Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN KES KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG

MENGKUANG, MARANG, TERENGGANU

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) pada 16 Februari 2020 hingga 20 Februari 2020 di
Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang, Terengganu yang lalu, pelbagai
jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya, Kelab Doktor Muda,
Kelab Rukun Negara, Kelab Sukan dan Rekreasi, Persatuan Bahasa Inggeris,
Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik dan Persatuan Agama
dan Bahasa Arab. Hal ini kerana menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002)
kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum
di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah,
mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai nilai yang telah
dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.Saya telah memilih Kelab Doktor
Muda sebagai kajian kes saya yang berkaitan tentang asal usul penubuhan kelab
dan proses bagaimana kelab itu dijalankan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN


Kelab yang ada di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang terbahagi
kepada dua iaitu kelab akademik dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih
kelab bukan akademik sebagai kajian kes saya iaitu Kelab Doktor Muda. Kelab
Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang telah ditubuhkan serta
dirasmikan pada 27 Jun 2016 (Isnin), di bawah unit ko-kurikulum Sekolah
Kebangsaan Padang Mengkuang yang bertempat di tapak perhimpunan.

Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang berhasrat untuk mewujudkan


Kelab Doktor Muda atas kesedaran bahawa semakin banyak murid yang sering
mempunyai masalah kesihatan seperti demam panas, batuk dan jangkitan kuman.
Maka, dengan tertubuhnya kelab ini, murid dapat mengelakkan jangkitan kuman
dengan mempelajari cara mencuci tangan dengan betul. Selain itu, Kelab Doktor
Muda ini ditubuhkan adalah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
kerjaya atau bidang kedoktoran yang boleh diceburi pada masa akan datang.

Ahli Kelab Doktor Muda terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih
oleh guru kelab berdasarkan beberapa kriteria seperti markah subjek sains yang
cemerlang dan kekerapan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah.
Murid yang dipilih juga mestilah boleh menjadi pemangkin kepada perubahan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif dalam kalangan murid
sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga sedar bahawa terdapat pelajar yang tidak
menjaga kesihatan mereka kerana telah terbiasa di rumah ada ibu bapa yang
menjaga kebersihan mereka. Kesedaran untuk menubuhkan kelab ini juga bermula
daripada inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) Terengganu yang sentiasa turun
padang dan memberi sumbangan kepada sekolah untuk melaksanakan aktiviti.

Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah berbincang untuk menangani
masalah kesihatan serta kebersihan murid-murid di sekolah. Kelab Doktor Muda ini
juga telah disokong oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sepenuhnya dari
awal penubuhan lagi sehingga ke hari ini. Sehubungan dengan itu, Kelab Doktor
Muda akan ditubuhkan sekaligus dirasmikan bagi memastikan kelab ini berterusan.

3.0 MASALAH PERSATUAN


Masalah pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini.
Kenyataan ini disokong oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui
pembentangan memorandum mengenai penambahbaikan sistem pengurusan
pendidikan nasional serta profesion guru (Richard, 2013).

Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Kelab Doktor
Muda adalah dari segi ketidakhadiran ahli kelab. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum
yang dijalankan adalah pada waktu petang iaitu selepas tamat waktu persekolahan
dan rata-rata murid pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Hal ini menyebabkan
murid tidak kembali ke sekolah bagi mengikuti aktiviti kokurikulum.

Selain itu, masalah yang dihadapi oleh Kelab Doktor Muda ini adalah guru
kelab yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Contoh
pengetahuan tersebut adalah dari segi langkah-langkah mencuci tangan dengan
betul. Oleh yang demikian, guru kelab terpaksa menjemput pihak luar yang lebih
berpengetahuan untuk menjalankan aktiviti mencuci tangan dengan betul. Pihak luar
tersebut adalah seperti doktor dan jururawat daripada klinik kesihatan daerah.
4.0 ANALISIS (SWOT)
Hasil daripada maklumat yang telah dikumpul melalui sesi temu bual dan
pemerhatian bersama dengan guru penasihat kelab dan salah seorang ahli kelab,
didapati bahawa sumber kewangan utama Kelab Doktor Muda diperolehi melalui
peruntukan daripada JPN Marang. Oleh itu, kelab ini telah menjalankan pelbagai
aktiviti yang menarik kerana tiada isu berkaitan dengan kawangan. Antara aktiviti
yang dijalankan oleh ahli kelab adalah seperti Fun Walk yang dianjurkan oleh
Pejabat Pendidikan Daerah Marang yang melibatkan seluruh warga sekolah. Aktiviti
ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Selain
itu, pada tahun 2019, beberapa orang ahli kelab bersama-sama guru penasihat
kelab, Puan Shahidawati telah melibatkan diri dalam program Antarabangsa iaitu
Karnival Kesihatan Antarabangsa di Acheh. Program tersebut dianjurkan oleh JPN
Marang serta melibatkan sekolah-sekolah di daerah Marang. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah seperti pertandingan sajak dan pertolongan cemas. Guru dan
murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan aktiviti ini. Aktiviti
lain yang dilaksanakan oleh kelab ini bagi menjana sumber kewangan adalah jualan
semasa hari kantin.

Rajah 1.0 Karnival Kesihatan Antarabangsa, Acheh.


5.0 STRATEGI PENJANAAN
Bagi menangani masalah-masalah serta isu-isu yang ada mengenai Kelab ini,
pihak sekolah telah berbincang bagi meyelesaikan masalah yang timbul. Pihak
sekolah bercadang untuk membuat hari khusus bersama ibu bapa murid bagi
menerangkan kepentingan aktiviti kokurikulum kepada murid pada masa hadapan.

Selain itu, guru juga berbincang bahawa mereka akan menyusun semula aktiviti
kelab agar tidk bercanggah dengan aktiviti lain atau menganggu waktu belajar murid.
Tambahan lagi, mereka bercadang untuk mengadakan aktiviti yang bermakna setiap
kali perjumpaan kelab bagi meningkatkan lagi minat murid.

6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, Kelab Doktor Muda ini amat berguna kepada murid-murid masa kini
bagi menyedarkan mereka betapa pentingnya menjaga kesihatan serta cara hidup sihat
terhadap mereka sendiri terutamanya tentang cara mencuci tangan dengan betul. Hal ini
juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa murid tentang pentingnya untuk
mengajar anak-anak mereka menjaga kesihatan bagi menjamin kesihatan mereka pada
masa hadapan.

7.0 REFLEKSI
RUJUKAN
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum,peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Shahidawati. (16 Februari 2020). Kelab Doktor Muda di SK Padang Mengkuang, Marang.
[Interview]

You might also like