Bahan Dan Kaedah Kajian Lapangan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB III

BAHAN DAN KAEDAH

3.1 Lokasi Kajian


Kajian ini telah dilakukan di Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang yang terletak kira-
kira 40 km ke barat-daya dari Bandar Kuala Rompin. Taman Negeri ini mempunyai
keluasan 31 797 hektar, berada di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
sebagai agensi yang bertanggungjawab memulihara dan memeliharanya. Kawasan ini
telah diwartakan sebagai Taman Negeri pada 8 Jun 2001

3.2 Kerja Lapangan

Pensampelan telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan Ogos 2002.
Terdapat dua kaedah pensampelan yang telah digunakan untuk menangkap riang-riang
iaitu perangkap cahaya dan pencarian aktif.

Untuk perangkap cahaya, lampu wap raksa bernilai 150 Watt digunakan dan
dipasang dalam kelambu kain putih berukuran 6 x 3 x 4 kaki (panjang x lebar x tinggi).
Perangkap ini dipasang di tempat yang dijangka menjadi tumpuan riang-riang. Ini
diketahui melalui bunyinya yang nyaring dan bergema pada waktu siang. Antara tempat
yang dianggap sesuai ialah tebing tanah tinggi, pinggir hutan dan pinggir jalan. Kawasan
tapak perkhemahan yang terang benderang turut menjadi tumpuan riang-riang. Selalunya
riang-riang jantan lebih banyak terkumpul melalui kaedah ini memandangkan ia lebih
tertarik kepada cahaya berbanding riang-riang betina (Moulton 1923).

Pencarian aktif dilakukan dengan menggunakan jaring sapuan dan tangan. Untuk
menangkap riang-riang dengan teknik yang betul ialah dengan mengetuk jaring sapuan
pada dahan yang ada riang-riang ini secara menegak kerana riang-riang ini terbang ke
belakang secara 90°. Spesimen yang diperolehi akan dimatikan dalam botol pemati yang
2

mengandungi wap etil asetat. Spesimen ini disimpan dalam bekas plastik kering untuk
dibawa balik ke makmal.

3.3 Kerja Makmal


Semasa di makmal, spesimen akan diawet melalui proses pengepinan, pengeringan, dan
pelabelan. Pengepinan akan dilakukan pada bahagian toraks kerana ia tidak melindungi
atau mencederakan bahagian tubuh yang penting untuk pengecaman. Pengeringan pula
dilakukan dengan memasukkan spesimen ke dalam oven yang mempunyai suhu 40 °C.
Pengeringan perlu dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan jangkitan kulat yang
akan menyebabkan spesimen ini menjadi kotor dan rosak. Selepas pengeringan,
spesimen akan dilabelkan dengan maklumat lokaliti, tarikh dan nama pengumpul.

Pengecaman pula dilakukan sehingga ke peringkat spesies berdasarkan rujukan


taksonomi piawai seperti Moulton (1923), Bregman (1985), Hayashi (1987), Beuk
(1996, 1999), Duffels (1983), Zaidi dan Azman (1998, 1999, 2000) Duffels dan Zaidi
(1998, 1999), Kos dan Gogala (2000), Azman dan Zaidi (2002) dan Salmah dan Zaidi
(2002). Pengecaman juga boleh dilakukan secara perbandingan dengan spesimen riang-
riang yang telah dicamkan dan tersimpan dalam Repositori Pusat Sistematik Serangga
UKM. Pengecaman spesies dibuat berdasarkan struktur morfologi dan genitalia jantan.
Struktur morfologi yang dilihat termasuklah warna dan tanda pada tegmina, bentuk,
warna dan saiz badan dan corak fasia pada pronotum dan mesonotum.

3.4 Kaedah penyisihan dan pengasingan spesimen riang-riang

Di samping itu, semua spesimen riang-riang di Taman Negeri Endau-Rompin yang


terdapat di dalam koleksi Pusat Sistematik Serangga di UKM, disisihkan dari spesimen
serangga yang lain dan disimpan ke dalam kotak yang berlabel bagi memudahkan
rujukan. Spesimen riang-riang ini akan diasingkan berdasarkan maklumat-maklumat yang
telah dilabelkan padanya seperti nama pengumpul, tarikh spesimen dikumpulkan, jantina
3

dan juga nama spesies riang-riang tersebut. Maklumat-maklumat ini akan dicampurkan
dengan hasil tangkapan dan direkodkan dalam bentuk jadual.

