Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Ulasan Jurnal

Sumber Jurnal:
Journal of Educational and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 175-208

Tajuk:
Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar, Universiti Teknologi
Malaysia

Penyelidik:
Yahaya Buntat, Noor Sharliana Mat Nasir
Universiti Teknologi Malaysia

1.0 ABSTRAK:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar,
mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan
persekitaran dengan kreativiti dan melihat tahap kreativiti pelajar. Seramai 71 orang pelajar
tahun empat SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah menjadi responden untuk kajian ini.
Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan soalan Ujian Personaliti Kreatif. Nilai
Alpha Cronbach ialah 0.876. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk mengira korelasi,
min, frekuensi serta peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu
faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran
mendorong kreativiti pelajar. Faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar ialah faktor
ilmu pengetahuan dengan nilai min 4.32. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti dengan nilai signifikan 0.000. Hasil
kajian juga menunjukkan seramai 2 orang pelajar berada pada tahap sangat kreatif, 46 orang
berada pada tahap kreatif dan 23 orang berada pada tahap sederhana kreatif. Beberapa
cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk
meningkatkan lagi tahap kreativiti di kalangan pelajar-pelajar universiti amnya.

2.0 PENGENALAN:
Penyelidik menerangkan dalam pengenalan berkenaan personaliti dan kreativiti manusia yang
berbeza-beza. Aspek personaliti yang diketengahkan adalah pendiam, serius, suka
mendorong, suka berkawan dan berfikir. Sesuatu cabaran dan situasi dapat dihubungkaitkan
dengan tingkah laku, nilai dan personaliti seseorang pelajar dan bagaimana cara mereka
mengendalikannya. Penyelidik juga menerangkan bahawa ciri-ciri personaliti yang unik dan

1
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

pelbagai mempengaruhi karektor seseorang individu. Manakala dari aspek kecenderungan


dan keupayaan kreativiti, penulis menyatakan bahawa kreativiti berkait rapat dengan faktor
diri, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Penyelidik juga menyatakan bahawa
kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik
biasa kerana logik bersifat ‘penilaian’ (judgemental) serta memerlukan pemikiran kreatif dan
analitis. Penyelidik mengetengahkan dalam kajian ini tentang Wawasan 2020 yang
merupakan satu gerakan kebangsaan baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh
rakyat supaya berada di depan bersama dunia yang berubah dengan cepat (Paimah, 2001).
Menurut penyelidik, modal insan adalah salah satu komponen penting dalam Rancangan
Malaysia ke-9 dan memerlukan asas pengilmuan, pendidikan dan kemahiran berfikir untuk
membentuk kualiti diri individu supaya boleh menjana idea yang bernas untuk menyelesaikan
masalah serta cabaran semasa. Penyelidik juga mencadangkan supaya para pendidik dapat
bekerjasama dengan kerajaan untuk membentuk generasi yang mahir menggunakan
pemikiran dan kreativiti serta menjadi insan. yang cemerlang dari segenap aspek.

Terdapat pernyataan berasaskan rujukan dalam jurnal ini mengenai personaliti dan kreativiti
iaitu:
a) Personaliti individu yang kreatif memiliki peribadi yang unik. Unik bermakna lain
daripada yang lain, ia terdiri daripada perspektif cara berfikir, bertindak dan bertindak
balas dengan persekitarannya (Mohd. Azhar,2004).
b) Kreativiti tahap tinggi amat memerlukan pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli
belum tentu boleh berjaya jika ia dipasarkan (Mohd. Azhar,2004).

