Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENULISAN : ISU KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI DI ANTARA KUMPULAN ETNIK DAN

WILAYAH - PUNCA DAN CARA MENGATASI DARI SEGI POLITIK DAN KERJASAMA DI
ANTARA WILAYAH DAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT

1.0 Pendahuluan

Masyhurnya Malaysia kerana keunikannya yang merupakan sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum dan etnik. Perkara ini mewujudkan kepelbagaian dalam aspek bahasa, agama,
adat, nilai dan kepercayaan (Wan Hashim, 2011). Berdasarkan taburan penduduk mengikut
etnik dalam Rajah 1, ini menunjukkan bahawa negara kita diwarnai dengan pelbagai kaum
terutamanya Melayu, Cina dan India.

Perkembangan ini sebenarnya adalah hasil daripada dasar penjajahan British yang telah
membawa impak kepada sosial masyarakat di mana mereka dapat mempelajari dan berkongsi
budaya, bahasa serta nilai-nilai kaum dan pada waktu yang sama, kepelbagaian sosio-budaya
dapat diadaptasikan. Bertitik tolak daripada itu, hal ini juga memberi impak kepada ekonomi,
sosial dan politik di Tanah Melayu pada ketika itu. Terutamanya dalam aspek ekonomi,
kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah membawa perubahan yang memberi kesan
sehingga kini.

Rajah 1 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

4
2.0 Isu Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kumpulan Etnik dan Wilayah

Jika ditelusuri, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu ini dapat dibahagikan kepada beberapa
peringkat perkembangan iaitu era pra-penjajah, era penjajah dan era selepas merdeka
(Hamidah et.al, 2009) seperti yang diterangkan dalam Rajah 2 di bawah.

Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu beroperasi sebagai


pelabuhan semula jadi.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan kota
Era Pra-Penjajah
Melaka sebagai sebuah pelabuhan 'entrepot'
Menunjukkan taraf keupayaan pemerintah dan penduduk
mengendalikan sistem ekonomi yang maju dan berjaya.

Campur tangan kuasa Eropah setelah termetrainya perjanjian


Inggeris-Belanda (1824) - pihak Inggeris berjaya meluaskan
perdagangan di Tanah Melayu.
Perjanjian Pangkor (1873) memberi kuasa kepada Inggeris dalam
Era Penjajah
pengutipan hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga (buruh
asing).
Pengukuhan dasar pecah dan perintah di negeri-negeri jajahan
Inggeris.
Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki
keadaan ketidakseimbangan ekonomi tetapi masih jauh lagi daripada
memuaskan.
Era Selepas Mempelbagaikan corak ekonomi dalam sektor pertanian.
Merdeka Merancang aliran umum revolusi ekonomi dalam satu siri rancangan
lima tahun.
Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dilancarkan dengan pengenalan
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).
Rajah 2: Peringkat Perkembangan Ekonomi

2.1 Isu Jurang Kemiskinan Antara Kaum

Berkait dengan kedatangan penjajah ke Tanah Melayu yang menjalankan dasar pecah-perintah
telah menempatkan orang-orang Cina tinggal di bandar untuk menjalankan perniagaan dan di
kawasan lombong manakala orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sebagai petani dan
nelayan kecil manakala orang India menjadi buruh kasar dan bekerja di estet serta ladang-
ladang. Ketidakadilan dasar dan pentadbiran British di Tanah Melayu khususnya amalan dasar

5
Pecah dan Perintah ini berjaya memisahkan masyarakat Melayu kepada beberapa kumpulan
kecil seperti golongan raja, bangsawan atau elit Melayu dan rakyat bawahan (Ishak Saat,
2013).

