Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN KAJIAN KES

1.0 PENGENALAN
Setiap murid mempunyai tingkah laku tersendiri sama ada positif atau negatif terutama
di dalam bilik darjah. Tingkah laku merupakan segala tindakan manusia yang boleh
diperhatikan, dinilai atau diukur tanpa mengira kedudukan atau lokasi manusia[ CITATION
Lee16 \l 1033 ]. Tetapi, terdapat banyak tingkah laku negatif yang mendorong kepada
masalah tingkah laku di dalam bilik darjah atau masalah disiplin. Masalah tingkah laku dan
kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak-
kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah
pembelajaran yang teruk seperti tingkah laku ganas, sikap suka mengelak serta tingkah
laku pasif[ CITATION Kem081 \l 1033 ]. Namun begitu, sekiranya tingkah laku negatif atau
masalah tingkah laku dilihat dengan begitu jelas, tingkah laku tersebut perlu dikurangkan
atau dihapuskan melalui pelbagai intervensi dan model pengurusan bilik darjah.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian murid bermasalah tingkah laku dalam bilik darjah dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru. Murid tersebut yang bernama Ahmad Aiman
ialah murid lelaki yang berusia 9 tahun dan berada dalam kelas pemulihan. Guru yang
sering mengawal tingkah lakunya adalah guru pemulihan Bahasa Melayu yang bernama
Puan Hasnah.

3.0 METADOLOGI
Bagi mendapatkan maklumat dalam usaha menjalankan kajian kes ini, kaedah temubual
dan kaedah pemerhatian telah dijalankan. Kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang
digunakan oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada
responden kajian kerana kaedah ini membenarkan penyelidik memberi penjelasan jika
terdapat soalan yang kabur[ CITATION Mal07 \l 1033 ]. Temu bual telah dijalankan terhadap
guru dan murid bermasalah tingkah laku dalam bilik darjah iaitu Puan Hasnah dan Ahmad
Aiman. Soalan telah disediakan sebelum melaksanakan temu bual tersebut. Kaedah
pemerhatian dan perekodan naratif turut dilakukan bagi mengukuhkan maklumat yang
diterima melalui temu bual terutama daripada murid. Hal ini kerana maklumat yang murid
berikan kadang kala mengelirukan. Pemerhatian telah dilakukan selama sehari dalam
tempoh satu jam. Pemerhatian ini difokuskan terhadap masalah tingkah laku yang sering
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah.
4.0 DAPATAN
4.1 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH

Setelah menjalankan temubual bersama guru dan murid, antara jenis-jenis tingkah laku
yang terdapat dalam bilik darjah adalah tingkah laku disruptif dan destruktif. Isunya adalah
kerana murid sering mengganggu rakan dan kadang kala mencubit rakan sekiranya tidak
diendahkan oleh rakannya (1b). Tingkah laku disruptif lebih dominan kerana murid sering
mengetuk meja untuk mengganggu rakannya bagi mendapatkan perhatian. Menurut
Ridzuan Kamis (2016), tingkah laku disruptif didefinisikan sebagai perlakuan yang
bermasalah dan mengganggu yang boleh dikategorikan sebagai tidak normal dan terkeluar
daripada nilai dan norma sosial sesuatu masyarakat. Walaupun telah ditegur oleh gurunya,
namun murid tersebut masih terus mengganggu rakannya sama ada terus mengetuk meja
dengan kuat sekali atau pergi ke kumpulan lain lalu mengetuk meja. Terdapat juga
beberapa murid lain yang bertingkah laku disruptif sebegini namun tidaklah terlalu kerap.

4.2 MODEL DAN INTERVENSI YANG DIGUNAKAN OLEH GURU

Berdasarkan masalah tingkah laku yang terdapat dalam bilik darjah, Puan Hasnah
memberitahu bahawa beliau mengamalkan Model Pengurusan Kelompok Koulin. Hal ini
kerana guru lebih bersikap untuk menegur murid. Guru memberi menegur dan memberi
amaran kepada murid supaya tidak menggangu rakannya dengan mengetuk meja (1d).
Langkah ini termasuk dalam model tersebut kerana mengaplikasikan withitness iaitu guru
berupaya menyedari perkara yang sedang berlaku di seluruh bilik darjah. Ini bererti guru
sentiasa menyedari tingkah laku buruk yang dilakukan oleh murid-murid dengan mengesan
salah laku murid dengan cepat lalu menegurnya kemudian menyampaikan mesej tersebut
kepada murid yang lain. Melalui cara ini, murid mengetahui bahawa guru menyedari tingkah
laku mereka dalam bilik darjah[ CITATION Sye18 \l 1033 ]. Perancangan intervensi turut
dilakukan apabila guru cuba untuk melakukan dendaan terhadap murid tersebut. Menurut
Akhiar Pardi (2012), dendaan hanya membawa kesan dalam tempoh yang singkat. Setelah
guru menegur murid supaya tidak mengganggu rakannya yang lain, amaran diberikan iaitu
sekiranya murid mengganggu rakan lagi, murid perlu melakukan tugas memadam papan
putih dan mengutip sampah di bawah meja (1c / 2f). Hal ini kerana murid ini tidak
menggemari untuk memadam papan putih dan mengutip sampah ketika disuruh bertugas.
Namun begitu, perancangan intervensi dendaan yang cuba dilakukan guru kurang
berkesan kerana murid masih tidak mampu mengawal tingkah lakunya dan tidak
menghiraukan dendaan yang dilakukan.Murid tetap mengulangi tingkah laku sedemikian
walaupun telah didenda banyak kali.