3.0 PERNYATAAN MASALAH:


Dalam bahagian pernyataan masalah, terdapat beberapa aspek yang diketengahkan oleh
penyelidik. Antaranya adalah keperluan kreativiti amat diperlukan dalam kalangan pelajar
samada semasa proses pembelajaran ataupun di alam pekerjaan. Hal ini demikian memberi
impak yang positif terhadap pembangunan modal insan yang mempunyai minda kelas dalam
sesebuah negara. Aspek kedua adalah, penyelidik menyatakan bahawa kesemua kajian
mengenai kreativiti sama ada kajian luar atau dalam negara lebih menumpukan kajian kepada
pelajar diperingkat alam persekolahan. Oleh yang demikian, penyelidik menitik beratkan
kajian mengenai kreativiti terhadap tenaga pengajar atau guru yang akan mengajar generasi-
generasi muda supaya dapat mendidik pelajarnya dengan baik dan berkesan. Aspek

2
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

seterusnya adalah penyelidik mengambil inisiatif untuk membuat kajian mengenai kreativiti
terhadap pelajar-pelajar di peringkat institut pengajian tinggi yang mengikuti pengajian dalam
bidang pendidikan. Kajian akan dilakukan ke atas pelajar tahun empat SPH yang akan
menjadi pendidik generasi muda dan secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar kreatif
dan inovatif. Hal ini demikian bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun 1993 dan 1994
iaitu Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan. Manakala tema Hari Guru 2003 ialah
Guru Berkualiti Aspirasi Negara (Utusan Malaysia, 2003). Selain itu penyelidik juga
mengambil berat faktor yang berhubung kait dengan konsep kreativiti iaitu faktor ilmu
pengetahuan, gaya berfikir, pesonaliti, motivasi dan keadaan persekitaran. Oleh yang
demikian, 8 pengkaji telah melakukan kajian ke atas siswazah pendidikan di UTM untuk
melihat faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan tahap kreativiti bakal pendidik kelak.

Terdapat pernyataan rujukan yang dinyatakan oleh penyelidik bagi mengukuhkan pernyataan
masalah iaitu:
a) Ciri modal insan kelas pertama adalah melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan
berfikir secara kritikal (Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara, 2007-2010).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN:


Objektif kajian ini adalah:
1) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
2) Mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknogi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
3) Mengenal pasti hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
4) Mengenal pasti tahap kreativiti pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.

5.0 PERSOALAN KAJIAN:


Persoalan-persoalan kajian adalah:
1) Apakah faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun empat,
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?

3
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

2) Apakah faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun empat,
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?
3) Adakah terdapat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?
4) Apakah tahap kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?

6.0 DEFINISI ISTILAH:

Kreativiti
Kreativiti bermaksud kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu (Kamus Dewan, 2002).
Penyelidik menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis kreativiti dan kajian ini hanya
menumpukan kepada kreativiti pelajar dalam aspek personaliti. Menurut Raudsepp (1997),
kreativiti dapat dilihat melalui personaliti seseorang dengan menjalankan Ujian Personaliti
Kreatif.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Menurut Munir Shuib (2001), kemahiran berfikir bukan sahaja berupaya meningkatkan
penguasaan pengetahuan, malah ia juga dapat meningkatkan aras motivasi dalam diri pelajar.
Penyelidik menyatakan bahawa berfikir dengan menggunakan stail kreatif adalah keupayaan
melihat sesuatu daripada pelbagai sudut kerana orang yang kreatif memiliki sifat fleksibiliti
iaitu keupayaan melahirkan pelbagai idea dalam pelbagai kategori.

7.0 KAJIAN LITERATUR:


Dalam bahagian kajian literatur, penyelidik menghuraikan bahawa kreativiti merupakan
bidang yang agak luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Kajian menunjukkan
manusia zaman prasejarah membuat pelbagai aktiviti harian dengan kreativiti mereka seperti
bercucuk tanam, memburu, mencipta pelbagai jenis peralatan harian dan berkomunikasi.
Menurut penyelidik, manusia menggunakan kemahiran kreatif untuk menjalani kehidupan
pada zaman primitif sehingga mampu membina tamadun-tamadun yang hebat seperti
tamadun Islam, Rom, Yunani, China, Euphrates dan India. Penyelidik juga membahagikan
kajian literatur kepada beberapa bahagian iaitu kreativiti, kemahiran berfikir, pemikiran
kreatif, kajian luar negara dan kajian dalam negara.