Hal ini menyebabkan pada awal kemerdekaan kedudukan ekonomi masyarakat


bumiputera khususnya masyarakat Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Ramai orang
Melayu hanya memiliki kebun getah dan kelapa yang berkeluasan tidak melebihi tiga ekar
seorang dan diberikan tanah yang dikategorikan sebagai Rizab Melayu oleh British (Mohamed
Ali dan Ayu Nor Azilah, 2017). Disebabkan itu, orang Melayu terpisah daripada ekonomi moden
dan kekal menjalankan ekonomi tradisional. Jika dilihat, jurang kemiskinan antara kaum
menjadi semakin meluas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dan Jadual 1.

Rajah 3: Jurang kemiskinan antara kaum

Jadual 1: Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Keluarga antara kaum

Jurang yang terhasil ini menunjukkan ketidakserataan dalam agihan pendapatan isi
rumah di mana perbelanjaan isi rumah kaum Cina adalah 1.7 kali ganda daripada isi rumah
kaum Melayu sedangkan mereka mempunyai saiz isi rumah yang terlalu besar. Seterusnya,
walaupun pengurangan kemiskinan dijalankan, terdapat juga isu yang berlaku di mana pada
tahun 2002 misalnya didapati insiden kemiskinan Melayu/Bumiputera ialah 7.3% berbanding
Cina 1.5% dan India 1.9% (Mohd Saifoul et.al, 2013). Bukan itu sahaja, dalam pekerjaan orang

6
Melayu tertumpu dalam bidang pertanian di mana hasil per kapita merupakan yang terendah
antara semua sektor dan di mana kejadian kemiskinan paling tinggi, iaitu melebihi 70%
daripada kesemua isi rumah dalam kemiskinan (Just Faaland et.al, 2005).

Mengapa perkara sebegini boleh berlaku ? Hal ini kerana penempatan ekonomi
mengikut etnik di mana sektor yang dikuasai oleh orang Melayu memerlukan tenaga yang
banyak akan tetapi hasilnya kurang. Perkara inilah yang membawa kepada isu ketidakpuasan
hati dan ketidakseimbangan ekonomi serta masih perlu ditambahbaik sehingga kini. Hal ini
kerana jika perkara ini tidak ditangani, ianya boleh menggugat perpaduan masyarakat.

2.2 Isu Hak Milik Kekayaan

Di samping itu, hak milik kekayaan juga menjadi isu apabila berlakunya ketidakseimbangan
pegangan hak milik saham dalam syarikat berhad di Malaysia Barat pada tahun 1970.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Nazri et.al (2011), menyatakan peratusan pemilikan
kekayaan negara bagi orang Melayu tidak banyak berubah dan gagal mencapai matlamat 30%
penguasaan dalam kekayaan negara.

Kajian ini juga membuktikan sehingga tahun 2004, pemilikan kekayaan negara oleh
orang Melayu hanya berjumlah 18.9% sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Perkara
yang sama juga berlaku dalam pemilikan bangunan dan premis komersial. Mengapa
pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak seimbang ini
berlaku ? Hal ini disebabkan rata-rata orang Melayu pada ketika itu terdiri daripada pesawah,
penoreh dan nelayan serta mereka tidak terdedah kepada ekonomi moden yang dijalankan di
bandar. Dasar pecah-perintah yang dibawa penjajah memberi kesan sehingga meletakkan
ekonomi masyarakat Melayu sehingga ke tahap itu.

7
Jadual 2 : Peratusan hak milik modal saham mengikut etnik

Implikasi sosiopolitik bagi sistem ekonomi yang terbahagi mengikut etnik merupakan
ancaman yang lebih besar kepada kestabilan sosial dan kemajuan ekonomi (Just Faaland et.al,
2005). Hal ini di mana hanya satu-satu kaum yang mendominasi purata kekayaan negara.
Disebabkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera berada pada tahap yang rendah pada
ketika itu, jadi mereka diberikan keistimewaan dalam bidang ekonomi untuk menstabilkan
ekonomi antara etnik. Akan tetapi, isu ini juga dibangkitkan semula apabila hak keistimewaan
orang Melayu dipersoalkan kembali. Mengapa orang Melayu diberikan keistimewaan ini ?
Sedangkan suatu ketika dahulu persetujuan telah diterima bahawa etnik Melayu menerima
prinsip jus soli manakala bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang Melayu di
bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam artikel yang ditulis oleh Nazri (2018), menyatakan kesan daripada peninggalan
penjajah, orang Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan
perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Disebabkan itulah
orang Melayu mendapat keistimewaan dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi
dapat dihapuskan. Perkara-perkara sebeginilah yang terkadang membawa kepada pertikaian
etnik dan sebenarnya ianya perlu difahami dengan sedalamnya agar tidak terus menjadi isu.

