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim yang bernama Narakasura.
Menurut calendar Tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippsi, iaitu akhir bulan
Oktober ataupun awal November. Perayaan ini akan jatuh pada hari bulan genap
iaitu sehari sebelum bulan mengambang.
Sebenarnya Deepavali ialah istilah yang diterbitkan daripada dua perkataan,
iaitu Deepam dan Vali. Deepam bermaksud pelita(lampu) manakala Vali bererti
barisan ataupun deretan. Jadi, Deepavali membawa maksud ‘sebarisan pelita’
ataupun ‘sederetan pelita’. Cahaya pelita melambangkan penghapusan kegelapan,
restu Tuahn akan menghindarkan manusia daripada segala kejahilan dan kejahatan.
Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang
panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti
yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai
pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi
cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana
iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu, (Hamzah, 1980).
Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di
Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan
Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa
Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan. Kematian Rawana dianggap
sebagai penghapusan kegelapan. Manakala kemenangan Sri Rama dianggap
sebagai terbitnya cahaya yang menerangi manusia.
Menurut pandangan suatu lagi variasi, rakyat negara Kosala yang beribukotakan
Ayodhya telah memasang pelita minyak pada awal pagi untuk merayakan
kepulangan Sri Rama bersama isterinya Sita Dewi dari Sri Langka di mana Sita Dewi
dipenjarakan oleh Rawana. Kepulangan ini amat bererti kerana Sri Rama selaku
6

penjelmaan Dewa Vishnu yang menghapuskan Rawana dalam sesi peperangan


yang hebat serta menyelamatkan isterinya. Maka kepulangan Sri Rama membawa
cahaya kepada rakyat negara Kosala. Ulang tahun kepulangan Sri Rama inilah
dirayakan sebagai hari Deepavali.
Disamping itu, terdapat satu lagi lagenda yang popular dalam cerita Purana
tentang perayaan Deepavali. Menurut lagenda ini, pada zaman dahulu terdapat
seorang pemerintah bernama Naraksuran. Beliau merupakan seorang pemerintah
yang zalim. Ramai rakyatnya dianiayainya. Rakyat ynag menderita memohon
bantuan Dewa Krishna. Dewa Krishna mengabulkan doa rakyat dengan membunuh
Narakasuran. Kematian Naraksuran telah membawa kegembiraan kepada rakyat
kerana mereka bebas daripada kezaliman. Hari kejayaan ini disambut dengan
memasang lampu-lampu minyak. Ini seolah-olah cahaya yang terang timbul setelah
kegelapan berpanjangan dalam kehidupan mereka. Sambutan ulang tahun
kemenangan ini dikenali sebagai Deepavali, (Rajantheran dan Manimaran,1994).

2.2.2 Thaipusam

Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar-


besaran oleh penganut agama Hindu di Semanjung terutamanya. Tiga tempat yang
sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam
iaitu di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani,
Kedah. Perayaan Thaipusam bermula di malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai
mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak
melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam. Bermula dari senja itu, penganut-
penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk
menyempurnakan penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa
Subramaniam, (Ramli, Ismail, Abdullah & Jamaludin, 2013).
Di Batu Caves, berpuluh ribu penganut agama Hindu datang dari jauh dan
dekat berkumpul sehari sebelum perayaan bermula. Ini merupakan sambutan yang
terbesar di seluruh negara. Menurut Pakiry, (2001), bermula di subuh Thaipusam,
penganut-penganut agama Hindu yang bernazar menghapuskan dosa mereka yang
telah lalu, akan mandi di sebatang anak sungai tidak jauh dari Batu Caves. Sungai ini
dianggap suci oleh mereka. Kemudian mereka bersiap sedia untuk memikul ‘kavadi’
yang diisikan dengan susu lembu, madu dan buah-buahan untuk dipersembahkan
kepada Dewa Murugan. Sebagai persediaan, bagi mereka yang bernazar untuk
membawa kavadi mestilah berpuasa. Puasa cara agama Hindu ialah menahan diri
dari memakan barang-barang bernyawa. Mereka berpuasa empat puluh satu hari.
7

Pembawa-pembawa kavadi di beberapa bahagian badan mereka dengan besi tajam.