4
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Terdapat pernyataan berdasarkan rujukan yang dikemukakan oleh penyelidik iaitu:-


i. Kreativiti telah bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan
sejarah dan tamadun hidup di barat dan timur dalam pelbagai bidang kehidupan
seperti ekonomi, politik dan sosiobudaya daripada kuo-klasik hinggalah kepada pasca
moden (Mohd Azhar,2001).
ii. Menurut Canby (1980) dalam Mohd. Yusof (1998), menyatakan bahawa kegiatan
kreativiti sains dan teknologi telahpun bermula sejak 30 000 tahun yang lampau.

Kreativiti
Kebanyakan pengkaji beranggapan bahawa seseorang yang dikatakan kreatif mestilah
menghasilkan satu produk yang mempunyai nilai. Namun, penyelidik menyatakan bahawa
kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kewujudan manusia kerana setiap manusia
mempunyai potensi dan kebolehan dalam kreativiti tetapi berbeza-beza mengikut sikap,
persekitaran dan jenis masalah yang dihadapinya. Manusia pada kebiasaannya menyelesaikan
masalah dengan berfikir secara kreatif dan kritis.

Terdapat pernyataan berdasarkan rujukan mengenai kreativiti iaitu:-


i. Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak tidak berasaskan logic
biasa kerana logik bersifat penilaian (judgemental) (Mohd Azhar, 2004).
ii. Feldmen (2000) menyatakan bahawa kreativiti bukannya isu yang hanya berhubung
dengan proses kognitif, idea dan penyelesaian masalah, malah kreativiti ialah suatu
bidang yang luas dan menyentuh pelbagai dimensi berikut:
a) Etimologi kreatif.
b) Konsep kreativiti.
c) Proses kognitif.
d) Personaliti kreatif.
e) Proses sosial dan emosi.
f) Persekitaran dan budaya kreatif.
g) Aspek keluarga misalnya perkembangan dan daya asuhan kanak-kanak.
h) Pendidikan dan persediaan secara formal dan tidak formal.
i) Kriteria domain dan bidang.
j) Aspek sosial dan budaya.

5
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

k) Aspek sejarah, peristiwa dan trend.

Kemahiran Berfikir
Penyelidik menyatakan bahawa kebanyakan pakar-pakar bersetuju bahawa kemahiran
berfikir adalah satu proses dan berkait rapat dengan kemahiran menyelesaikan masalah.
Selain itu, berfikir juga melibatkan individu mencari dan mengenalpasti makna dan
pemahaman terhadap sesuatu perkara, menerbitkan idea, merekacipta, menerokai pelbagai
kemungkinan, merenung nilai, membuat pertimbangan, mentafsir maklumat dan membuat
keputusan. Takrifan Dewey (1993) mengenai kemahiran berfikir adalah takrifan yang paling
berpengaruh sehingga ke hari ini. Beliau berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah satu
aktiviti mengawal, menguasai dan menyesuaikan diri kepada persekitaran yang sukar.

Terdapat pelbagai takrifan yang diketengahkan oleh penyelidik iaitu:-


i. Dewey (1993) mengaitkan berfikir dengan perilaku individu.
ii. Mayer (1983) menyifatkan kemahiran berfikir sebagai kemahiran pengolahan operasi
mental yang merangkumi pengetahuan, pengamatan dan penghasilan sesuatu.
iii. Costa (1985) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses rangsangan-rangsangan
luar oleh minda melalui deria-deria.
iv. Ainon dan Abdullah (1994) menyatakan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran
menggunakan maklumat untuk pelbagai kegiatan aktif.

Pemikiran Kreatif
Penyelidik menyatakan bahawa terdapat banyak kajian yang dibuat berkenaan kemahiran
untuk berfikir secara kreatif. Menurut kamus Webster’s (1976) dalam Mohd Azhar (2001),
pemikiran kreatif ialah, “the ability to bring something new existence”. Definisi ini
melambangkan bahawa manusia mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan pelbagai
masalah meskipun dalam keadaan yang mencabar dan kritikal. Definisi ini juga
menggambarkan bahawa manusia mempunyai kebolehan dalam berkreativiti dengan
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Ainon dan Abdullah (1996) juga menyatakan
bahawa individu yang berlainan mempunyai potensi kreativiti yang berbeza dalam bidang
masing-masing.