3.0 Punca ketidakseimbangan Ekonomi antara Kumpulan Etnik

3.1 Kesan Dasar Ekonomi Bebas Penjajah British

Ekoran Dasar Pecah dan Perintah yang diawa oleh penjajah, hal ini menjadikan ekonomi
sesuatu kaum tertumpu kepada fungsi ekonomi yang tertentu sahaja. Contohnya Orang melayu
masih dengan pertanian dan perikanan manakala Orang Cina dengan perusahaannya. Hal ini
telah membawa kepada kemunduran orang Melayu yang terus menetap di kampung tradisional,

8
komuniti India di ladang getah, manakala orang Cina di kawasan perlombongan dan pinggir
bandar (Mohamed Ali dan Ayu Nor Azilah, 2017).

Jika dilihat, orang Melayu masih dengan ekonomi tradisional menyebabkan penduduk
kampung semakin ketinggalan dan penduduk bandar pula semakin berkembang. Perkara ini
menjadikan wujudnya jurang ekonomi antara kaum yang tidak stabil. Situasi ini menyebabkan
prestasi ekonomi orang Melayu tidak mencapai kemajuan malahan semakin merosot (Mardiana
dan Hasnah, 2014). Hasil dapatan yang diperoleh oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) mengenai keterlibatan etnik dalam setiap sektor itu
jelas menunjukkkan ketidakstabilan ekonomi yang berlaku seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Sumber Jabatan Percetakan Negara: Kuala Lumpur,66

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat etnik bumiputera lebih giat bekerja di sektor
pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan. Manakala etnik Cina lebih giat di sektor
perlombongan, pembuatan, pembinaan dan perdagangan yang melibatkan kawasan bandar.
Jika dibandingkan dua etnik ini sahaja sudah dapat dilihat jurang ekonomi yang berlaku kerana
keterlibatan etnik dalam sektor-sektor ini tidak seimbang. Hal ini kerana penetapan ini telah
dilakukan oleh penjajah yang menyebabkan etnik-etnik ini sudah terbiasa dengan ekonomi yang
mereka jalankan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah mereka.

Walaupun kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha dalam menyeimbangkan


ekonomi ketika itu seperti Rancangan Malaysia dalam tempoh lima tahun, namun hasilnya tidak
begitu memuaskan. Hal ini kerana jika pemikiran masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak mahu
memajukan diri mereka sendiri dan masih terikat dengan ekonomi yang ditentukan oleh
penjajah dahulu, tahap peningkatan ekonomi antara etnik tersebut tidak akan dapat dicapai

9
kestabilannya. Berikutan itu, punca ini boleh diatasi sekiranya setiap etnik mempunyai sikap
bertolak ansur dan wujudnya nilai kebersamaan dalam meningkatkan ekonomi negara.

4.0 Cara Mengatasi Ketidakseimbangan Ekonomi

4.1 Rancangan Pembangunan 5 Tahun

Keadaan ekonomi yang berlaku ini menjadi suatu kebimbangan buat kerajaan dan mereka telah
melaksanakan suatu inisiatif dan langkah awal iaitu melalui aliran umum evolusi ekonomi dalam
satu siri rancangan lima tahun. Terdapat tiga Rancangan Pembangunan Lima Tahun pada
tahap yang pertama iaitu dimulakan dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960),
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) yang
diperkenalkan selepas kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia pada tahun 1963
(Mohamed Zaini, 2016). Sehubungan itu, banyak program yang dilaksanakan meliputi aspek
ekonomi dan sosial untuk kepentingan penduduk tanpa mengira batasan etnik ke arah
pengukuhan ekonomi seperti pembangunan infrastruktur dan pembangunan luar bandar,
program perindustrian dan mempelbagaikan pembangunan ekonomi.

