Penulisan Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENULISAN ILMIAH : USAHA DAN CABARAN HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF

EKONOMI, SOSIAL DAN KEPELBAGAIAN AGAMA BAGI PEMBINAAN JATI DIRI DAN
NEGARA BANGSA MALAYSIA BERASASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KE
ARAH MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang sedang membangun serta dikenali di dunia. Ia
mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu kaum Melayu,
kaum Cina dan kaum India. Kepelbagaian kaum dilihat sebagai satu keistimewaan kepada
negara Malaysia kerana ianya kaya dengan budaya, bahasa, adat dan agama yang berbeza.
Menurut Fatimi (2016), ia mampu menjalin ikatan yang kukuh serta menjadi kesejahteraan
negara dek kerana perpaduan yang dijaga dan didokong bersama oleh setiap rakyat di negara
ini. Pembinaan jati diri setiap kaum serta semangat perpaduan akan mengekalkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang harmoni. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu sejarah hitam
buat negara Malaysia apabila berlakunya perbalahan antara kaum. Perkara ini harus dipandang
serius oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan mengambil pengajaran bahawa perpaduan
adalah kunci kepada kestabilan politik dan kekukuhan ekonomi.

Foto 1.0 Keratan akhbar mengenai peristiwa 13 Mei

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara dan


merupakan sebuah undang-undang bertulis yang mengandungi 183 Perkara. Setiap rakyat
Malaysia mesti mematuhi peraturan tersebut untuk mengekalkan perpaduan dan menjadikan
negara aman serta harmoni. Perpaduan nasional merupakan aspek dasar dan teras kepada
kekuatan dan ketahanan negara. Malaysia memperakukan secara terbuka bahawa ia adalah
sebuah negara yang masyarakatnya bersifat “perpaduan dalam kepelbagaian” (Shamsul,

1
2014). Namun begitu, terdapat beberapa cabaran hubungan etnik di Malaysia untuk
membentuk perpaduan iaitu dari segi ekonomi, sosial dan kepelbagaian agama.

Dari segi ekonomi, dasar pecah dan perintah yang di amalkan semasa zaman
penjajahan oleh British bagi mengaut keuntungan hasil ekonomi di Malaysia memberi kesan
kepada kepelbagaian pekerjaan antara kaum Melayu, Cina dan India di negara ini. Pihak British
telah menetapkan bahawa kaum Melayu sebagai petani di kawasan kampung, kaum Cina
sebagai pelombong bijih di kawasan bandar, dan kaum India sebagai peladang di estet (Rajah
1.5).

Rajah 1.5 Penempatan kaum dan kegiatan ekonomi dijalankan

Pembahagian pekerjaan ini telah mewujudkan jurang ekonomi antara setiap kaum tersebut.
Menurut Chamhuri (2014), Dasar Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan susulan daripada
kejadian 13 Mei 1969. Tujuannya adalah untuk mencapai perpaduan nasional antara kaum
melalui pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

Selain itu, wujudnya dominasi sektor ekonomi setiap kaum. Contohnya, sektor
perniagaan dan perdagangan pada masa kini masih lagi didominasi oleh kaum Cina di kawasan
bandar-bandar besar, manakala kebanyakan kaum Melayu masih lagi bekerja di kawasan
perkampungan sama ada petani atau nelayan. Kemudian, kaum India masih lagi menetap di
kawasan estet sebagai peladang. Kesan dominasi ini adalah setiap kaum bersaing untuk
memastikan kaum mereka yang menguasai ekonomi. Dalam pemilihan pekerja, mereka akan
lebih cenderung untuk memilih pekerja dari kalangan kaum mereka sendiri. Jadi, di sesuatu
tempat pekerjaan, hanya terdapat kaum yang sama bekerja di sesebuah sektor. Kesannya,
penguasaan ekonomi hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja seperti dahulu, contohnya
kaum Cina. Tidak dapat dinafikan, kaum Cina lebih terkedepan dalam bidang perniagaan

2
berbanding kaum Melayu dan kaum India. Menurut Berita Harian (2019), Tan Sri Robert Kuok
merupakan orang nombor satu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta AS$12.8 bilion. Isu lain
yang hangat berkaitan ekonomi antara kaum adalah unjuran pendapatan antara kaum dilihat
semakin melebar dengan jumlah pendapatan Bumiputera adalah 3.5 kali ganda lebih rendah
berbanding kaum Cina, bagi purata Malaysia 2016 (seperti rajah 2.0).

Rajah 2.0 Jurang perbezaan antara wilayah dan pendapatan isi rumah

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kewujudan jurang perbezaan ini dapat dilihat dari segi
kawasan penempatan yang berbeza iaitu di luar bandar yang didominasi oleh kaum bumiputra
melayu dan penempatan di bandar yang didominasi oleh kaum cina.

Antara cabaran dalam membentuk perpaduan dalam setiap kaum melalui aspek sosial
ialah pemisahan dari segi pendidikan. Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan
vernakular digunakan di Tanah Melayu. Segala kurikulum, buku teks serta guru diambil dari
negara asal kaum tersebut. Tujuan utama British memperkenalkan sistem ini adalah agar
ketiga-tiga kaum ini tiada kesatuan sosial dan hubungan semakin renggang antara satu sama
lain. Kesan daripada itu, Malaysia sehingga kini masih mengamalkan sistem vernakular dengan
mewujudkan tiga jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Perkara ini adalah seperti memberi didikan kepada anak-anak
yang masih kecil untuk sentiasa bergaul dalam komuniti kaumnya sendiri tanpa melibatkan
kaum lain.