6
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Kajian Luar Negara


Terdapat pelbagai kajian luar negara yang dinyatakan oleh penyelidik dalam kajian literatur
kajian ini, antaranya:-
i. Calvin Taylor dan persatuannya (1956) dalam Leonard (1994) telah membina biografi
mengenai ahli-ahli saintifik mengenai potensi yang kreatif.
ii. Di Institute for Personality Research and Assesment di California University,
(Mackinnon, 1962) membuat kajian mengenai pengenalpastian individu yang
produktif secara kreatif dalam pelbagai bidang dalam memastikan kualiti manakah
yang menyebabkan mereka ini unik daripada yang lain.
iii. Guilford (1973) dalam Yong (1989) membuat kajian mengenai perbezaan kreativiti
antara individu.
iv. Getzels dan Jackson (1962) membuat satu kajian dengan memilih beberapa kumpulan
pelajar kelas pertengahan yang mana telah berjaya menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam ujian kebijaksanaan dan telah membandingkan mereka dengan
sekumpulan pelajar biasa yang juga mendapat kutipan skor yang tinggi dalam ujian
kreativiti yang dicadangkan oleh Guilford (1962).

Kajian Dalam Negara


Penyelidik juga menyatakan pelbagai kajian mengenai kreativiti yang telah di jalankan di
Malaysia, antaranya:-
i. Yong (1989) merupakan pensyarah yang berkhidmat di Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya menjalankan kajian yang bertujuan untuk melihat kebolehan kreativiti di
kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia dan hubungan kreativiti dengan
bilangan individu, sekolah dan tempat tinggal.
ii. Dr. Ananda Kumar Palaniappan (2005) seorang pensyarah Universiti Malaya
membuat satu penyelidikan mengenai kreativiti yang bertajuk Creativity and
Academic Achievement: A Malaysia Perspective.
iii. Norallina et al. (2007) dan Ahmad Daud (2007) telah menjalankan kajian untuk
melihat tahap kreativiti serta faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan
individu yang sudah bekerja atau yang berada dalam sesuatu organisasi.
iv. Ahmad Daud (2007) telah melakukan kajian ke atas Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Selatan Johor mendapati

7
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

daripada 60 orang responden majoriti daripada mereka berada pada tahap kreativiti
yang kreatif iaitu seramai 43 orang dengan peratusan 71.3%.

8.0 TEORI BERKAITAN:


Penyelidik menggunakan beberapa teori dalam kajian ini bagi mengukuhkan tahap
pencapaian dapatan kajian ini. Antara teori tersebut adalah Teori Kreativiti Sternberg dalam
Mohd Azhar (2004) dan Teori Motivasi Intrinsik Amabile (Amabile, 1999).

Teori Kreativiti Sternberg


Terdapat enam pemboleh ubah dalam teori ini yang dihuraikan oleh penyelidik. Antaranya:-
1) Kepintaran
a. Kepintaran Sintetikal
b. Kepintaran Analitikal
c. Kepintaran Praktikal
2) Pengetahuan
3) Gaya Berfikir
4) Personaliti
5) Motivasi
a. Intrinsik atau personal
b. Ekstrinsik
c. Keadaan persekitaran

Teori Motivasi Intrinsik Amabile


Penyelidik menghuraikan bahawa motivasi intrinsik adalah dorongan yang mendalam kepada
minat, penglibatan dalam sesuatu pekerjaan dan sikap individu yang cenderung terhadap
cabaran. Asas tahap motivasi seseorang dilihat pada orientasi terhadap kerjanya, hasil
kreativitinya dan pengaruh persekitaran kerja (Amabile, 1999).

Terdapat tiga perkara positif dikenalpasti berkaitan dengan motivasi intrinsik. Antaranya:-
1) Sikap motivasi seseorang yang berkaitan dengan tahap motivasi seseorang sama ada
pada tahap tinggi atau rendah adalah berhubungkait dengan tahap kreativiti.

