Kepentingan Kuala Gula Untuk Konservasi Burung

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kepentingan Kuala Gula untuk Konservasi Burung

Kuala Gula di barat Semenanjung Malaysia terletak di sepanjang “East Asia-


Australasian Flyway”, dimana burung pantai migratori yang terbang di antara
kawasan pembiakan di utara dan kawasan musim sejuk di selatan. Semasa migrasi,
burung pantai menghadapi banyak ancaman seperti pencemaran, pembinasaan habitat
dan pemburuan. Mereka memerlukan habitat yang sesuai dan kawasan untuk
pemakanan dan rehat semasa migrasi. Kawasan – kawasan seperti Kuala Gula
mempunyai tanah lembap dan hutan bakau menyediakan makanan dan perlindungan
kepada burung- burung pantai dan oleh itu, ia penting untuk kesinambungan burung-
burung pantai dan konservasi jangka-masa panjang burung- burung ini. Kuala Gula
terkenal dengan burung- burung terancam seperti Kedidi Paruh Tegak, dan Kedidi
Kaki Hijau Berbintik.

Kuala Gula juga penting untuk konservasi burung- burung air migratori dan tempatan.
Di kawasan bakau berhampiran Kuala Kurau mengandungi koloni besar burung
Pucung Kuak. Dua kepulauan bakau, Pulau Kelumpang dan Pulau Terong mempunyai
tasik yang sentiasa dibanjiri air dan ia amat penting untuk pemakanan dan pembiakan
burung- burung botak, bangau dan pucung. Dua spesies burung botak didapati di sini,
iaitu Burung Botak dan Upeh Bakau, di mana kedua- duanya terancam di sedunia.
Populasi burung upeh bakau yang utama di Malaysia kini terhad kepada kawasan
bakau di Kuala Gula. Burung- burung air terancam yang lain juga dijumpai dalam
bilangan yang kecil di sini seperti Sekendi Kepala Hitam, Pedendang, dan Bangau
Cina. Hutan Bakau di Kuala Gula juga merupakan santuari kepada burung- burung
terancam sedunia seperti Burung Pacat Bakau, Cenuk Perut Hitam, Cenuk Kecil,
Punai Jambu dan Punai Bakau.

Disebabkan kehadiran burung- burung air dalam bilangan yang besar di Kuala Gula
dan juga kehadiran burung terancam di kawasan perhutanannya, PERHILITAN telah
mendirikan “ranger station” di sini untuk menjalankan penguatkuasaan dan
penyelidikan. Disebabkan kehadiran banyak spesies burung terancam di Kuala Gula,
ia telah dideklarasi sebagai kawasan IBA (Kawasan Penting Burung) oleh Persatuan
Pencinta Alam mengikut kriteria antarabangsa yang telah ditetapkan

You might also like