Walaupun begitu, tahap peningkatan ekonomi kaum bumiputera tidak begitu


memuaskan dan jurang ekonomi antara kaum masih lagi besar serta tercetusnya Peristiwa 13
Mei 1969 yang mengorbankan banyak nyawa. Usaha membasmi kemiskinan serta
meningkatkan taraf pendapatan rakyat yang dimulakan dalam Rancangan Malaya Kedua masih
kurang berjaya, terutamanya usaha untuk menyeimbangkan pendapatan purata isi rumah
antara kaum (Lee et.al, 2013). Rentetan itu, kerajaan telah meneruskan rancangan ini pada
tahap yang kedua iaitu melalui Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK-2) (1971-1975) bagi
menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi
dan politik dapat dicapai (Ahmad Ali dan Warti, 2013).

10
Rancangan ini diteruskan sehinggalah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2021). Usaha-
usaha kerajaan dalam menyeimbangkan ekonomi ini dilihat sebagai suatu rancangan yang
berstrategi dan berterusan di mana perancangan tersebut dibuat sesuai dengan keadaan
ekonomi yang berlaku dan sentiasa mencuba untuk mengatasi sebarang masalah yang
dihadapi. Dapat dirumuskan perancangan lima tahun ini dibahagikan dalam tiga tahap di mana
tahap pertama melalui Rancangan Malaya Pertama sehingga Rancangan Malaysia Pertama
sebagai tahap untuk membangunkan ekonomi secara menyeluruh. Kemudian tahap kedua iaitu
RMK-2 sehingga RMK-5 adalah fasa bagi membaiki ekonomi dan tahap ketiga iaitu RMK-6
sehingga RMK-11 adalah fasa bagi membangun dan mengekalkan kejayaan ekonomi yang
dihasilkan. Hal ini menunjukkan kerajaan Malaysia ketika itu mempunyai pemimpin yang
berpandangan jauh dan sentiasa memandang serius untuk mengekalkan dan menyeimbangkan
keadaan ekonomi antara etnik dalam keadaan yang stabil.

4.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan
membawa dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
DEB telah digubal selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca daripada
kepincangan ekonomi mengikut pecahan kaum ketika itu. Seperti yang diketahui, kemiskinan
yang berlaku boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Berdasarkan isu
yang telah dikupas, ekonomi orang Melayu masih berada di takuk lama kerana mereka tidak
terdapat banyak dalam sektor ekonomi moden. Hanya pada pertengahan tahun 1970-an
(semasa RMK-3) strategi pembasmian kemiskinan yang lebih spesifik telah dinyatakan apabila
masalah kemiskinan yang serius telah diberi perhatian (Mohamed Zaini 2016).

4.1.1 Membasmi Kemiskinan

Berikutan itu, beberapa usaha telah dijalankan bagi membasmi kemiskinan iaitu dengan
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur, memberi
peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada
sektor yang lebih lumayan, memodenkan kehidupan di luar bandar dan banyak lagi seperti

11
dalam Rajah 4. Hasil daripada usaha keras ini telah membawa peningkatan kepada ekonomi
antara kaum dan merapatkan jurang kemiskinan.

Berdasarkan kajian, kadar kemiskinan dilihat mengalami pengurangan daripada 49.3%


dalam tahun1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Anggaran jumlah isi rumah miskin juga
mengalami penurunan daripada kira-kira 791,800 orang (1970) kepada 666,100 (1980)
(Mohamad Asrol et.al, 2014). Kesan daripada usaha ini juga telah membuatkan kadar
kemiskinan di kalangan bumiputera mencatatkan penurunan daripada 65% pada tahun 1970
kepada 0.5% pada tahun 2016 (Fara, 2018). Hal ini bukan suatu perkara yang mudah tetapi
tidak mustahil untuk dilakukan dan memerlukan suatu jangka masa yang agak lama untuk
memastikan ekonomi antara etnik dan wilayah tersebut seimbang.