8
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

2) Agen motivasi yang digunakan untuk menggalakkan motivasi (synergistic entrinsic


motivator) di mana pengkaji akan melihat faktor pendorong seperti angerah,
penghargaan, pengiktirafan dan maklum balas pihak berkenaan.
3) Motivasi intrinsik iaitu individu diminta menyelesaikan masalah (problem solving)
dan diminta membuat keputusan (decision making) berdasarkan sumber dan
maklumat yang ada di persekitarannya.
Motivasi dan Kreativiti
Penyelidik menyatakan tentang komponen utama dalam membina individu kreatif oleh
Amabile iaitu kepakaran, kemahiran berfikir kreatif dan motivasi. Amabile (1999)
menyatakan bahawa motivasi adalah semangat yang dipandu oleh kekuatan dalaman dan
luaran untuk mencapai sesuatu maklumat. Penyelidik juga menyatakan terdapat banyak
kajian psikologi yang dijalankan membuktikan bahawa motivasi dalaman seperti minat,
perasaan ingin tahu dan gigih dapat membangkitkan motivasi individu untuk terus berjaya
dalam bidang yang diceburi.

Ilmu Pengetahuan dan Kreativiti


Menurut Mohd Azhar (2004), kepintaran intelek tanpa kreativiti tidak akan mampu
memperoleh suatu imaginasi dan visualisasi yang luar biasa. Menurut Ainon Mohd dan
Abdullah Hassan (1999):
i. Apabila kita memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang
barulah kita dapat menghasilkan idea yang asli dan bermanfaat.
ii. Ilmu mendorong kreativiti untuk menghasilkan jenis-jenis idea yang menentang
kebiasaan dalam sesuatu bidang.
iii. Ilmu yang mendalam berguna untuk mencipta hasil kerja terakhir yang tinggi
mutunya. Ilmu pengetahuan membolehkan otak memikirkan perkara yang lebih besar.
iv. Ilmu pengetahuan membantu kita nampak apa-apa yang berlaku secara tidak sengaja.

9.0 METODOLOGI KAJIAN:


Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah berbentuk kaedah tinjauan. Kajian
penyelidikan ini lebih berbentuk kajian deskriptif atau perihal dengan menggunakan kaedah
kuantitatif yang dibuat secara kajian kes. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Manakala tempat khusus kajian ini dijalankan adalah Fakulti Pendidikan.
Selain itu, populasi kajian adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun empat yang

9
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

mengikuti program Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Sesi
2007/2008 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Jumlah populasi yang kecil
menyebabkan penyelidik memilih populasi secara persampelan tidak rawak bertujuan
mengambil keseluruhan populasi sebagai sampel untuk kajian ini. Seramai 71 orang sampel
yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 55 orang perempuan pelajar tahun empat, Ijazah
Sarjana Muda serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai terlibat sebagai responden bagi kajian ini. Alat atau instrument pengukuran
yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan satu set borang Ujian Personaliti Kreatif untuk
melihat tahap kreativiti pelajar. Item-item soalan dalam kajian ini adalah untuk mengenal
pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar, faktor utama yang mendorong kreativiti
pelajar, hubungan antara keadaan persekitaran dan kreativiti serta menguji tahap kreativiti
pelajar. Dalam bahagian analisis data, penyelidik telah membuat kajian rintis terhadap 10
orang pelajar empat SPA Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Data yang diperolehi menerusi
soal selidik dari kajian rintis tersebut dianalis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 15 for Windows. Hasil daripada analisis menunjukkan nilai
pekali Alpha yang diperolehi bagi item soalan B ialah 0.876 dan bahagian C, Ujian
Personaliti Kreativiti menunjukkan majoriti responden berada pada tahap kreatif. Hal ini
demikian menunjukkan soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh
digunakan untuk membuat kajian sebenar. Selain itu, penyelidik mendapatkan kesahan soal
selidik daripada pakar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kreativiti iaitu
En. Mohd Azhar Bin Abd. Hamid ( B.A Hons Lin:M.ED Education & Development),
Pensyarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, UTM, dan. Seorang yang berpengalaman
dalam Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan iaitu Dr. Yahya Buntat (Pensyarah
Kanan). Dalam menguji kebolehpercayaan instrument kajian, penyelidik menggunakan
Model Alpha Cronbach. Data yang diperoleh melalui soal selidik ditukar kepada kod-kod
tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data
kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti min, frekuensi,
peratusan dan kaedah analisis inferensi seperti korelasi.