STRATEGI GURU MEWUJUDKAN BILIK DARJAH KONDUSIF

Setelah melakukan temubual juga bersama Pn Hasnah dan Ahmad Aiman, dalam
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, guru telah melaksanakan beberapa
perkara. Guru telah memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan
selesa. Guru menyuruh murid duduk dengan selesa di tempat masing-masing serta guru
turut mengarahkan murid untuk membersihkan kelas seperti mengutip sampah sebelum
sebarang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku (2c). Guru juga turut memastikan
keperluan fisiologi murid-murid dipenuhi (1a). Guru memastikan murid telah makan dan
minum dan tidak mengalami sebarang kesakitan (2b). Ini adalah supaya murid dapat belajar
dalam keadaan selesa. Persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat mengurangkan
mereka daripada kurang memberi tumpuan di dalam bilik darjah dengan melakukan
pelbagai tingkah laku negatif[ CITATION Sae16 \l 1033 ].

5.0 PERBINCANGAN

Setelah meneliti hasil dapatan, saya berpendapat bahawa guru seharusnya


menggunakan model dan intervensi yang lebih tegas berbanding sedia ada. Walaupun guru
telah menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif, namun tingkah laku disruptif ini
mungkin berlaku atas faktor lain seperti menginginkan perhatian. Ini jelas apabila murid
menggangu rakan dengan mengetuk meja untuk bergaul dengan rakannya . Walaupun
Model Pengurusan Kelompok Kaulin digunakan dengan elemen withitness iaitu murid
mengetahui bahawa guru menyedari tingkah laku mereka di dalam bilik darjah, namun
begitu, murid tidak berasa tergugat atau terancam dengan tindakan guru menegur tingkah
laku negatifnya. Murid seolah-olah tidak mempunyai pengajaran dalam diri mereka terhadap
tingkah laku negatif yang dilakukannya. Murid masih berasa dalam keadaan yang selamat
kerana tiada tindakan yang lebih tegas dilaksanakan. Pada pandangan saya, murid
sebenarnya agak gemar apabila guru menegurnya kerana memperoleh perhatian daripada
guru serta rakan-rakannya yang lain (2d).

Intervensi dendaan juga kurang berkesan kerana murid seolah-olah hanya sedar dalam
masa yang singkat sahaja. Kemudian, murid tetap mengulangi tingkah laku mengganggu
rakan dengan mengetuk meja rakan. Hal ini kerana apabila murid telah lupa dendaan
tersebut, murid akan meneruskan niat untuk mencari perhatian dengan mengganggu rakan-
rakannya. Tujuan tingkah laku ini adalah untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang
tidak diingini. Namun begitu, intervensi ini kurang sesuai dilaksanakan memandangkan
murid ini terlalu menginginkan perhatian. Justeru, ia memerlukan intervensi yang dapat
mengurangkan kebarangkalian mengulangi tingkah laku bukan terus menghentikan
daripada melaksanakan tingkah laku tersebut. Ini kerana walaupun murid tidak menggemari
bertugas memadam papan putih, namun itu bukanlah sesuatu masalah yang terlalu besar
baginya. Ini kerana setelah banyak kali dendaan dilakukan murid tidak terlalu terkesan
dengan dendaan kerana mungkin kalis dengannya dan menjadi kebiasaan baginya. Murid
turut merasakan terdapat perhatian oleh guru terhadapnya walaupun dia harus
melaksanakan sesuatu perkara yang tidak digemarinya. Justeru, ini kekangan luar yang
menyebabkan murid masih meneruskan tingkah laku disruptif. Hal ini kerana perhatian yang
diinginkan masih diperolehi walaupun bukan dengan cara mengetuk meja rakan yang lain
utuk bergaul dan dendaan menjadi kebiasaan baginya.

