Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Transkripsi Temu Bual dengan Guru

Tarikh: 3 Mac 2020


Masa: 9.00 pagi hingga 9.30 pagi (30 minit)
Tempat: Bilik Mesyuarat Guru

Sesi temu bual telah dijalankan dengan guru bagi meninjau pandangan beliau
mengenai kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia dan implikasinya terhadap
pembangunan pendidikan di sekolah selari dengan sistem pendidikan semasa di
Malaysia.
Pelatih Selamat pagi, Cikgu Ling. Saya pelajar dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, ingin menemuramah cikgu mengenai kepelbagaian
sosiobudaya dan implikasinya terhadap pembangunan pendidikan.

Guru Selamat pagi. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke


sekolah ini dan terima kasih juga kerana saudara sudi memilih saya
untuk berkongsi pendapat dan pengalaman saya.

Pelatih Adakah kepelbagaian sosiobudaya mendorong pendidikan


berkembang ke arah abad ke-21? Mengapa?

Guru Ada. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan masa kini
sudah berbeza dengan pendidikan dahulu. Pada masa dahulu,
pendidikan hanya fokus kepada kurikulum murid-murid sahaja
manakala pendidikan masa kini mementingkan perkembangan
individu secara keseluruhan. Sosiobudaya dalam kalangan murid penting
untuk mewujudkan perpaduan antara kaum. Hubungan yang harmoni dapat
diwujudkan dalam kalangan murid yang berbeza kaum.

Pelatih Apakah aspek utama yang menjadikan medium untuk menyokong


pengurusan bilik darjah mesra budaya?

Guru Pada pandangan saya, penyerapan nilai murni dalam isi kandungan
subjek pengajaran penting untuk memupuk sikap saling menghormati
budaya kaum lain dalam kalangan murid. Sebagai contoh,
penyebaran semangat cinta akan negara dan bersatu padu dalam
pengajaran. Selain itu, pihak sekolah juga membina sudut seni untuk
mempamerkan hasil produk seni murid-murid seperti kraf tangan
kaum Melayu, Cina dan Iban. Sebagai contoh, murid-murid akan
menulis kaligrafi dan melukis corak batik. Dengan itu, murid-murid
mendapat peluang untuk mempelajari dan memahami kebudayaan
tradisional kaum lain.

Pelatih Pada pandangan cikgu, apakah peranan guru untuk mewujudkan


hubungan mesra dalam kalangan murid pelbagai kaum?

Guru Guru memainkan peranan sebagai teladan kepada murid-murid.


Jangan guru mewujudkan diskriminasi di dalam bilik darjah kerana
murid akan mencontohi perlakuan guru. Kalau guru sentiasa
mengkritik sesetangah murid atas isu perkauman, perselisihan faham
akan wujud dalam kalangan murid. Hubungan harmoni di dalam
kalangan murid susah diwujudkan. Jadi, guru perlu menggunakan
bahasa yang dapat difahami oleh semua murid semasa mengajar
dan tidak mengabaikan setiap murid untuk mengelakkan perasaan
sakit hati dalam diri murid.

Pelatih Bagaimanakah cikgu merancang proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas yang mempunyai murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum?

Guru Saya akan berhati-hati ketika menyelitkan unsur-unsur etnik lain


dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid
dapat saling memahami budaya kaum lain. Saya akan mengadakan
pembelajaran koperatif supaya murid-murid berlainan kaum dapat
berbincang bersama-sama untuk menghasilkan produk dan
mencapai sesuatu matlamat bersama-sama. Melalui itu, murid yang
mempunyai pelbagai latar belakang dapat berkongsi pengetahuan
dan pengalaman, belajar bersama-sama saling membantu dan
berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Dengan itu,
hubungan antara murid berlainan kaum dapat dieratkan.

Pelatih Apakah yang harus diambil perhatian oleh guru semasa mengajar di
dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai kaum?

Guru Pada pandangan saya, guru tidak dapat bersikap berat sebelah
terhadap mana-mana kaum untuk mengelakkan pertelingkahan
antara murid. Penggunaan bahasa guru juga perlu standard dan
berhati-hati supaya tidak menyakitkan perasaan murid-murid. Guru
perlulah mengelakkan perbincangan terhadap topik yang sensitif di
dalam kelas untuk mengelakkan kewujudan perselisihan faham
antara murid.

You might also like