Membantu meningkatkan pendapatan dan


produktiviti golongan bumiputera.
Pembangunan di Luar Wujudnya Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA)
Bandar Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA).

Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam


sektor ekonomi moden.
Projek Industri dan Wujud Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
Komersial Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)

Rajah 4: Usaha Membasmi Kemiskinan

4.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat

Selain itu, objektif DEB yang kedua iaitu penyusunan semula masyarakat di mana dengan
adanya strategi ini dapat menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi dan
tempat tinggal. Penyusunan semula ini dilakukan supaya ketidakseimbangan pendapatan, guna
tenaga dan hak milik harta serta sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan bumiputera dapat dibentuk. Hal ini dijalankan dengan penyusunan semula corak guna
tenaga dalam sektor ekonomi dan pemilikan ekuiti di mana sekurang-kurangnya 30% hasil
dalam negeri dimiliki oleh kaum bumiputera dengan penglibatan mereka dalam bidang

12
perniagaan dan perusahaan. Menurut Mardzelah (2006), antara usaha wilayah dan kerajaan
pusat dan kerajaan negeri adalah seperti berikut :

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga


dengan cara yang progresif supaya tenaga buruh mencerminkan bilangan
kaum.

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam


pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan


wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Rajah 5 : Usaha meyusun semula masyarakat

Menurut Mohamad Asrol et.al (2014) lagi, penyusunan semula ini melibatkan dari segi
agihan pendapatan dalam kalangan kaum di mana pendapatan purata kaum Melayu daripada
pndapatan purata negara meningkat daripada 65.2% pada tahun 1970 kepada 67.3% pada
tahun 1979. Perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar juga didapati berkurangan
dalam tepoh yang sama. Hal ini menunjukkan dengan menempatkan guna tenaga setiap kaum
dengan seimbang di setiap sektor dapat menstabilkan pendapatan dan ekonomi setiap kaum.
Selain itu, terdapat dua program latihan yang dijalankan iaitu latihan untuk menambahkan
bilangan tenaga mahir dan tenaga ikhtisas bagi mempercepat penyusunan semula guna tenaga
dan latihan yang bertujuan untuk mewujudkan dan memajukan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindutrian bumiputera. Bukan itu sahaja, usaha-usaha seperti ini masih
kekal sehingga kini di mana dalam artikel oleh Ahmad Fiesal (2017), menyatakan,

“program kali ini bertemakan ‘Meningkatkan Rangkaian Keusahawanan’


akan memberi fokus kepada pembabitan usahawan Bumiputera seluruh
negara khususnya Sabah dan Sarawak, selain usahawan berdaftar
dengan OISCA di seluruh dunia merangkumi 39 negara.”

Berdasarkan pernyataan tersebut, dapat dikatakan bahawa kerajaan sememangnya


serius dalam ingin meningkatkan ekonomi etnik bumiputera setara dengan etnik-etnik yang lain
supaya keseimbangan ekonomi dapat dicapai. Terkadang ketidakseimbangan pembahagian
ekonomi itu akan membuatkan sesetengah etnik berasa tidak puas hati dan hal ini merupakan
salah satu cara untuk mengelakkan perkara tersebut dariada berlaku.