5.0 CADANGAN MODEL PENGURUSAN DAN INTERVENSI


Model pengurusan yang dicadangkan adalah Model Disiplin Asertif Canter. Model
Disiplin Asertif Canter ialah model disiplin berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku
yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan[ CITATION Kha07 \l 1033 ]. Model ini diaplikasi apabila guru berhak menentukan
peraturan dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Model ini melibatkan ganjaran dan dendaan berdasarkan peraturan yang
ditetapkan[ CITATION Swe07 \l 1033 ]. Guru perlu mewujudkan pelan disiplin yang sistematik
di awal persekolahan lalu menyatakan harapan terhadap disiplin bilik darjah yang
dikehendaki serta menyatakan kesan jika kepada murid sekiranya disiplin tidak diikuti
dengan baik. Contohnya, guru menetapkan peraturan supaya menumpukan perhatian di
dalam kelas dan tidak dibenarkan untuk mengganggu rakan sehingga berbuat bising. Guru
perlu menyatakan harapan supaya murid tidak melanggar peraturan tersebut dan
menyatakan juga kesan sekiranya tidak mengikutinya. Contohnya, guru menyatakan
bahawa guru mempunyai ganjaran sekiranya mengikuti peraturan tetapi akan menariknya
sekiranya peraturan tidak diikuti. Murid akan akan sedar tentang harapan guru di dalam bilik
darjah. Ini berbeza dengan model yang digunakan guru kerana murid tidak mengetahui
harapan yang diinginkan oleh guru sejak awal persekolahan.
Justeru, teknik yang dicadangkan adalah teknik peneguhan positif dan negatif dalam
Teknik Modifikasi Tingkah Laku Bermasalah. Peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan
atau ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu
dikekalkan atau ditingkatkan lagi (Mohd Zuri Ghani, 2011). Menurut Noor Aini Ahmad
(2015), peneguhan negatif pula merupakan stimulus yang menyebabkan kemajuan dalam
suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki.
Disebabkan teknik dendaan kurang memberangsangkan jadi teknik peneguhan positif dan
negatif adalah lebih dicadangkan. Intervensi bagi teknik ini jelas memaparkan intervensi
response cost. Response cost ialah suatu bentuk penarikan peneguhan atau ganjaran
secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai[ CITATION Jam14 \l 1033 ].
Melalui intervensi response cost, memperoleh ganjaran yang disukainya kerana mengikuti
peraturan namun sekiranya peraturan tidak diikuti, ganjaran yang diterima akan ditarik balik.
Ia sangat sistematik kerana mempunyai Contohnya, setiap 30 minit murid tidak menggangu
rakan dengan mengetuk meja, murid akan diberikan dengan stiker kartun Batman
kesukaannya. Namun, setelah menerima ganjaran, sekiranya murid menggangu rakan
kembali, stiker Batman kesukaannya akan ditarik kembali. Ini bererti teknik peneguhan
positif dan peneguhan negatif diamalkan. Kekangan intervensi dendaan adalah disebabkan
tiada daya penarik terhadap murid. Penarikan ganjaran ini mampu memberi kesedaran
kepada murid supaya sentiasa memberikan perhatian dan tidak menggangu rakannya
supaya sentiasa memperoleh ganjaran dan tidak akan ditarik balik oleh guru. Ini dapat
memberi motivasi kepada murid dalam usaha mengurangkan tingkah laku negatif tersebut.
6.0 PENUTUP
Konklusinya, masalah tingkah laku atau disiplin murid boleh ditangani dengan pelbagai
jenis model dan intervensi. Sekiranya model dan intervensi sedia ada kurang
memberansangkan justeru, cadangan lain diperlukan supaya murid dapat mengawal
tingkah laku mereka. Walaupun pada awalnya guru mengamalkan Model Pengurusan
Kelompok Koulin dan dendaan bagi menangani masalah tingkah laku mengganggu rakan
namun ia boleh ditambahbaik dengan menggunakan Model Disiplin Asertif Canter dan
intervensi response cost melalui teknik peneguhan positif dan negatif.
RUJUKAN

Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Herald
Printers Sdn. Bhd.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2008, September 05). Tingkah laku. Dipetik daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/kelakuantingkahlaku/
Khalim Zainal. (2007). Program sistem penalti: kaedah alternatif bagi pengurusan disiplin
pelajar. Jurnal Pendidikan 32, 61-76.
Lee Lay Wah. (2016). Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Batu
Caves: PTS Publications.
Mohd Zuri Ghani. (2011). Pengantar Pendidikan Khas . Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Noor Aini Ahmad. (2015). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus
Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, 16.
Saemah Rahman. (2016). Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Swee Chiew, Goh. (2007). Classroom Management: Creating Positive Learning Environments.
Australia: Pearson Prentice Hall.
Syed Ismail Syed Mustafa. (2018). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi Sdn.
Bhd.

You might also like