Seterusnya, aspek penempatan kaum di Malaysia juga menjadi faktor dalam aspek
sosial. Kesan daripada sistem pecah perintah British yang mana menempatkan setiap kaum di

3
tempat-tempat kerja tertentu. Contohnya, kaum Melayu di kampung, kaum Cina di bandar
sebagai pelombong dan peniaga, serta kaum India pula di kawasan estet sebagai peladang.
Hal ini menjadikan setiap kaum hidup dalam komunitinya semata-mata tanpa bergaul dengan
komuniti lain. Implikasinya ialah setiap kaum tidak menjalinkan hubungan sosial dengan kaum
yang berbeza kerana terhalang oleh dasar penempatan yang diamalkan

Malaysia merupakan negara yang unik kerana wujudnya pelbagai agama yang berbea
disebabkan terdapat kaum yang pelbagai. Antara agama yang terdapat di Malaysia ialah agama
Islam, agama Kristian, agama Hindu dan agama Buddha. Walau bagaimanapun, agama Islam
menjadi agama rasmi di negara ini seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia iaitu agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Agama selain daripada Islam
bebas untuk diamalkan dengan selamat. Secara umumnya, setiap kaum mempunyai agama
yang berlainan. Kepelbagaian agama menjadi cabaran kepada hubungan etnik di Malaysia.
Cabaran disebabkan oleh perbezaan fahaman agama ini sememangnya menimbulkan amarah
bagi setiap penganut kaum yang menegakkan ajaran agama masing-masing. Sebagai contoh,
isu penyebaran Kitab Bible di Pulau Pinang pada tahun 2018.

Foto 3.0 Individu yang didakwa menyebarkan kitab Bible di hadapan sebuah sekolah

Isu pengedaran kitab Bible ini kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di
Bukit Mertajam disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan
Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang
Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur
terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dan pihaknya
menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan. Perkara yang berlaku ini
jelas bertentangan dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang

4
mana merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia juga menimbulkan kemarahan kepada
umat Islam di Malaysia dan secara tidak langsung, hubungan antara kaum semakin renggang.

Berikutan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam mencapai
integrasi nasional dalam masyarakat, kerajaan telah tampil dengan usaha melalui Dasar
Ekonomi (DEB) yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-1990) oleh
mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi untuk
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan
menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa
program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga,
beberapa strategi telah dirancang, antaranya : mengurangkan keadaan yang tidak seimbang
dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990, dan
yang kedua adalah memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat
menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi.

Integrasi nasional dalam masyarakat Malaysia juga dapat dicapai dengan menyemai
sikap menghormati agama dan juga budaya kaum lain dalam diri setiap rakyat Malaysia. Ia
menjadi asas kepada perpaduan kaum serta pembinaan jati diri kepada rakyat. Aspek
keagamaan merupakan sensitiviti terbesar kerana ia melibatkan kepercayaan serta pegangan
kepada sesuatu agama. Menurut Hazman (2014), kita sepatutnya mempunyai pengetahuan
tentang kepelbagaian agama agar kita menghormati agama lain serta menjaga perpaduan
kaum. Pepatah ada menyebut, “disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”. Maksudnya,
jangan disebabkan kesalahan kita seorang, perpaduan nasional yang terbentuk dalam
masyarakat menjadi retak. Maka, sikap hormat-menghormati ini harus disemai dari ‘akar
masyarakat’ lagi iaitu golongan kanak-kanak dan juga golongan muda negara kita. Hal ini
kerana pada masa hadapan, mereka inilah yang akan menerajui amalan yang dititipkan oleh
generasi terdahulu dan akan mengekalkan keharmonian negara.

Usaha yang turut dilihat memberikan kesan positif dalam integrasi kaum adalah
pembentukan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang

5
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum
atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan
ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri
yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung
(link-way). Tujuan Sekolah Wawasan ini dibina adalah untuk memupuk semangat integrasi
antara pelajar dari pelbagai aliran. Kesannya kepada negara dalam jangka masa Panjang
adalah melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Selain itu, Sekolah Wawasan juga
menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah, yang mana ini mampu
untuk membuang ‘stereotaip’ sesebuah kaum terhadap kaum-kaum yang lain. Maka,
keharmonian dan juga kesejahteraan negara juga akan dapat dikekalkan.

Kesimpulannya, keunikan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina dan India patut disyukuri oleh rakyat. Kita sepatutnya menjadikan perbezaan
agama, bahasa, adat resam serta budaya sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi
perpaduan hubungan etnik di negara kita. Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu
akan dapat menggoncang dunia, demikianlah dengan perpaduan. Setiap rakyat Malaysia perlu
hidup dalam satu komuniti dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai
sesuatu matlamat. Perpaduan nasional diibaratkan sebagai satu binaan yang mana tiangnya
adalah terdiri daripada kesatuan dari segi ekonomi, sosial dan kepelbagaian agama. Jika
tumbang salah satu daripadanya, perpaduan yang diimpikan akan goyah dan akan memberi
mudharat kepada rakyat. Pembinaan jati diri dalam setiap rakyat perlu disemai dan dipupuk
agar perpaduan rakyat kekal terjalin serta nikmat keamanan negara dirasai oleh generasi masa
kini dan akan datang.

6
RUJUKAN

Abdullah Dahana. 2002. China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-74. Bangi:
Penerbit UKM.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan 2001. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Comber, L. 2007. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu – Cina. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jayum A. Jawan, 2003. Malaysian Politics & Government. Selangor: Karisma Publications Sdn
Bhd.

You might also like