13
5.0 Kesimpulan

Secara konklusinya, keseimbangan ekonomi antara etnik ini sangat penting untuk dicapai
supaya tiada perasaan tidak puas hati yang berlaku yang akhirnya kelak akan memburukkan
keadaan. Setiap pihak harus memainkan peranan penting hatta setiap etnik juga perlu
menyedari bahawa mereka bertanggungjawab untuk membangunkan ekonomi etnik masing-
masing bagi memajukan ekonomi negara. Sebagai insan yang hidup di dalam negara yang
berbilang etnik ini kita harus meninggalkan segala bentuk kesan penjajahan yang
memungkinkan kemunduran terjadi pada kita. Oleh itu, setiap dari kita rakyat Malaysia harus
bekerjasama dan bertoleransi dalam membangunkan dan menyeimbangkan ekonomi negara.
Lumrah hidup di dalam warna warni kaum ini pasti ada pasang surutnya. Akan tetapi, rasional
dalam diri harus kuat untuk menjadikan negara kita kekal harmoni tanpa rusuhan antara etnik
yang berlaku. Jangan mudah diperdaya dengan unsur-unsur yang memusnahkan dan
melebihkan kepentingan diri agar sejarah hitam negara tidak berulang.

14
Rujukan

Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Ahmad Fiesal Othman (2017, Oktober 9). MOIBF Lonjak potensi usahawan Bumiputera. Berita
Harian Online. Diakses daripada laman web: https:// www.bharian.com.my/
bisnes/usahawan/2017/10/335228/moibf-lonjak-potensi-usahawan-bumiputera

Fara The Patriots (November 16, 2018). DEB: Punca Ketidakseimbangan Ekonomi ? Diakses
daripada laman web : https://www.thepatriots.asia/deb-punca-ketidakseimbangan-
ekonomi/

Hamidah Ab Rahman, Muhammad Daud dan Norlin binti Ahmad (2009). Hubungan Etnik di
Malaysia: Perspktif Teori dan Praktik. 185-198.

Ishak Saat (2013). Politik Suara Rakyat. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Press.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2019). Jumlah Penduduk di Malaysia tahun 2019,


Perbandingan Kaum, Umur dan Jantina. Diakses dari laman web :
http://www.dosm.gov.my.

Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Rancangan Malaysia


Kelima (1986-1990). Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Faaland, J., Parkinson, J., dan Rais Saniman (2005). Dasar Ekonomi Baru: pertumbuhan
negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu. Cheras: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Lee, Y. F., Najeemah Mohd Yusof dan Nazri Muslim (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. 2014. Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mardzelah Makhsin (2006). Sains pemikiran dan etika. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Asrol Arpidi Mamat, Ishak Saat dan khairi Ariffin (2014). Impak Dasar Ekonomi Baru
ke atas Peningkatan Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Jurnal
Perspektif. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 6, 138-151.

15
Mohamed Ali Haniffa dan Ayu Norazilah Mohamad (2017). Impak Penjajahan British dan Jepun
terhadap Hubungan Melayu-Cina di Tanah Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah. Vol 4 (2), 94-106.

Mohamed Zaini Omar (2016). Pembasmian Kemiskinan di Malaysia: pengalaman Amanah


Iktiar Malaysia. Gelugor: Universiti Sains Malaysia.

Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Siti Hadijah Che Mat dan Roslan Abdul Hakim (2013). Impak
Kredit Mikro ke atas Ketaksamaan Pendapatan di Kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar.
Jurnal Ekonomi Malaysia, 47 (1), 75-86.

Nazri Muslim, Nik Yusra Musa dan Ahmad Hidayat Buang (2011). Hubungan Etnik Malaysia
dari Perspektif Islam. Kajian Malaysia, 29 (1), 1-28.

Nazri Muslim (2018, Ogos 11). Bagaimana Hak Istimewa Melayu oleh Tergugat. Berita Harian
Online. Diakses daripada laman web: https://www .bharian.com.my/ rencana/muka10/
2018/08/460606/ bagaimana-hak-istimewa-melayu-boleh-tergugat

Wan Hashim Wan Teh ; penterjemah Mohd Daud Mat Din (2011). Hubungan Etnik di Malaysia.
Kuala Lumpur : Attin Press Sdn Bhd.

16
Lampiran

17
18
19
20

You might also like