3.4 Analisis data faunistik riang-riang


Aspek Faunistik dan Analisis Data
Aspek-aspek fauna penting yang biasa dianalisa adalah kekayaan spesies (kepelbagaian
dan kelimpahan), komposisi spesies, manifestasi kekayaan spesies (berdasarkan bulan),
spesies umum, spesies langka, kelimpahan relatif spesies, dan kelimpahan seks. Aspek-
aspek ini merupakan maklumat penting yang umum dikaji dan direkodkan oleh pengkaji
terdahulu.

Kekayaan spesies melibatkan pengiraan bilangan spesies riang-riang yang


diperolehi. Komposisi spesies melibatkan perbandingan bilangan spesies riang-riang
yang diperolehi dengan yang diketahui di Semenanjung Malaysia. Manifestasi kekayaan
spesies dalam kajian ini adalah berdasarkan bulan pada setiap tahun yang dibuat dalam
pensampelan. Ini melibatkan kerja-kerja pengiraan bilangan spesies yang terdapat pada
bulan-bulan pensampelan. Jumlah bilangan spesies yang banyak pada bulan-bulan
tertentu merupakan bulan yang paling kaya dengan bilangan spesies.

Spesies umum merupakan spesies yang mempunyai frekuensi hasil tangkapan yang tinggi
iaitu kekerapan suatu spesies itu ditemui dalam setiap kali pensampelan. Spesies langka
pula adalah spesies yang mempunyai frekuensi hasil tangkapan yang rendah dalam setiap
kali pensampelan. Kelimpahan relatif spesies merujuk kepada bilangan individu bagi
setiap spesies yang diperolehi. Aspek ini dapat menunjukkan spesies yang paling
melimpah dan yang kurang melimpah. Kelimpahan seks pula merujuk kepada
perbandingan antara bilangan individu jantan dan betina bagi setiap spesies yang
diperolehi
Analisis data yang dijalankan dalam kajian faunistik ini akan melibatkan beberapa aspek
pengiraan iaitu kekayaan dan komposisi spesies, manifestasi kekayaan spesies, spesies
umum, spesies langka dan kelimpahan spesies serta kelimpahan seks. Kesemua data yang
diperolehi, diolah dan dibincangkan dalam Bab IV.
4

3.4.1 Kelimpahan spesies

Kelimpahan spesies ditentukan dengan mengira bilangan individu dalam setiap spesies
yang paling banyak diperolehi sepanjang tempoh persampelan. Bilangan individu ini
akan menunjukkan spesies mana yang melimpah dan kurang melimpah di Lembah
Danum.

3.4.2 Kekayaan dan komposisi spesies

Kekayaan spesies menunjukkan bilangan spesies dalam suatu kawasan dan kekayaan
spesies ini menggambarkan kepelbagaian spesies riang-riang yang terdapat di Lembah
Danum. Komposisi spesies pula merujuk bilangan spesies riang-riang yang berjaya
disampelkan atau yang ada di Lembah Danum berbanding dengan spesies riang-riang ada
di Sabah dan Borneo.
3.4.3 Manifestasi kekayaan spesies

Manifestasi kekayaan spesies yang dijalankan dalam kajian ini adalah berdasarkan bulan
dan juga tarikh pensampelan iaitu dari bulan April tahun 1989 hingga bulan September
tahun 1995. Manifestasi kekayaan spesies ini dapat menggambarkan pada waktu bilakah
spesies riang-riang paling banyak. Bilangan dan jantina spesies riang-riang yang dikaji
akan direkodkan dalam bentuk jadual.

3.4.4 Spesies umum dan spesies langka

Dalam kajian ini, penentuan spesies umum dan spesies langka akan diambilkira. Spesies
umum merupakan spesies yang mempunyai frekuensi hasil tangkapan yang tinggi iaitu
kekerapan suatu spesies itu untuk ditemui dalam setiap kali pensampelan. Manakala
spesies langka pula adalah spesies yang mempunyai frekuensi hasil tangkapan yang
rendah dalam setiap kali pensampelan. Spesies umum dan langka untuk setiap tahun juga
dikira dalam kajian ini.
5

3.4.5 Kelimpahan seks

Kelimpahan seks merujuk kepada perbandingan bilangan diantara individu jantan dan
betina bagi setiap spesies yang diperolehi dari kajian ini. Perbandingan yang dibuat dapat
menentukan spesies mana yang paling banyak ditemui dan spesies mana yang diwakili
oleh individu jantan, betina atau kedua-duanya sekali

You might also like