Peralatan Pengukuran Jarak, Mengukur Jarak Mendatar & Jarak Cerun, Cara-Cara Mengatasi Halangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGUKURAN JARAK C1343/UNIT 3/ 1

UNIT 3

PENGUKURAN JARAK

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami konsep, penggunaan


peralatan dan kaedah-kaedah pengukuran jarak serta cara-
cara mengatasi halangan semasa pengukuran.

Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat :

 Membezakan di antara jarak mendatar dan jarak cerun.


 Mengenali alat-alat pengukuran jarak.
 Mengenalpasti kaedah-kaedah untuk mengatasi halangan pengukuran
jarak.

Input 3a

3.0 PENGENALAN

Pengukuran jarak adalah merupakan elemen penting dalam kerja-kerja


ukur kejuruteraan. Dengan adanya maklumat tentang jarak, sesebuah
pelan kejuruteraan dapat dilukis dengan tepat dan seterusnya dapat
memberi maklumat lengkap tentang kedudukan dan keluasan sesuatu
butiran. Untuk mendapatkan ukuran jarak beberapa teknik boleh
PENGUKURAN JARAK C1343/UNIT 3/ 2
digunakan. Antara teknik- teknik tersebut ialah penggunaan rantai, pita
(keluli atau linen), takimeter dan EDM

3.1 RANTAI
Rantai ukur merupakan alat pengukuran yang paling mudah dan murah. Ianya
dibuat dalam berbagai bentuk mengikut perubahan semasa dan
berbeza mengikut saiz. Jenis-jenis rantai yang boleh didapati sehingga hari ini
ialah
Jenis Panjang Bilangan Panjang
rantai keseluruhan link setiap link
Gunter 66 kaki 100 link 1 link = 7.62 kaki
Jurutera 100 kaki 100 link 1 link = 1 kaki
Metrik 20m atau 30m 100 link 1 link = 0.2 m @ 0.3 m

3.2 PITA UKUR


Pita ukur terdiri dari pita invar, pita keluli, pita linen, atau pita sintetik. Panjang
setiap satu biasanya 20m, 30m, 50m atau 100m.

1. Pita Invar adalah merupakan campuran nikel dan keluli yang mempunyai
pekali pengembangan yang rendah. Selalunya pita invar digunakan
sebagai rujukan atau pita piawai bagi uji rantai.
2. Pita keluli digunakan untuk mengukur jarak yang jitu seperti jarak terabas.
Di mana beberapa pembetulan seperti pembetulan piawai,
pembetulan lendutan (pembetulan tupang), pembetulan suhu dan
pembetulan cerun perlu dikenakan terhadap jarak yang diukur untuk
mendapatkan jarak sebenar.
3. Pita linen atau pita sintetik selalunya digunakan untuk mengukur
jarak butiran dimana ketepatan jarak yang diukur tidak terlalu
dititikberatkan. Pita ini mudah meregang bila ditarik menyebabkab
jarak yang diukur kurang tepat.
RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT
Didalam membuat kerja-kerja yang memerlukan ketepatan jarak , kaedah rantai
halus dan bersenggat digunakan. Kaedah ini digunakan semasa membuat
trabas ukur, yang mana ia memerlukan pengukuran jarak yang tepat bagi
membolehkan satu terabas tertutup.

3.3.1. Rantai Halus.


Rantai ini diperbuat daripada keluli yang tahan lasak dan selalunya
berukuran 20 meter dan tidak mempunyai bacaan
dipermukaan rantainya. Ia biasamya digunakan bersama-sama
dengan rantai bersengat. Rantai halus ini digulung didalam bekas
yang dipanggil “ kepok “. Biasanya terdapat empat rantai halus
didalam satu “ kepok “ iaitu bersamaan 80 meter. Tiap-tiap
rantai ini disambung dengan cangkut atau klip.

3.3.2 Rantai bersengat.


Rantai bersenggat ini diperbuat dari bahan yang sama dengan
rantai halus. Perbezaan nyan dengan rantai halus hanyalah pada
saiz dan bacaan yang terdapat pada permukaan rantai. Rantai
bersenggat juga berukuran 20 meter. Bacaan yang terdapat pada
permukaan rantainya membolehkan jarak dibaca semasa pengukuran.

Selain dari dua jenis rantai ini neraca spring juga digunakan bersama
bagi membolehkan ketegangan rantai yang sekata semasa pengukuran
dijalankan. Bacaan yang didapati semasa pengukuran perlu dibuat
beberapa pembetulan sebelum jarak yang muktamad diperolehi.
AKTIVITI 3a

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA

3.1 Apakah kegunaan rantai dan pita ukur didalam proses pengukuran ?

3.2 Semasa membuat pengukuran jarak, jurukur telah menggunakan gabungan satu
rantai bersengat dan tiga rantai halus. Berapakah jarak yang diukur ?