Mereka akan berjalan memikul kavadi menuju ke tempat patung Dewa Muruga
ditempatkan.
Menurut Rajantheran dan Manimaran (1994, di Batu Caves, patung itu
ditempatkan di dalam gua di atas bukit. Untuk sampai ke situ terpaksa memanjat dua
ratus tujuh puluh dua anak tangga. Sambil mereka berjalan, sanak-saudara dan
sahabat-handai akan mendendangkan mereka lagu keagamaan Kavadi Syinthu. Ia
disertai juga dengan paluan gendang dan menyebut perkataan vel-vel arukhara. Ini
bermaksud memohon kejayaan dalam melakukan penyembahan itu.
Di dalam kavadi yang dipikul itu terdapat patung Dewa Muruga sedang diapit
oleh dua orang isterinya iaitu Villa dan Devanai. Ia dihiasi dengan bulu burung merak
melambangkan bintang yang digunakan oleh Dewa Muruga sebagai kenderaannya.
Perayaan Thaipusam disambut bermula dari satu kepercayaan. Hari tersebut ialah
hari kemenangan bagi Dewa Muruga menentang kaum Asura dan Syaitan Naraga di
dalam satu peperangan. Syaitan Naraga ini begitu zalim sehinggakan rakyatnya
hidup dalam kesengsaraan. Perayaan Thaipusam ini disambut untuk menyambut
kemenangan ke atas Dewa Muruga ini.

2.3 Tamadun Cina

2.3.1 Tahun Baru Cina

Menurut Bakar, Baharuddin dan Ahmad (2009), asal-usul kedatangan Tahun Baru
Cina ialah Nian iaitu berasal daripada perkataan Cina yang bererti makhluk garang.
Makhluk ini menyerupai singa yang sering kali keluar menangkap kanak-kanak pada
tahun baru pada zaman dahulu. Pada suatu tahun baru, beberapa orang kanak-
kanak bermain di depan rumah. Tiba-tiba muncul Nian yang cuba membaham
seorang kanak-kanak. Kebetulan ibu kanak-kanak itu berada di depan pintu, pada
saat-saat kecemasan ibu sedang memegang sehelai kain merah. Dengan penuh
ketakutan ibu mencampakkan kain itu ke arah Nian. Nian takut dan melarikan diri.
Mulai tahun itu, semua orang mula menggantung kain merah di depan pintu untuk
menghalau Nian. Dari situlah timbul kepercayaan warna merah membawa tuah dan
mampu menghalau unsur buruk yang berbahaya.
Pada masa dahulu, kanak-kanak menghadapi ancaman hidup yang pelbagai
seperti penyakit, malapetaka dan masalah sosial. Oleh itu, kanak-kanak yang
berjaya melalui hidupnya setiap tahun dianggap sebagai kesyukuran. Dengan ini, ibu
bapa menyelitkan wang di dalam bungkusan di bawah bantal setiap kanak-kanak
8

pada akhir tahun agar dia dapat hidup dengan sihat pada tahun depan. (Wyne,
2002). Muncullah konsep angpau yang kini dijadikan sebagai lambang wajib Tahun
Baru Cina.
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan
bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina
adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru
Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara
umumnya dipanggil “Guonian”.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi
oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai
kalendar qamari Cina. Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang
selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15
hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan
Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut
Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan
sempena nama haiwan.

2.3.2 Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina


menumpaskanpenjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341
Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan
pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September.
Perayaan Kuih Bulan disambut denganperarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu
sendiri. KuihBulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah,
atau adunan biji teratai,atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk
memberontak telah disebarkanmelalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan
yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol. Terdapat juga tradisi yang
menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada DewaDapur. Dewa
Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk
kepadaMaharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis
itu, (Seng, 2006).
9

3.0 KESIMPULAN

Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai


khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak
seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini
bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan
sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan
hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi
mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang
berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah
disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang
perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.
10

RUJUKAN

Abdullah, M. (2016). Qurban: Wujud Kedekatan Seorang Hamba dengan


Tuhannya. Jurnal Pendidikan Agama Islam-Ta’Lim, 14(1).

Aziz, D. (1987). Malaysia Kita :Perayaan. Kuala Lumpur: Times Book International.

Bakar, O., Baharuddin, A., & Ahmad, Z. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam
Dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya.

Hamzah, Salleh. (1980). Perayaan Kita. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Hashim, N. H., Murphy, J., & Hashim, N. M. (2007). Islam and online imagery on
Malaysian tourist destination websites. Journal Of Computer-Mediated
Communication, 12(3), 1082-1102.

Pakiry, A. D. (2001). Perayaan Thaipusam: Satu Kajian Di Batu Caves (Doctoral


Dissertation, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya, 2000/01.).

Rajantheran, M., and S. Manimaran. (1994). Perayaan Orang India. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ramli, M. A., Ismail, P. H., Abdullah, A. B., & Jamaludin, M. A. (2013). Fenomena
Al-Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Sambutan Perayaan Masyarakat Majmuk
Di Malaysia. Jurnal Syariah, 21(1), 21-42.

Seng, A. W. (2006). Rahsia Bisnes Orang Cina. PTS Professional.

Shafiee Ahmad. (2008). Hari-Hari Perayaan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Buku Must.

Wyne L. (Februari 13, 2002). Konsep Angpau Dalam Perayaan Tahun Baru Cina.
Utusan Malaysia.

You might also like