Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEMESTER 2 (SESI JAN – JUN) TAHUN 2020

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN


KEPUJIAN (SAINS)

SCES3152
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERJA KURSUS
TUGASAN 1
PROPOSAL PROJEK
(INDIVIDUAL) – 20 MARKS

Nama Pelajar : Alif Murshed Bin Dzulkarnain


Angka Giliran : 2018272340182
No. Kad Pengenalan : 980525-02-5419
Program/Ambilan/Kumpulan : PISMP Ambilan Jun 2017 (Sains 4)
Nama Pensyarah : Encik Rosli Bin Othman
Tarikh hantar : 7 Februari 2020
TAJUK PROPOSAL SUBJEK
Solar System E-Content

TUJUAN

1. Kertas ini disediakan bagi tujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:
a) Menarik minat murid untuk belajar topik sistem suria
b) Menjadikan suasana PdPc lebih menarik dan berkesan
c) Meningkatkan kefahaman murid dalam topik sistem suria

LATAR BELAKANG PROJEK


2. Projek ini dicipta untuk:
● Memudahkan guru untuk mengendalikan bilik darjah yang mempunyai bilangan
murid yang ramai.
● Mencetuskan minat dalam diri murid untuk belajar tentang topik sistem suria.
● Menjimatkan masa guru untuk mengajar murid dalam topik sistem suria kerana
inovasi ini mempunyai pengisian 6 in 1.
● Mendedahkan murid tentang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pembelajaran topik sistem suria.
● Membantu guru mendapatkan analisis keputusan yang segera dalam penilaian
murid secara formatif.
SKOP PROJEK
Skop projek ini adalah untuk memastikan Solar System E-Content mampu untuk
meningkatkan minat murid dalam topik sistem suria dan dapat kaitkan di dalam kehidupan
seharian. Antara ciri-ciri yang digunakan ialah berpusatkan murid, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), pembelajaran kolaboratif, nyanyian, permainan jigsaw puzzle dan teknik
penyoalan. Penggunaan multimedia interaktif seperti yang diterapkan di dalam inovasi
adalah bagi meningkatkan minat murid untuk belajar di dalam kelas. Menurut Ismail Basiron
(2012), multimedia telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang lebih dinamik. Kepentingan utama bagi projek ini dicipta ialah supaya murid dapat
belajar dengan seronok sambil bermain ketika sesi PdPc dijalankan.
Projek ini dicipta bagi mencapai skop ciri-ciri Pembelajaran Trialogikal. Antara ciri
Pembelajaran Trialogikal ialah penekanan kepada penciptaan ilmu di mana penciptaan satu
pakej integrasi di antara permainan jigsaw puzzle, video sistem suria, peta i-Think, kuiz,
nota sistem suria dan lagu sistem suria dengan Microsoft Powerpoint dalam dunia digital
iaitu permainan yang berasaskan pembelajaran Sains. Ciri lain pembelajaran Trialogikal
ialah menyelesaikan masalah dan meningkatkan kemahiran interaktif sosial dalam
sesebuah komuniti (Sumitra Kan, 2018). Projek ini jugak dicipta berdasarkan model reka
bentuk bersistem ADDIE. ADDIE terdiri daripada Analisa (Analysis), Reka Bentuk (Design),
Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implentation) dan Penilaian (Evaluation). 5
fasa bagi model ADDIE ini telah dilaksanakan pada projek ini. Menurut Haifaa (2016), model
ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubahsuai sebelum dapat digunakan dan
menjadi asas kepada semua model reka bentuk pembelajaran.
Kesemua elemen ini diterapkan dalam Solar System E-Content di mana aktiviti-aktiviti
yang disediakan adalah untuk menarik minat murid untuk belajar dengan tentang sistem
solar. Bagi bermain Solar System E-Content ini amatlah mudah kerana guru akan
membahagikan murid secara berpasangan ataupun tiga orang murid di dalam satu
kumpulan. Menurut Rujihan (2019), antara idea utama pembelajaran Trialogikal ialah hasil
aktiviti pembelajaran boleh diguna semula. Solar System E-Content ini bukan sahaja
tertumpu kepada topik sistem suria tetapi ia juga boleh diubah untuk merangkumi topik-topik
lain bagi subjek sains. Projek ini juga dicipta bagi memudahkan guru bagi membuat
penilaian secara formatif kepada murid. Pentaksiran formatif boleh dilakukan melalui
pemerhatian guru, soal jawab lisan, kuiz, latihan, kerja rumah dan maklumat balas kepada
murid (Boon Poh Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria, 2017).
PELAN PERLAKSANAAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu
 Minggu pertama (27.1.2020)
- Berfikir dan berbincang tentang projek yang ingin dibuat untuk inovasi digital
mengikut topik dalam DSKP Sains KSSR.
- Mengenalpasti tahun murid serta topik yang akan digunakan untuk projek inovasi
di DSKP iaitu topik sistem suria.
- Seterusnya, mengenalpasti kebanyakan miskonsepsi yang sering dilakukan oleh
murid dalam topik sistem suria di internet serta buku.
- Kemudian, mengenal pasti standard kandungan yang sering disalahtafsirkan dan
tidak difahami oleh murid tentang topik sistem suria.
 Minggu kedua (3.2.2020)
- Berbincang projek yang sesuai dengan topik yang dipilih serta dapat mengatasi
miskonsepsi murid dalam topik sistem suria.
- Memilih projek inovasi yang sesuai iaitu Solar System E-Content, suatu projek
yang mengintegrasikan 6 elemen iaitu permainan jigsaw puzzle, video sistem
suria, peta i-Think, kuiz, nota sistem suria dan lirik lagu sistem suria di dalam
Microsoft Powerpoint.
- Saya mengaitkan projek ini dengan ciri-ciri Pembelajaran Trialogikal, iaitu
berkaitan dengan kehidupan sebenar, menyelesaikan masalah serta
meningkatkan kemahiran interaksi sosial dalam sesebuah komuniti iaitu murid
untuk menyelesaikan masalah.
 Minggu ketiga (10.2.2020)
- Melengkapkan dokumentasi projek daripada segi proses perlaksanaan, gambar,
penambaikan dan sebagainya.
 Minggu keempat (12.2.2020)
- Melengkapkan dokumentasi projek daripada segi proses perlaksanaan, gambar,
penambaikan dan sebagainya.
 Minggu kelima (19.2.2020)
- Saya membentangkan cadangan projek inovasi dihadapan pensyarah.
- Segala penambahbaikan terhadap cadangan dicatat dan diubah suai.
 Minggu keenam (2.3.2020)
- Saya meneruskan penghasilan projek Solar System E-Content dengan
menggunakan 6 elemen di dalam perisian utama iaitu Microsoft Powerpoint.
- Penghasilan slaid interaktif yang menarik dengan mengaplikasikan konsep 6 in 1
ini telah saya rujuk di laman Youtube untuk cara penambahan soalan dan
penambahbaikan.
- Saya menggunakan konsep slaid interaktif dan meletakkan 6 elemen iaitu
permainan jigsaw puzzle, video sistem suria, peta i-Think, kuiz, nota sistem suria
dan lirik lagu sistem suria di dalam perisian Microsoft Powerpoint.
- Projek menjalani ujian percubaan terlebih dahulu bagi memastikan
kelancarannya.
 Minggu ketujuh (6.3.2020)
- Persediaan terakhir.
- Projek dibentangkan pada orang ramai semasa pameran.
- Pengguna diberikan peluang untuk menggunakannya.
- Mengumpul data maklum balas untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
 Minggu kelapan (12.3.2020)
- Data maklum balas mula dianalisis.
- Setiap komen diteliti untuk mengenal pasti punca kelemahan.
 Minggu kesembilan (24.3.2020)
- Penulisan laporan projek bermula.
- Aspek keberkesanan dan proses inovasi ditekankan dalam penulisan laporan.
 Minggu kesepuluh (26.3.2020)
- Melengkapkan dokumentasi projek daripada segi proses perlaksanaan, gambar,
penambaikan dan sebagainya.