Ilmu ukur ?
Nak ukur apa.?.
MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI
3a

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 3a

3.1 Penggunaannya adalah untuk pengukuran jarak.

3.2 Jarak yang diukur adalah 80 meter.

Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini.


Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.
Input 3b

3.4 JARAK CERUN DAN JARAK MENDATAR


Semasa membuat pengukuran kita akan terjumpa dengan dua jenis jarak iaitu jarak
cerun dan jarak mendatar.

3.4.1. Jarak cerun (L)


Semasa membuat pengukuran dikawasan yang tidak rata, jarak yang
diambil oleh pengukur adalah jarak cerun. Jika sudut pugak yang dibaca
oleh pegukur melebihi 90, maka jarak yang diukur adalah jarak cerun.
Jarak ini perlulah dibuat pembetulan cerun untuk mendapatkan jarak
mendatar.

3.4.2. Jarak Mendatar (D)


Jarak mendatar adalah jarak yang diukur dengan keadaan sudut pugaknya
90. Di dalam pelan atau peta jarak yang digunakan ialah jarak mendatar.

L

D
3.4 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN DALAM PENGKURAN JARAK.
Halangan dalam pengukuran jarak terbahagi kepada 3 bahagian yang utama.
i) Halangan terhadap penglihatan, contoh seperti tanah tinggi.
ii) Halangan terhadap laluan pengukuran, contoh seperti kolam atau
sungai.
iii) Halangan terhadap penglihatan dan juga laluan pengukuran, contoh
seperti bangunan atau kawasan pokok-pokok yang terlalu rapat.

3.4.1. Halangan terhadap penglihatan.

b1

a1

b2
a2

A B

a3 b3
Rajah 3.4

Merujuk kepada rajah diatas ( Rajah 3.4 ) dapat dilakukan oleh dua orang,
seorang dititik a1 dan seorang dititik b1.

Cara kerjanya :-

1. Pada mulanya pancang jajar ditegakkan dititik a1 dan b1 sehingga


b1,a1 dan A terletak pada satu garis lurus.

2. Tetapi oleh kerana a1,b1 dan B tidak berada dalam satu garisan
yang lurus, maka a1 memberi petunjuk supaya b1berpindah ke b2,
sehingga a1,b2 dan B berada didalam satu garisan yang lurus.

3. b2,a1 dan A tidak berada dalam satu garisan yang lurus sehingga
b2 memberi pertunjuk supaya a1 berpindah ke a2 sehingga b2,a2
dan A berada dalam satu garis lurus.

4. Bergitulah selanjutnya secara bergilir-gilir atau saling bergantian


memberi pertunjuk sehingga akhirnya satu garisan lurus terhasil.

5. Pengukuran jarak dilakukan dengan mengukur A - a3, a3 – b3


dan b3 – b. Jarak AB didapai dengan mencampur ketiga-tiga jarak
tadi.
3.4.2. Halangan terhadap laluan pengukuran.

Terdapat 3 cara yang utama untuk mengatasi masaalah ini.

i) Alihan selari.
ii) Segitiga sebentuk.
iii) Segitiga sudut tepat.

3.4.2.1 Alihan selari

C D

Kolam

P1 P2

A B

Rajah 3.5

Sebuah kolam letaknya pada garis yang hendak diukur iaitu P1 dan
P2. Dimana P1 dan P2 saling nampak tetapi tidak boleh diukur kerana
halangan yang disebabkan oleh kolam tersebut. Cara yang terbaik untuk
menjalankan pengukuran adalah dengan membuat jajaran di stesyen A
dan B diatas garisan P1 dan P2. Dengan menggunakan sesiku optik
atau kaedah 3,4 dan5 dirikan offset AC dan CD. Pacakkan pancang pada
C dan D, jadi jarak CD sama dengan jarak AB. Jarak jauh CD disebut alihan
selari.

3.4.2.2 Segitiga sebentuk.

D E

A A P2
P1 SG

Rajah 3.6
Merujuk kepada Rajah 3.6,
Garisan P1 dan P2 telah tersekat pada lengkok sungai. Takat A dan
B ditandakan dengan pancang pada kedua-dua belah lengkok sungai itu.
Takat C juga ditandakan dan pastikan C dan AC itu tidak kena pada
lengkok sungai tersebut. Garisan AC pula diteruskan ke E supaya CE
bersamaan dengan AC. Begitu juga BC diteruskan ke D supaya CD
bersamaan dengan BC. Jelaslah segitiga ECD bersamaan dengan
segitiga ACB, garis DE adalah jarak jauh yang dikehendaki.