10.0 HASIL DAPATAN KAJIAN:

10
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Sejumlah 71 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan semua soal selidik
dikembalikan oleh responden. Hasil analisa latar belakang responden menunjukkan sebanyak
16 orang (22.5%) responden lelaki dan 55 orang (77.5%) responden lelaki. Ini menunjukkan
terdapat ramai pelajar perempuan yang memilih kerjaya sebagai guru bagi matapelajaran
Kemahiran Hidup berbanding pelajar lelaki. Analisa terhadap bangsa menunjukkan terdapat
seramai 67 orang (94.4%) responden terdiri daripada bangsa Melayu, sebanyak 3 orang
(4.2%) terdiri daripada bangsa Cina dan hanya seorang (1.4%) responden terdiri daripada
bangsa India. Ini menunjukkan bangsa Melayu merupakan keturunan majority yang
menceburi bidang perguruan ini. Analisa terhadap latar belakang pendidikan menunjukkan
jumlah terbesar responden yang mempunyai sijil Diploma ialah seramai 43 orang (60.6%).
Kedua terbesar adalah responden yang mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
seramai 20 orang dan yang paling sedikit ialah seramai 8 orang (11.3%) responden yang
mengikuti program Matrikulasi.

Hasil dapatan menerusi analisa persoalan kajian adalah seperti berikut:-


i. Persoalan kajian pertama: Apakah faktor-faktor yang mendorong kreativiti di
kalangan pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM?
Purata min skor yang diperolehi daripada analisa faktor ilmu pengetahuan adalah
tinggi iaitu 4.33. Manakala purata min skor bagi analisa faktor gaya berfikir adalah
3.74. Purata min skor bagi analisa faktor personaliti adalah 4.20 dan purata min skor
analisa faktor motivasi adalah 4.27.
ii. Persoalan kajian kedua: Apakah faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan
pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), UTM?
Hasil dapatan menunjukkan faktor ilmu pengetahuan mendapat nilai min pada tahap
yang tertinggi iaitu 4.32 diikuti faktor motivasi iaitu 4.27, faktor personaliti iaitu 4.20,
faktor keadaan persekitaran iaitu 4.13 dan nilai min paling rendah adalah faktor gaya
berfikir iaitu 3.73. Selain itu, purata kesemua faktor mendapat nilai min 4.13 dan
masih berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang demikian, nilai min yang tertinggi
adalah faktor ilmu pengetahuan merupakan faktor utama yang mendorong kreativiti
pelajar tahun empat yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.

11
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

iii. Persoalan kajian ketiga: Adakah terdapat hubungan antara keadaan persekitaran
dengan kreativiti pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?
Hasil dapatan menunjukkan pekali korelasi antara pembolehubah kreativiti dengan
keadaan persekitaran adalah tinggi iaitu 0.712. Manakala nilai signifikan bagi kedua-
kedua pemboleh ubah adalah 0.000 menunjukkan terdapat satu perkaitan signifikan
antara pemboleh ubah kreativiti dengan keadaan persekitaran. Oleh yang demikian,
pembolehubah keadaan persekitaran dan kreativiti mempunyai perhubungan yang
kuat disebabkan nilai korelasi menghampiri 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali).
iv. Persoalan kajian keempat: Apakah tahap kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM?
Hasil dapatan menunjukkan terdapat 2 orang (2.8%) responden yang sangat kreatif.
Manakala responden yang mempunyai tahap kreativiti kreatif adalah 46 orang
(64.8%) dan tahap sederhana kreatif seramai 23 orang (32.4%) responden. Hal ini
menunjukkan majoriti pelajar tahun empat yang mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) adalah kreatif.

11.0 Ulasan/Komen Individu


Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mencapai objektif yang diketengahkan oleh
penyelidik dalam kajian ini. Selain itu, objektif kajian juga mencapai matlamat kerana dapat
menjawab semua persoalan kajian ini. Abstrak kajian ini juga lengkap kerana mempunyai
penerangan yang jelas mengenai tujuan kajian, metodologi kajian dan cara menganalisis data.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar,
mengenalpasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan
persekitaran dengan kreativiti dan melihat tahap kreativiti pelajar. Sampel kajian ini terdiri
daripada 71 orang pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, UTM. Manakala intrumen kajian ini adalah borang
soal selidik dan soalan Ujian Personaliti Kreatif dan hasil analisis data menunjukkan nilai
Alpha Cronbach ialah 0.876 serta mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Data
yang diperolehi juga dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mengira korelasi, min frekuensi dan peratusan.