PELAN PEMASARAN PROJEK


Projek ini akan dipasarkan melalui media sosial seperti di Facebook, Instagram, Twitter, Email,
Telegram, Youtube Ads, Google Ads dan Whatsapp. Melalui sebaran tersebut, maklum balas
daripada pengguna media sosial melalui komen akan diterima secara terbuka untuk
penambahbaikan. Bagi rakan guru pelatih atau guru di luar yang berminat untuk menggunakan
projek Solar System E-Content ini, perisian aplikasi Solar System E-Content akan
dimasukkan ke dalam CD dan dijual untuk harga RM5 kerana ia melibatkan kos untuk membeli
CD.
ANGGARAN KOS
Keseluruhan kos yang terlibat bagi projek ini adalah RM0.00 kerana ia hanya menggunakan
perisian Microsoft Powerpoint di dalam komputer sahaja.

PENUTUP
Projek yang direka cipta ini berkemampuan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dalam
mata pelajaran Sains bagi murid-murid Tahun 3 khususnya dalam topik sistem suria.
Kaedah permainan sambil belajar menggunakan teknologi multimedia interaktif diharapkan
mampu meningkatkan kefahaman dan prestasi murid dalam mata pelajaran khususnya
topik sistem suria. Kaedah main sambil belajar membolehkan murid memupuk pemikiran
inovatif, kritis serta kreatif (Ismail Mamat, 2013).

Disediakan oleh,

(ALIF MURSHED BIN DZULKARNAIN)


Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Tarikh: 7 Februari 2020
RUJUKANe

Boon Poh Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Haifaa. (2016). Model Addie dan Assure. Diperoleh daripada


http://effaedu3053.weebly.com/addie-dan-assure.html.

Ismail Basiron. (2012). Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran
seni visual. Diperoleh daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf.

Ismail Mamat. (2013). Kaedah Belajar Melalui Bermain. Diperoleh daripada


https://www.slideshare.net/ismailmamat16/kaedah-belajar-melalui-bermain.

Rujihan. (2019). Kuliah 2- Pembelajaran Trialogikal. Diperoleh daripada


https://fliphtml5.com/spkx/hixv/basic.

Sumitra Kan. (2018). Trialogical learning proses. Diperoleh daripada


https://www.slideshare.net/SumitraKan/22-trialogical-learningprosesbm2018jan4.
LAMPIRAN

You might also like