3.4.2.3. Segitiga sudut tepat


A adalah takat pada garisan P1P2 disebelah sungai. Garisan AC pula dibuat
agar tidak kena pada sungai tadi. Dari takat C dirikan garisasn tegak
CB yang bertemu pada B di garisan disebelah sungai yang satu lagi.
Garisan AC dan CB pun diukur . ( Lihat Rajah 3.7 ). Kaedah ini sesuai untuk
sungai yang kecil sahaja.

AB²= AC²+ CB²


AB = AC²+ CB²

Sg
B P2
P1 A

Rajah 3.8
3.4.3. HALANGAN TERHADAP PENGLIHATAN DAN JUGA LALUAN
PENGUKURAN
Dalam rajah 3.9, garisan P1P2 tersekat oleh sebuah bangunan. Takat
P1 dan P2 masing-masing tidak boleh kelihatan. Takat B
ditandakan pada garisan yang menuju ke bangunan dengan
cara Garisan Merambang. Takat A ditandakan pada garisan P1B.
Garisan tegak AE dan BF juga didirikan dan sama panjangnya.
Kemudian garisan EF diteruskan disebelah bangunan. Dua takat G
dan H ditandakan di garisan itu dan garisan tegak GC dan HD
pula dibuat dan sama panjangnya dengan AE dan BF. Nyatalah
takat C dan D itu bergaris lurus dengan garis rantai P1,A dan B. Jadi
FG bersamaan dengan BC. Panjang Alihan selari FG itu diukur dan
dicatatkan.

Mestilah berhati-hati semasa menggunakan cara ini, pastikan


garisan tegak itu didirikan dengan betul dan sama panjangnya.
Jarak AB dan CD tidak semestinya sama panjang, EH hendak
sekurang-kurangnya tiga kali lebih panjang daripada garisan tegak
supaya dapat menentukan yang EH itu betul-betul selari dengan garisan
P1P2.
Sesungguhnya cara-cara mengelakkan halangan ini kadang-kadang
berguna, tetapi cubalah elakkan garisan pengukuran itu dari
melintasi
apa-apa halangan, terutamanya jika garisan itu adalah garis dasar.

E F G H

BANGUNAN
P1 A B C D P2
Rajah 3.9
AKTIVITI 3b

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT


SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA

SOALAN 1

Berikan tiga jenis halangan semasa menjalankan kerja ukur .

SOALAN 2

Nyatakan 3 cara untuk mengatasi halangan laluan pengukuran

Oooo…. Macam tu
rupanya!
MAKLUM BALAS 1b

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 1b

1. Tiga jenis halangan itu adalah:-

i) Halangan terhadap penglihatan


ii) Halangan tehadap laluan pengukuran
iii) Halangan penglihatan dan laluan pngukuran.

2. Tiga cara mengatasi halangan laluan pengukuran adalah:-

i) Alihan selari
ii) Segitiga sebentuk
iii) Segitiga sudut tepat.

Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini.


Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.
PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

SOALAN 1.1
Bincangkan bagaimana anda hendak mengukur satu kawasan berbukit dengan
menggunakan rantai halus dan rantai bersengat.

SOALAN 1.2
Semasa menjalankan kerja ukur anda terpaksa melalui sebatang sungai.
Bagaimanakah anda hendak meneruskan pengukuran anda ?

Semak jawapan anda dalam


ruangan maklumbalas !
MAKLUM BALAS
Penilaian kendiri

 SUDAH MENCUBA ?
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN
JAWAPAN DIBAWAH.
Jawapan 1.1

Untuk menjalankan pengukuran kawasan ini kita haruslah menggunakan teodolit dan neraca spring
berserta dengan rantai bergabung. Semasa mengambil jarak, sudut pugak haruslah dibaca pada “
diamond “ dan neraca spring digunakan dengan tarikan 5kg, untuk mendapat tegangan yang sekata.
Jawapan 1.2
Untuk menjalan pengukuran kawasan ini kaedah segitiga bersudut tepat boleh digunakan
(Rujuk
Rajah 4.0 Di bawah D

E F

SUNGAI

B A

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA


DAPAT MENJAWABNYA DENGAN
BETUL MARI KITA BERPINDAH
KE UNIT 4.

You might also like