12
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Dapatan kajian menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu faktor ilmu
pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran mendorong
kreativiti pelajar. Faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar ialah faktor ilmu
pengetahuan dengan nilai min 4.32 dan hasil kajian menunjukkan perhubungan yang
signifikan antara keadaan persekitaran dan kreativiti dengan nilai signifikan 0.000. Selain itu,
hasil kajian juga menunjukkan seramai 2 orang pelajar pada tahap sangat kreatif, 46 orang
pada tahap kreatif dan 23 orang pada tahap sederhana kreatif. Terdapat dua cadangan yang
diketengahkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah dapatan kajian diharapkan
dapat membantu penyelidik lain dan pihak berkaitan mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) dan mencari usaha serta idea untuk melunaskan perkara
berkenaan. Cadangan seterusnya adalah maklumat kajian ini dapat memberi kesedaran
kepada semua pihak dalam mengambil serius aspek kreativiti kerana mampu mempengaruhi
kualiti kerja atau aktiviti seharian individu. Selain itu, maklumat dalam kajian ini dapat
membantu pelajar-pelajar institut pengajian tinggi meningkatkan prestasi dengan menjadi
individu yang kreatif. Selain itu, terdapat beberapa rujukan yang tidak disenaraikan dalam
senarai rujukan. Antaranya adalah Yong (1989), Raudsepp (1997) dan Leonard (1994).

Kajian ini secara keseluruhannya amat berguna kepada semua pihak kerana aspek
kreativiti amat penting dalam mempengaruhi prestasi kerja atau akademik individu. Selain
itu, penyelidik juga menyatakan pernyataan kajian dengan jelas dan disokong oleh rujukan-
rujukan yang terkini. Hal ini demikian dapat meyakinkan semua pembaca. Dari aspek
penyusunan kosa kata dan ayat, penyelidik menggunakan bahasa yang amat mudah difahami
oleh pembaca dan jurnal ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Kajian ini sangat
bertepatan dengan Wawasan 2020 yang mempunyai matlamat untuk melahirkan modal insan
yang memerlukan individu yang mahir menggunakan cara berfikir secara kreatif. Manakala
dari aspek analisis data, penyelidik menghuraikan dengan jelas tentang data yang diperoleh
dan bagaimana data tersebut dianalisis mengikut turutan yang betul. Tidak terdapat
kecelaruan idea dalam memahami konsep dan tujuan kajian ini dijalankan kerana setiap
pernyataan kajian disokong oleh rujukan-rujukan yang bernas dan meyakinkan. Selain itu,
idea yang dicadangkan oleh penyelidik dapat memberi kesedaran kepada pihak-pihak
berkaitan supaya menjalankan kajian yang berfokuskan kreativiti dengan lebih banyak.

13
ROZANA BINTI REDUAN (UPSI) 2013

Selain itu, pembaca lebih mudah mendapat pengetahuan yang lebih meluas mengenai
cabang kreativiti yang lain. Hal ini demikian membolehkan pembaca tidak keliru atau
miskonsepsi tentang kreativiti seperti sebelum membaca kajian ini. Konsep personaliti juga
dapat dilihat dengan jelas hubungannya dengan kreativiti. Selain itu, maklumat daripada
kajian ini seperti hubungkait antara motivasi dan kreativiti serta hubungkait antara ilmu
pengetahuan dengan kreativiti dapat memberi pengetahuan yang bermakna dalam kehidupan
kerana perkara atau aspek ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Oleh yang
demikian, kajian ini memberi impak yang positif kepada penghasilan individu yang mahir
dalam menggunakan pemikiran secara kreatif dan melahirkan individu yang mempunyai
peribadi yang unggul serta berwibawa.

14

You might also like